Anda di halaman 1dari 9

KEDUDUKAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA MUHAMMAD FAUZI JUMINGAN JABATAN BAHASA ASING FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

UPM PENGENALAN Pengajian Arab di Malaysia mula diterokai sejak zaman tokoh ilmuwan Islam silam seperti Hamzah Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel, iaitu pada abad ke-16 dan ke-17 lagi. Pada masa itu, ramai kalangan ulama silam menuntut ilmu di Timur Tengah, khususnya di Mekah dan Kaherah. Namun begitu, pembelajaran pada masa itu dilakukan secara tidak formal. Malahan, tiada sijil mahupun ijazah rasmi yang diberi. Justeru, dengan kata lain, hampir 500 tahun bahasa Arab sudah digunakan, khususnya dalam ibadat agama Islam, di Malaysia. Walau bagaimanapun, kemampuan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, dalam berbahasa Arab masih lagi diragukan meskipun mereka menyebutnya hampir setiap hari, iaitu dalam sembahyang lima waktu. Malahan, ramai pelajar Melayu Islam yang meraih gred yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan rasmi kerajaan seperti PMR, SPM, STAM, dan STPM tetapi mereka masih tidak mampu berkomunikasi dengan baik, khususnya kemahiran bertutur. Walhal dalam ilmu pengajaran dan pembelajaran bahasa asing, latih tubi, amalan harian, persepsi, dan penghayatan amat diperlukan dalam memahirkan seseorang menguasai sesuatu bahasa. Oleh itu, makalah ini cuba melihat dan menilai semula status dan persepsi masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam, terhadap bahasa Arab. Adakah mereka sering menggunakan bahasa Arab di rumah, di pejabat, atau di tempat awam? Sebagai bahasa ibunda atau bahasa pertama, penggunaan bahasa Arab oleh umat Islam di Malaysia adalah tidak mungkin. Manakala penggunaannya sebagai bahasa kedua atau ketiga (bahasa asing) masih boleh dipersoalkan. MASALAH KAJIAN Berdasarkan pemerhatian awal Abd. Razak (2007), masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam, masih mempunyai persepsi yang kurang jelas tentang pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab di Malaysia. Hal ini disebabkan kebanyakan mereka masih tidak tahu tentang status bahasa Arab itu sendiri dalam jiwa mereka. Lazimnya bagi bangsa Melayu, bahasa ibunda mereka ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula sebagai bahasa kedua. Mungkin ada segelintir mereka yang mempunyai bahasa ketiga atau bahasa asing seperti bahasa Arab, Perancis, Jepun, dan Jerman. Sementara itu, orang awam yang pernah

mempelajari bahasa Arab sama ada di sekolah, universiti, atau kursus umum juga kurang jelas tentang status ini. Yang jelasnya cuma pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mengklasifikasikan bahasa Arab sebagai bahasa asing yang diajar di sekolah-sekolah tertentu seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Manakala di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Negeri (SAN), bahasa Arab diwajibkan kepada para pelajar. Dalam konteks ini, ada kemungkinan bahasa Arab boleh dianggap sebagai bahasa kedua. Berdasarkan hipotesis awal, status bahasa asing atau bahasa ketiga ini masih lagi menjadi tanda tanya utama kebanyakan umat Melayu Islam di Malaysia ini. Sebenarnya, status dan kedudukan ini sangat penting untuk menentukan arah tuju dan masa depan bahasa Arab di Malaysia. Kalau selama ini umat Islam hanya menganggap bahasa Arab sebagai bahasa yang berkait khusus dengan hal ibadat seperti sembahyang dan puasa maka persepsi dan status yang lebih tinggi, misalnya sebagai bahasa kedua, akan menjadikan bahasa Arab mengalami paradigma baharu sebagai bahasa ekonomi dan perdagangan serta menjadi bahasa pelancongan dan diplomatik. Dalam konteks globalisasi dunia sekarang, nilai ekonomi itulah yang dipandang tinggi. Sebenarnya, masalah inilah yang cuba dikaji dan dilihat dengan menentukan (secara jelas) status bahasa Arab itu sendiri di Malaysia ini. OBJEKTIF KAJIAN Sebenarnya, tujuan kajian dalam makalah ini adalah untuk melihat perkara berikut:

1. Mengenal pasti status dan kedudukan bahasa Arab di Malaysia. 2. Mengenal pasti persepsi masyarakat Melayu-Islam Malaysia tentang bahasa Arab yang ada di malaysia. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini bersifat kuantitatif. Kaedah yang digunakan ialah kaedah bancian (survey) terhadap responden yang terpilih. Responden kajian ini berjumlah 500 mahasiswa yang mengambil bahasa Arab sebagai bidang pengajian atau sebagai subjek pilihan. Mereka dibahagikan kepada lima zon utama di Malaysia, iaitu zon utara (Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang), zon tengah (Perak, Selangor, Wilayah Pesekutuan, dan Negeri Sembilan), zon selatan (Melaka dan Johor), zon pantai timur (Pahang, Terengganu, dan Kelantan), dan zon Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Setiap zon akan diagihkan kepada 100 responden. Lokasi kajian meliputi kawasan bandar dan luar bandar, khususnya universiti dan institusi

pendidikan tinggi (IPTA/IPTS. Instrumen untuk bancian ini terdiri daripada borang soal selidik. Seramai 500 responden tadi akan dipilih secara rawak bagi mengisi borang berkenaan. Mereka terdiri daripada mahasiswa IPTA/IPTS bidang bahasa Arab dan pengajian Islam. Data yang diperlukan akan dikumpulkan menerusi penggunaan borang soal selidik tadbir sendiri (untuk perincian soalan kajian, Lihat Lampiran 1 dan 2). Sebenarnya, kaedah bancian seperti inilah yang akan menjawab kedua-dua objektif yang disebutkan di atas tadi. Dalam pada itu, borang soal selidik yang akan dibentuk nanti akan mengandungi pengukuran tahap persepsi masyarakat Islam Malaysia tentang status dan kedudukan bahasa Arab di Malaysia. Pengukuran pandangan dan persepsi mereka ini akan memberikan maklumat tentang status dan kedudukan sebenar bahasa Arab di Malaysia. Faktor sosiodemografi individu dan faktor persekitaran akan turut diukur dan dijadikan pemboleh ubah kawalan dalam menentukan persepsi dan pandangan mereka terhadap perkara berkenaan. PERBINCANGAN Berikut ini ialah dapatan kajian (dapatan mentah) yang dijana oleh statistik SPSS versi 9. Jadual 1: Statistik Mentah Dapatan Kajian

N Mean Std. Error of Mean Median Mode Std. Deviation Variance Range Sum

Valid Missing

penguasaan bahasa 504 2 2.8875 .03005 3.0000 3.00 .67461 .455 3.70 1455.30

kurang program ilmiah 503 3 3.0080 .03560 3.0000 3.00 .79837 .637 3.00 1513.00

tidak dipraktikkan 506 0 3.4091 .02976 3.0000 4.00 .66944 .448 3.00 1725.00

tidak memartabat kan bahasa 505 1 3.6594 .02640 4.0000 4.00 .59331 .352 3.00 1848.00

peranan kerajaan 504 2 3.7341 .08404 4.0000 4.00 1.88663 3.559 43.00 1882.00

Jadual 1 di atas menggambarkan dapatan statistik tentang status bahasa Arab dan persepsinya tentangnya di Malaysia. Ada 506 set kertas soal selidik yang diedarkan kepada responden. Ada lima item soalan yang diajukan kepada responden dengan segelintir mereka yang tidak menjawab penuh soalan yang diajukan. Antara soalan berkaitan yang diajukan ialah: 1) Penguasaan pelajar dalam bahasa Arab lemah. 2) Kurangnya aktiviti dan program ilmiah yang berkaitan dengan bahasa Arab. 3) Dari segi pendidikan, bahasa Arab hanya berjaya di sekolah tetapi tidak dipraktikkan di rumah.

4) Sebagai masyarakat yang beragama Islam, kita seharusnya memartabatkan lagi bahasa Arab di mata penganut agama lain. 5) Pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan, perlu memainkan peranan lebih penting dalam memartabatkan lagi penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah. Set soalan ini diklasifikasikan mengikut skala Likert yang terdiri daripada nilai: 1) 2) 3) 4) Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Dalam perbincangan berikut ini, dapatan kajian yang berkaitan dengan lima (5) set soalan tersebut akan diperincikan lagi.

Jadual 2: Kekerapan Tentang Penguasaan Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar IPTA dan IPTS

Valid

.30 sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju Total

Frequency 1 16 93 323 71 504 2 506

Percent .2 3.2 18.4 63.8 14.0 99.6 .4 100.0

Valid Percent .2 3.2 18.5 64.1 14.1 100.0

Cumulative Percent .2 3.4 21.8 85.9 100.0

Missing Total

System

Dalam Jadual 2 di atas, seramai 504 responden telah menjawab set soalan 1 yang berkaitan dengan tahap penguasaan pelajar dalam bahasa Arab adalah lemah. Seramai 3.2% responden sangat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Manakala 63.8% responden setuju dengan kenyataan demikian. Sementara itu, 14% responden juga sangat setuju dengan soalan tersebut. Dengan kata lain, 77.80% responden atau pelajar IPTA dan IPTS bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka masih lemah dalam menguasai bahasa Arab.

Jadual 3: Kekerapan Peratusan Tentang Kekurangan Aktiviti dan Program Ilmiah yang Berkaitan dengan Bahasa Arab

Valid

sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju Total

Frequency 27 77 264 135 503 3 506

Percent 5.3 15.2 52.2 26.7 99.4 .6 100.0

Valid Percent 5.4 15.3 52.5 26.8 100.0

Cumulative Percent 5.4 20.7 73.2 100.0

Missing Total

System

Jadual 3 di atas menunjukkan statistik yang berkaitan dengan soalan kedua dalam kajian soal selidik yang diajukan kepada responden. Soalan kedua itu berkaitan dengan kurangnya aktiviti kebahasaan yang dijalankan dalam mempertingkatkan kualiti bahasa Arab di Malaysia. Ada 503 responden yang mengembalikan boring soal selidik. Daraipada jawapan responden, 52.2% responden bersetuju bahawa aktiviti kebahasaan dalam bahasa Arab kurang. Manakala 26.7% sangat bersetuju terhadap soalan tersebut. Dengan kata lain, 78.9% responden bersetuju bahawa memang terdapat kekurangan aktiviti dan program ilmiah yang berkaitan dengan bahasa Arab yang dijalankan di Malaysia.

Jadual 4: Kekerapan Peratusan Tentang Amalan Berbahasa Arab di Sekolah Tidak Dipraktikkan di Rumah

Valid

sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju Total

Frequency 9 25 222 250 506

Percent 1.8 4.9 43.9 49.4 100.0

Valid Percent 1.8 4.9 43.9 49.4 100.0

Cumulative Percent 1.8 6.7 50.6 100.0

Dalam Jadual 4 di atas, statistik menunjukkan bahawa majority responden bersutuju bahawa bahasa Arab tidak dipraktikkan di rumah. Sebanyak 92.3% responden bersetuju dan sangat bersetuju bahawa amalan tersebut sememangnya tidak diteruskan di rumah masingmasing.

Jadual 5: Kekerapan Peratusan Tentang Pemertabatan Bahasa Arab dalam Kalangan Penganut Agama Lain

Valid

sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju Total

Frequency 9 5 135 356 505 1 506

Percent 1.8 1.0 26.7 70.4 99.8 .2 100.0

Valid Percent 1.8 1.0 26.7 70.5 100.0

Cumulative Percent 1.8 2.8 29.5 100.0

Missing Total

System

Sementara itu, jadual 5 di atas menunjukkan statistik kekerapan pemertabatan bahasa Arab dalam kalangan penganut agama lain oleh umat Islam sendiri. Seramai 97.1% responden bersetuju dan sangat setuju bahawa umat Islam di Malaysia sewajarnya menggunakan dan memartabatkan bahasa Arab di kaca mata penganut agama lain.

Jadual 6: Kekerapan Peratusan Tentang Peranan Kerajaan dalam Memartabatkan Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Malaysia

Valid

sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju 44.00 Total

Frequency 7 5 143 348 1 504 2 506

Percent 1.4 1.0 28.3 68.8 .2 99.6 .4 100.0

Valid Percent 1.4 1.0 28.4 69.0 .2 100.0

Cumulative Percent 1.4 2.4 30.8 99.8 100.0

Missing Total

System

Akhir sekali, Jadual 6 di atas menunjukkan bahawa majoriti responden mahukan Kerajaan melalui KPM menggiatkan peranannya dalam memartabatkan penggunaan bahasa Arab di Malaysia. Sebanyak 97.1% bersetuju dan sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut.

KESIMPULAN DAN RUMUSAN Berdasarkan analisis dan perbincangan tentang dapatn kajian di atas, berikut ini ialah rumusan dan kesimpulan tentang kajian berkaitan: 1) Majoriti pelajar yang mengambil bidang pengajian Islam dan bahasa Arab masih lemah dalam penguasaan bahasa Arab mereka. Antara punca utama kelemahan ini ialah kurangnya amalan mempraktikkan bahasa tersebut sama ada di rumah ataupun di tempat kerja. 2) Umumnya, kesedaran akan kepentingan bahasa Arab dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi kurang kerana mereka menganggap bahasa Arab hanyalah bahasa ibadat semata-mata sahaja dan tidak bersifat ekonomi yang mempunyai prospek kerjaya yang cerah dan menguntungkan. 3) Hal ini dapat dibuktikan bahawa mereka masih beranggapan bahawa suasana ekonomi yang berlaku di Malaysia tidak memberikan kesan langsung terhadap kepentingan Arab. 4) Namun begitu, persepsi ini agak berubah apabila rakyat Malaysia mula percaya bahawa kelebihan berbahasa Arab dalam industri pelancongan dapat menjadikan nilai tambah bahasa Arab semakin meningkat. 5) Antara usaha yang dicadangkan untuk memantapkan penguasaan bahasa Arab ialah "Kempen Cintai Bahasa Arab" yang sewajarnya dijalankan oleh pihak kerajaan melalui promosi dalam media massa sama media cetak mahupun elektronik. Dalam konteks ini, inisiatif dan ganjaran material seperti hadiah dapat membantu rakyat Malaysia mencintai bahasa Arab, khususnya melaui program bersifat ilmiah seperti kuiz dan peraduan berbahasa Arab. 6) Sebagai kesimpulan, status bahasa Arab di Malaysia masih lagi dianggap sebagai bahasa asing kerana ia hanya berfokus pada hal-ehwal ibadat semata-mata. Tambahan pula, penguasaan golongan yang menjurus bidang ini seperti pelajar universiti masih lagi lemah dan tidak mampu berbahasa Arab. 7) Namun begitu, seperkara yang menarik, status ini semakin meningkat ke arah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa kedua sekiranya ia diberi nilai tambah khususnya dalam aspek ekonomi. Hal ini dapat dilakukan dengan menjadikan bidang bahasa Arab sebagai kerjaya yang menarik seperti dalam bidang pelancongan. CADANGAN Untuk kajian dan penyelidikan mendatang, prospek kerjaya dalam bidang bahasa Arab di Malaysia akan cuba dikaji dan diteroka. Selama ini, stigma dan persepsi negatif yang ada dalam kalangan rakyat Malaysia ialah graduan bidang pengajian Islam khususnya bidang bahasa Arab hanyalah menjadi ustaz/ustazah ataupun guru-guru agama yang mengajar di sekolah ataupun masjid dan surau. Prospek kerjaya lain belum diteroka atau tidak layak dan sesuai dengan mereka. Bukti ada menunjukkan bahawa graduan bidang bahasa Arab ada yang menjadi ahli politik, pegawai imigresen, pegawai polis, pemandu pelancong, dan pegawai tadbir. Justeru, kajian yang lebih bersifat saintifik dan empirikal akan cuba dibuat sebagai kesinambungan kajian tentang status bahasa Arab ini.

LAMPIRAN 1

Bahagian A Ciri-ciri Demografi Responden Arahan: Sila tandakan ( / ) pada jawapan anda.

1. Umur: a) 20 - 25 tahun [ ] b) 26 30 tahun [ ] c) 31 35 tahun [ ] 2. Jantina: a) Lelaki [ ] b) Perempuan [ ] d) 36 40 tahun e) 41 tahun dan ke atas [ ] [ ]

3. Lokasi Tempat Tinggal: a) Bandar [ ] b) Luar Bandar [ ]

4. Kelulusan Bahasa Arab Tertinggi: a) PMR b) SPM c) STPM d) Diploma [ ] [ ] [ ] [ ]

e) Lain lain * + . (nyatakan) 5. Jurusan Pengajian: a) Pengajian Islam b) Pengajian Arab c) Pendidikan Arab d) Lain-lain [ ] [ ] [ ] * + (nyatakan)

LAMPIRAN 2 Bahagian B Status dan Kedudukan Bahasa Arab di Malaysia.

Arahan:

Dalam menjawab bahagian ini, pilih jawapan yang paling tepat. Sila bulatkan angka berkenaan untuk menyatakan tahap persetujuan anda mengikut skala Likert.

5) 6) 7) 8)

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

1. Penguasaan pelajar dalam bahasa Arab lemah. 2. Kurangnya aktiviti dan program ilmiah yang berkaitan dengan bahasa Arab. 3. Dari segi pendidikan, bahasa Arab hanya berjaya di sekolah tetapi tidak dipraktikkan di rumah. 4. Sebagai masyarakat yang beragama Islam, kita seharusnya memartabatkan lagi bahasa Arab di mata penganut agama lain. 5. Pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan, perlu memainkan peranan lebih penting dalam memartabatkan lagi penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah.

1 1 1 2 2

2 3 3

3 4 4

2 3

2 3

Anda mungkin juga menyukai