Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan
Muzik merupakan hasil ciptaan manusia yang diperoleh dari kesedaran intelektual bagi membuatkan kehidupan kita lebih bermakna. Oleh itu, adalah wajar muzik dapat diterima sebagai salah satu tingkah laku manusia malah ada yang menganggap muzik adalah tingkah laku manusia ditahap yang tinggi kerana ia memerlukan kreativiti. Sebenarnya,terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi muzik di dalam sesuatu masyarakat. 3 faktor utama tersebut antaranya adalah biologi, sosial dan budaya.

Bagi tugasan kali ini, saya dikehendaki mencari maklumat berkenaan seorang pemuzik tempatan dan luar negara yang termashur. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, saya dikehendaki memproses dan mengenalpasti bagaimana faktor-faktor sosiologi seperti faktor biologi, sosial dan budaya mempengaruhi tingkah laku muzikal setiap pemuzik pilihan. Saya juga dikehendaki mengenal pasti bagaimana teknologi muzik memainkan peranan yang penting dalam kerjaya pemuzik-pemuzik tersebut.

Selain itu, saya dikehendaki melakarkan maklumat-maklumat yang diproses dalam bentuk peta jarak minda. Selain itu juga saya dikehendaki membuat karangan kaedah banding beza antara kedua-dua tokoh yang dipilih sebagaimana faktor biologi, sosial dan budaya serta teknologi mempengaruhi tingkahlaku muzikal kedua ahli muzik yang dipilih. Pembukaan Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Pemuzik bermaksud orang yang mahir tentang muzik atau bermain alat muzik atau seseorang yang boleh menggubah muzik. Di Malaysia ada terdapat ramai pemuzik yang masyhur namun nama besar Seniman Negara Ke 7 ini kita tidak dapat lari dari terus mengkagumi bakat seninya. Bakat seninya yang terserlah dengan tiupan saxsofonnya yang menusuk kalbu. Beliau adalah saxsofonis yang mempunyai ribuan peminat. Tokoh tempatan yang dimaksudkan itu ialah DatoAhmad Nawab Ahmad Nawab atau nama sebenarnya Ahmad Khan bin Nawab Khan. Beliau dilahirkan pada 6 April 1933, dan sekarang berusia 78 tahun. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang. Ahmad Nawab mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Francis Light Pulau Pinang. Disekolah, Ahmad Nawab dimulai dengan bakat seorang pelukis. Disamping suka melukis, Ahmad Nawab paling suka mendengar lagu-

lagu nyanyian P.Ramlee. P. Ramlee pernah menjadi rakan persekolah beliau Sewaktu di Sekolah Francis Light Pulau Pinang. Beliau menjadikan P. Ramlee sebagai idolanya. Sejak itu, beliau cuba untuk memegang alat-alat muzik kepunyaan ayahnya. Ayahnya melarang Ahmad Nawab menjadi pemuzik sepertinya tetapi minat yang semakin besar dihati Ahmad Nawab tak daya ditegah lagi oleh ayahnya lantaran ke mana kuah kalau tidak tumpah ke nasi. Ahmad Nawab seorang yang pendiam yang suka memerhati keadaan sekeliling. Jiwa besarnya menyaksikan beliau menyusuri pantai Batu Feringgi untuk mendapatkan ilham semula jadi. Pada usia 15 tahun, Ahmad Nawab telah mula belajar muzik dari bapanya dan alat muzik pertamanya ialah clirenet. Ahmad Nawab mahir bermain Harmonika, Clirenet dan Saxophone (Tenor & Berrytone). Tokoh luar negara yang dipilih ialah seorang saxsofonis handalan dunia iaitu. Lagu-lagunya seperti Titanik( My Heart will go on) ,The Moment , Jasmine Flower, Forever In Love tidak akan dapat dilupakan oleh peminat peminatnya diseluruh dunia. Kenny G. Kenny G merupakan pemain saxsophone terkenal dunia. Nama sebenarnya ialah Kenneth Bruce Gorelidc. Beliau lahir pada 5 Jun 1956 ,( berusia 55 tahun). di Seyttle Washington. Keluarga beliau berasal dari penganut yahudi. Kenny G bermain saxophone ketika usianya 10 tahun. Beliau mula berminat bermain saxophone semasa melihat pertunjukan The Ed Sullivan. Kenny belajar di bawah arahan Gerard Pfisser dengan berlatih menggunakan rakaman. Semasa bersekolah menengah, Kenny G mengikuti kursus saxophone dan pernah bergabung dengan band jazz. Selain dari berminat bermain saxophone, Kenny G juga boleh bergabung dengan kumpulan gof dan beliau boleh bermain gof dengan baik. Kenny G juga boleh menerbangkan pesawat dan beliau memilik perniagaan Starbuck. Kenny G telah berkahwin dengan Lyndie Benson dan mempunyai dua orang anak iaitu Max dan Noh. Tokoh tersebut ialah

Kedua-dua tokoh dapat dinyatakan bahawa bakat semulajadi di dalam diri seseorang terserlah sejak awal lagi dimana Kenny G boleh bermain saxophone semasa berumur 10 tahun manakala Ahmad Nawab semasa berusia 15 tahun. Oleh kerana bakat yang terserlah yang terdapat dalam diri mereka terdapat persamaan dimana Kenny G boleh belajar hanya menggunakan rakaman dan selebihnya menggunakan sentuhan jiwanya juga muzikalnya. Begitu juga dengan Ahmad Nawab, pada peringkat awal, beliau belajar hanya dengan bapanya. Pada peringkat awal bapanya memberikan Ahmad Nawab sebuah buku sekolah dan

dibuat lima garisan. Kemudian bapanya menulis note A,B,C,D,E,F,G dan meminta Ahmad Nawab menghafal dan mengenali semua bentuk note tersebut. Beliau boleh membaca semua note dengan lancar dalam masa 6 bulan. Ahmad Nawab memperuntukkan lebih 4 jam sehari untuk mempelajari muzik. Beliau belajar dengan penuh minat dan tekun. Karier Setelah mahir dibimbing bapanya,Ahmad Nawab mula bermain muzik pancaragam Bayangan Bandung dimajlis perkahwinan disekitar tahun 50-an. Beliau antara orang yang pertama memain alat muzik tiupan dalam pancaragam tersebut. Selepas itu, beliau juga menyertai bapanya menganggotai pancaragam Bandaraya Pulau Pinang. Disinilah merupakan langkah pertama beliau memasuki dunia muzik secara profesional.Pada masa itu, gajinya sebanyak RM 90 sebulan. Pada usia 16 tahun,Ahmad Nawab menyertai polis dan merantau ke Alor Star. Beliau menyertai pasukan pancaragam polis Alor Star. Di sini beliau belajar menghasilkan score muzik. Selepas tamat polis, beliau menyertai semula Pancaragam Bandaraya Pulau Pinang. Disamping itu, beliau juga menubuhkan pancaragam Murni Mambo Okestra bersama Ahmad Daud sebagai penyanyi. Ahmad Daud dan P.Ramlee pernah menjadi rakan persekolahan beliau. Pada waktu malam, Ahmad Nawab bermain muzik di New World Park Pulau Pinang. Kesungguhan menguasai muzik di Wewbley Cabarat pada masa itu dikuasai oleh pemuzik profesional Filiphine. Disinilah beliau dikehendaki bermain saxophone.Beliau membeli dengan harga RM 600 yang cukup tinggi pada waktu dan dalam usianya 18 tahun. Pada 1960, beliau menyertai okestra RTM dengan bermain Berrytone Saxophone yang dibeli dengan harga RM900. Mula menggubah muzik latar untuk filem Tun Teja pada tahun 1960. Beliau bekerja sepenuh masa dengan syarikat rakaman EMI disinilah beliau telah menaikkan nama Syarifah Aini, DJ Dave , Salamiah Hassan dan lain-lain. Pada tahun 1977, beliau bekerja dengan syarikat EMI dengan sepenuh masa untuk menguruskan artis. Sepanjang penglibatan Ahmad Nawab dalam bidang seni, beliau telah mencipta lebih 2000 buah lagu dan membimbing lebih 75 orang penyanyi serta membuat lebih dari 150 buah album nyanyian. Karya terbesar Ahmad Nawab ialah apabila beliau mencipta Malaysia Truly Asia. Lagu ini telah memaparkan keindahan dan keunikan Malaysia keseluruh dunia. Beliau telah menyumbangkan kepada kerajaan Malaysia untuk meletakkan Malaysia dimata dunia. Beliau telah menyumbang sesuatu yang sangat berharga kepada negara dalam konteks dunia seni beliau kerana lagu inilah beliau telah merantau ke serata benua bagi membimbing penyanyi

yang dipilih untuk mendendangkan lagu tersebut.Lagu ini telah dialih bahasakan kepada 17 bahasa utama dunia dan telah membantu dengan jayanya dalam usaha kerajaan Malaysia mempromosikan industri pelancongan Malaysia. Antara artis antarabangsa yang dibimbing beliau ialah Kaho Shimada (Jepun) Jyanghoon Souk (Korea),Cealiz (Italy),Hellen Groenedyk (Belanda),Layal Walfeh (Arab),Sibel Gursoy (Turky) dan lain-lain.Apabila Malaysian Truely Asia dirakamkan diTurky, seorang pemuzik terkenal Turky terus terpegun mendengarkan gubahan muzik yang terdapat dalam lagu tersebut. Menurut pemuzik itu, lagu itu begitu kaya dengan keperlbagian irama dan menjadi begitu unik sekali. Walaupun belum pernah datang ke Malaysia, beliau dapat merasakan daripada muzik ini bahawa Malaysia mempunyai budaya yang kaya dengan sifat majmuk yang sangat unik.

Antara ribuan lagu Ahmad Nawab yang dicipta oleh Ahmad Nawab, Kau kunci cintaku dihatimu nyanyian Ramlah Ram ternyata lagu yang amat berkesan kepada beliau. Album tersebut berjaya terjual sehingga 300 ribu unit pada tahun 1988. Ahmad Nawab pernah menerbitkan album instrumental beliau seperti Sax National Ahmad Nawab 1978, Instrumental Ahmad Nawab 1980, Bintang Pujaan dan Mengenang Dirimu 1981, Kusayang Padamu 1983, Jiwa 1987, Seniman Sepanjang Zaman 1993, dan bintang malam 1998. Kehebatan beliau dalam dunia muzik membuatkan beliau digelar The Man With Gold Sax dan Lion Of Malaysian Music. Anugerah tertinggi Ahmad Nawab ialah gelaran Dato yang diterimanya Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Dato daripada Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Shirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail. Beliau juga telah menerima ijazah kehormat sarjana persuratan (D.R) dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2000.

Jika dibuat perbandingan antara Ahmad Nawab dan Kenny G dari segi perjalanan hidupnya, perjalanan hidup Kenny G lebih mudah dan lurus berbanding Ahmad Nawab dimana masyarakat diluar negara mempunyai kuasa beli yang lebih besar dimana meraih kejayaan dengan jualan 15 juta album berbanding dengan Ahmad Nawab walaupun bakatnya yang sangat terserlah,Walaupun penjualan albumnya tidaklah sebanyak jualan album Kenny G. Namun begitu, bakatnya dalam menaikkan nama negara melalui lagu Malaysia Truly Asia telah membolehkan namanya juga meniti dibibir peminatnya diseluruh dunia. Beliau pernah

menerima anugerah Malaysian Book Of Record dimana siaran lagu ciptaan terbanyak iaitu 2000 buah lagu. Berbanding dengan Kenny G, semasa usia 17 tahun, beliau telah menjadi pemain saxophone profesional iaitu semasa di Universiti Of Washington dalam jurusan perakaunan. Beliau mula popular setelah diperkenalkan oleh Barry White Slove Unlimited Okestra 1973. Beliau pernah bergabung dengan band beraliran punk bernama Cold, Bold and together dan menjadi anggota kehormat The Geff Louber Fuson. Pada tahun 1982, beliau menandatangani kontrak pertama dengan Aristar Records setelah mendengar dendangan lagunya Abba Dancing Queen. Beliau telah banyak membuat album dengan penyanyi terkenal seperti Andrei Bocelli, Whitney Houston, Natalie Cole, Stever Miller dan lain-lain. Album kedua dan ketiga beliau meraih platinium di Amerika Syarikat diikuti dengan album ke empat dan enam menjadi album instrumental best selling sepanjang sejarah dengan lebih 15 juta album terjual. Pada 1997, Kenny G memecahkan record gunniess dengan memainkan satu nada terlama menggunakan saxophone dengan pernafasan sempurna menahan nada Eb selama 40 minit 12 saat di auditorium Hopking Bright DNP Music dunia di Newyork City.

Budaya
Ahmad Nawab merupakan anak bekas pemuzik tentera British yang mahir bermain clirenet. Selain itu,bapanya juga merupakan pemuzik okestra bandaraya Pulau Pinang.Adik beradik Ahmad Nawab yang terlibat dalam industri muzik ialah Omar Nawab dan Akhbar Nawab yang juga merupakan komposer lagu. Isteri yang dikahwinnya juga sebelum itu merupakan penyanyi sambilan di majlis-majlis perkahwinan. Walaupun pada masa itu, masyarakat memandang rendah pada pemain muzik namun bakat dan minat muzik yang ada dalam diri beliau tidak dapat dilunturkan. Beliau berazam untuk menaikkan nama negara melalui muzik itu sendiri. Berbanding pula dengan Kenny G beliau mempunyai seorang abang yang bernama Brian Gorelick yang merupakan profesor muzik dan konduktor koir di Wake Forest Universiti. Jika dibuat perbandingan dari segi budaya, keluarga Ahmad Nawab banyak mewarisi bakat muzik jika dibandingkan dengan keluarga Kenny G. Namun begitu, masyarakat persekitaran juga memainkan peranan yang besar dalam kerjaya kehidupan Kenny G dan Ahmad Nawab dimana masyarakat diluar negara lebih terbuka dalam penerimaan muzik dalam kehidupan mereka berbanding dengan budaya di Malaysia yang seperti dikatakan memandang rendah

pada pemuzik terutama diawal tahun 50-an. Contohnya dapat dilihat dalam filem P.Ramlee Ibu Mertuaku.

Kesimpulan Kesimpulannya, antara persamaan yang terdapat dalam diri kedua-dua tokoh ini adalah pernah menerima anugerah penghargaan iaitu Malaysian Book Of Record (Ahmad Nawab) dan Gunniess Book Of Record (Kenny G).Selain itu, kedua-dua tokoh ini juga merupakan insan yang cukup genueis dan mempunyai bakat yang pelbagai dimana kenny G selain dari boleh bermain saxophone (tenor,alto,seruling),beliau juga boleh bermain golf dengan baik dan boleh menerbangkan pesawat serta memiliki perniagaan yang berjaya. Begitu juga dengan Ahmad Nawab, selain boleh bermain saxophone ( tenor , berrytone, clirenet, harmonika),beliau juga boleh melukis dengan baik, beliau juga boleh menggubah dan mencipta lagu serta menyanyi dengan baik. Kedua-dua tokoh telah melalui perjalanan hidup sebagai insan seni lebih dari lima dekat dari itu mereka juga telah melalu zaman album di jual secara piring hitam, kaset ,CD dan bermacam teknologi canggih masa kini. Kaedah pembikinan lagu juga semakin canggih dimana kemudahan-kemudahan teknologi moden telah digunakan sekarang. Ciptaan-ciptaan lagu akan jadi lebih mudah dengan adanya teknologi ICT seperti MIDI dan sebagainya. Masa berlalu dengan pantas namun begitu tokoh-tokoh ini menggunakan kesempatan dan teknologi yang ada bagi terus memajukan diri dan industri muzik tanahair dan dunia amnya.

1915 patah perkataan

BIBLIOGRAFI 1. Syed Mohd Zakir Syed Othman 2008, Seniman Negara ke 7 Datuk (Dr.) Ahmad Nawab. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.Kuala Lumpur. 2. www.kaskus.us/show-ih read.php 3. www.cdmarket.eu/kenny-g-anevning of rhythm 4. www.starpulse.com 5. www.monstersandcritics.com 6. www.musicmall-asia.com 7. Mforum.cori.com.my/archiver

Anda mungkin juga menyukai