Anda di halaman 1dari 3

ASAL USUL LAGU ‘NEGARAKU’

Lirik lagu ‘Negaraku’

Negaraku

Tanah tumpahnya darahku

Rakyat hidup

Bersatu dan maju

Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan

Raja kita

Selamat bertakhta

Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan

Raja kita

Selamat bertakhta

Ramai yang tidak tahu tentang sejarah dan asal usul lagu ‘Negaraku’ ini . Lagu kebangsaan iaitu
lagu ‘Negaraku’ merupakan lagu asal kebangsaan negeri Perak . Lagu rasmi negeri Perak ini
telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Jemaah hakim yang
diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957 . Lagu kebangsaan
negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu ‘Terang Bulan’ yang merupakan lagu yang
amat disukai oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah ıı Ibni Almarhum Sultan Jaafar Safiuddin
Muadzam Shah Waliullah ketika baginda menjalankan hukuman dibuang negeri di Kepulauan
Seychelles kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British J.W.W Birch .
Selepas menjalankan hukuman , baginda membawa pulang lagu yang mempunyai pengaruh di
Mahe , Pulau Seychelles untuk disesuaikan dan dijadikan sebagai lagu rasmi kerajaan negeri
Perak . Lagu tersebut juga merupakan ciptaan pengubah lagu warga Perancis , Pierre Jean de
Beranger (1780 – 1857) yang bertajuk La Rosalie .

Lagu ini sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang
biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukan konsert untuk orang ramai di pulau
berkenaan . Kemudian lagu tersebut diberikan seni kata baru dan dinamakan ‘Allah Lanjutkan
Usia Sultan’ yang seterusnya dijadikan lagu rasmi negeri Perak Darul Ridzuan .

Tetapi , Indonesia telah mendakwa bahawa lagu NEGARAKU sekarang ini adalah berasal dari
ciptaan dan hasil seni negaranya kerana lagu ‘Terang Bulan’ sudah popular sejak tahun 1940 di
Indonesia dan digunakan oleh Malaysia pada tahun 1957 sebagai lagu rasmi kebangsaan .
Padahal , lagu negaraku berasal dari lagu negeri Perak yang telah diciptakan pada tahun 1888 .

2.0) PEMILIHAN LAGU NEGARAKU

PEMILIHAN LAGU ‘NEGARAKU’

Pada tahun 1956 , semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri
walaubagaimanapun , belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh
negara . Pada ketika itu , Tanah Melayu berada diambang kemerdekaan maka wajarlah ia
mempunyai sebuah lagu kebangsaan sendiri yang bercorak patriotik YTM Tunku Abdul Rahman
menjadi ketua menteri merangkap menteri dalam negeri pada ketika itu yang telah membuat
ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan agar dicipta sebelum merdeka . Ekoran dari ketetapan ini
, satu jawatan kuasa telah dibentuk bertujuan untuk mendapatkan sebuah lagu kebangsaan yang
sesuai bagi Tanah Melayu .

YTM Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu
kebangsaan . Cadangan YTM Tunku Abdul Rahman dipersetujui dan dilaksanakan .
Pertandingan ini bukan sahaja terhad kepada penduduk Tanah Melayu tetapi telah dibuka ke
seluruh dunia . Dan hasilnya sebanyak 514 buah lagu diterima dari seluruh dunia . Untuk
memilihnya , sebuah jawatankuasa dibentuk untuk membuat pemilihan dengan teliti dan
sempurna yang YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj . Namun yang demikian , tidak ada
sebuah lagu daripada 514 buah lagu yang dikemukakan dianggap sesuai untuk dijadikan lagu
kebangsaan .

Jawatankuasa kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang
baik dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya . Penggubah
lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa dijemput khas untuk mengubah lagu kebangsaan terdiri
daripada Benjamin Britten , Sir William Walton yang mengubah lagu perbarisan untuk
Permahkotaan Ratu Elizabeth ıı , penggubah Opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir
Said . Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak .

Akhirnya , Jawatankuasa mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenal pasti
sama ada diantara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu
kebangsaan Negara . Upacara pemilihan lagu kebangsaan

Anda mungkin juga menyukai