Anda di halaman 1dari 1

Perang Dunia Pertama 

(atau Perang Dunia I) ialah sebuah perang dunia yang berlarutan


antara 28 Julai 1914 - genap sebulan setelah pembunuhan terancang Erzherzog Franz
Ferdinand dari Austria dan isterinya di Sarajevo, Bosnia oleh seorang pengganas Serbia -
hingga 11 November 1918.
Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia atas pembunuhan ketua negaranya dengan
sokongan Empayar Jerman pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan menyokong Serbia
dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga
menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman
menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman
sebagai tindak balas ini.
Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis,
Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-
kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera
Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir
kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera
Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika
Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.
Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi
peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium,
serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika
usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan.
Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada
waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba di-medan pertempuran
untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat
membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan
tandatangan perjanjian peletakan senjata pada 11 November.

Anda mungkin juga menyukai