Anda di halaman 1dari 26

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

(UNISHAMS)

MPU 3113: HUBUNGAN ETNIK


GROUP: 1
2023/FEB
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN DIALEK DIKALANGAN
MAHASISWA/MAHASISWI UNISHAMS

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. KAD MATRIK
MUHAMMAD NAJMI BIN AZMAN M212066202
TIRMIZI BIN N.GADIMAN @ JESNI M212070702
MUHAMMAD NAJWAN IKMAL BIN MAHMUD M212074202
LUQMANUL HAKIM BIN ROSMIN M212062202

PENSYARAH: USTAZ SADDAM BIN ABU


TARIKH HANTAR:17 APRIL 2023
ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN
3

2 ABSTRAK
4

3 BAB 1: PENDAHULUAN

1.1PENGENALAN
1.2OBJEKTIF KAJIAN
5-7
1.3PERSOALAN KAJIAN
1.4BATASAN KAJIAN

4 BAB 2: KAJIAN LITERATUR

2.1 KAJIAN LEPAS


8-9

5 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN

3.1 REKA BENTUK KAJIAN


3.2 INSTRUMEN KAJIAN
10 -12
3.3 PEMILIHAN RESPONDEN
3.4 PENGEDARAN BORANG SOAL SELIDIK

6 BAB 4: DAPATAN KAJIAN

4.1 BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG MAHASISWA/MAHASISIWI


4.2 BAHAGIAN B: PENGETAHUAN TENTANG DIALEK
4.3 BAHAGIAN C: KEBAIKAN MEMPELAJARI DIALEK NEGERI LAIN 13 - 21
4.4 BAHAGIAN D: IMPAK TERHADAP DIRI

1
2
7 KESIMPULAN
22

8 RUJUKAN
23

9 BORANG PERAKUAN PELAJAR TENTANG KEASLIAN TUGASAN


24

3
PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang”.

Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya


dapat kami menyiapkan tugasan Hubungan Etnik dengan sempurna dan jayanya dalam tempoh
yang ditetapkan.

Sekalung penghargaan ditujukan buat pensyarah pembimbing Hubungan Etnik iaitu


Puan Adlina Binti Abdul Khalil kerana telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar dan
pandangan serta teguran yang membina sepanjang penghasilan tugasan ini. Tidak dilupakan
juga penghargaan ini ditujukan kepada Ustaz Saddam Bin Abu tunjuk ajar dari beliau juga
banyak membantu kami dalam menyempurnakan tugasan ini.

Selain itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga serta
rakan-rakan yang berpengalaman kerana memberi semangat dan sokongan moral kepada kami
bagi menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan ahli kumpulan yang saling
bertungkus – lumus dalam menyiapkan tugasan serta memberi kerjasama dan idea yang baik.

kami turut ingin mengucapkan penghargaan ini kepada rakan-rakan yang sanggup
menngorbankan masa lapang dalam berkongsi maklumat dan pandangan.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung
atau tidak langsung dalam menjalankan tugasan ini. Semoga Allah memberkati dan membalas
jasa baik kalian. Sekian, terima kasih.

4
ABSTRAK

Laporan kajian ini merupakan sebuah kajian yang dilakukan bagi melihat dan membincangkan
serta mengenalpasti tahap pengetahuan kepelbagaian dialek di dalam kalangan
mahasiswa/mahasiswi UniSHAMS.Mengetahui dialek daripada pelbagai negeri merupakan
perkara yang perlu diambil berat ini kerana penggunaan harian dalam interaksi antara
mahasiswa/mahasiswa dan tenaga pengajar UniSHAMS sama ada secara rasmi atau tidak
rasmi.Setiap bahasa mempunyai dialeknya yang tersendiri. Dalam bahasa Melayu, pelbagai
dialek yang digunakan mengikut kawasan, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri
Sembilan, Sabah dan sebagainya. Kajian ini dilaksanakan menggunakan reka bentuk kajian
kuantitatif menerusi kaedah tinjauan daripada data yang dikumpulkan menerusi borang soal
selidik atas talian (Google Forms).Kaedah soal selidik telah digunakan sebagai instrument
utama dalam kajian ini.Kajian ini mengandungi 15 soalan. Soalan yang telah disediakan adalah
berkaitan dengan tajuk kajian dan telah diedarkan kepada 30 responden yang telah menyertai
kajian. Konklusinya, hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap atau penguasaan pelbagai
dialek dikalangan mahasiswa/mahasiswi begitu memberangsangkan sekaligus bermaksud
mereka mengambil berat mengenai dialek daripada negeri lain.

5
BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang digunakan oleh manusia untuk saling
berinteraksi dan berhubungan antara satu sama lain. Bahasa dituturkan oleh banyak
penutur, maka penggunaan bahasa bagi setiap kelompok penutur adalah berbeza
bergantung kepada pergaulan, cara hidup dan ruang geografi. Perbezaan tersebut
seterusnya menyumbang kepada kelainan dalam penggunaan bahasa, lalu terbentuklah
suatu bentuk pertuturan yang hanya dituturkan oleh kelompok tertentu. Bentuk
pertuturan yang berbeza dari segi loghat, slanga atau ragam pertuturan itu dikenali
sebagai dialek, subdialek dan idiolek. Hal ini bertepatan dengan definisi dialek yang
diberikan oleh kebanyakan ahli dialektologi, yakni dialek sebagai satu ragam bahasa
yang dapat dibezakan dengan tegas daripada ragam lain melalui ciri lafaz, kosa kata
atau tatabahasanya (Collins, 1986). Dialek tersebut walau bagaimanapun masih
mempunyai persamaan dan kefahaman menyaling antara satu sama lain. Hal ini
demikian kerana dialek tersebut berasal daripada satu bahasa induk yang sama. Justeru
itu, Chambers dan Trudgill, (1990: 3), menganggap dialek sebagai cabang kecil sesuatu
bahasa.Seperti yang kita sedia maklum, UniSHAMS ialah sebuah universiti antarabangsa
bermaksud universiti ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia di setiap negeri dan
Negara luar.Oleh yang demikian, terdapat banyak mahasiswa/mahasiswi daripada
pelbagai negeri menyambung pengajian di UniSHAMS dan sekaligus membawa dialek
daripada negeri asal masing-masing.Kepelbagaian dialek sudah tidak asing dikalangan
mahasiswa/mahasiswi.

Abdul Hamid Mahmood (1990:217), memetik Mario Pei mentakrifkan dialek


sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur
dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan
dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk bahasa baku, baik dari segi

6
sebutan, tatabahasa ataupun penggunaan kata-kata tertentu. Kelainan tersebut tidaklah
begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dapatlah dikatakan bahawa
dialek dituturkan oleh sekumpulan masyarakat dalam satu-satu kawasan untuk tujuan
komunikasi dalam kehidupan seharian mereka.Demikian itu, selain mempelajari Bahasa
Arab dan English mahasiswa/mahasiswi juga perlu mengetahui dan menguasai dialek
yang berlainan diantara mereka kerana ini dapat membantu memudahkan interaksi
antara mahasiswa/mahasiswi daripada pelbagai negeri.Ini juga dapat membantu
mahasiswa/mahasiswi meningkatkan lagi jati diri dan mengembangkan lagi ilmu
pengetahuan mengenai kepelbagaian budaya di dalam Malaysia serta dapat melahirkan
rasa cinta kepada Negara.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk menilai sejauh mana mahasiswa/mahasiswi,
dan kakitangan UniSHAMS mengetahui serta mengambil berat tentang kepelbagaian dialek
dikalangan mahasiswa/mahasiswi UniSHAMS.

1. Untuk mengetahui perbezaan dialek di antara mahasiswa/mahasiswi darpada


pelbagai negeri di Malaysia.

2. Untuk mengetahui faktor mempelajari atau menguasai pelbagai dialek dalam


kalangan mahasiswa/mahasiswi.

3. Untuk melihat kesan penggunaan pelbagai dialek dalam kalangan


mahasiswa/mahasiwi.

7
1.2 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah faktor mahasiswa/mahasiswi UniSHAMS merasa perlu untuk mengetahui dan


mempelajari pelbagai dialek dari negeri lain?

2.Apakah usaha mahasiswa/mahasiswi UniSHAMS dalam mempelajari serta menguasai


pelbagai dialek dari negeri lain?

3.Apakah kesan terhadap diri mahasiswa/mahasisiwi UniSHAMS dengan


mengaplikasikan kepelbagaian dialek dalam kehidupan harian.?

1.3 BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkajian dalam aspek yang luas atau lebih khusus tidak dapat
dijalankan oleh itu diletakkan skop dan had yang kecil dalam Batasan kajian, dengan itu kajian
dapat memenuhi seluruh aspek dan intipati yang diperlukan kajian.

Selain itu, dalam kajian ini hanya dibataskan kepada skop yang kecil iaitu responden
kajian ini hanya terdiri daripada 30 orang mahasiswa/mahasiswi UniSHAMS. Kajian ini juga
hanya dijalankan bagi mahasiswa/mahasiswi UniSHAMS sahaja bagi tujuan memudahkan
pengkaji mendapatan serta mengumpulkan data yang diperlukan bagi menyiapkan kajian.

Segala proses penganalisasian data dan dapatan kajian adalah berdasarkan kepada
kajian yang dibuat oleh kumpulan kami. Diharapkan seluruh data yang diperolehi adalah benar
dalam usaha untuk mencapai objektif kajian

8
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0 KAJIAN LEPAS

Kepelbagaian dialek dalam Bahasa Melayu: analisis tatatingkat kekangan. (Zaharani


Ahmad. 2006). Bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek yang bersalingfahaman antara
satu sama lain (Chambers dan Trudgill 1980). Ciri kesalingfahaman ini merupakan asas penting
yang menentukan sama ada sesuatu ragam (variety) itu dialek kepada satu bahasa yang sama
ataupun berdiri sebagai satu bahasa yang tersendiri. Dialek-dialek yang tergolong dalam satu
bahasa yang sama itu lazimnya mempunyai banyak ciri persamaan, di samping terdapat juga
beberapa ciri perbezaan. Perkongsian ciri persamaan menunjukkan bahawa dialek-dialek
tersebut mengekalkan ciri-ciri warisan yang diwarisi bersama daripada bahasa sumber,
manakala perbezaan itu pula menggambarkan sesuatu dialek itu telah mengalami
perkembangan secara tersendiri dan terpisah daripada dialek-dialek yang lain. Newton (1972)
menyatakan kewujudan pelbagai dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada
perubahan yang berlaku dari segi sejarah ke atas satu bahasa yang asalnya seragam. Faktor
ruang geografis dan waktu merupakan dua faktor utama yang menyebabkan terpecahnya
bahasa asal kepada beberapa dialek turunannya.

Penggunaan Dialek Sosial Dalam Ujaran Lisan Guru Pelatih Berdasarkan Teori Etnografi
Komunikasi. (Mohamad Zuhailam Mat Zin & Nur Farahkhanna Mohd Rusli). Malaysia terkenal
dengan negara majmuk yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan.
Terdapat beberapa kaum yang utama, iaitu Melayu, Cina, dan India. Selain itu, terdapat juga
masyarakat bumiputera lain seperti masyarakat Orang Asli, Bajau, Sumandak, Melanau, Kenyah
dan sebagainya yang masih lagi menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri untuk
berkomunikasi sesama mereka. Namun demikian, kedudukan bahasa Melayu masih mempunyai
kedudukan yang tinggi di Malaysia. Penggunaannya yang sangat meluas terutamanya dalam
urusan rasmi dan pertuturan harian telah menyebabkan bahasa ini tersebar dengan cepat
berbanding bahasa-bahasa lain di Malaysia. Hasilnya, bahasa Melayu ini kemudiannya diserap
dan dipecahkan kepada beberapa subbahasa. Subbahasa ini muncul disebabkan oleh faktor
pengguna dan penggunaannya (Fisherman, 1968).

9
Dialek Dan Jati Diri Masyarakat Besut Dari Sudut Sosiolinguistik. (Siti Rahimah Binti
Mustaffa. 2017). Kepentingan bahasa sebagai pembentuk jati diri turut ditegaskan oleh Saville-
Troike (1991: 204) bahawa walau apapun pilihan yang dibuat mengenai keanggotaan sesebuah
kumpulan, bahasa merupakan satu faktor penting sebagai lencana jati diri. Hal ini bermakna
kecintaaan dan kesetiaan terhadap sesuatu bahasa atau dialek akan membawa kepada
pembentukan jati dirinya. Contoh yang paling dekat dengan situasi di atas ialah pembentukan
jati diri penutur di kawasan yang mempunyai pertembungan antara sekurang-kurangnya dua
bahasa atau dialek yakni di kawasan peralihan. Jika diteliti dengan lebih mendalam. para
penutur di kawasan peralihan dilihat lebih cenderung mengalami kekeliruan jati diri lantaran
wujudnya penindanan ciri dialek di kawasan tersebut.

Variasi Leksikal Dialek Melayu Di Negeri Kedah: Kajian Geolinguistik. (Fazal Mohamed
Mohamed Sultan & Amir Imran Jamil. 2019). Dialek sebagai satu sub-bahasa yang mewakili
bahasa tuturan sesebuah penduduk di satu-satu kawasan (Asmah, 1985). Collins (1986)
mentakrifkan dialek sebagai satu ragam bahasa yang dibezakan secara tegas daripada ragam-
ragam lain berdasarkan ciri-ciri penyebutan, kosa kata dan tatabahasa. Tambahnya lagi, ragam
bahasa ini terdapat dalam daerah geografi tertentu dan dalam suasana sosial tertentu.
Keterwakilan dialek yang dibentuk bagi sesebuah kawasan adalah berbeza dari suatu komuniti
dengan komuniti yang lain. Buktinya, di Malaysia terdapat pelbagai dialek mengikut daerah
seperti yang dikemukakan oleh Asmah (1985).

10
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan


menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian.
Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan
teknik tertentu digunakan. Selain itu, pada bahagian ini ia membincangkan tentang reka bentuk
kajian , instrument kajian , pemilihan responden , dan pengedaran borang soal selidik. Tujuan
metodologi ini ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi
tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Bentuk kajian yang kami gunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif . Kajian
kualitatif adalah suatu kajian yang membentangkan dan menganalisis fenomena,
peristiwa, aktiviti sosial, persepsi, pemikiran seseorang mahupun kelompok. Kajian
kualitatif ini juga menekankan lebih kepada proses dan kandungan tidak diuji atau diukur
dari segi kuantiti ataupun bilangan kali. Tafsiran terhadap kes yang dikaji bergantung kepada
pengkaji itu sendiri dan masing-masing orang mempunyai tafsiran yang berbeza. Kajian
kualitatif bersifat induktif maknanya pengkaji memulakan suatu permasalahan-
permasalahan muncul secara am dan terbuka terlebih dahulu untuk interpretasi data dan
kemudian daripada semasa ke semasa menjurus kepada hal yang spesifik. Satu hal yang
terpenting dalam kajian kualitatif adalah pengkaji tidak bersifat untuk menilai orang lain
(responden) menurut cara pandang pengkaji, tetapi memahami cara pandang responden.
Kualiti data bergantung pada kemampuan pengkaji untuk menggali data berulang kali dan
sedalam mungkin. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis implikasi

11
kepelbagaian dialek dikalangan mahasiswa/mahasiswi di Universiti Islam Antarabangsa Sultan
Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS).

3.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika
menjalankan sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh
data sepeti mana yang dikhendaki oleh penyelidik untuk mencapai objektif kajian. Selain itu,
instrument yang kami gunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik secara atas talian
(Google form). Kaedah ini telah kami gunakan dalam kajian ini demi memperoleh dan
mengumpul data yang kami perlukan.

3.3 PEMILIHAN RESPONDEN

Dalam kajian ini, kami telah memilih beberapa responden untuk mendapatkan maklumat
mengenai implikasi kepelbagaian dialek dikalangan mahasiswa dan mahasiswi di UniSHAMS.
Responden yang kami telah pilih dalam menyiapkan kajian ini adalah dari golongan mahasiswa
dan mahasiswi UniSHAMS daripada latar belakang yang berbeza seperti jantina, umur, negeri
asal, dan lain-lain.

12
3.4 PENGEDARAN BORANG SOAL SELIDIK

Sepanjang kajian ini dijalankan, borang soal selidik telah kami edarkan kepada 30 orang
responden yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UniSHAMS. Kaedah yang kami
gunakan ini telan memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat daripada responden untuk
mendapatkan maklumat yang berunsurkan kuantitatif dan juga kualitatif. Responden yang kami
telah pilih ini bertujuan untuk mengenalpasti dialek yang mereka gunakan di UniSHAMS.
Kesemua responden yang dipilih ini telah memberi kerjasama yang baik dan menjawab
kesemua soalan-soalan yang kami telah sediakan. Hal ini demikian, dengan kerjasama yang
baik dari responden membuatkan tiada sebarang masalah yang kami hadapi.

13
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

DAPATAN KAJIAN TENTANG IMPLIKASI KEPELBAGAIAN DIALEK DIKALANGAN


MAHASISWA/MAHASISWI UNISHAMS
Dapatan kajian ini dijalankan secara rawak keatas 30 mahasiswa dan mahasisiwi UniSHAMS
melalui kaedah soal selidk .Kaedah kajian ini adalah untuk mengetahui tentang pengetahuan
mahasiswa dan mahasisiwi UniSHAMS tentang implikasi kepelbagaian dialek dikalangan
mahasiswa/mahasiswi UniSHAMS.

4.1 BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG MAHASISWA/MAHASISIWI


Gambar rajah 1.1 : peratusan latar belakang mahasiswa dan mahasiswi yang pernah
mendengar maklumat atau info tentang implikasi kepelbagaian dialek dikalangan
mahasiswa/mahasiswi UniSHAMS.

CARTA PAI LATAR BELAKANG PELAJAR UniSHAMS MENGENAI IMPLIKASI


KEPELBAGAIAN DIALEK

14
Berdasarkan hasil kajian ,daripada 30 orang mahasiswa dan mahsiswi yang disoal selidik , soal
selidik yang dijalankan menunjukkan bahawa mahasiswa lelaki lebih cenderung mengetahui
tentang dialek selain daripa dialek mereka sendiri.manakala dari segi umur pula,mahasiswa
lebih cenderung kepada yang berumur antara 21-25 tahun.negeri terbanyak dalam carta pai
ialah negeri johor daripada 30 orang responden.majoriti kuliyyah pula ialah kuliyyah Syariah
undang-undang berbanding kuliyyah yang lain.

15
4.2 BAHAGIAN B : PENGETAHUAN TENTANG DIALEK
Gambar rajah 1.2 : carta pie menunjukkan pengetahuan mahasiswa dan mahasiswi UniSHAMS
tentang dialek.

ADAKAH ANDA SETUJU MAHASISWA/MAHASISWI PATUT MENGETAHUI


SEKURANG-KURANGNYA 3-4 DIALEK DARI NEGERI LAIN

DIALEK MAHASISWA

Rajah diatas atas adalah hasil dapatan kajian tentang pengetahuan mahasiswa dan mahasiswi
dalam mengetahui dialek di dalam universiti . Kajian ini menunjukkan seramai 16 responden
(53.3%) setuju dan seramai sembilan responden (30%) sangat setuju bahawa mahasiswa atau
mahasiswi patut mengetahui dialek negeri lain selain dialek mereka.,manakala baki sebanyak
empat responden (13.3%) yang tidak setuju dan hanya seorang responden (3.4%) sangat
setuju bahawa mahasiswa/mahasiswi mengetahui dialek negeri lain.

16
Gambar rajah 1.3 : carta pie responden tentang keinginan mahasiswa/mahasiswi mempunyai
keinginan untuk mempelajari dialek-dialek dari negeri lain.

ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA SETIAP MAHSISWA/ MAHASISWI KEINGINAN


UNTUK MEMPELAJARI DIALEK-DIALEK DARI NEGERI LAIN

DALAM DIRI DIRI ANDA


Dapatan kajian bagi soal selidik ini adalah menunjukkan bahawa sebanyak 17 responden (56%)
yang setuju dan seramai 10 responden (33.3%) yang sangat setuju menyatakan bersetuju
mahasiswa/mahasiswi mempunyai keinginan untuk mempelajari dialek-dialek dari negeri lain
manakala sebanyak tiga responden (10%) tidak setuju bahawa mahasiswa/mahasiswi
mempunyai keinginan untuk mempelajari dialek-dialek dari negeri lain

17
Gambar rajah 1.4 : KOMUNIKASI DENGAN MAHSISWA/MAHASISWI YANG LAIN.
ADAKAH ANDA BERSETUJU UNTUK MENGGUNAKAN DIALEK KITA SENDIRI SEMASA
BERKOMUNIKASI DENGAN MAHASISWA/MAHASISWI YANG LAIN

Jumlah dapatan kajian bagi yang setuju dibahagian soal selidik adalah seramai 21 responden
(70%) dan seramai lima responden (16.7%) yang sangat setuju untuk menggunakan dialek kita
sendiri semasa berkomunikasi dengan mahasiswa/mahasiswi yang lain di zaman kini manakala
jumlah responden yang menjawap tidak bersetuju untuk menggunakan dialek kita sendiri
semasa berkomunikasi dengan mahasiswa/mahasiswi yang lain iaitu sebanyak tiga responden
(10%).

18
4.3 BAHAGIAN C : KEBAIKAN MEMPELAJARI DIALEK NEGERI LAIN
gambar rajah 1.5 : mempelajari dialek negeri lain
ADAKAH MEMPELAJARI DIALEK DARI NEGERI LAIN DAPAT MENINGKATKAN JATI
DIRI

Dengan jumlah yang terkumpul ini hasil dari soal selidik terdapat ramai responden yang
menyatakan bahawa mempelajari dialek dari negeri lain dapat meningkatkan jati diri iaitu
seramai 15 responden (50%) yang setuju, sangat setuju seramai 11 responden (36.7%) dan
selebihnya iaitu sebanyak tiga responden (10%) sahaja menjawap mempelajari dialek dari
negeri lain tidak dapat meningkatkan jati diri .

Rajah 1.6 : membantu dalam pembelajaran mahasiswa/mahasiswi


ADAKAH DENGAN MEMPELAJARI DIALEK NEGERI LAIN DAPAT MEMBANTU DALAM
PEMBELAJARAN MAHASISWA/MAHASISWI

19
Dapatan kajian ini adalah dari soal selidik untuk mengetahui dengan mempelajari dialek negeri
lain dapat membantu dalam pembelajaran mahasiswa/mahasiswi, jumlah terkumpul bagi yang
tidak setuju bahawa mempelajari dialek negeri lain tidak membantu dalam pelajaran seramai
lapan responden (26.7%) dan sangat tidak setuju sebanyak dua responden (6.7%). Jumlah
adalah rendah berbanding yang bersetuju mempelajari dialek negeri lain dapat membantu
dalam pembelajaran mahasiswa/mahasiswi iaitu seramai 15 responden (50%) dan seramai lima
responden (16.7%) dari 100% responden tersebut.

Rajah 1.7 : membantu dalam berkomunikasi dengan mahasiswa/mahasiswi dari negeri lain
ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN MEMPELAJARI DIALEK DARI NEGERI LAIN
DAPAT MEMBANTU DALAM BERKOMUNIKASI DENGAN MAHASISWA/MAHASISWI
DARI NEGERI LAIN.

KOMUNIKASI
Hasil dapatan kajian ini mendapati hampir semua bersetuju dengan mempelajari dialek dari
negeri lain dapat membantu dalam berkomunikasi dengan mahasiswa/mahasiswi dari negeri
lain seramai 29 responden (96%) manakala yang tidak setuju sebanyak satu responden
(3.3%). Hal ini menunjukkan bahawa majoriti bersetuju agar semua mahasiswa/mahasiswi
mempelajari dialek supaya memudahkan mereka berkomunikasi

20
4.4 BAHAGIAN D : IMPAK TERHADAP DIRI MAHASISWA/MAHASISWI

Rajah 1.8: dapat mengeratkan hubungan sikaturrahim


ADAKAH DENGAN MEMPELAJARI DIALEK DARI NEGERI LAIN DAPAT MENGERATKAN
HUBUNGAN DIANTARA MAHASISWA/MAHASISWI DARI NEGERI LAIN

HUBUNGAN
Jumlah dapatan kajian ini menunjukkan seramai 16 responden (53.3%) mempersetujui bahawa
mempelajari dialek dari negeri lain dapat mengeratkan hubungan diantara
mahasiswa/mahasiswi dari negeri lain. Seramai 13 responden (43.3%) merasakan mempelajari
dialek dari negeri lain tidak dapat mengeratkan hubungan diantara mahasiswa/mahasiswi dari
negeri lain dan tidak penting.

Rajah 1.9 : meningkatkan peluang pekerjaan mahasiswa/mahasiswi


ADAKAH DENGAN MEMPELAJARI DIALEK DARI NEGERI LAIN DAPAT
MENINGKATKAN PELUANG PEKERJAAN MAHASISWA/MAHASISWI SETELAH HABIS
PENGAJIAN

21
Dapatan kajian ini menunjukkan setuju atau tidak setuju responden yang terlibat dalam
persoalan tentang mempelajari dialek dari negeri lain dapat meningkatkan peluang pekerjaan
mahasiswa/mahasiswi setelah habis pengajian seramai 14 responden (46.7%) menjawap setuju
dan sangat setuju seramai enam responden (20%). Hanya segelintir sahaja yang tidak
bersetuju iaitu hanyalah seramai tujuh responden (23.3%) dan sangat tidak setuju seramai tiga
responden (10%) mempelajari dialek dari negeri lain dapat meningkatkan peluang pekerjaan
mahasiswa/mahasiswi setelah habis pengajian.

22
KESIMPULAN

5.0 Kesimpulan
Sebenarnya, terdapat banyak kelebihan menguasai pelbagai dialek yang masih tidak
diketahui umum. Maka tidak hairanlah masih ramai yang masih endah tak endah betapa
pentingnya mempelajari dialek negeri lain.Hal ini kerana kita selalunya akan menggunakan
dialek negeri sendiri untuk berkomunikasi dengan seseorang.Jadi mempelajari dialek negeri lain
dapat memudahkan untuk memahami antara satu sama lain.
Mempelajari dialek juga adalah sebuah kegiatan belajar yang menyangkut tentang
penggunaan bahasa dalam suatu daerah atau kelompok dengan cara yang khas dan berbeza dari
bahasa rasmi atau bahasa baku.Mempelajari dialek dapat membantu individu memahami budaya
dan keunikan suatu daerah serta meningkatkan kemampuan dalam berkomunikasi dengan
masyarakat setempat. Selain itu, mempelajari dialek juga dapat memperluas kosakata seseorang
dan membantu dalam memahami kosakata yang tidak dapat ditemui di bahasa rasmi. Selain itu,
mempelajari dialek dapat meningkatkan kemampuan seseorang dalam menafsirkan bahasa tubuh,
intonasi, dan ekspresi wajah yang biasa digunakan oleh masyarakat setempat. Hal ini dapat
membantu individu membangun hubungan dengan masyarakat setempat dan memperdalam
pemahaman mereka tentang budaya daerah tersebut. Oleh karena itu, mempelajari dialek dapat
menjadi pengalaman yang menyenangkan dan bermanfaat bagi individu yang ingin memperluas
pengetahuan mereka tentang bahasa serta budaya daerah tempat tinggal mereka.
Dalam dunia globalisasi pada masa kini, mobiliti telah semakin dipermudahkan. Tiada
lagi halangan dalam mempelajari apa jua cabang ilmu pengetahuan. Sesiapa sahaja boleh belajar
perkara-perkara baharu dalam kehidupan mereka.Contohnya belajar di alam maya secara
‘Online’ mahupun ‘Offline’.
Mahasiswa atau mahasiswi yang mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi mampu
menjadikan dialek sebagai alat bantuan semasa bercakap dengan dialek negeri lain. Selain itu,
mereka juga mampu mengadaptasi setiap situasi atau kelainan budaya sebagai satu
keistimewaan ke atas diri mereka tanpa mempedulikan penilaian atau pendapat orang lain.
Hasil dapatan kajian mendapati kemahiran komunikasi memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi keyakinan diri mahasiswa Dan mahasiswi UniSHAMS di Kuala ketil,kedah.

Akhir Sekali,mempelajari Bahasa atau dialek kedua adalah berfaedah. Sangat


berfaedah,hal ini kerana ianya dapat membantu kita untuk bergaul ataupun berusan dengan
seseorang.Pembelajaran dialek dapat membantu mengembangkan kemahiran kognitif yang kuat
sebagaimana pembentukan konsep yang lebih baik, fleksibiliti mental berbilang tugasan,
kemahiran mendengar dan penyelesaian masalah, di samping meningkatkan interaksi sosial dan
hubungan yang menggalakkan antara mahasiswa dan mahasiswi.

23
RUJUKAN

SITI RAHIMAH BINTI MUSTAFFA, (2017) Dialek Dan Jati Diri Masyarakat Besut Dari Sudut
Sosiolinguistik.(Tesis) : Universiti Putra Malaysia

Zaharani Ahmad, (2006) Kepelbagaian dialek dalam Bahasa Melayu: analisis tatatingkat


kekangan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 1 (1). p. 26. ISSN 1823-884x

Mohamad Zuhailam Mat Zin & Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Penggunaan Dialek Sosial Dalam
Ujaran Lisan Guru Pelatih Berdasarkan Teori Etnografi Komunikasi : Universiti Pendidikan Sultan
Idris

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Amir Imran Jamil. (2019), Variasi Leksikal Dialek Melayu Di
Negeri Kedah: Kajian Geolinguistik : Pusat Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia & Sime Darby, Kuala Lumpur

Suzi Abdullah, Kajian Dialek https://www.academia.edu/9749728/dialek : Universiti Pendidikan


Sultan Idris

24
BORANG PERAKUAN PELAJAR TENTANG KEASLIAN TUGASAN
FEB/2023 Tugasan MPU 3113 Hubungan Etnik
TUGASAN MPU3113 HUBUNGAN ETNIK UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL
HALIM MUADZAM SHAH (UniSHAMS)

Kami MUHAMMAD NAJMI BIN AZMAN, MUHAMMAD NAJWAN IKMAL BIN MAHMUD, TIRMIZI
N.GADIMAN@JESNI , LUQMANUL HAKIM BIN ROSMIN

Memperakui bahawa tugasan bertajuk:


IMPLIKASI KEPELBAGAIAN DIALEK DIKALANGAN MAHASISWA/MAHASISWI
UNISHAMS
Ini adalah hasil kerja kami sendiri melainkan petikan, grafik, dan rajah yang dinyatakan sumber
rujukan. Kami dengan ini mengaku bahawa kajian ini adalah asli. Kami ialah satu-satunya
penulis tugasan ini.

Yang Benar,

……………………………..
(Nama Wakil Pelajar: NAJWAN IKMAL BIN MAHMUD )

Disahkan Oleh,

………………………………..

(Pensyarah:USTAZ SADDAM BIN ABU)


Tarikh serahan : 17 April 2023

25

Anda mungkin juga menyukai