Anda di halaman 1dari 9

BORANG KERJA KURSUS

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (PROPOSAL) PRA SISWAZAH


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

1. Borang ini wajib dihantar pada kelas tutorial terakhir pada setiap semester
kepada pensyarah atau tutor yang mengendalikan kursus ini mengikut Pusat
masing-masing.
2. Sila isikan semua maklumat dalam borang ini berdasarkan panduan yang
diberikan.
3. Pensyarah/Tutor setiap Pusat berhak menolak kerja kursus ini sekiranya
terdapat maklumat yang tidak lengkap.

A. MAKLUMAT PELAJAR

A(1) Masa
Tempat

Nama Ketua Kumpulan: NUR FARISHA SYUHADA BINTI YAZID

Alamat Pusat: PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM

Tahun: 2023

Tel. Bimbit: 01126836697

E-Mail: a194562@siswa.ukm.edu.my

A(2) Senarai ahli kumpulan*:

Bil. Nama Ahli No. Matrik No. Phone

1. NUR FARISHA SYUHADA BINTI A194562 011-26836697


YAZID
2. HALIMAH ASSAADIYAH BINTI A193010 016-6063012
FARIDUL AMIN
3. AHMAD FAKHURUDDIN NAJMI BIN A194142 011-16512980
MUSTAPA
4. NUR NATASYA AQILAH BINTI MOHD A194642 019-7381865
RAHIMI
* tidak dibenarkan lebih daripada 4 ahli.

B. MAKLUMAT PENYELIDIKAN

B(1) Tajuk penyelidikan yang dicadangkan (1 Markah):

PENGUASAAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH


MENENGAH

B(2) Pengenalan (2 markah):


Kajian ini menerangkan tentang pendidikan bertutur dikalangan pelajar sekolah menengah
Matlamatnya untuk menggalakkan pelajar sekolah menengah cenderung berkomunikasi dalam bahasa arab
sebelum memasuki ke peringkat lebih tinggi. Justeru itu metod yang digunakan adalam kajian kualitatif yang
menggunakan analisis kandungan.

Panduan Umum;
- Mewakili penerangan ringkas terhadap keseluruhan kandungan proposal kajian.
- Mempunyai ciri-ciri seperti penerangan tajuk, tujuan atau matlamat kajian, ringkasan metode kajian, ringkasan kepentingan
kajian dan penerangan tentang kandungan penulisan secara keseluruhan dalam proposal.

B(3) Latar Belakang Kajian (4 markah):

Kemahiran berkomunikasi sangat penting untk memastikan pelajar mampu menguasai sesuatu bahasa tersebut
terutamanya bahasa arab. Ini kerana bahasa arab adalah bahasa yang sangat penting dalam kehidupan umat
islam kerana ia adalah bahasa di dalam al quran. Selain itu kebolehan berkomunikasi dalam bahasa arab juga
dapat membolehkan kita berkomunikasi dengan saudara seislam kita di seluruh dunia. Justeru itu kajian ini dapat
melatih ramai anak muda dikalangan peringkat sekolah menengah untuk menguji kebolehan pertuturan mereka
dalam bahasa arab

Panduan Umum;
- Latar belakang kajian adalah keterangan berkenaan subjek utama kajian merangkumi perkara-perkara berkaitan konsep,
sejarah, perkembangan, ciri2, sumber, kepentingan, kesan baik dan kesan buruk dan lain-lain yang difikirkan berkaitan.
- Sumber rujukan adalah aspek penting yang dinilai di bahagian ini.
- Sumber rujukan mestilah merangkumi bahan-bahan primer (buku-buku asas bidang yang dikaji) dan sekunder (bahan-bahan
yang diterbitkan oleh penerbit termasyhur) serta artikel Jurnal.

B(4) Kajian Literatur (2 markah)

Nurwaina Rasit dan Zawawi Ismail (2019). Kajian ini dilakukan bagi terdapat kajian yang mengkaji
kebimbangan dalam kemahiran bahasa terutama bahasa arab yang semakin lemah dalam pembelajaran bagi
pelajar sekolah. Walaupun bahasa arab melangkaui global dari segi pelbagai bidang contohnya
perubatan,pendidikan dan perniagaan. Kajian ini menerangkan tentang kebimbangan mempelajari bahasa arab
dan menuturnya adalah kerana sistem gramatikal nya yang sukar untuk difahami. Justeru itu pembelajaran
bahasa arab masih berada di tahap yang lemah dikalangan pelajar. Penullis juga mendefinisikan disini tentang
kebimbangan bahasa yang mempengaruhi aspek psikologi pelajar untuk menerapkan dalam diri mengenai
kepentingan bahasa kedua dalam kehidupan. Selain itu penulis ada menyebut tentang kebimbangan iaitu
keresahan,takut, gementar dan cemas dalam diri pelajar iaitu kebimbangan dalam mempelajar bahasa asing
yang sudah ada 1970 an (Horwitz, 2001; Lan, 2010;Lucas Miraflores& Go, 2011) menjelaskan kebimbangan
bahasa ini merupakan elemen penting dalam pemerolehan dan pemebelajaran bahasa kedua atau bahasa asing.
Penulis juga menjelaskan kebimbangan didapati memberikan kesan secara langsung terhadap sikap dan
pencapaian pembelajaran pelajar dan merupakan tindak balas keresahan dan kebimbangan pelajar terhadap
pembelajaran bahasa kedua yang meiputi pertuturan dan pendengaran. Ini dibuktikan oleh beberapa penyelidik
untuk mengkaji kebimbangan dalam empat kemahiran iaitu kemahiran bertutur,kemahiran mendengar,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis bagi menyokong kewujudan kebimbangan dalam kemahiran
berbahasa yang mempunyai pembentukan konstruk instrumen yang berbeza. Kajian ini menggunakan metod
kualitatif. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kebimbangan penguasaan bahasa arab dikalangan pelajar
sekolah menengah agama di Malaysia dalam dua kemahiran bahsa arab berada di dalam tahap sederhana tinggi.
Kajian ini juga mencadangkan kepada guru agar menekankan strategi dan teknik pelajaran bagi kemahiran
bahasa arab iaitu kemahiran mendengar dan bertutur.

Seterusnya sumber rujukan lain adalah oleh Ashinida Aladdin (2012). Penulis menerangkan mengenai
strategi komunikasi bagi bahasa pertama dan kedua serta menyatakan tentang masalah yang paling ketara yang
dihadapi pelajar ketika mengaplikasikan bahasa kedua dalam kehidupan mereka. Selain itu kajian strategi
komunikasi ini juga telah banyak dijalankan di negara barat. Salah satunya kajian Bialystok (1983) dalam
‘Some factors in the selection and implementation of communication strategies’ ianya memfokuskan SK
berdasarkan bahasa pertama (B1) iaitu antaranya strategi penukaran kod dan strategi terjemahan literal, dan B2
iaitu strategi penghampiran, strategi penciptaan perkataan baru, dan strategi pengulangan dalammenyelesaikan
masalah leksikal yang dihadapi oleh pelajar ketika berkomunikasi secara lisan. Hasil kajian beliau mendapati
bahawa SK yang paling berkesan digunakan ialah strategi yang berdasarkan kepada B2. Manakala penulis
menyatakan dalam konteks di malaysia, kajian tentang SK banyak dilakukan terhadap bahasa Malaysia (BM)
dan bahasa inggeris sebagai B2. Kajian ini menggunakan metod kualitatif iaitu kaedah temu bual yang
berstruktur bagi tujuan pengumpulan data.

Berdasarkan artikel, pengkaji mengulas mengenai usaha yang dilakukan oleh pelajar untuk menguasai
kemahiran lisan sebagai satu kemahiran yang sangat penting dalam pemerolehan bahasa sebagai alat
komunikasi. Oleh yang demikian, penguasaan kemahiran lisan masih menjadi persoalan pokok dalam
pembelajaran bahasa Arab secara khasnya. Hal ini diyakini berkait rapat dengan cara pembelajaran yang
diamalkan oleh pelajar. Dalam kemahiran lisan terdapat dua strategi yang diperincikan untuk memastikan
kemahiran lisan diperolehi, iaitu strategi mendengar dan strategi bertutur. Kedua-dua strategi ini sangat berkait
rapat untuk memperolehi kemahiran lisan dalam pembelajaran bahasa. Dari segi metodologi, pengkaji
menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengumpul dan menjalankan analisis data. Instrumen soal selidik
juga diadaptasi daripada Cohen dan Oxfords (2002) yang tertumpu kepada startegi mendengar (4 konstruk) dan
bertutur (5 konstruk). Bagi mengukur sikap pula, tiga komponen sikap dinilai iaitu kognitif, afektif dan konatif
(8 item). Seramai 314 peserta kajian yang terlibat dalam menjawab maklum balas soal selidik yang diedarkan
sendiri oleh pengkaji. Data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SmartPLS versi
3.2.9. Menurut pengkaji, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mengamalkan strategi mendengar dan
strategi bertutur untuk memperolehi kemahiran lisan. Namun begitu dari aspek hubungan sikap mereka
terhadap strategi mendengar adalah lebih rendah (4.983) berbanding dengan strategi bertutur (7.700). Implikasi
kajian ini menunjukkan perlunya kemahiran mendengar ditingkatkan dalam kalangan pelajar. Hal ini boleh
dicapai dengan melaksanakan sesi mendengar secara kerap dan penyediaan bahan-bahan yang bersesuai dengan
tahap pelajar dan silibus pembelajaran yang tersedia. Berdasarkan kajian, tahap kemahiran lisan bahasa Arab
dalam kalangan pelajar adalah masih jauh daripada memuaskan. Hal ini pada hemat pengkaji adalah amat
berkait rapat dengan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar yang mempelajari bahasa Arab di
pelbagai peringkat berkemungkinan disebabkan oleh kaedah pengajaran yang kurang berkesan.

Mohd Saiful, Muhammad Luqman, Mohd Islah dan Mohd Sollah (2017). Kajian ini dilakukan untuk
mengenlpasti tahap kemahiran bertutur Bahasa Arab dalam subjek Bahasa Arab Komunikasi di sekolah agama
daerah Pasir Puteh Kelantan. Kajian ini dimulakan dengan menerangkan masalah yang berlau dalam kalangan
pelajar seperti menganggap Bahasa Arab sebagai Bahasa asing (Zawawi Ismail, 2011) serta sukar untuk
berkomunikasi (Rosni Samah, 2011). Dalam kajian, pengkaji menerangkan aspek utama BAK di sekolah
menengah tidak mencapai matlamat iaitu pelajar mencapai tahap penguasaan Bahasa Arab yang cemerlang
melainkan hanya segelintir yang berjaya. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kuantitatif dengan membuat
soal selidik dalam kalangan pelajar di sekolah agama bagi membuat kesimpulan terhadap keberkesanan subjek
BAK terhadap tahap kemahiran bertutur Bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa
subjek BAK membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Arab kerana masalah yang
dialami oleh pelajar merupakan masalah yan berkaitan dengan kemahiran komunikasi seperti takut membuat
kesalahan, persekitaran yang kurang bagus dan lain-lain.

Selain itu,kajian daripada Roslinda (2007).Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap penguasaan
tajuk-tajuk nahu bahasa Arab yang sukar dipelajari dalam kalangan pelajar daerah Hulu Langat.Penulis
menjelaskan bahawa kemampuan seseorang itu dalam menggunakan bahasa Arab dari segi bentuk komunikasi
lisan atau tulisan itu dapat dinilai melalui sejauh mana dia menguasai ilmu nahu itu sendiri.Kajian yang dapat
dilakukan ialah dengan menjalankan borang soal selidik terhadap dua sekolah yang berlatar belakang
berlainan,Sekolah Menengah Agama Maahad Hamidiah,Kajang dan Sekolah Agama Menengah Hulu
Langat,Kajang .Kajian ini dilakukan dengan melibatkan seramai 130 orang pelajar yang mengambil Arab dalam
peperiksaan SPM serta seramai 15 orang dipilih secara rawak bagi ujian kemahiran membaca.Penulis
mendapati kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang melebihi 10 tahun di sekolah menengah
telah menunujukkan penurunan tahap penguasaan subjek bahasa Arab,iaitu dapat kita lihat melalui pencapaian
SPM saban tahun yang agak membimbangkan.Penulis ada menyebut tentang sebuah tesis yang bertajuk
“Pengajaran Nahu Bahasa Arab:Satu Kajian Kes di Maahad Muhammadi Kota Bharu” yang telah membuat
kajian tentang pengajaran bahasa Arab yang menggunakan 2 sukatan pembelajaran.Dapatan kajian adalah tahap
penguasaan tatabahasa dalam kalangan amat lemah sekali.Dapatan yang seterusnya ialah pelajar kurang
mempunyai asas yang kukuh dalam pelajaran nahu.Dalam kajian,pengkaji ingin mengetahui tahap penguasaan
nahu bahasa Arab dalam kalangan pelajar dan permasalahan yang dihadapi pelajar dalam proses penguasaan
tajuk.Berdasarkan kajian ini,pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dengan membuat soal selidik dalam
kalangan pelajar di dua buah sekolah bagi menilai tahap penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar.Hasil
kajian mendapati bahawa,pemilihan tajuk dalam konteks tatabahasa sangat penting.

Panduan umum;
- Kajian literatur adalah penerangan berkenaan kajian-kajian yang serupa, atau hampir serupa dengan kajian yang calon ingin
laksanakan.
- Penjelasan mengenai kajian-kajian lampau ini merangkumi tajuk penyelidikan, tahap penyelidikan (projek, disertasi, tesis MA
atau Phd, Laporan Teknik dll.), tahun penyelidikan dibuat, teori-teori yang telah digunapakai oleh penyelidik dalam
laporan/tesis kajian tersebut dan lain-lain yang difikirkan berkaitan.
- Rumusan pada bahagian ini adalah penjelasan bagaimana kajian calon dapat mengisi, menambah baik atau mampu
menampilkan dapatan baru berbanding dengan kajian yang sedia ada.

B(5) Penyataan Masalah (4 markah):

1.Penguasaan bahasa arab ialah kelemahan menguasai asas bahasa arab iaitu nahu (tatabahasa) dan sorf (morfologi)
2.Penekanan yang kurang terhadap pertuturan menggunakan bahasa arab di peringkat sekolah telah menyukarkan pelajar untuk
berkomunikasi dalam bahasa arab yang baik di peringkat pengajian tinggi (Nor Shaifura 2010)
3 .Pelajar kurang memberi respon semasa pembelajaran di dalam kelas. (Fared & Seman, 2019)
4. Tahap penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan pelajar belum mencapai tahap memuaskan.

Panduan Umum;
- Penyataan masalah adalah isu utama penyelidikan.
- Penjelasan tentang bahagian ini perlu kepada penelitian terhadap kandungan lit. review atau susunan teori atau kajian-kajian
lampau yang berkaitan dengan kajian yang ingin dikaji.
- Ia mampu menonjolkan sesuatu yang menarik untuk dikaji dan mempunyai nilai tambah ilmu.
- Penulisan pada bahagian ini perlu bersandarkan kepada susunan jjustifikasi-justifikasi yang tulen, berautoriti dan terpilih.

B(6) Objektif Kajian (2 markah):

-Mengenal pasti isu penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar sekolah menengah
-Menguji sama ada bertutur dalam bahasa arab dapat membantu pelajar untuk mahir dalam bahasa ini

Panduan Umum;
- Kesemua objektif wajib bersifat realistik dan dirangka berdasarkan tajuk, latar belakan, penyetaan masalah serta alat ukur
(metode) yang sesuai dengan kemampuan.
- Terma-terma yang sring digunapakai dalam penulisan objektif penyelidikan adalah seperti “Mengkaji, Mengenal pasti,
Menganalisis, Menguji, Membina Garis panduan/Modul/Model...
- Penulisan objektif seharusnya mengambil kira alat ukur yang jelas dan sesuai.

B(7) Persoalan Kajian (2 markah)

-Apakah isu-isu yang timbul untuk bertutur dalam bahasa arab dikalangan pelajar sekolah menengah
- Sejauhmanakah kemahiran bertutur dapat membantu pelajar untuk mahir dalam bahasa arab

Panduan Umum;
- Persoalan kajian adalah persoalan-persoalan yang timbul kesan daripada permasalahan kajian yang wujud dan yang
dikeluarkan melalui objektif kajian.
- Persoalan-persoalan ini perlu dilihat dijawab dalam dapatan kajian bagi menandakan sesuatu kajian itu selesai atau tidak.
- Terma-terma lazim dalam penulisan persoalan kajian adalah seperti “Sejauhmanakah; Apakah...; Bagaimanakah….

B(8) Hipotesis Kajian (2 markah)


- TIADA
Panduan Umum;
- Hipotesis kajian adalah set andaian dan ramalan jawapan kepada persoalan kajian.
- Terma lazim seperti “Terdapat hubungan yang signifikan/tidak signifikan terhadap……..; Tahap rendah/sederhana/tinggi
pembolehubah berkaitan

B(9) Limitasi kajian (2 markah)


Kajian ini menggunakan metod kualitatif menerusi analisis dokumen kandungan
Bahan rujukan ini hanya merujuk kepada artikel jurnal tidak termasuk akhbar atau buku
Kajian ini memfokuskan kepada kemahiran bertutur dikalangan pelajar sekolah menengah sahaja

Panduan Umum;
- Bahagian ini adalah penerangan tentang fokus dan limitasi kajian calon daripada semua aspek yang direncanakan.
- Penentuan fokus dan tumpuan ini akan memudahkan penyelidik dan penyelia meneliti bagi mengelak sebarang persoalan
yang mungkin timbl daripada pembaca/penerima manfaat.

B(10) Metode Kajian (4 markah)

Kajian ini menunjukkan pendekatan kepada kaedah kualitatif dengan menggunakan analisis dokumen
kandungan seperti artikel jurnal. Justeru itu sumber ini dapat dicari di dalam internet laman web iaitu google
scholar.Selain itu meneliti dapatan kajian yang terdapat di dalam artikel yang telah dikaji. Seperti faktor dan isu
yang dihadapi oleh pelajar sekolah menengah untuk bertutur dalam bahasa arab.

Panduan Umum;
- Metode kajian perlu dibentuk selari dengan tajuk, latar belakang, penyataan masalah dan objektif penyelidikan.
- Penulisan bahagian ini adalah berkenaan rekabentuk kajian yang dicadangkan sama ada kuantitatif atau kualitatif atau
kedua-duanya; jenis kajian (cth. Kuantitatif-kajian tinjauan / Kualitataif-Analisis Kandungan); Instrumen kajian (cth. Soal selidik
merupakan instrumen lazim bagi kajian tinjauan dan protokol tembual adalah instrumen lazim bagi kajian kualitatif tembual)
- Penulisan bahagian ini juga perlu menjelaskan populasi, sampel dan persampelan bagi kajian kuantitatif dan jumlah informan
bagi kajian temubual.
- Proses kesahan kajian (validity dan reliability) dalam bahagian ini perlu digambarkan secara ringkas.
- Tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan kajian perlu dijelaskan.
- Penulisan metode ini perlu disertakan jsutifikasi dan sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan penyelidikan calon.

B(11) Kepentingan Penyelidikan (1 markah):

Kepentingan penyelidikan ini adalah dapat menerangkan kepada pelajar di Malaysia tentang betapa pentingnya
kemahiran bahasa arab untuk mereka mempraktikkan nanti. Serta guru dapat mahir dan pelajar dapat kesan
yang bagus dalam kajian ini.

Panduan Umum;
- Kepentingan penyelidikan adalah keterangan berkenaan sejauhmana kajian dan dapatan yang dilaksanakan calon ini
berupaya menambah nilai ilmu atau menyumbang sesuatu yang segar kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara.

B(12) Definisi Operasi Penyelidikan (2 markah):

-kemahiran bertutur
-bahasa Arab
- sekolah menengah

Panduan Umum:
- Definisi operasi penyelidikan adalah penjelasan tentang terma-terma yang digunakan dalam tajuk proposal kajian
- Bahagian ini penting bagi mengelak terma-terma yang boleh mendatangkan keraguan.
- Ada pelbagai cara yang boleh digunakan antaranya adalah dengan meujuk terma berkaitan dalam tulisan-tulisan tokoh yang
berautoriti dalam bidang yang dikaji.
- Senaraikan maksud terma dan pilih yang mana yang akan dan hendak digunakan dalam kajian anda.

B(13) Rujukan (2 markah):


Azman Che Mat, Ahmad Zulfadhli Nokman, Nor Shaifura Musilehat, Ahmad Fakrulazii Abu Bakar &
Zalinawati Abdullah (2021) Amalan Strategi Mendengar Dan Bertutur Bahasa Arab Dalam Kalngan
Pelajar

Syed Mohd Annas Syed Ab Hamid, Abdul Halim Mohamad,Mohd Sham Bin Kamis, Maimun Aqsha
Lubis,Amran Mat Arriffen (2017) Kelemahan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengahkebangsaan (Smka)
Dan Sekolah Menengah (Sam) Dalam Penguasaan Topik Terpilih Dalam Tatabahasa Arab.

Mohd Saiful Fahmi Mohd Nasir, Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad, Mohd Islah, Mohd
Yusof & Mohd Sollah Mohamed (2017) Tahapkemahiran Bertutur Bagi Subjek Bahsa Arab
Komunikasi (Bak) Di Sekolah Agama Daerah Pasir Puteh Kelantan

Nurwaina Rasit, Zawawi Ismail (2019) Kebimbangan Berbahasa Lisan Murid Bahasa Arab Di
Sekolah Menengah Agama Di Malaysia

Ashinida Aladdin (2012) Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi Dalam Komunikasi Lisan Bahasa
Arab

Panduan Umum;
- Kesemua bahan-bahan yang dirujuk dalam penulisan proposal perlu disenaraikan dengan jelas.
- Kesemua rujukan perlu ditulis mengikut Gaya UKM yang betul.
- Pelajar mampu membawa bahan-bahan berkenaan kepada pensyarah apabila dipinta berbuat demikian.

C. PERAKUAN PELAJAR
Saya dengan ini mengaku bahawa semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

Tarikh : 21/7/2023 Tandatangan Ketua Kumpulan :

D. PERAKUAN PENSYARAH

Ulasan umum:

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

Markah Keseluruhan: _______ / 60

Pensyarah Penilai:

Nama :

Tandatangan:

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai