Anda di halaman 1dari 15

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUHAWARAH

DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN

MOHAMAD KHAIRUL BIN RAWI

DISERTASI DISERAHKAN
UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI
IJAZAH SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN

FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK


UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

2012
UNIVERSITI MALAYA
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Nama: Mohamad Khairul bin Rawi No. K.P/Pasport: 810316-10-5031

No. Pendaftaran/Matrik: TGA 090029

Nama Ijazah: Sarjana Pengajian Bahasa Moden

Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”):


Pengajaran dan Pembelajaran Muhawarah di Sekolah Rendah Kebangsaan

Bidang Penyelidikan: Pengajaran dan Pembelajaran

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:

(1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini;


(2) Hasil Kerja ini adalah asli;
(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta
telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan
apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada
mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan
sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan
pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;
(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu
bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;
(5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di
dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya
mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan
apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa
juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis
dari UM;
(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah
melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya,
saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana
yang diputuskan oleh UM.

Tandatangan Calon: Tarikh: 27/2/2012

Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,

Tandatangan Saksi : Tarikh: 27/2/2012


Nama: Dr Wan Hassan bin Wan Mat
Jawatan: Penyelia

ii
ABSTRAK

Bahasa Arab merupakan bahasa yang universal dan sangat unik. Ia merupakan

satu-satunya bahasa yang diiktiraf oleh Allah SWT untuk dijadikan sebagai bahasa al-

Quran. Dengan kelahiran Bahasa Arab, telah menyebabkan suku penduduk dunia ini

bertutur dengan menggunakan bahasa yang indah ini. Bukan hanya bangsa Arab sahaja

yang menggunakan bahasa ini sebagai bahasa pertuturan dan amalan harian, malah ia

turut dipelajari dan dituturi oleh bangsa-bangsa lain. Dalam mempelajari Bahasa Arab

ini sebagai salah satu daripada cabang-cabang ilmu di dunia, banyak kaedah serta

teknik telah dicipta. Tujuannya adalah untuk memudahkan pengajaran dan

pembelajaran ini kepada sesiapa yang ingin mempelajarinya, termasuklah dikalangan

murid-murid sekolah rendah. Antara kaedah-kaedah ini adalah kaedah muhawarah .

Muhawarah merupakan salah satu daripada cabang-cabang komunikatif yang ada pada

ketika ini. Ia dilihat sebagai satu kaedah yang praktikal kepada pihak guru-guru yang

mengajar, serta murid-murid yang belajar. Pelaksanaannya yang mudah disusuli

pertuturan-pertuturan yang dilakukan oleh murid-murid sendiri dilihat sebagai satu cara

yang sangat memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab,

khususnya bahasa Arab Komunikasi. Justeru kajian ini dihasilkan untuk melihat sejauh

mana keberkesanan kaedah muhawarah ini dalam membantu guru-guru dan murid-

murid khususnya, untuk memahami subjek bahasa Arab. Kajian yang dijalankan ini

melibatkan tiga buah sekolah di daerah Klang, iaitu SK Sungai Kapar Indah, SK Meru

dan SK Taman Klang Utama. Sampel kajian ini pula terdiri daripada murid-murid

tahun enam dan guru-guru yang mengajar bahasa Arab di tiga buah sekolah yang

disebutkan tadi. Kajian ini dilihat sangat penting kerana hasil daripada kajian ini, dapat

digunakan oleh guru-guru dan murid-murid yang mempelajari bahasa Arab, samada di

iii
sekolah ataupun di institusi pengajian tinggi. Antara metod yang digunakan oleh

penyelidik dalam mendapatkan data-data kajian ialah, dengan melakukan pemerhatian

dan tinjauan di sekolah-sekolah yang telah dipilih. Selain itu, kajian perpustakaan juga

dibuat bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh digunakan sepanjang

menjalankan kajian. Dapatan kajian secara umumnya mendapati bahawa kaedah

muhawarah merupakan antara kaedah yang sangat baik dan efektif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, khususnya di peringkat sekolah rendah

kebangsaan. Bagi mempersembahkan tesis ini, penyelidik telah membahagikan kepada

lima bab utama, iaitu bab pendahuluan, kajian literasi, metodologi penyelidikan,

dapatan kajian dan penutup. Setiap daripada bab-bab ini, penyelidik akan menerangkan

secara terperinci apa yang penyelidik dapati hasil daripada kajian ini. Semoga kajian ini

membantu golongan-golongan yang cintakan bahasa Arab untuk terus mempelajarinya

dan seterusnya mengembang luaskan bahasa ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi,

Insyaallah.

iv
ABSTRACT

Arabic language is a very unique universal language. It is the only language that

was recognized by our Almighty Allah S.W.T to be the language of The Quran. Since

the birth of Arabic language, almost half of the world populations speaking the

language. This language was not only used by the Arabs for spoken and daily activities,

it is also learnt and spoken by the other races in the world. In learning the Arabic

language as one of the branches of knowledge in the world, there were many techniques

and methods that were invented. The purpose is to simplify the teaching and learning to

who ever want to learnt it including primary students. Among this method was

muhawarah method. Muhawarah was one of the communicative branches at the

moment. It was seen as a practical method to the teacher to teach, and the students to

study. The implementation is very simple followed by the rules that were done by the

students themselves seen as to be very effective process to the teaching and learning of

the Arabic language especially for Communication Arabic. Therefore, this research was

done to show the effectiveness of this muhawarah method in helping the teacher and

especially the students in understanding Arabic language subject. The studies that had

been done here involved three schools in Klang district that were SK Sungai Kapar

Indah, SK Meru, and SK Taman Klang Utama. The studies sample involved year 6

pupils, and the teachers that teaches Arabic language in three school mentioned above.

The studies are seen very important as it can be used by teachers and pupils that studies

Arabic language, whether in schools or higher institutions. Some of the methods that

being used by researcher to gained data were by observation and review at the chosen

schools. Other than that, libraries researches were also done to gather as much as

v
information that can be used for the research purposed. Research outcome generally

found that muhawarah method is among the good and effective in the process of

teaching and learning the Arabic language especially in the primary school. To present

this thesis, the researcher had divided into five main topics, that is introduction,

literature review, research methodology, research outcome and closure. Each of this

topic, the researcher will elaborate in detail what had the researcher got from this

research. Hopefully this research will help those who loved the Arabic language to

continue to learn it and help to expand it to the higher level, Insyaallah.

vi
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, pertamanya saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT yang

telah memberikan kekuatan fizikal dan mental kepada saya dalam menyempurnakan

tugasan disertasi ini. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan Nabi Muhammad SAW

yang membawa perutusan dakwah kepada seluruh umat manusia.

Dalam menyempurnakan kajian ini, saya ingin dedikasikan setinggi

penghargaan dan sekalung ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam

membantu usaha saya menghasilkan penyelidikan ini. Tanpa dokongan dan sokongan

pihak-pihak ini, saya yakin dan percaya, saya tidak akan mampu melaksanakan tugasan

ini.

Pertamanya, saya ucapkan setinggi terima kasih kepada pensyarah pembimbing

saya, iaitu Dr. Wan Hassan b Wan Mat, Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Arab, Fakulti

Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Dengan usaha dan tunjuk ajar beliau, telah

banyak membantu saya dalam menulis kajian ini.

Begitu juga pensyarah-pensyarah yang telah mengajar saya dalam pelbagai

subjek, antaranya Dr Rodney C. Jubilado (Linguistik Am), Dr. Jawakhir (Linguistik

Terapan), Dr David Yoong (Metodologi Penyelidikan), Prof. Dr. Salahuddin Mohd

Shamsuddin (Bahasa Arab Sejarawi & Bahasa Arab Dalam Ilmu-ilmu Islam) dan lain-

vii
lain lagi yang telah menyumbangkan ilmu serta pengetahuan yang berguna kepada saya

sepanjang menuntut di Universiti Malaya.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan guru, murid-murid

tahun enam serta pihak-pihak pentadbiran di SK Sungai Kapar Indah, SK Meru dan SK

Taman Klang Utama. Dengan kerjasama yang kalian berikan, akhirnya terhasillah

disertasi ini.

Kepada kedua ibu bapa saya, Tuan Haji Rawi b Baidi dan Puan Hajjah Siti

Ruba’yah bt Haji Ismail, yang tanpa jemu dan keluh kesah, mendidik saya sedari kecil

sehingga ke tahap ini. Tiada ucapan yang lebih berharga buat kalian selain ucapan

terima kasih tulus ikhlas dari hatiku.

Buat insan tersayang, isteriku, Fazlina bt Haini, yang telah mencurah bakti

dengan penuh sabar, memberi semangat dan motivasi kepadaku selama ini. Disertasi ini

adalah hasil dari semangat yang diberikan olehmu…terima kasih buat semua.

Sekian, wassalam…

Mohamad Khairul bin Hj. Rawi,


No 20 Jalan 4G / KU 4,
Taman Dagang, Rantau Panjang,
42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.

kalam_pujangga@yahoo.com

30 November 2011

viii
DEDIKASI

Saya tujukan hasil penyelidikan saya ini kepada seluruh pencinta-pencinta

bahasa Arab sama ada di tanah air mahupun di mana sahaja. Semoga sedikit usaha yang

tidak seberapa ini, membuahkan hasil dan sumbangan kepada ilmu bahasa Arab yang

semakin diminati ramai pada masa kini…

ix
ISI KANDUNGAN

JUDUL i
PENGAKUAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT v
PENGHARGAAN vii
DEDIKASI ix
ISI KANDUNGAN x
SENARAI JADUAL xii
SENARAI TRANSLITERASI xiii
SENARAI KEPENDEKAN xv

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang kajian 4
1.3 Pernyataan masalah 7
1.4 Persoalan kajian 8
1.5 Objektif kajian 9
1.6 Batasan kajian 12
1.7 Kepentingan kajian 15
1.8 Kajian lampau 18
1.9 Rangka kajian 19
1.10 Definisi operasional 23
1.11 Penutup 27

BAB 2 : KAJIAN LITERASI

2.1 Pendahuluan 28
2.2 Keberadaan bahasa 29
2.3 Keberadaan bahasa Arab di Malaysia 32
2.4 Sekolah dan Pendidikan 36
2.5 Matlamat pendidikan sekolah rendah 38
2.6 Perkembangan penguasaan bahasa 41
2.7 Motivasi dalam pembelajaran 43
2.8 Kesediaan belajar 46
2.9 Kaedah pengajaran bahasa Arab untuk yang bukan penuturnya 49
2.10 Kajian berkenaan komunikasi 52
2.11 Penutup 54

x
BAB 3 : METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pendahuluan 56
3.2 Reka bentuk kajian 57
3.3 Lokasi kajian 60
3.4 Instrumen kajian 61
3.5 Sampel kajian 70
3.6 Pengumpulan maklumat dan analisis data 74
3.7 Penutup 77

BAB 4 : ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 78
4.2 Latar belakang sekolah 79
4.3 Analisis kajian soal selidik guru-guru bahasa Arab 81
4.4 Pengajaran muhawarah dikalangan guru-guru bahasa Arab 92
4.5 Kelebihan kaedah muhawarah dalam pengajaran 114
4.6 Kelemahan kaedah muhawarah dalam pengajaran 116
4.7 Pembelajaran muhawarah dikalangan murid-murid 118
4.8 Implikasi teknik muhawarah ke atas pembelajaran murid-murid 137
4.9 Kelebihan kaedah muhawarah kepada pembelajaran murid-murid 143
4.10 Kelemahan kaedah muhawarah dalam pembelajaran murid-murid 149
4.11 Penutup 150

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 152


5.2 Rumusan kajian 153
5.3 Cadangan kajian 159
5.4 Penutup 165

BIBLIOGRAFI 166

LAMPIRAN 170

xi
SENARAI JADUAL

1. Jadual 4.1 : Taburan guru mengikut bilangan 82

2. Jadual 4.2 : Taburan guru mengikut jantina 84

3. Jadual 4.3 : Taburan guru mengikut tahap pendidikan 85

4. Jadual 4.4 : Taburan guru mengikut institusi pendidikan dalam dan luar negara 86

5. Jadual 4.5 : Taburan kaedah yang digunakan ketika mengajar bahasa Arab 87

6. Jadual 4.6 : Taburan permasalahan yang dihadapi guru bahasa Arab 89

7. Jadual 4.7 : Taburan kekerapan penggunaan kaedah muhawarah oleh guru 91

8. Jadual 4.8 : Taburan topik buku teks yang terdapat pendekatan muhawarah 96

9. Jadual 4.9 : Pengertian bagi kesemua topik yang berkaitan 98

10. Jadual 4.10 : Taburan persediaan kelas oleh guru 105

11. Jadual 4.11: Rumusan kajian soal selidik 121

12. Jadual 4.12 : Pecahan dan peratusan murid-murid lelaki 124

13. Jadual 4.13 : Pecahan dan peratusan murid-murid perempuan 124

14. Jadual 4.14 : Taburan kesediaan murid terhadap teknik muhawarah 128

15. Jadual 4.15 : Taburan penerimaan murid-murid semasa aktiviti muhawarah 136

16. Jadual 4.16 : Taburan implikasi kaedah muhawarah ke atas pembelajaran murid 142

xii
JADUAL TRANSLITERASI

1. Huruf-huruf Arab dan pasangan-pasangan ruminya ;

No Huruf Arab Huruf Rumi


1 ‫ا‬ -
2 ‫ب‬ b
3 ‫ت‬ t
4 ‫ث‬ th
5 ‫ج‬ j
6 ‫ح‬ ḥ
7 ‫خ‬ kh
8 ‫د‬ d
9 ‫ذ‬ dh
10 ‫ر‬ r
11 ‫ز‬ z
12 ‫س‬ s
13 ‫ش‬ sy
14 ‫ص‬ ṣ
15 ‫ض‬ ḍ
16 ‫ط‬ Ṭ
17 ‫ظ‬ ẓ
18 ‫ع‬ ‘
19 ‫غ‬ gh
20 ‫ف‬ f
21 ‫ق‬ q
22 ‫ك‬ k
23 ‫ل‬ l
24 ‫م‬ m
25 ‫ن‬ n
26 ‫و‬ w
27 ‫ه‬ h
28 ‫ء‬ ‘
29 ‫ي‬ y
30 ‫ة‬ ṯ

xiii
2. Vokal Arab

Dalam sistem vokal Arab, terdapat vokal pendek, vokal panjang dan diftong.

a) Vokal Pendek b) Vokal Panjang

____َ____ a ‫ ـا‬ā

________ i ‫ ـي‬ī
َ

____َ____ u ‫ ـو‬ū

3. Diftong

‫ـي‬ ay

‫ـو‬ aw

xiv
SENARAI KEPENDEKAN

Bil Perkataan Kependekan

1 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor JPNS

2 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral JAPIM

3 Kementerian Pelajaran Malaysia KPM

4 Kurikulum Baru Sekolah Rendah KBSR

5 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSR

6 Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR

7 Pejabat Pelajaran Daerah PPD

8 Penilaian Menengah Rendah PMR

9 Program Jawi, Al-Quran., Bahasa Arab, Fardhu Ain j-QAF

10 Sallahualaihi wasallam SAW

11 Sekolah Kebangsaan SK

12 Sekolah Kebangsaan Meru SKM

13 Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah SKSKI

14 Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama SKTKU

15 Sekolah Rendah Agama SRA

16 Sijil Pelajaran Malaysia SPM

17 Subhanahu Wata’ala SWT

18 Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR

19 Universiti Kebangsaan Malaysia UKM

20 Universiti Malaya UM

xv

Anda mungkin juga menyukai