Anda di halaman 1dari 5

SERONOK BEKERJA

SERONOK BEKERJA sebenarnya adalah anak kunci kecemerlangan.  Apabila kita menyebut mengenai
keseronokan bekerja, mungkin sesetengah orang akan merasa pelik dan lucu. Bagaimana kita boleh
seronok dengan kerja? Kerja adalah kerja dan berapa orang yang sukakan kerjanya.
 
Samada kita suka ataupun tidak, kenyataan yang hakiki, sebahagian hidup kita dihabiskan di tempat kerja,
di meja kerja dan di kalangan rakan-rakan sekerja kita. Walau bagaimanapun, kita mesti bekerja tidak kira
dengan siapa, kerja apa atau di mana sahaja untuk menyara hidup dan keluarga. Ini adalah tanggungjawab
kita.
 
Jadi bayangkanlah keadaan hidup kita ini, sekiranya kita tidak suka, tidak seronok dengan apa yang kita
lakukan, yakni tidak seronok dengan kerja kita, tempat kita mencari rezeki.
 
Ini bermakna kita terpaksa mengheret diri kita ke tempat kerja dan menghabiskan sebahagian besar
kehidupan kita dengan penuh rasa bosan, malas, bersungut sepanjang hari sehinggalah ke petang barulah
kita berkeadaan cergas dan boleh tersenyum dan bersemangat untuk pulang ke rumah.
 
Nyata sekali kurangnya semangat bekerja, bekerja tanpa motivasi serta tiadanya sistem bimbingan
pengawasan yang praktikal akan menyebabkan timbulnya hasil kerja yang tidak berkualiti, produktiviti
menurun dan mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan.
 
Sesuatu yang harus kita renungkan bersama, apakah mungkin kita gabungkan antara kecemerlangan,
kualiti  dan  perkidmatan kita dengan keseronokan bekerja? Tidak bolehkah agaknya kita yang meningkat
maju dan naik dengan cara menyukai tugas yang diamanahkan kepada kita tidak kiralah apa jawatan kita.
 
Anak kunci kejayaan peribadi, produktiviti sebenarnya bergantung kepada minat dan semangat bekerja kita
sendiri disertai dengan sikap seronok dan cintakan kerja kita sendiri. Kadangkala kerana seronoknya kita
bekerja ada kalanya kita tidak sedar masa yang berlalu dan hasilnya kita dapat menikmati kepuasan
bekerja.
 
Untuk menikmati keseronokan dan kepuasan bekerja pastikan kita:
 

 Sentiasa bersifat jujur, amanah, bersikap terbuka, disenangi, bijak berkomunikasi, mempunyai
personaliti yang menarik, bermotivasi tinggi dan berakhlak mulia;
 Mahir dan pakar dengan kerja kita. Apabila diberi sesuatu tugasan kita akan sentiasa bangga,
ambil peluang dan bersunguh-sungguh dalam melaksanakan tugas, walaupun orang lain tidak
sanggup dan tidak mahu;
 Sentiasa menjadikan matlamat universiti sebagai matlamat diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk
mencapai matlamat tersebut tidak kira berapa besar halangan dan cabaran yang harus kita tempuh;
 Sentiasa berminat dengan masalah dan cabaran yang dihadapi. Cuba memahami masalah dan
cabaran dan mengambil inisiatif merancang kaedah penyelesaian serta menawarkan diri untuk
melaksanakannya berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang ada; dan
 Sentiasa sanggup bekerja lebih dari masa yang telah ditetapkan dan melipatgandakan usaha tanpa
mengharapkan ganjaran;
 Sentiasa ingat kita bekerja untuk mendapat Redha Allah bukan mengharapkan pujian manusia.

Anda mungkin juga menyukai