Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
NOTA KULIAH 4

SEMESTER 1 DIPLOMA TAHUN 2022


JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOD / KURSUS DKB2312 SWITCHING AND ROUTING MANAGEMENT

KOMPETENSI 4.0 IP ROUTING


KOMPETENSI
UNIT 4.1 Routing Basics
4.2 The IP Routing Process
4.3 Static and Dynamic Routing
4.4 Routing Protocol basics

Upon completion of the course, students will be able to:

1. Apply IP addressing and subnetting in switching and routing


configuration. (C3, PLO11, LOD3e)
HASIL 2. Implement switching and routing based on network requirement using
PEMBELAJARAN network simulation software. (P3, PLO2, LOD3a)
3. Plan layout for LAN network using network simulation software. (A3,
PLO10, LOD3d)

PLO 11 Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang.

Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk


PLO 2 melaksanakan tugasan dalam bidang Teknologi Maklumat.
Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti
PLO 10 pembelajaran serta mencari dan memproses data.
OBJEKTIF
PENGAJARAN Di akhir sesi pembelajaran, pelajar akan:
1. Memahami asas routing.
2. Memahami proses IP routing.
3. Memahami static dan dynamic routing.
4. Memahami asas Protocol Routing.
MAKLUMAT PELAJAR
NAMA PELAJAR

TARIKH MUKA : 01
DARIPADA: 7
4.1 Routing Basics
Router berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang
berlainan. Router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu
sahaja.

Kelebihan router :
- menghubungkan dua atau lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian
internetwork.
- Menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol.
- Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket.
- Kuat dan tidak mudah rosak.

4.2 The IP Routing Process


 Configuring RIP Routing
Routing Information Protocol (RIP) merupakan salah satu protokol routing yang
digunakan ketika menjalankan routing dinamik. RIP biasa digunakan untuk jaringan
berskala kecil dan memiliki batasan yang membuatnya tidak dapat digunakan pada
jaringan besar.
RIP memiliki dua versi iaitu RIP dan RIPv2. Biasa digunakan adalah RIPv2.
Konfigurasi RIPv2 :

R1 (config) # router rip


R1 (config-router) # version 2
R1 (config-router) # network 192.168.1.0
R1 (config-router) # network 100.100.100.0
R1 (config-router) # exit
R1 (config) #

 Holding Down RIP Propagations

Rajah 3 : Hold Down RIP

2|Page
i. Update timer
- Biasanya 30 saat dimana router berubah routing table secara berkala.

ii. Route invalid timer


- Jika tiada update sehingga 180 saat, destinasi router menjadi tidak valid.
Router dikatakan tidak valid jika router tidak menerima update tentang
sebuah router tertentu selama tempoh itu.

iii. Router flush timer


- Masa bermula selepas route telah diputuskan tidak valid dan
penghapusannya dari routing table (240 saat).

iv. Hold-down timer


- Masa ini router menunggu router lain untuk tindak balas. Jika tiada tindak
balas dalam masa yang ditetapkan masanya akan habis iaitu pada default
180 saat.

4.3 Static and Dynamic Routing

Perbezaan antara Static dan Dynamic Routing


No. Static Kategori Dyamic
Semakin besar saiz network, Tahap kesukaran
1. Bergantung pada skala network
semakin sukar konfigurasi
Tahap kemahiran
2. Kemahiran asas Kemahiran yang tinggi
network engineer
Memerlukan konfigurasi Perubahan Penyesuaian akan berlaku secara
3.
secara manual kepada network dinamik
Sesuai untuk network yang Sesuai untuk semua kategori
4. Skala
ringkas network
5. Tahap sekuriti yang tinggi Sekuriti Kurang tahap sekuriti
Penggunaan
6. Rendah Tinggi
Processor
7. Sentiasa sama Laluan trafik Berubah-rubah

Jadual 1: Perbezaan antara static dan dynamic routing

4.4 Routing Protocol Basics


4.4.1 Administrative Distances
Digunakan untuk menentukan bagaimana suatu penyaluran data dilakukan.
Administrative Distance digunakan oleh suatu router untuk memilih laluan yang
disediakan pada topologi jaringan setiap protokol routing.

3|Page
4.4.2 Classes of Routing Protocols
i. RIP (Routing Information Protocols)
 Menggunakan protocol routing interior dengan algoritma distance vector
 RIP adalah protokol yang memberikan maklumat routing table berdasarkan router
yang berhubung langsung. Kemudian, router selanjutnya akan memberikan maklumat
ke router lain yang terhubung langsung dengan router tersebut. Maklumat yang
diberikan dalam protokol RIP adalah :
- Host
- Network
- Subnet
- Route Default

 Protokol RIP menggunakan ‘distance vector’. Metric yang dilakukan pada protokol ini
berdasarkan hop count untuk pemilihan laluan terbaik. Jika hop count lebih dari 15,
maka paket datagram yang dibuang dan tidak diteruskan.
 Update routing table pada protokol ini akan dilakukan secara broadcast setiap 30 saat.
 RIP terbahagi kepada dua iaitu :
a) RIPv1 (RIP versi 1)
b) RIPv2 (RIP versi 2)

RIPv1 RIPv2
Distance Vector Distance Vector
Max Hop Counts = 15 Max Hop Counts = 15
Classful Classless
Tidak support VLSM Support VLSM
Tidak support network discontiguous Support network discontiguous
Update broadcast Update multicast
Tidak ada pengesahan Support pengesahan

Jadual 2 :Perbezaan RIPv1 dan RIPv2

ii. IGRP (Interior Gateway Routing Protocol)


 Menggunakan protokol routing interior dengan algoritma Cisco distance
vector
 IGRP adalah sebuah routing protocol dikembangkan oleh Cisco System
Inc. pada pertengahan tahun 1980-an.

4|Page
 Tujuan penciptaan IGRP adalah untuk menyediakan protokol yang kuat
untuk routing dalam sistem otonomi. IGRP memiliki hop maksimum
255, tetapi default dari protokol adalah 100.
 IGRP menggunakan bandwidth secara default untuk menentukan router
terbaik dalam sesebuah interconnection.
 Protokol ini menggunakan algoritma “distance vector”. Update routing
dilakukan secara broadcast setiap 90 saat.

iii. OSPF (Open Short Path First)


 Menggunakan protokol routing interior dengan algoritma link-state
 OSPF adalah pilihan protokol yang mempunyai jaringan yang besar
agar semua router tersebut boleh melakukan routing.
 OSPF bekerja dengan sebuah algoritma “link state”.

iv. EIGRP (Enhanced Interior Gateway Routing Protocol)


 Menggunakan protokol routing interior dengan algoritma advanced
Cisco distance vector
 EIGRP menggunakan algoritma “advance distance vector” dan
menggunakan “cost load balancing” yang tidak sama. Algoritma yang
dipakai adalah gabungan antara “distance vector” dan “link state” serta
menggunakan Diffusing Update Algorithm (DUAL).
 EIGRP sesuai untuk jaringan komputer yang besar.

v. Border Gateway Potocol (BGP)


 Menggunakan protokol routing eksterior dengan algoritma distance
vector
 Kelebihan protokol BGP adalah pemasangan yang sangat sederhana

5|Page
SOALAN

1. Jelaskan kelebihan router.


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

2. Nyatakan tiga (3) perbezaan antara static dan dynamic routing.


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

6|Page
RUJUKAN:
1. Cisco Networking Academy (2014). Routing and Switching Essential Companion Guide.
United State: Cisco Press.
2. Abdul Latif bin Esa (2016). CISCO CCNA Internetworking, Perpustakaan Negara Malaysia.

INTERNET :

Diakses daripada https://kbudiz.wordpress.com/kuliah/diskusiprotokol-routing-distance-vector/,


Protocol Routing Distance Vector pada 08 Februari 2023 10.00 am.

7|Page

Anda mungkin juga menyukai