Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR


PERINGKAT SK AYER LANAS 2023

1.0 PENDAHULUAN

Lawatan ke Kuala Lumpur diadakan bertujuan untuk memberi peluang


kepada murid membina diri menjadi insan yang lebih bijak meneroka,
berfikiran kritis serta memperoleh pengalaman baharu sepanjang
penyertaan mereka. Pengalaman yang diperoleh semasa lawatan juga
dapat mendedahkan murid dengan alam semulajadi di negara kita.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang kepada murid untuk menambahkan pengalaman


dan pengetahuan.
2.2 Memberi ruang kepada murid untuk berinteraksi secara sihat dan
terkawal.
2.3 Pendedahan awal kepada murid akan dapat membuka minda dan
memberi pengalaman berguna untuk membina diri menjadi insan yang
cemerlang,berfikiran kreatif,kritis dan aktif.

3.0 ANJURAN

Unit Lawatan Sekolah SK Ayer Lanas

4.0 SASARAN

38 orang murid Tahun 6

5.0 TARIKH DAN TEMPAT


5.1 Tarikh : 11-13 Oktober 2023
5.2 Hari : Rabu-Jumaat
5.3 Tempat : Kuala Lumpur

SK AYER LANAS (SKAL) 2023 ms 1


6.0 JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATAN KUASA KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR


PERINGKAT SK AYER LANAS 2023

PENAUNG : Encik Abdul Malik Bin Kiman


Guru Besar SK Ayer Lanas

PENASIHAT 1 : Encik Adli Bin Daud


Penolong Kanan Kokurikulum
SK Ayer Lanas, Jeli, Kelantan

PENASIHAT 2 : Encik Zulkifli Bin Nor


Penolong Kanan Pentadbiran
SK Ayer Lanas, Jeli, Kelantan

PENASIHAT 3 : Encik Mohd Yasin Bin Mahmood


Penolong Kanan HEM
SK Ayer Lanas, Jeli, Kelantan

S/U KOKURIKULUM : Pn Nurul Fadilah binti Zainal Abidin

SETIAUSAHA : Pn Nur Alyaa Afiqah binti Che Hanafi

BENDAHARI : Pn Nor Hartini binti Zainal

KAUNSELOR : Pn Roslina binti Salleh

SK AYER LANAS (SKAL) 2023 ms 2


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
LAWATAN SEKOLAH KE KUALA LUMPUR

BIL AJK KERJA NAMA BIDANG TUGAS


1. Keselamatan/ Encik Zulkifli bin Zakaria  Memastikan guru berada
Kawalan Murid Pn Roslina binti Salleh bersama murid dan
disiplin murid berada
dalam keadaan terkawal
semasa program
berlangsung.
 Memastikan murid-murid
berada di tempat yang
ditetapkan semasa
program dijalankan.
2. Penginapan Pn Nur Alyaa Afiqah binti Che  Memastikan penginapan
Hanafi murid ditempah mengikut
belanjawan dan tarikh
yang ditetapkan.
 Menguruskan daftar
masuk murid ke tempat
penginapan.
3. Pengangkutan Pn Nor Hartini binti Zainal  Mendapatkan sebut harga
beberapa syarikat bas.
 Menempah dan
menguruskan bas murid.
4. Makanan Pn Nurul Fadilah binti Zainal  Menempah makanan
Abidin mengikut bilangan murid.
 Mengagihkan makanan
kepada murid setiap kali
waktu makan.
 Memastikan murid makan
mengikut jadual yang
ditetapkan.

SK AYER LANAS (SKAL) 2023 ms 3


7.0 TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI


11 Oktober 2023 7.30 pg Sarapan. Bertolak dari SK Ayer Lanas
(Rabu) 5.30 ptg Tiba di tempat penginapan. Daftar masuk hotel.
Makan malam dan berehat di hotel.
12 Oktober 2023 8.00 pg Sarapan. Bertolak ke Stesen Mutiara Damansara
(Khamis) untuk pengalaman menaiki MRT.
9.0 g Menaiki MRT dari Mutiara Damansara ke Kwasa
Damansara.
9.30 pg Bertolak ke Pusat Sains Negara.
Meneroka Pusat Sains Negara
1.00 tgh Makan tengah hari dan solat zohor.
hari
2.00 ptg Bermain ice-skating di Sunway Pyramid.
6.00 ptg Makan malam dan berehat di hotel.
13 Oktober 2023 7.30 pg Sarapan. Daftar keluar hotel.
(Jumaat) 8.30 pg Bertolak ke Chocolate Museum KL.
Melawat sekitar Chocolate Museum KL
12.00 tgh Makan tengah hari dan solat zohor.
hari
1.30 ptg Bertolak pulang ke SK Ayer Lanas.
8.30 mlm Dijangka tiba di SK Ayer Lanas.

SK AYER LANAS (SKAL) 2023 ms 4


8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Pendapatan

JUMLAH
PERKARA RM / KUANTITI
RM

Yuran Penyertaan Murid RM200 x 40 murid RM 8000

Peruntukan Sekolah (Pengangkutan) RM4000 RM 4000

Wang SUWA RM30 x 40 murid RM 1200

Sumbangan PIBG RM 1000 RM 1000

JUMLAH KESELURUHAN RM14200

8.2 Belanjawan

JUMLAH
PERKARA RM / KUANTITI
RM

Pengangkutan: 1 buah bas RM4000 RM 4000

Penginapan Murid (termasuk sarapan) RM105/2 malam x 40 murid RM 4200

Makanan:
Makan tengah hari RM 1800
RM15 x 3 hari x 40 murid RM 1800
Makan malam
RM15 x 3 hari x 40 murid

Tiket Masuk:
Pusat Sains Negara
RM 6 x 40 murid RM 240
Ice-Skating RM25 x 40 murid RM 1000
Chocolate Museum - PERCUMA
Tiket MRT RM 5 x 40 murid
RM 200

Belanja Luar Jangka RM 960

JUMLAH KESELURUHAN RM 14200

SK AYER LANAS (SKAL) 2023 ms 5


9.0 PENUTUP

Adalah diharap agar lawatan sekolah peringkat SK Ayer Lanas 2023 ini akan
dapat membuka minda murid di samping memberi peluang kepada murid untuk
melihat dengan lebih dekat lagi tempat menarik di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

PN NUR ALYAA AFIQAH BINTI CHE EN ADLI BIN DAUD


HANAFI Guru Penolong Kanan
Setiausaha
Kokurikulum
Lawatan Sekolah
SK Ayer Lanas
SK Ayer Lanas
Jalan Klinik, 17700 Ayer Lanas,
Jalan Klinik, 17700 Ayer Lanas,
Jeli Kelantan
Jeli Kelantan

Tarikh:
Tarikh:

SK AYER LANAS (SKAL) 2023 ms 6


KERTAS CADANGAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR
PERINGKAT SK AYER LANAS 2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar ke


Kuala Lumpur Peringkat SK Ayer Lanas 2023

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar


ke Kuala Lumpur Peringkat SK Ayer Lanas 2023

Ulasan :

......................................................................................................................

......................................................................................................................

......................................................................................................................

(ABDUL MALIK BIN KIMAN)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas,
Tarikh :

SK AYER LANAS (SKAL) 2023 ms 7

Anda mungkin juga menyukai