Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PANITIA AGAMA ISLAM KALI KE 3 / 2013

TARIKH : 30 OGOS 2013 ( JUMAAT )


MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK GURU BESAR

Kehadiran :
Encik Abdul Halim bin Abdul Malek
Pn. Zuraini Akmar bt Dato Md Zailani
En. Khairil Amir bin Abdul Wahab
En. Abdul Aziz bin Abdul Rashid
En. Mohamad Reduwan bin Ibrahim
En. Omar bin Hashim
En. Ashraf bin Mohamad
Pn. Asmawati bt Junoh
Pn. Wan Zatul Hizana bt Wan Anuar
Pn. Norhayati bt zulkifli

Agenda Mesyuarat :

1- Ucapan Guru Besar


2- Ucapan Ketua Panitia Agama Islam
3- Jadual waktu 2014
4- Program Tasmik
5- Bestari Solat
6- Kewangan PAI dan j-QAF
7- Perancangan Strategik 2014
8- Majlis Bacaan Yasin Perdana dan Motivasi Kecemerlangan UPSR
9- Hal-hal lain

Agenda 1 : Ucapan Guru Besar.

- Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran PK Pentadbiran, PK Kokurikulum, semua
guru agama dan guru j-QAF dalam mesyuarat Panitia Agama Islam kali ke 3 /2013
- Mesyuarat dimaklumkan tentang perkara yang disebut oleh Penyelia j-QAF PPD Larut Matang
dan Selama iaitu Ust. Shahrul Azmi berkenaan jumlah guru agama dan guru j-QAF di SK Asam
Kumbang. Guru Pendidikan Agama Islam adalah seramai 4 orang. Guru j-QAF seramai 5 orang.
- Guru Besar meminta Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam memaklumkan jumlah sebenar guru
Pendidikan Agama Islam dan guru j-QAF.
Agenda 2 : Ucapan Ketua Panitia Agama Islam.

- Ust. Aziz mengucapkan syukur dan terima kasih atas kehadiran Guru Besar, barisan pentadbir
dan semua guru agama dan guru j-QAF.
- Ust. Abdul Aziz memaklumkan jumlah guru agama adalah seramai 3 orang, tidak termasuk PK
Kokurikulum yang merupakan guru luar normal. Namun dalam data PPD, Ust. Khairil Amir
termasuk dalam guru Pendidikan Agama Islam. Ini menyebabkan jumlah guru agama dianggap
lebih seorang dan ada kemungkinan seorang guru agama akan dipindahkan, samada Ust. Aziz
atau Ust. Omar.
- Guru j-QAF pula adalah seramai 3 orang tidak termasuk guru dalam latihan dan yang baru tamat
latihan, iaitu Pn. Norhayati bt Zulkifli dan Cik Norezwana bt Mokhtar. Ini bermakna jumlah yang
dinyatakan oleh Ust. Shahrul Azmi adalah termasuk guru j-QAF yang masih dalam latihan dan
yang baru tamat latihan.

Agenda 3 : Jadual Waktu 2014

- Guru Besar menyatakan jumlah waktu mengajar tidak lebih 30 waktu dalam seminggu dan tidak
kurang 24 waktu seminggu.
- Guru-guru yang akan mengajar pelajaran Agama Islam pada tahun 2014 adalah seperti yang
dipersetujui dalam mesyuarat :
-
Pra Sekolah : Ustaz Omar bin Hashim
Tahun 1 : Ust. Ashraf bin Mohamad
Tahun 2 : Ust. Abd. Aziz bin Abd Rashid
Tahun 3 : Ust. Omar bin Hashim
Tahun 4 : Ust. Ashraf bin Mohamad
Tahun 5 : Ust. Khairil Amir bin Abd Wahab dan Ust. Omar
Tahun 6 : Semua guru Agama

- Manakala guru yang akan mengajar Bahasa Arab adalah :


-
Tahun 1 : Ustzh. Norhayati bt Zulkifli
Tahun 2 : Ustzh Wan Zatul Hizana bt Wan Anuar
Tahun 3 : Ustzh Asmawati bt Junoh
Tahun 4 : Ustzh Asmawati bt Junoh
Tahun 5 : Ust. Mohamad Reduwan bin Ibrahim
Tahun 6 : Ust. Mohamad Reduwan bin Ibrahim

- Ustzh Wan Zatul dan Ustzh Asmawati akan berkerjasama dalam menyediakan rangka jadual bagi
tahun 2014 untuk diserahkan kepada PK pentadbiran bagi penyediaan jadual waktu yang
lengkap.
- Memandangkan jumlah guru j-QAF yang tidak mencukupi di SK Asam Kumbang, hanya kelas-
kelas yang lemah dan pelajarnya belum dalam membaca Al-Quran dan Jawi dengan baik akan
melibatkan 2 orang guru.
- Kelas 2, 3, 4, 5 dan 6 usaha pula hanya melibatkan seorang guru sahaja.
Agenda 4 : Program Tasmik

- Guru Besar memaklumkan semua guru PAI dan j-QAF mesti terlibat dalam pelaksanaan tasmik.
Tiada yang terkecuali, dan ini adalah arahan dan ketetapan Kementerian.
- Tasmik akan diajar diluar waktu. Walaubagaimanapun ia tetap akan dikira dalam jumlah waktu
seminggu.
- Ustzh Wan Zatul Hizana dan Ustzh Asmawati akan menyusun jadual Tasmik dan mengenalpasti
pelajar-pelajar yang lemah dan keperluaannya mengikuti kelas Tasmik.

Agenda 5 : Kem Bestari Solat

- Guru Besar meminta agar Kem Bestari Solat dilaksanakan dengan teratur dan duit peruntukan
yang diberi perlulah dihabiskan untuk kem tersebut.
- Ustzh Wan Zatul memaklumakan Kem Bestari Solat telah dilaksanakan sebanyak 2 kali dan untuk
kem yang seterusnya akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
- Duit peruntukan Kem Bestari Solat juga telah dituntut oleh Ustzh Wan Zatul dan ianya dalam
proses pengeluaran.

Agenda 6 : Kewangan PAI dan j-QAF

- Duit peruntukan Panitia Agama Islam adalah sebanyak RM 2272.00. Jumlah yang telah dituntut
adalah sebanyak RM 450.00 dan baki duit yang masih belum dituntut adalah sebanyak
Rm1822.00
- Guru Besar meminta agar duit peruntukan tersebut dihabiskan dengan merancang dan
melaksanakan aktiviti demi kebaikan pelajar.
- Guru Besar mencadangkan supaya sebahagian duit itu digunakan untuk membeli Pelekat Rukun
Iman dan Rukun Islam dan dilekatkan ditempat yang sesuai.
- Ust. Reduwan memaklumkan program yang bakal diadakan dalam tahun ini dan ianya
melibatkan peruntukan kewangan. Antara aktiviti yang dirancang adalah:
o Majlis Bacaan Yasin Perdana
o Majlis Khatam Al-Quran
o Kursus Pengurusan Jenazah

- Duit peruntukan Kem Bestari Solat adalah sebanyak RM 1714.00


- Ustzh Wan Zatul memaklumkan bahawa kertas kerja dan tuntutan telah dihantar kepada kerani
kewangan untuk tindakan selanjutnya.
- Duit peruntukan Bahasa Arab pula sebanyak RM 1212.00.
- Ust. Ashraf ditugaskan untuk merancang aktiviti serta membeli dan menyediakan pekakas bagi
keperluan P&P Bahasa Arab.
- Ust Aziz memaklumkan bahawa duit yang tidak habis dibelanjakan akan menjejaskan
peruntukan pada tahun hadapan. Ini kerana peruntukan untuk tahun 2014 akan mengambil kira
jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan tahun 2013.
Agenda 7 : Perancangan Strategik 2014

- Guru Besar memaklumkan tentang kemestian setiap panitia menyediakan perancangan


strategik untuk tahun 2014 dan tahun-tahun seterusnya.
- Perancangan ini melibatkan 3 tahap : Tahap 1, tahap 2 dan tahap UPSR. Ianya melibatkan
taktikal dan perancangan operasi.
- Panitia menyenaraikan aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun. Sejauhmana aktiviti itu
member impak kepada pelajar, kesan dan kaedah pelaksanaannya, cara dan bagaimana
meningkatkan penguasaan murid dan mengembangkan lagi potensi murid .Sebagai contoh j-
QAF member tumpuan pada Tasmik, Kem Bestari Solat, Bahasa Arab dan Jawi.
- Guru PAI dan j-QAF perlu memikirkan tentang perancangan tersebut dan menyediakan pelan
strategik sebelum bulan November 2013.

Agenda 8 : Majlis Bacaan Yasin perdana dan Motivasi Kecemerlangan UPSR

- Panitia Agama Islam diminta membuat kertas kerja dan menyediakan surat jemputan bagi ibu
bapa pelajar tahun 6.
- Majlis akan diadakan sebagaimana butiran berikut :
o Tarikh :pada 7 September 2013 ( Sabtu )
o Tempat : Dewan SK Asam Kumbang.
o Masa : 7.50- 11.00 pagi

- Aturcara yang dirancang ialah :


-Bacaan Yasin dan doa selamat
- Sarapan pagi
-Motivasi Kecemerlangan UPSR

Agenda 9 : Hal-hal lain

- Guru Besar menyarankan agar semua guru PAI dan j-QAF berusaha bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik demi menjadikan SK Asam Kumbang terus
cemerlang. Buat yang terbaik dan meminta agar guru-guru tidak rasa tertekan dalam
melaksanakan tugas.
- Ustzh Wan Zatul memaklumkan tempoh cuti bersalin yang akan diambil adalah selama 2 bulan.
- Guru Besar memaklumkan tiada guru ganti bagi guru j-QAF

Mesyuarat tamat pada pukul 12.30 tengahari.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………………………… ……………………………………………………
( Mohamad Reduwan bin Ibrahim ) ( En. Abdul Aziz bin Abdul Rashid )
Setiausaha Panitia Agama Islam Ketua Panitia Agama Islam
SK Asam Kumbang, SK Asam Kumbang.

Anda mungkin juga menyukai