Anda di halaman 1dari 1

Sekapur Sirih Pembuka Bicara

PENGETUA SMA NAHDZAH

Assalamualaikum Warahtamullahi Wabarakatuh dan Selamat sejahtera.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.


‫ سيدنا ونبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬،‫والمرسلين‬ ‫األنبياء‬ ‫والصالة والسالم على أشرف‬ ‫الحمد هلل رب العالمين‬.

Tuan, puan, ibu bapa dan hadirin yang dihormati.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,


dapat kita bersama-sama merealisasikan Majlis Idul Ilmi bagi tahun 2023. Majlis yang
diadakan saban tahun ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid
yang memperoleh kecemerlangan dalam pencapaian akademik dan murid-murid yang telah
memberi sumbangan dengan mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum.
Selain itu, tidak dilupa juga penghargaan kepada murid-murid yang memperoleh peningkatan
prestasi sepanjang tahun ini, juga kepada guru-guru yang telah memberi sumbang bakti
dalam pelbagai bidang.

Terima kasih kepada semua!

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua
ibu bapa, PIBG sekolah, staf sokongan dan semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Idul Ilmi bagi tahun 2023 ini.
Saya berharap hubungan baik ini dapat terjalin dari semasa ke semasa.
Sesungguhnya kecemerlangan sesebuah sekolah itu adalah hasil kerjasama guru-guru yang
dedikasi, murid-murid yang berpotensi meraih kejayaan serta kerjasama dan sokongan yang
mantap daripada ibu bapa dan masyarakat setempat.

Sekian, Terima Kasih.

Mohd Zaki bin Hj Ahmad


Pengetua SMA Nahdzah

Anda mungkin juga menyukai