Anda di halaman 1dari 11

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh.

Saya M.Zharif Sufyan Bin M.Subhi dari

kelas 4 Anggerik dan bersekolah di Sekolah

Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar

1,Pontian. Pada hari ini saya akan

membicarakan sebuah buku dwibahasa

yang bertajuk The Jungle Book. Buku ini

telah diterjemahkan di dalam Bahasa

Melayu dan diterbitkan oleh Dvantage

Quest Publication. Buku ini mengandungi


25 halaman muka surat. Penulis asal cerita

ini seorang berbangsa Inggeris bernama

Rudyard Kipling. The Jungle Book

merupakan cerita teladan yang

menggunakan haiwan bersifat manusia

untuk menyampaikan pengajaran dan

nilai-nilai murni dalam sebuah kehidupan.


Watak-watak utama dalam cerita ini terdiri

daripada Mowgli seorang kanak-kanak ,

Bagheera seekor serigala, Baloo pula

seekor beruang, manakala Sheere Khan

seekor harimau.

Buku ini berkisarkan kisah cereka karya

seorang anak kecil bernama Mowgli.

Mowgli ditinggalkan oleh ibu bapanya di

sebuah kawasan hutan rimba sewaktu di


serang oleh seekor harimau. Anak itu

kemudiaannya ditemui oleh sekumpulan

serigala bernama Bagheera dan Baloo.

Mereka menjaga Mowgli dengan penuh

kasih sayang. Mowgli diajar tentang cara

dan kehidupan di dalam hutan rimba.

Mowgli membesar dengan gembira di

dalam hutan . Semuanya berubah ketika

Mowgli berusia 10 tahun. Harimau yang

digelar sebagai Sheere Khan telah


mengetahui tentang Mowgli dan cuba

untuk mencarinya. Bagheera dan Baloo

berasa bimbang akan keselamatan Mowgli

lalu mereka ingin membawanya ke sebuah

perkampungan manusia. Mowgli berasa

sangat sedih untuk meninggalkan

kehidupannya di dalam hutan, namun dia

akur dengan cadangan Bagheera dan

Baloo demi keselamatannya. Bagheera

dan Baloo menghantar Mowgli ke


perkampungan manusia. Dalam

perjalanan menuju ke perkampungan

manusia, pelbagai halangan yang

ditempuhi oleh mereka, namun berjaya di

hadapi dek kerana rasa kasih dan sayang

Bagheera dan Baloo terhadap Mowgli.

Dalam perjalanan ke perkampungan itu

juga, mereka telah bertemu dengan

Sheera Khan. Sheera Khan menerkam

Mowgli. Baloo dengan sedaya upaya telah


menyelamatkan Mowgli daripada menjadi

mangsa. Akhirnya Mowgli terselamat.

Mowgli berasa sangat terharu dengan

tindakan Baloo yang sanggup bergadai

nyawa demi keselamatannya. Akhirnya

mereka selamat meneruskan perjalanan

menuju ke perkampungan manusia,

walaupun Mowgli berasa sangat sedih

meninggalkan kehidupannya di hutan

rimba, namun dia akur akan keputusan itu


dan dia telah meneruskan kehidupannya

sebagai manusia di perkampungan itu.

Untuk makluman, pengajaran pertama

yang saya perolehi adalah cerita ini

mengajar kita supaya saling hormat

menghormati di antara satu sama lain.

Setiap makhluk yang hidup di muka bumi

ini mempunyai fungsi tertentu dalam

kitaran hidup masing-masing. Justeru kita


hendaklah sentiasa menghormati

kepentingan dan kehidupan setiap

makhluk di muka bumi.

Pengajaran yang kedua adalah rasa kasih

sayang yang ada di dalam setiap watak

diceritakan dalam cerita ini. Walaupun

mereka sebenarnya dua makhluk yang

berbeza, nilai kasih, sayang, teladan ,

kelembutan dan kebahagiaan sebagai

sebuah keluarga yang hidup bersama-


sama sangat jelas ditonjolkan dalam cerita

ini. Justeru, cerita ini memberi banyak

pengajaran kepada saya supaya menanam

rasa kasih sayang terhadap keluarga saya.

Sekian sajalah bicara buku saya pada


kali ini. Wabilahitaufik walhidayah
wsaaalamu………

Anda mungkin juga menyukai