Report Biro Cenderahati

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 18

BIRO

CENDERAHATI

1
19.0 PENGENALAN

Cenderahati adalah sesuatu pemberian kepada seseorang sebagai tanda


ingatan yang berbentuk seperti hamper dan bertujuan untuk memberi penghargaan
kepada setiap individu yang terlibat dalam program yang diadakan. Biro cenderahati
merupakan salah satu biro yang diperlukan di dalam sesebuah anjuran majlis bagi
menceriakan sesuatu majlis yang dijalankan.

Tugas biro cenderahati adalah untuk menguruskan cenderahati seperti


hamper untuk dihadiahkan kepada para pemenang explorace dan menyediakan sijil
dan mencetak nama pelatih terlibat sebagai tanda penghargaan ke atas kerjasama
yang diberikan oleh pelatih di atas penglibatan mereka untuk menjayakan program
ini. Akhir sekali, biro cenderahati menyediakan anggaran bajet untuk cenderahati
dan sijil.

19.1 OBJEKTIF

Program Team Building Batch V60 diadakan di Vision Park, Bertam dan Pantai
Bersih, Pulau Pinang yang telah dianjurkan oleh pelatih V60. Program ini telah
dijalankan pada 14hb Jun 2023. Objektif penyampaian cenderahati adalah untuk
menghargai Kerjasama dan masa yang telah diluangkan bersama-sama bagi
menjayakan program ini. Sasaran objektif yang dicapai adalah:

• Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelatih dan guru sepanjang


majlis dijalankan.
• Dapat memupuk sifat bekerjasama dalam diri setiap pelatih dalam melakukan
tugasan yang diberikan.
• Membentuk keyakinan diri agar sentiasa positif, sifat bertanggungjawab dan
berusaha untuk menjayakan program.

2
19.2 AKTIVITI CENDERAHATI

Aktiviti yang dijalankan bagi biro cenderahati ini berlangsung 14hb Jun 2023. Biro
cenderahati menyediakan hamper untuk explorace sebanyak 2 hamper iaitu johan
dan naib johan. Selain itu, hadiah pertukaran ini dijadikan sebagai hadiah kenang-
kenangan antara batch V60 yang dilakukan dengan cabutan nama pelatih secara
rawak. Aktiviti ini juga menyediakan sijil penghargaan bagi pelatih V60 sebagai tanda
penghargaan bagi menjayakan Program Team Building V60.

19.3 BELANJAWAN CENDERAHATI


ANGGARAN BELANJAWAN
BELANJAWAN SEBENAR
BIL ITEM KUANTITI
HARGA HARGA
JUMLAH JUMLAH
(UNIT) (UNIT)

1 Hamper 2 RM 5.00 RM 10.00 RM 6.00 RM 12.00

2 Sijil 8 RM 1.00 RM 8.00 RM 1.00 RM 8.00

3 Paper bag 1 - - RM 2.40 RM 2.40

4 Potato crisp 7 - - RM 2.40 RM 16.80

JUMLAH KESELURUHAN RM 18.00 RM 39.20

Jadual 1 : Belanjawan barangan cenderahati

Jadual di atas menunjukkan perbezaan anggaran belanjawan dan belanjawan


sebenar untuk pembelian dan penyediaan barangan cenderahati.

PERBEZAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN BELANJAWAN SEBENAR

ANGGARAN BELANJAWAN RM 18.00

BELANJAWAN SEBENAR RM 39.20


PERBEZAAN JUMLAH RM 21.20
Jadual 2 : Perbezaan jumlah belanjawan barangan cenderahati

Jadual di atas menunjukkan perbezaan jumlah anggaran belanjawan dan


belanjawan sebenar untuk pembelian dan penyediaan barangan cenderahati. Jurang
perbezaan kos adalah RM 21.20 oleh kerana ada penambahan baranag hamper dan
cenderahati.

3
19.4 PERSIAPAN SEBELUM PERJALANAN MAJLIS

Rajah 1 : Tempat pembelian barangan hamper explorace (Eco RM2.40)

Biro cenderahati telah memilih kedai ECO RM2.40 untuk membeli barangan
cenderahati kerana terdapat pelbagai pilihan di kedai tersebut dan harga barangan
menepati bajet belanjwan. Biro cenderahati telah memilih Tarikh dan hari pembelian
barangan sehari sebelum program berlangsung iaitu 13 Jun 2023 pada hari Selasa.
Nilai barangan cenderahati yang dibeli adalah berjumlah RM12.00.

JOHAN NAIB JOHAN

Rajah 2 : Hamper aktiviti explorace

Hamper yang telah disusun rapi mengikut Johan dan Naib Johan. Dengan adanya
hamper ini, ia dapat menarik minat para pelatih untuk menyertai pelbagai
aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

4
Rajah 3: Susunan meja cenderahati

Susunan meja cenderahati ini adalah bertujuan untuk memudahkan proses semasa aktiviti
penyampaian hadiah berlangsung. Susunan hamper, sijil, dan hadiah tukaran disusun
mengikut turutan yang telah ditetapkan

19.5 MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL

Rajah 4 : Majlis penyampaian sijil kepada pelatih

Penyampaian sijil fasilitator oleh Puan Norhafizah Binti Hassan kepada semua
pelatih batch V60 seramai 8 orang kerana telah berjaya menjalankan Program Team
Building Batch V60 selama 1 hari yang bertempat di Pantai Bersih, Pulau Pinang.

5
19.5 MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PENASIHAT

Rajah 5: Majlis penyampaian cenderahati kepada penasihat program

Penyampaian cenderahati disampaikan oleh presiden Program Team Building dan


diberikan kepada penasihat Program Team Building iaitu Encik Kamarudzaman Bin
Bakar.

6
19.6 MAJLIS PENYAMPAIAN HAMPER EXPLORACE KEPADA PEMENANG

Rajah 6 : Penyampaian hamper kepada Johan Explorace

Penyampaian hamper oleh Puan Noormawati Binti Bakar kepada pemenang tempat
pertama bagi acara explorace iaitu Kumpulan Biru.

Rajah 7: Penyampaian hamper kepada Naib Johan Explorace

Penyampaian hamper oleh Puan Noormawati Binti Bakar kepada pemenang tempat
kedua bagi acara explorace iaitu Kumpulan Merah.

7
19.7 SIJIL FASILITATOR

Rajah 8: Sijil Fasilitator

Sijil ini disediakan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada


pelatih-pelatih yang telah menjayakan Program Team Building Institu PKZ Maju yang
bertempat di Pantai Bersih, Pulau Pinang pada 14hb Jun 2023.

19.8 BORANG SOAL SELIDIK

Rajah 9: Borang Kaji Selidik Biro Cenderahai

8
19.8.1 JUMLAH KESELURUHAN STATISTIK

1 – TIDAK 2 – KURANG 3– 4 – SANGAT


BIL KRITERIA
MEMUASKAN MEMUASKAN MEMUASKAN MEMUASKAN
Adakah rekaan
dan lakaran sijil
1 penyertaan 0 0 6 8
menarik dan
kemas?
Pengatucaraan
penyampaian
sijil berada
2 0 1 9 4
dalam keadaan
lancar dan
tersusun?
Cenderahati
yang
disediakan
3 0 0 7 7
mencukupi dan
berada dalam
keadaan baik?
Setujukah
anda,
cenderahati
sukaneka yang
4 0 0 6 8
diberi
bersesuaian
dengan
program?

Suasana yang
5 0 2 8 4
kondusif

Jadual 3: Menunjukkan jumlah keseluruhan statistik biro cenderahati

9
Rajah 10 : Umur responden

Daripada kajian yang telah dilaksanakan oleh biro cenderahati, hasil kajian
mendapati bahawa 78.6% responden adalah berumur dari kalangan 18-25 tahun
dan 21.4% responden adalah berumur 40 tahun keatas.

Rajah 11 : Jantina Responden

Daripada kajian yang telah dilaksanakan oleh biro cenderahati, hasil kajian
mendapati bahawa 57.1% responden adalah kategori perempuan dan 42.9%
responden adalah lelaki.

10
Rajah 10 : Rekaan dan lakaran sijil

Rajah 12 : Jenis Responden

Daripada kajian yang telah dilaksanakan oleh biro cenderahati, hasil kajian
mendapati bahawa 50% responden adalah dari pelatih V60, manakala 28.6%
responden adalah pelatih V59 dan 28.6% adalah guru.

11
19.8.2 STATISTIK BIRO CENDERAHATI

Rajah 13 : Rekaan dan lakaran sijil

Daripada kajian yang telah dilaksanakan oleh biro cenderahati, hasil kajian
mendapati bahawa 57.1% responden memilih skala sangat memuaskan dan 42.9%
memlih skala memuaskan terhadap rekaan dan lakaran sijil penyertaan menarik dan
kemas.Ini menunjukkan bahawa 100% peserta berpuas hati dengan rekaan sijil
adalah menarik dan tidak membosankan.

12
Rajah 14 : Pengatucaraan penyampaian sijil berada dalam keadaan lancar dan tersusun

Selain itu, peratusan bagi hadiah cenderahati dan sukaneka yang diberikan
bersesuaian dengan program menunjukkan 33.3% responden memilih skala sangat
memuaskan 53.3% skala memuaskan dan 13.3% memilih skala kurang memuaskan
terhadap pengatucaraan penyampaian sijil berada dalam keadaan lancar dan
tersusun. Ini menunjukkan bahawa 100% peserta berpuas hati dengan
pengaturcaraan penyampaian sijil yang dijalankan adalah menarik dan tidak
membosankan.

13
Rajah 15 : Cenderahati yang disediakan mencukupi dan berada dalam keadaan baik

Seterusnya, biro cenderahati juga telah membuat kajian soal selidik mengenai
cenderahati yang disediakan mencukupi dan berada dalam keadaan baik
menunjukkan sebanyak 50% responden memilih skala sangat memuaskan dan 50%
responden memlih skala memuaskan terhadap perkara tersebut. Ini menunjukkan
bahawa 100% peserta berpuas hati dengan cenderahati yang disediakan
mencukupi.

14
Rajah 16: Hadiah cenderahati dan sukaneka bersesuaian dengan program

Selepas itu, 57.1% responden memilih skala sangat memuaskan dan 42.9%
responden memilih skala memuaskan terhadap hadiah cenderahati dan sukaneka
bersesuaian dengan program. Ini menunjukkan bahawa 100% peserta berpuas hati
dengan cenderahati yang diberi bersesuaian dengan program.

15
Rajah 17 : Suasana yang kondusif

Akhir sekali, 28.6% responden memilih skala sangat memuaskan, 57.1% responden
memilih skala memuaskan dan 14.3% memilih skala kurang memuaskan terhadap
suasana yang kondusif bagi acara penyampaian sijil dan cenderahati. Ini
menunjukkan bahawa 100% peserta berpuas hati dengan suasana tempat
penyampaian sijil dan cenderahati bersesuaian.

16
19.9 KESIMPULAN
Secara kesuluruhannya, para pelatih yang telah dibahagi tugas masing-
masing telah mengambil peranan dan melaksanakan tugasan secara teratur dan
kemas. Selain itu, para pelatih dan biro cenderahati juga telah memberi kerjasama
yang sangat bagi memudahkan perjalanan Program Team Building Batch V60
berlangsung.

Program Team Building yang dijalankan di Pantai Bersih, Pulau Pinang


sangat memberi impak kepada semua peserta. Para pelatih juga sangat memberi
kerjasama dalam menjayakan program ini. Penyertaan pelatih juga menunjukkan
hasil yang positif dalam berkomunikasi yang mudah difahami. Kesimpulannya,
program ini banyak membantu para pelatih mendapat pengetahuan baharu dalam
kehidupan bermasyarakat.

19.10 LAMPIRAN

RESIT PEMBELIAN BARANGAN AKTIVITI

17
19.11 PENGESAHAN

Disediakan Oleh :

……………………………………………
(NURUL NAJWAA BINTI NOOR AZAM)
BIRO AKTIVITI
PROGRAM TEAM BUILDING V60

Disemak Oleh :

………………………………...
(NUR IZLYNN BINTI IZHAR)
TIMBALAN PRESIDEN
PROGRAM TEAM BUILDING V60

Disahkan Oleh :

………………………………………………
(ENCIK KAMARUDZAMAN BIN BAKAR)
PENASIHAT
PROGRAM TEAM BUILDING V60

18

Anda mungkin juga menyukai