Anda di halaman 1dari 15

E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

ANALISIS KEPERLUAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM


KALANGAN WARGA EMAS

HUSAINI BIN KASRAN


aliff_08@yahoo.com.my
DR. CHE RADIAH BINTI MEZAH
cradiah@upm.edu.my
DR. NIK FARHAN BINTI MUSTAPHA
farhan@upm.edu.my

Analisis keperluan merupakan satu syarat penting dalam membina sesuatu program bahasa Arab yang
efektif terutamanya yang melibatkan golongan dewasa khususnya warga emas. Prinsip atau teori
pembelajaran dewasa yang melihat bahawa golongan dewasa mempunyai autoriti dalam menentukan
keperluan dan kehendak pembelajaran memerlukan kepada analisis awal keperluan tersebut sebelum
menjalankan sesuatu modul pembelajaran bahasa kepada mereka bagi memastikan keperluan dan
kehendak ini dipenuhi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang
mendorong warga emas mempelajari bahasa Arab, menyenaraikan bahan yang bertepatan dengan
keperluan pembelajaran mereka serta menganalisis proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
yang sesuai untuk mereka. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini melibatkan lima (5)
orang responden yang pernah mengikuti kursus bahasa Arab. Pengumpulan data kajian dibuat melalui
rakaman temu bual. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga (3) faktor utama golongan warga
emas mempelajari bahasa Arab iaitu faktor agama, faktor komunikasi dan faktor kemasyarakatan.
Berkenaan bahan pembelajaran, golongan warga emas cenderung untuk mempelajari topik yang
berkaitan dengan tema agama, tema komunikasi, unsur bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis,
kosa kata serta keindahan bahasa dan unsur kemahiran bahasa iaitu membaca, bercakap, mendengar
dan menulis. Kajian yang dijalankan ini telah berjaya membuktikan akan kepentingan melaksanakan
analisis keperluan kerana ia terbukti berjaya dalam menyingkap keperluan dan kehendak
pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan warga emas yang boleh direalisasikan dengan pembinaan
suatu modul khusus untuk golongan tersebut.
Analisis keperluan merupakan satu syarat penting dalam membina sesuatu program bahasa Arab yang
efektif terutamanya yang melibatkan golongan dewasa khususnya warga emas. Prinsip atau teori
pembelajaran dewasa yang melihat bahawa golongan dewasa mempunyai autoriti dalam menentukan
keperluan dan kehendak pembelajaran memerlukan kepada analisis awal keperluan tersebut sebelum
menjalankan sesuatu modul pembelajaran bahasa kepada mereka bagi memastikan keperluan dan
kehendak ini dipenuhi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang
mendorong warga emas mempelajari bahasa Arab dan menyenaraikan bahan yang bertepatan dengan
keperluan pembelajaran mereka. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini melibatkan lima
(5) orang responden yang pernah mengikuti kursus bahasa Arab. Pengumpulan data kajian dibuat
melalui rakaman temu bual. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga (3) faktor utama
golongan warga emas mempelajari bahasa Arab iaitu faktor agama, faktor komunikasi dan faktor
kemasyarakatan. Berkenaan bahan pembelajaran, golongan warga emas cenderung untuk mempelajari
topik yang berkaitan dengan tema agama, tema komunikasi, unsur bahasa seperti fonologi, morfologi,
sintaksis, kosa kata serta keindahan bahasa dan unsur kemahiran bahasa iaitu membaca, bercakap,
mendengar dan menulis. Kajian yang dijalankan ini telah berjaya membuktikan akan kepentingan
melaksanakan analisis keperluan kerana ia terbukti berjaya dalam menyingkap keperluan dan
kehendak pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan warga emas yang boleh direalisasikan dalam
membina sesuatu program pembelajaran untuk golongan tersebut.

Kata kunci: Analisis keperluan, Warga emas, Pembelajaran dewasa

http://WorldConferences.net Page 101


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

Pendahuluan

Dewasa ini, kita dapati bahawa bahasa Arab dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat, bermula
daripada kanak-kanak, remaja, golongan dewasa malah warga emas. Kecenderungan warga emas
untuk mempelajari bahasa ini dapat dilihat dengan ramainya daripada golongan ini yang mengikut
kelas-kelas pembelajaran bahasa Arab sama ada secara formal mahupun informal. Menurut Che
Radiah & Masittah (2011), golongan warga emas ini menjadi antara golongan utama yang mengikuti
kelas-kelas pengajian bahasa Arab ini di masjid, surau, pusat pendidikan bahasa Arab awam mahupun
swasta dan sebagainya. Contohnya, pelajar warga emas yang mengikuti pengajian di Institut
Gerontologi, Universiti Putra Malaysia juga telah memilih bahasa Arab sebagai bahasa yang ingin
dipelajari bagi memenuhi keperluan utama mereka dalam mendalami agama melalui kefahaman jitu
kepada al-Quran dan Hadis serta suatu usaha pemantapan kualiti ibadah harian mereka.

Melihat kepada senario ini, maka suatu analisis keperluan untuk golongan ini dalam mempelajari
bahasa Arab perlu dilakukan kerana ia dapat mengenal pasti faktor mereka mempelajari bahasa
tersebut serta dapat meyediakan bahan pembelajaran yang sesuai untuk mereka. Che Radiah &
Masittah (2011) menyebut, persediaan dan perancangan pengajaran yang dibina harus mengambil kira
kepada keperluan dan kehendak sebenar warga emas tersebut. Aspek fisiologi, psikologi, situasi
kehidupan, latar belakang dan pengalaman mereka serta disepadukan bersama dengan teori
pembelajaran dewasa (andragogi) menjadi asas utama dalam membina program pembelajaran
berkesan kepada golongan ini. Sekiranya aspek tersebut tidak diberi perhatian, matlamat dan objektif
pembelajaran mungkin tidak dapat dicapai sepertimana yang dihasratkan.

Latar Belakang Kajian

Pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan golongan dewasa terutamanya warga emas merupakan
antara topik yang hangat diperbincangkan oleh sarjana bahasa. Banyak persoalan yang sering
ditimbulkan berkenaan kemampuan generasi ini dalam mempelajari bahasa asing pada usia mereka.
Meskipun ada antara warga emas ini yang mempunyai matlamat dan objektif jelas serta bermotivasi
tinggi untuk mempelajari sesuatu bahasa kedua, tetapi ramai yang masih sangsi terhadap keupayaan
mereka dalam proses pemerolehan bahasa tersebut. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa usia tua
bukanlah masa yang sesuai untuk mempelajari sesuatu bahasa baharu kerana ketika usia ini banyak
faktor luaran mahupun dalaman yang dapat mengekang keberhasilan pembelajaran mereka. Lunandi
(1987), beranggapan bahawa terdapat korelasi negatif antara pertambahan usia dengan kemampuan
belajar golongan dewasa. Menurutnya, pertambahan usia bermakna aspek fizikal yang melibatkan
kemampuan melihat, mendengar dan menyebut juga akan menurun. Bertambahnya usia juga
bermakna kemampuan daya fikir dan tumpuan juga akan terjejas. Malah ada yang melihat perkara ini
berdasarkan kepada peribahasa popular dalam bahasa Inggeris, iaitu “ You can‟t teach an old dog new
tricks”.

Akan tetapi, tanggapan itu kini telah berubah dengan banyaknya penemuan yang membuktikan
bahawa belajar bahasa di usia tua tetap boleh berjaya sebagaimana belajar di usia muda. Brown
(2001) sebagai contoh menyatakan bahawa seorang yang berusia 50 tahun mampu berjaya untuk
mempelajari sesuatu bahasa kedua sama seperti pelajar yang berusia 18 tahun dengan syarat kedua-
duanya diberi peluang pembelajaran yang sama rata. Beliau turut menjelaskan bahawa kenyataan yang
mengatakan golongan kanak-kanak lebih cemerlang dalam mempelajari sesuatu bahasa baharu adalah
satu mitos semata-mata. Jika seseorang yang berumur tidak berupaya menguasai proses pemerolehan
bahasa kedua, ia bukanlah disebabkan oleh kemampuan atau efikasi semulajadinya tetapi
berkemungkinan besar kesan daripada faktor hambatan fizikal, kognitif dan afektif yang berlaku
kepada mereka.

Sementara itu, Schleppegrell (1987) menyatakan kajian yang dijalankan oleh Kreshen, Long dan
Scarcella (1979) membuktikan bahawa meskipun kanak-kanak memiliki kelebihan dalam menguasai
sesuatu bahasa ibunda dengan fasih dalam jangka masa panjang, golongan lebih dewasa pula memiliki
kelebihan dalam kepantasan mempelajari bahasa berbanding kanak-kanak. Ini kerana, kemampuan

http://WorldConferences.net Page 102


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

untuk belajar sesuatu yang baharu tidak akan menurun dengan meningkatnya usia. Selagi kesihatan
berada pada tahap terbaik, tahap intelektual juga tidak akan akan berkurang meskipun mereka
menjangkau ke usia 80 dan 90 tahun ataupun lebih (Ostwald dan William, 1985 ).

Ṭu„aymah dalam Taha (1994), menyatakan bahawa terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa
apa yang diperolehi oleh golongan kanak-kanak selama dua tahun atau tiga ribu jam, mampu dicapai
oleh individu lebih berusia hanya dalam jangka masa 270 hingga 750 jam sahaja. Malah golongan
dewasa yang tidak mempunyai kemahiran membaca dan tergolong dalam kategori sederhana dalam
pembelajaran juga berupaya untuk mempelajari sesuatu 4 kali ganda lebih cepat berbanding kanak-
kanak. Antara faktor yang menyebabkan keadaan tersebut ialah kerana bagi orang dewasa matlamat
dan dorongan untuk mempelajari sesuatu adalah lebih jelas berbanding kanak-kanak. Sesuatu
matlamat yang telah disasar dan ingin dicapai telah menyebabkan golongan dewasa ini lebih
bermotivasi dan bersedia sepenuh usaha serta mengembleng seluruh tenaga untuk cuba
merealisasikannya.

Schleppegrell (1987) menambah bahawa hakikatnya, otak golongan dewasa dapat mempelajari bahasa
baharu dengan lebih mudah dan lebih teliti berbanding kanak-kanak. Mereka mampu untuk menguasai
kemahiran sesuatu bahasa lain lebih cepat berbanding kanak-kanak kerana mereka telah menguasai
bahasa sedia ada (ibunda) yang digunakan oleh mereka. Golongan tua boleh menjadi pelajar bahasa
yang baik sekiranya sebarang kesulitan dan halangan dalam proses pembelajaran diatasi dengan bijak.
Antaranya dengan menjadikan suasana pembelajaran lebih fleksibel, menitik beratkan aspek afektif
mereka serta menggunakan kaedah pengajaran yang efektif.

Schleppegrell (1987) juga menjelaskan bahawa untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sesuatu bahasa kepada warga emas perlu mengetahui dengan jelas dorongan, matlamat, keperluan
serta kaedah atau aktiviti sesuai untuk diterapkan kepada golongan ini. Sekiranya aspek tersebut tidak
diambil perhatian serius maka proses pemerolehan bahasa tersebut amat sukar untuk menampakkan
keberhasilannya.

Oleh itu, sebelum melaksanakan sesuatu program kepada golongan ini, maka langkah terawal yang
harus dilakukan ialah menganalisis keperluan mereka bagi mengenal pasti faktor mereka mempelajari
bahasa Arab. Matlamat serta faktor ini akan memandu ke arah penyediaan bahan pembelajaran yang
bersesuaian dipelajari dan dikuasai oleh mereka.

Warga emas

Dasar warga emas negara telah mentakrifkan warga emas sebagai mereka yang berumur 60 tahun dan
ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Aging in 1982”
Vienna. Meskipun begitu, kajian ini mengambil kira mereka yang berumur 56 dan ke atas
memandangkan ia merupakan peringkat umur persaraan bagi sesetengah individu di negara ini.

Golongan warga emas tergolong dalam salah satu peringkat perkembangan dewasa. Kamus dewan
mentakrifkan golongan dewasa sebagai golongan yang berusia dua puluh satu tahun dan ke atas
(Kamus Dewan : 347). Di peringkat ini, tahap kematangan pemikiran dan emosi seseorang
berkembang dengan baik dan sempurna. Fizikal mereka juga menjadi semakin kuat dan stabil.
Kemuncak proses dewasa seseorang tiba bila mereka menginjak ke usia tua iaitu apabila mereka
berumur 60 tahun dan ke atas, serta digelar sebagai warga emas. (www.jkm.gov.my)

Sementara itu, Erikson (1950) dalam bukunya Childhood and Society mengkategorikan dewasa ini
kepada 3 tahap iaitu dewasa awal (iaitu dewasa yang berumur 18-40 tahun), dewasa pertengahan
(dewasa yang berumur 41-59 tahun) dan dewasa akhir (dewasa yang berumur 61 tahun dan ke atas).

Sementara itu, Dalam mentakrifkan “‫شيْخ‬


َ ” atau warga emas, Ibrāhīm Anīs, et.al (1972) dalam mu„jam
al-wasiṭ menyatakan bahawa ia adalah usia seseorang yang berumur 50 tahun ke atas dan berada

http://WorldConferences.net Page 103


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

antara peringkat “‫ ” َك ْهل‬dan “‫”ه ََرم‬. Sementara itu, istilah “‫ ”ه ََرم‬pula ditakrifkan sebagai seseorang yang
sangat tua dan sangat lemah dari sudut fizikal dan mental.

Analisis Keperluan

Analisis keperluan merupakan satu proses yang dijalankan secara sistematik dan menyeluruh untuk
meneroka keperluan terhadap sesuatu perkara. Dalam bidang bahasa sebagai contoh, banyak definisi
telah dikemukakan oleh sarjana bahasa berkenaan analisis keperluan ini. Nunan (1988:5)
mentakrifkannya sebagai suatu teknik atau prosedur dalam mengumpul serta menghimpun maklumat
yang dikehendaki dalam membentuk suatu modul atau program bahasa. Keberkesanan dan kejayaan
sesuatu program bahasa adalah hasil daripada penerokaan dan pengumpulan terhadap keperluan
berbahasa pelajar.

Brown (1995:36), melihat analisis keperluan sebagai suatu pengumpulan dan analisis yang
menyeluruh dan sistematik terhadap segala maklumat yang konkrit dan subjektif dalam menentukan
keberkesanan dan keampuhan sesuatu kurikulum atau program dalam memenuhi kehendak dan
keperluan pembelajaran bahasa seseorang pelajar yang berada dalam lingkungan pengkhususan
tertentu serta mampu mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis keperluan yang
dilaksanakan dapat dijadikan satu senarai lengkap terhadap apa yang ingin dicapai dan disasar oleh
pelajar. Ia sangat berguna dalam proses membangunkan bahan-bahan pembelajaran, aktiviti-aktiviti
pembelajaran, menilai dan membangunkan strategi pengajaran dan pembelajaran, membina
pendekatan berkesan dalam sistem penilaian, serta berupaya dalam menilai semula keberkesanan dan
kesesuaian program dengan keperluan asal pelajar.

Iwai et al. (1999:6) menyebut bahawa secara umumnya analisis keperluan merujuk kepada aktivit-
aktiviti yang dilaksanakan dalam mengumpul maklumat untuk dijadikan asas dalam membina suatu
kurikulum yang dapat memenuhi keperluan suatu kelompok pelajar. Keperluan tersebut perlu disusun
mengikut keutamaan agar hasilnya lebih efektif.

Analisis keperluan bukan semata-mata pemerhatian terhadap aspek yang ingin dipelajari atau cara
bagaimana bahasa itu patut dipelajari, malah ia juga perlu mengambil kira kepada beberapa pemboleh
ubah, emosi dan cara pemikiran yang akan mempengaruhi proses pembelajaran seperti motivasi, sikap,
keprihatinan, kepekaan, sahsiah, matlamat dan gaya belajar (Brindley,1989).

Sementara itu, Ṭu„aymah (1989) meletakkan satu ikatan kuat antara analisis keperluan dengan
pembelajaran bahasa untuk tujuan khusus. Dalam mendefinisikan pembelajaran untuk tujuan khusus
beliau menyatakan ia merupakan suatu pengajaran yang khusus untuk golongan tertentu yang
mempunyai kandungan dan kemahiran bahasa yang spesifik bagi mencapai hasil pembelajaran yang
komprehensif.

Kepentingan Analisis Keperluan

Dalam usaha merealisasikan penghasilan dan pembinaan suatu program bahasa yang lengkap, padat
dan praktikal, segala aspek dan faktor yang berkaitan perlu diambil pertimbangan. Polisi bahasa,
harapan dan keperluan masyarakat, pengetahuan berkenaan sumber-sumber dan halangan-halangan
program perlu dijadikan asas dalam menentukan kejayaannya. Aspek situasi, matlamat, sukatan
pelajaran, prosedur serta teori pengajaran dan pembelajaran, pengujian dan pengetahuan berkenaan
ciri-ciri semulajadi pelajar perlu diberi perhatian serius dalam memantapkan lagi keberhasilannya.
Segala maklumat berkaitan aspek tersebut hanya boleh diperoleh melalui analisis keperluan (Najjah
Salwa, et.al. 2012:656).

Oleh itu, ramai sarjana bahasa menekankan proses analisis keperluan ini dalam pembentukan suatu
silibus atau program bahasa. Taba (1962) sebagai contoh menjelaskan bahawa langkah terawal dalam
perancangan dan pembentukan kurikulum atau silibus adalah dengan melaksanakan analisis keperluan.
Malah ia perlu dijadikan prasyarat penting dalam menentukan pembentukan objektif atau kandungan
suatu program bahasa yang berkesan (Brindley, 1989). Brown (1995), melihat bahawa analisis

http://WorldConferences.net Page 104


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

keperluan ini sebagai satu langkah permulaan yang penting dalam membangunkan sesuatu kurikulum
atau program bahasa yang lengkap dan menyeluruh.

Richards (1984) telah menggariskan bahawa untuk menghasilkan satu program bahasa yang mantap
dan berkesan perlu melalui beberapa peringkat yang perlu dilaksanakan. Peringkat tersebut perlu
bermula dengan menentukan keperluan-keperluan pelajar, diikuti dengan pembentukan objektif bagi
memenuhi keperluan tersebut, kemudian bahan, diikuti pemilihan aktiviti, pendekatan serta program
pembelajaran yang sesuai bagi mencapai keperluan-keperluan tersebut serta diakhiri dengan penilaian
hasil.

Model-model Analisis Keperluan


Para sarjana bahasa telah mencadangkan pelbagai model atau pendekatan berkenaan analisis
keperluan. Kaewpet (2009) merumuskan bahawa terdapat empat modul atau pendekatan yang paling
dominan iaitu Model Sosiolinguistik (Munby,1978), Pendekatan Sistemik (Richterich & Chancerel,
1977), Pendekatan berpusatkan pembelajaran (Hutchinson & Waters, 1987) dan Pendekatan
berpusatkan pelajar (Berwick & Brendleys, 1989).

Kajian ini menggunakan model atau pendekatan berpusatkan pembelajaran (Hutchinson & Waters,
1987). Pendekatan berpusatkan pembelajaran telah diperkenalkan oleh Hutchinson dan Waters (1987).

Soghori (2007) telah menggambarkan rangka kerja analisis keperluan pembelajaran Hutchinson &
Waters (1978) seperti rajah berikut:

Mengapa pelajar
Siapakah Dia mengambil
Pelajar kursus?
Analisis Keperluan
Pembelajaran

Bagaimana Apakah Sumber


pelajar belajar? Yang Ada?

Rajah 2.2 : Rangka kerja analisis keperluan pembelajaran


Hutchinson & Waters (1987)

Pembelajaran dewasa (andragogi)

Memandangkan warga emas terdiri daripada golongan dewasa, maka mereka juga terikat dengan
konsep pembelajaran dewasa. Pembelajaran dewasa merupakan satu proses yang berterusan yang
dijalani oleh golongan dewasa sama ada secara formal atau tidak formal bagi meningkatkan
keupayaan, memperkayakan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran diri (Hamburg
Declaration, 2005). Ia juga menjadi satu proses yang dapat mengalihkan golongan dewasa ini ke satu
haluan baru demi memenuhi kehendak diri dan masyarakat (Hamburg declaration, 2005, Merriam dan
Cafarella ,1991). Ia juga dikenali sebagai pendidikan berterusan, pendididikan sepanjang hayat,
pendidikan komuniti dan pendidikan sosial. Pendidikan sepanjang hayat contohnya sangat penting
dalam memelihara minda dan daya ingatan meskipun berlakunya pertambahan usia. Pendidikan yang
berterusan dapat menghindarkan diri daripada penyakit yang berkait rapat dengan penurunan
kemampuan daya ingatan seperti penyakit alzeihmer (Craik, et.al, 2010).

Di samping itu, pendidikan yang berterusan juga dapat mendorong golongan dewasa mengembang dan
mengekalkan perhubungan sosial, meningkatkan tahap keupayaan dan keyakinaan diri, meningkatkan

http://WorldConferences.net Page 105


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

tahap kualiti hidup. Ia harus memperlihatkan perubahan sikap dan perilaku peribadinya dan juga
peningkatan hubungannya dengan masyarakat sekelilingnya (Lunandi, 1987).

Golongan dewasa akan belajar kerana dorongan dalaman atau luaran tertentu yang menjadikan mereka
akan belajar secara sukarela tanpa sebarang paksaan. Ia penting bagi golongan ini berhadapan dengan
sebarang masalah yang dihadapi khususnya yang datang daripada situasi persekitaran sama ada dari
sudut sosial, politik, ekonomi dan nilai keagamaan. Knox (1986) menganggap bahawa pembelajaran
dewasa ini sebagai satu proses yang tertakluk kepada penyelesaian masalah yang dihadapi oleh
golongan dewasa. Pengetahuan yang diperoleh harus diadaptasi secara bijak dan fleksibel dalam
menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku dalam kehidupan seharian demi menjamin
kewujudan nilai hidup yang berkualiti.

Berdasarkan kepada definisi serta takrifan sebelum ini dapat kita simpulkan bahawa suatu yang
penting dalam pendidikan dewasa adalah ia merupakan suatu proses pembelajaran yang menjadi
pencetus kepada perubahan diri dan peningkatan kualiti hidup golongan dewasa hasil daripada
kesedaran akan kekurangan yang masih wujud dalam diri dengan berpandu kepada matlamat serta
keperluan tertentu bagi dimanfaatkan oleh diri sendiri mahupun masyarakat sekitarnya.

Prinsip pembelajaran dewasa (andragogi)

Pelbagai pandangan telah dikemukakan oleh para sarjana berkenaan prinsip pembelajaran orang
dewasa. Istilah ini telah dipelopori oleh Alaxender Kapp yang mula memperkenalkannya pada
tahun 1833. Kemudian, ia telah dikembangkan dan dipopularkan oleh Malcolm Knowles yang
telah membina prinsip pembelajaran orang dewasa atau dikenali sebagai andragogi yang
diperkenalkan pada tahun 1970an dalam bukunya “The Adult Learner , A Neglected Species” dan
telah menjadi asas kepada penyelidikan yang lebih luas dalam bidang ini.

Pengadaptasian prinsip andragogi yang diperkenalkan oleh Knowles dalam pembelajaran pelbagai
disiplin ilmu untuk golongan dewasa mampu menjadi titik tolak kepada suatu proses pengajaran
dan pembelajaran yang mantap, ideal dan efisien. Knowles (1973, 1984) telah melihat bahawa
teori pembelajaran dewasa (andragogi) lahir daripada andaian-andaian berikut:
i. Konsep kendiri pelajar (learner self-concept): Orang dewasa mempunyai tanggungjawab
terhadap sebarang perkara atau keputusan yang mereka lakukan dan dilayan sebagai orang yang
berupaya untuk arah kendiri (self-direction). Sekiranya mereka tidak diberi ruang untuk
menentukan sesuatu pandangan atau keputusan, maka ia mungkin akan mengakibatkan penolakan
atau reaksi yang negatif.
ii. Peranan pengalaman pelajar (role of learners‟ experience): Pelajar dewasa telah melalui
perjalanan hidup yang berkembang ke arah satu tahap kematangan dengan didasari oleh
pengalaman yang kaya. Pengalaman tersebut dapat dijadikan asas dalam aktiviti pembelajaran dan
juga memperoleh pengalaman baru.
iii. Kesediaan untuk belajar (readiness to learn): Golongan dewasa belajar bukan disebabkan
oleh tuntutan akademik atau biologinya, akan tetapi banyak ditentukan oleh keperluan
perkembangan diri dan perubahan tugas serta peranan sosialnya. Mereka bersedia untuk
mempelajari perkara-perkara yang perlu diketahui bagi menangani dengan berkesan pelbagai
situasi kehidupan.
iv. Orientasi kepada pembelajaran (orientation to learning): Golongan dewasa mempunyai
kecenderungan untuk mempelajari sesuatu berasaskan kepada masalah yang dihadapi (Problem
centered Orientation). Ini kerana mereka belajar untuk cuba menyelesaikan seuatu masalah atau
kekurangan yang mereka hadapi dan juga keadaan persekitaran sosial yang perlu ditangani. Oleh
sebab itu, bagi mereka hasil segera perlu dicapai agar ia dapat dimanfaatkan dengan serta merta.
Dengan kata lain, mereka akan lebih bermotivasi untuk belajar jika mereka menganggap perkara
itu akan membantu mereka melaksanakan tugas-tugas dalam kehidupan mereka.
v. Motivasi untuk belajar (motivation to learn): Kesedaran akan kekurangan yang masih wujud
dalam diri, menyebabkan pelajar dewasa perlu mengetahui kenapa mereka perlu mempelajari

http://WorldConferences.net Page 106


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

sesuatu sebelum mereka mula mempelajarinya. Disebabkan konsep ini, minat dan motivasi untuk
belajar datang dengan sendiri tanpa sebarang paksaan.

Pernyataan masalah

Dewasa ini kecenderungan warga emas untuk mempelajari bahasa Arab di negara kita semakin
meningkat. Keadaan tersebut dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah yang agak ketara golongan
tersebut dalam mengikuti kelas pengajian bahasa Arab sama ada secara formal atau tidak formal di
pusat pengajian tinggi, pusat bahasa Arab, kolej komuniti, masjid, surau dan sebagainya (Che Radiah
& Masittah, 2011). Perkembangan positif ini menunjukkan bahawa kesedaran orang ramai untuk
mempelajari dan mendalami bahasa Arab sudah semakin meningkat apatah lagi ia merupakan bahasa
yang bertaut kuat dengan agama Islam.

Meskipun keadaan tersebut dianggap baik, tetapi kegagalan sesetengah institusi atau pusat pengajaran
bahasa Arab untuk menyediakan suatu program pembelajaran yang menepati matlamat, tujuan dan
keperluan warga emas untuk mempelajari bahasa tersebut telah merencatkan kesungguhan dan
motivasi mereka untuk terus mengikuti pengajian tersebut. Bahan pembelajaran yang agak tinggi serta
proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang bersesuaian dengan tahap intelek dan fizikal mereka
menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan jumlah kehadiran warga emas ini dalam kelas-kelas
bahasa Arab yang mereka ikuti (Che Radiah & Masittah, 2011).

Kepentingan mengetahui latar belakang pelajar dan tujuan mereka mempelajari bahasa Arab telah
dibuktikan oleh beberapa kajian yang dijalankan sebelum ini antaranya oleh Taha (1994), Lazim
(2000), Anzaruddin (2008), Ghazali Yusri et.al (2010), Che Radiah & Masittah (2011) dan Mohd
Shahrizal et.al (2012).

Melalui pengetahuan mengenai matlamat, keperluan serta latar belakang pelajar mempelajari bahasa
Arab maka bahan pembelajaran serta proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
pendekatan serta aktiviti-aktiviti bersesuaian mampu untuk diaplikasikan dengan jayanya seterusnya
dapat menarik minat mereka untuk terus konsisten mengikuti kursus yang dijalankan serta memberi
impak positif ke atas prestasi pembelajaran (Ghazali Yusri et.al (2010).

Justeru, melihat kepada peri pentingnya mengetahui faktor, tujuan dan kehendak warga emas dalam
usaha mempelajari bahasa Arab, serta pengalaman dan tahap keupayan dari sudut fizikal dan kognitif
mereka, maka antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh penyedia program bahasa adalah
membuat analisis keperluan. Ia penting dalam usaha menyediakan objektif, bahan, serta proses
pengajaran dan pembelajaran yang benar-benar bersesuaian dengan warga emas.

Memandangkan belum ada kajian yang dijalankan berkenaan analisis keperluan pembelajaran bahasa
Arab untuk warga emas, maka pengkaji terdorong untuk menjalankan kajian ini agar suatu program
bahasa Arab yang efektif khusus untuk mereka dapat dihasilkan. Satu-satunya kajian yang dijalankan
sebelum ini mengenai pembelajaran bahasa Arab warga emas iaitu kajian yang dijalankan oleh Che
Radiah & Masittah (2011), hanya menyentuh berkenaan aspek kesesuaian topik dan tema dengan
prinsip andragogi tanpa melibatkan proses analisis keperluan. Semoga kajian ini menjadi satu usaha
dalam menanam rasa cinta dan menyuburkan motivasi dalam diri warga emas untuk terus konsisten
mempelajari bahasa al-Quran di usia emas, insya-Allah SWT.

Persoalan Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah sebelum ini, beberapa persoalan kajian akan dibincang dan dihurai
dalam kajian ini. Persoalan tersebut adalah seperti berikut:

i. Apakah faktor yang mendorong warga emas mempelajari bahasa Arab?

ii. Apakah bahan pembelajaran bahasa Arab yang ingin dipelajari oleh warga
emas?

http://WorldConferences.net Page 107


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif yang berikut:

i. Mengenal pasti faktor yang mendorong warga emas mempelajari bahasa


Arab
ii. Menyenaraikan bahan pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas

Kerangka konsep kajian

Rajah 1: Kerangka konsep kajian

Metodologi

i. Sampel kajian dan pengumpulan data

Kajian ini hanya melibatkan responden yang mengikuti kursus pengajian bahasa Arab di bawah
program University of Third Age (U3A), Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia,
Serdang. Jumlah responden yang terlibat ialah seramai lima orang yang terdiri daripada tiga (3)
responden lelaki dan dua (2) responden perempuan serta dipilih berdasarkan kaedah
pensampelan pelbagai latar belakang atau dikenali sebagai “maximal variation sampling”.
Kepelbagaian latar belakang yang mencakupi perbezaan jantina, umur, tempat tinggal,
persekiran dan sebagainya membolehkan pengkaji mendapat data yang pelbagai. Ini
membolehkan pengkaji mendapat data yang lebih bermakna dan luas (Cresswell, 2003).
Memandangkan kajian ini bersifat kualitatif, maka pengkaji menggunakan kaedah temu bual
untuk mengutip data. Teknik temu bual dipilih dalam kajian ini kerana ia merupakan cara
paling sesuai untuk mengutip dan mengumpul data dalam kajian kualitatif (Marshall dan
Rosman, 1995). Rasional daripada pernyataan tersebut kerana melalui kaedah temu bual akan
membantu pengkaji memperoleh data yang tepat, terperinci dan dipercayai. Apatah lagi
responden yang dipilih merupakan warga emas yang memiliki tahap kesihatan dan fizikal yang

http://WorldConferences.net Page 108


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

baik serta benar-benar memiliki semangat dan motivasi untuk belajar serta memiliki matlamat
khusus untuk menguasai bahasa Arab ini.

ii. Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan instrumen kajian seperti menyediakan item temu bual yang terdiri
daripada soalan-soalan yang ingin ditanya kepada responden. Item t emu bual dibina berdasarkan
kepada prinsip atau model keperluan yang dirangka oleh Hutchinson dan Waters (1987). Di
samping itu, kajian juga menggunakan perakam suara digital untuk merakam aktiviti temu bual
bagi melancarkan proses mengutip data. Proses transkripsi dan data yang diperoleh hanya akan
dianalisis berdasarkan temu bual yang dijalankan berpandukan kepada soalan-soalan yang telah
dibina berdasarkan objektif kajian.

Dapatan Kajian dan perbincangan


Dapatan kajian ini membincangkan 2 aspek yang berkaitan dengan objektif dan soalan kajian, iaitu
faktor warga emas mempelajari bahasa Arab dan bahan pembelajaran yang ingin dikuasai oleh
mereka. Dapatan tersebut dapat memandu ke arah penghasilan suatu program bahasa Arab untuk
mereka.

1. Objektif pertama: Mengenal pasti faktor yang mendorong warga emas mempelajari
bahasa Arab.

Dapatan objektif pertama dapat disimpulkan melalui rajah berikut:

Rajah 2 : Faktor warga emas mempelajari bahasa Arab

1. Faktor warga emas mempelajari bahasa Arab berkait rapat dengan keperluan hakiki
mereka di usia emas dan terbahagi kepada tiga tujuan utama iaitu faktor agama, faktor komunikasi
dan faktor kemasyarakatan yang menjurus kepada sumbangan terhadap komuniti.

2. Golongan warga emas menyedari pentingnya mendalami ilmu agama menerusi


pemahaman terhadap isi kandungan al-Quran dan Hadis. Kesedaran terhadap pentingnya

http://WorldConferences.net Page 109


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

pelaksanaan ibadah yang tepat dan betul mendorong mereka mempelajari bahasa Arab agar dapat
memperbaiki mutu ibadah khususnya yang melibatkan bacaan dalam solat, bacaan al-Quran, doa-
doa, zikir dan sebagainya.

3. Golongan warga emas mempelajari bahasa Arab demi memenuhi keinginan mereka
untuk mahir berkomunikasi walaupun hanya aspek yang mudah. Kehendak komunikasi ini hanya
terbatas kepada dua aspek yang penting iaitu komunikasi bersama masyarakat sekeliling dan juga
komunikasi ketika melancong ke nagara-negara Arab khususnya ketika melaksanakan ibadah
umrah dan haji.

4. Golongan warga emas sedar bahawa di usia mereka, masyarakat memberi lebih
penghormatan kepada mereka kerana pengalaman yang dimiliki serta mereka dijadikan sumber
inspirasi dan teladan atas setiap sikap baik yang mereka tonjolkan. Atas dorongan ini mereka
mempelajari bahasa Arab agar dapat memberi sumbangan baik kepada keluarga secara khusus,
serta masyarakat seecara umum.

2. Objektif kedua: Menyenaraikan bahan pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas

Dapatan objektif kedua dapat disimpulkan melalaui rajah berikut:

Rajah 3 : Bahan Pembelajaran Bahasa Arab Warga Emas

1. Kandungan bahan pembelajaran yang ingin dipelajari oleh warga emas adalah yang
berkaitan dengan tema agama, tema komunikasi, unsur-unsur bahasa dan unsur kemahiran.

2. Tema agama lebih cenderung kepada aspek-aspek yang menyentuh bab akidah, bab
ibadah , doa-doa dan zikir harian. Tema komunikasi dibahagikan kepada dua aspek yang utama
iaitu komunikasi bersama masyarakat sekeliling dan komunakasi ketika melancong ke negara Arab
termasuklah ketika melaksanakan ibadah umrah dan haji.

3. Komunikasi bersama masyarakat ialah komunikasi bersama keluarga, rakan-rakan dan


juga masyarakat setempat yang lain. Tema yang ingin dikuasai lebih kepada perbualan ringkas
serta ungkapan yang berkisar dengan rutin harian.

http://WorldConferences.net Page 110


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

4. Komunikasi ketika melakukan aktiviti pelancongan ke negara Arab serta melaksanakan


ibadah umrah dan haji lebih kepada aspek yang dapat memudahkan warga emas ini berurusan
dengan masyarakat di sana.

5. Unsur-unsur bahasa yang ingin dipelajari oleh warga emas meliputi aspek fonetik,
sintaksis, morfologi dan kosa kata.

6. Unsur fonetik bahasa Arab sangat penting untuk dikuasai kerana ia berkait rapat dengan
keperluan warga emas yang mempelajari bahasa Arab untuk memperbaiki bacaan al-Quran
khususnya makhraj-makhraj huruf.

7. Unsur sintaksis (ilmu nahu) serta unsur morfologi (ilmu sorof) yang ingin dipelajari
oleh warga emas lebih kepada aspek yang asas sahaja dan tidak secara mendalam. Mereka suka
untuk memahami ilmu tersebut melalui pengajaran menggunakan pendekatan al-Quran ataupun
hadis.

8. Berkaitan dengan kosa kata atau mufradat, warga emas suka mempelajari perkataan-
perkataan yang berhubung rapat dengan tema-tema agama dan juga komunikasi ringkas. Perkataan
yang digunakan dengan perbuatan rutin harian juga menjadi keutamaan kepada mereka. Kosa kata
yang berkait rapat dengan urusan harian akan membantu pelajar mengusai bahasa tersebut dengan
mudah kerana ia akan sering digunakan dalam komunikasi harian.

9. Warga emas suka untuk mempelajari keindahan bahasa Arab melalui pembelajaran
peribahasa dan kata-kata hikmah, khususnya yang dapat memberi mereka motivasi dan rangsangan
untuk menjadi insan yang lebih baik seperti kata-kata hikmah “man jadda wajada, wa man zara‟a
hasada”.

10. Warga emas ingin menguasai keempat-empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran
mendengar, membaca, bercakap dan menulis. Meskipun begitu, dorongan untuk mendalami agama
serta memperbaiki prestasi ibadah menjadikan mereka memilih kemahiran membaca sebagai
kemahiran terpenting untuk dikuasai. Kemahiran ini menjadi pencetus kepada kesempurnaan
aktiviti bacaan, khususnya pembacaan al-Quran, Hadis, doa-doa dan sebagainya.

Cadangan untuk penggubal program atau modul bahasa Arab untuk warga emas

1. Kandungan atau bahan pembelajaran yang perlu diutamakan dalam membina sesuatu modul
harus selari dengan keperluan dan tujuan golongan warga emas mempelajari bahasa Arab iaitu
untuk mendalami agama serta memperbaiki kualiti ibadah dan tujuan komunikasi bersama
masyarakat serta komunikasi ketika berada di tanah Arab.

2. Bahan pembelajaran perlu lebih difokuskan kepada penggunaan ayat-ayat al-Quran, hadis,
doa-doa dan zikir. Ayat-ayat al-Quran atau hadis tersebut perlu berfokus kepada topik-topik
yang berkaitan dengan tema akidah dan ibadah kerana ia sangat rapat dengan keperluan mereka
dalam memantapkan iman dan amal. Doa-doa juga perlu di sadur daripada kedua-dua sumber
tersebut kerana ia merupakan doa-doa yang ma‟thur dan disarankan oleh Rasulullah untuk
diamalkan serta dekat dengan hati dan jiwa golongan warga emas.

3. Kandungan atau bahan pembelajaran mesti lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran
membaca dan berkomunikasi kerana kedua-dua kemahiran tersebut menjadi sasaran utama
golongan warga emas mempelajari bahasa Arab. Meskipun begitu, bahan yang menjurus
kepada penguasaan kemahiran mendengar dan menulis juga tidak boleh dikesampingkan.

4. Bahan pembelajaran yang berkaitan dengan aspek kemahiran bahasa perlu berkisar
berkenaan topik-topik yang berkait rapat dengan kehidupan sebenar warga emas. Perkataan-
perkataan yang digunakan juga mesti berkaitan rutin yang dilalui agar apa yang dipelajari dapat

http://WorldConferences.net Page 111


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

terus dipraktikkan. Selain itu, topik berkaitan komunikasi di tanah Arab, khususnya ketika
melaksanakan ibadah umrah dan haji perlu juga disertakan dalam bahan pembelajaran kerana ia
menjadi antara sasaran dan matlamat golongan warga emas mempelajari bahasa Arab.

5. Bahan pembelajaran berkenaan ilmu fonetik, ilmu sintaksis (nahu) dan ilmu morfologi
(saraf), perlu disertakan tetapi dalam bentuk yang mudah dan tidak menyentuh tajuk yang
sukar. Golongan warga emas hanya ingin menguasai topik-topik asas mengenai semua unsur
atau komponen bahasa tersebut. Pembelajaran mengenai aspek-espek tersebut juga harus
dikaitkan dengan contoh-contoh yang diambil daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis.

6. Penggubal modul tidak boleh mengabaikan aspek keindahan bahasa Arab dalam
merealisasikan sebuah modul yang bersesuaian dengan golongan warga emas. Aspek keindahan
bahasa perlu diselitkan khususnya yang melibatkan unsur peribahasa dan kata-kata hikmah
yang berkait rapat dengan kehidupan warga emas dan dapat memberi impak positif ke arah
kehidupan yang lebih baik di usia senja.

Cadangan Kajian Lanjutan

1. Kajian berkenaan analisis keperluan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan warga emas
boleh dilanjutkan lagi kepada responden yang telah lama mempelajari bahasa Arab. Penguasaan
mereka kepada banyak disiplin ilmu bahasa Arab yang telah dipelajari sebelum ini mungkin akan
menemukan suatu dapatan keperluan yang berbeza berbanding dapatan yang diperolehi dalam
dapatan kajian yang telah dijalankan ini. Ini kerana responden yang dipilih dalam kajian ini hanya
berpengalaman mempelajari bahasa Arab sekurang-kurang dalam tempoh dua tahun sahaja.

2. Kajian berkenaan analisis keperluan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan warga emas ini
boleh dijalankan menggunakan pendekatan atau metod kuantitatif kerana ia dapat melibatkan
pandangan atau respon daripada responden yang lebih ramai. Hasilnya mungkin akan menunjukkan
suatu yang lebih baik atau dapat memperbaiki lagi dapatan kajian yang telah dijalankan ini.

Kesimpulan

Dapatan kajian ini telah menunjukkan akan kepentingan analisis keperluan perlu dijalankan
sebelum membina atau merancang sesuatu program atau modul pengajaran dan pembelajaran
khususnya kepada golongan warga emas. Analisis keperluan yang disepadukan bersama dengan
prinsip pembelajaran dewasa atau andragogi sangat penting dalam melihat dan mencungkil
matlamat atau tujuan gologan ini mempelajari bahasa Arab. Tujuan tersebut telah memandu ke arah
penentuan bahan atau kandungan pembelajaran yang bersesuaian. Sebagai kesimpulannya, kajian
ini merumuskan bahawa untuk membina suatu modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
khususnya untuk golongan warga emas perlu melaksanakan analisis keperluan terlebih dahulu.
Dapatan yang diperoleh daripada analisis keperluan disepadukan dengan teori pembelajaran
dewasa sehingga dapat menghasilkan suatu dapatan yang benar-benar bersesuaian untuk membina
modul atau program bahasa yang benar-benar mantap dan selari dengan golongan warga emas.

RUJUKAN
Anzaruddin Ahmad. (2004). Bahasa Arab untuk Tujuan Agama: Kajian Terhadap Sikap dan
Motivasi Golongan Profesional. Disertasi Sarjana, Fakulti Bahasa dan Liguistik,
Universiti Malaya.

Anzaruddin Ahmad. (2008). Kepentingan Analisis Keperluan Dalam Penyelidikan Dan Peranannya
Dalam Penggubalan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Khusus. International
Seminar on Research in Islamic Studies Proceedings dalam Ridzwan Ahmad, Mohd Roslan
Mohd. Nor and Mohd Zaidi Daud (pnyt). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. (pp. 633-645).

Berwick, R. (1989). Needs Assessment in Language Programming : From Theory to

http://WorldConferences.net Page 112


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

Practice. Dlm: Johnson, R. K. (Ed). The Second Language Curriculum. (pp.48-62).


Cambridge: Cambridge University Press .

Brindley, G. (1989). The Role of Needs Analysis in Adult ESL Programme Design. Dlm Johnson, K.
(Pnyt.) The Second Language Curriculum, (pp: 63-78). Cabridge: Cambridge
University Press

Brown, J. D. (1995). The Elements of Language Curriculum: A Systematic Approach to Program


Development. New York: Heinle & Heinle

Bower, R. (1980). The Individual Learner in the General Class. Dlm Altman, H. B. & James,
C.V.
Foreign Language Teaching: Meeting Individual Needs. ( pp. 66-80). Oxford:
Pergamon Press Ltd.

Clark, M.C. & Caffarella, S.R. (1999). An Apdate on Adult Development Theory: New Way of
Thinking About the Life Course. Jossey, Bass, San Francisco, California

Chamnong Kaewpet (2009). A Framework for Investigating Learner Needs: Needs Analysis
Extended to Curriculum Development. Electronic Journal of Foreign Language Teaching,
2009, vol. 6, no.2, (pp.209-220), National University of Singapore.

Che Radiah Mezah & Raja Masittah, R. A.( 2011). Pengajaran Bahasa Arab Warga Emas
U3A Serdang: Satu Kajian Penerokaan. Dalam : Enhancing Islamic & Arabic
Language Education Through Quality Research Terbitan Assosiation of Malaysian Muslim
Intelectuals. Seri Kembangan, Selangor.

Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Malaysia: McGraw hill Education

Craik F.I., Bialystok E. & Freedman M. (2010). Delaying the Onset of Alzheimer Disease:
Bilingualism
as a Form of Cognitive Reserve. Neurology, 75 (19), (pp:1726-1729).

Cresswell, John.W. (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods
Approoaches. Sage Publication. Inc, California.

Dasar Warga Emas Negara.


http://www.jkm.gov.my/file/file/pdf/dasar_warga_emas_negara.pdf (3/9/2013)
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah. (2010). Sikap Pelajar Terhad
Pembelajaran
Kemahiran Lisan Bahasa Arab di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Gema Online
Journal of Language Studies, 10 (3): (pp: 37-50).

Hutchinson, T. & Waters, A. (1987). English for Specific Purposes: A Learning-Centered


Approach.
Cambridge : Cambridge Unicersity Press.

Iwai, T., Kondo, K., Limm, S. J. D., Ray, E. G., Shimizu, H., and Brown, J. D. (1999). Japanese
language needs analysis. Available at
http://www.nflrc.hawaii.edu/Networks/NW13/NW13.pdf

Knowles, M. (1973). The Adult Learner: A Neglected Species (1st Ed.). Houston, TX: Gulf
Publishing.

http://WorldConferences.net Page 113


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

Knowles, M. (1984). The Adult Learner: A Neglected Species (3rd Ed.). Houston, TX: Gulf
Publishing.

Knox, A.B. (1986). Adult and Continuing Education (1st ed). Jossey, Bass, San Francisco,California.

Lazim Omar. (2000). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab untuk Tujuan-tujuan
Khas: Analisis Keperluan di Malaysia. Tesis Ph.D. Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Long, M.H. (2005). Methodological Issues In Learner Needs Analysis. In M.H. Long (Ed.),
Second Language Needs Analysis, (pp: 19-76). Cambridge: Cambridge University Press.

Lunandi. A. A. (1987). Pendidikan Dewasa:Sebuah Uraian Praktis Untuk Pembimbing, Penatar,


Pelatih Dan Penyuluh Lapangan. Jakarta: PT Gramedia.

Marshall, C. & Rossman, G.B. (1995). Designing Qualitative Research (2nd ed). California -Sage.

Mazanah Mohamad & Carter, G.L. (2000). Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa. Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd.

Md. Taha Ariffin. (1995). Manhaj Muqtarah fi Ta‟līm al-Lughah al-„Arabiyyah ka Lughah al-
Thāniyah li al-Kibār fi Mālizīyā. Tesis sarjana. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mill, M.B. (1979). Qualitative Data As An Attractive Nuisance. Journal Of Administrative


Science Quartely. 24, (pp: 590-600).

Mat Taib Pa & Mohd Rosdi Ismail (2006). Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Shahrizal Nasir , Mohd Firdaus Yahaya & Muhammad Sabri Shahrir. (2013).
Pembelajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Ibadah Sebagai Satu Keperluan Bagi Masyarakat
Awam. Kertas kerja dibentangkan dalam 4th Malaysia International
Conference on Foreign Languages, 3-4 July 2013, Kompleks Seri Negeri, Hang Tuah
Jaya, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia.

Mohd Mahib ur Rahman. (2011). English Language Teaching (ELT) In Saudi Arabia: A
Study Of Learner‟s Needs Analysis With Special Reference To Community College,
Najran University, Najran, Saudi Arabia.
Capaian: http://languageinindia.com/april2011/rahmanreportdissertationfinal.html
Pada: 16 September 2013
Mohd Puzhi Usop & Muhammad Seman. (2010). Al-„Arabiyyah li al-„Ibādah. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia.
Munby, J. (1978). Communicative Approach to language Teaching. London: Cambridge University
Press.

Najjah Salwa Abd Razak, Zulkarnaen Mohamed, Maheram Ahmad, Ezad Azraai Jamsari(2012).
Pembinaan Kurikulum Bahasa Arab Berasaskan Analisis Keperluan. Prosiding Kolokium
Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia. (pp:648-
660).

Nunan, D. (1988). Syllabus Design. Oxford: Oxford University Press.

Othman Lebar. (2006). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Tanjung
Malim.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

http://WorldConferences.net Page 114


E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

Ostwald, S. K. & Williams, H.Y. (1985). Optimizing learning in the elderly: A model.
Lifelong Learning: An Omnibus of Practice and Research, 9(1), (pp: 10-13).

Richards, J. C. (1984). The Secret Life of Method. TESOL. Quarterly 18(1), (pp:7-23).

Soghori, Mehdi Haseli. (2007). Intoruction to Needs Analysis. English for Specific Purposes
World, Issue 4, 2008. Capaian dibuat pada 12.6.2013 dari : http://www.esp-
world.info/Articles_20/DOC/Introduction%20to%20Needs%20Analysis.pdf

Schleppegrell, Mary. (1987). The Older Language Learner. Eric Clearinghouse On


Languages And Linguistics: Washington DC.

Taba, H. (1962). Curriculum Development: Theory And Practice. New York: Harcourt, Brace &
World.

El-Tingari, Salih Mahgoub Mohamed. (2007). Al-Lughat Al-„Arabiyyat Li Aghrrāḍ Khaṣṣah


fī Mālīziyā: Min al-Ṭakhtiṭ ilā Al-Tanfīdh. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia:
National Seminar on Arabic Language Teaching.

The Hamburg Declaration On Adult Learning. Article at:


http://www.unesco.org/education/ui/confintea/declaeng.htm. (17 April 2013)

Thamaithi A/P Durasingam. (2005). Pembelajaran di Kalangan Warga Tua India: Di Barat
Laut Rawang. Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia.

Ṭu„aymah , Rushdi Ahmad (1989). T„alīm Al-Lughat Al-„Arabiyyat Li Ghair Al-Nātiqīn


Bihā:Manāhijuhū wa Asālibuhū. Rabaṭ: ISISCO.

West, R. (1994). Need Analysis in Language Teaching. Language Teaching , V27, 1-19(1).
Cambridge: Cambridge University Press.

Zainul Rijal Abdul Razak & Rosni Samah ( 2007). Kesan Bahasa Arab Dalam Peradaban
Melayu di Malaysia. Nilai: Penerbit USIM.

http://WorldConferences.net Page 115

Anda mungkin juga menyukai