Anda di halaman 1dari 19

BAB I

PENDAHULUAN
A.

Latar Belakang
Hadrah berasal dari negeri Parsi. Hadrah juga berasal dari perkataan Arab
iaitu dikir yang disertai oleh Kompang atau Rebana Kecil. Menurut Profesor Taib
Osman, Hadrah adalah sejenis puisi rakyat yang mempunyai unsur-unsur
keagamaan contohnya, puisi atau lagu yang dinyanyikan ketika orang Madinah
menyambut ketibaan Nabi Muhammad (s.a.w) dari Mekah yang dikenali sebagai
lagu 'Talla-an Badrun' alaina'.
Di Malaysia, kesenian tarian Hadrah mula diperkenalkan sekitar tahun 1910 di
Pulau Pinang.

[1]

Selepas itu, tarian Hadrah menjadi amat popular pada tahun 1950-an

dan 1960-an, terutamanya bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti


Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Di Selatan Semenanjung Malaysia, Hadrah ini
lebih dikenali sebagai 'Kompang', sementara di Pantai Timur pula lebih dikenali
sebagai 'Rebana Kencang'. Satu kumpulan mungkin mengandungi antara 15 hingga 30
orang dan mereka ini muncul dahulu sambil menyanyi dan menari serta memukul
kompang. Satu kumpulan lagi yang terdiri daripada dua orang penari lelaki dewasa
tetapi berpakaian wanita akan keluar menyanyi dan menari di pertengahan
persembahan hadrah ini.

B.

Tujuan
Tujuan dari penyusunan makalah ini adalah untuk menambah pengetahuan
pembaca mengenai kesenian hadrah di negara Malaysia untuk kemudian
diharapkan dapat menjadi tambahan wawasan mengenai kesenian hadrah.

BAB II
PEMBAHASAN

A.

Asal-usul Hadrah
Permainan hadrah pada masa dahulu dikenali dengan nama panggilan Noge.
Walau bagaimana pun, dalam tahun 1960an, permainan ini dikenali sebagai
Hadrah. Buat masa ini, mula terkenal dengan nama panggilan Anika Bangsawan
Hadrah. Mengikut keterangannya, perkataan Hadrah diberi sempena dengan nama
Puteri Zahrah, seorang lelaki tetapi disebabkan segak dan tampan, dia telah
dipakaikan dengan pakaian perempuan.
Tarian Hadrah amat popular pada tahun 1950an dan 1960an, terutamanya
bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Perak dan
Pulau Pinang. Di Selatan Semenanjung Malaysia, Hadrah ini lebih dikenali sebagai
'Kompang', sementara di Pantai Timur pula lebih dikenali sebagai 'Rebana
Kencang'.
Permainan atau persembahan Hadrah ini boleh digolongkan dalam musik
paluan, iaitu musik yang hanya menggunakan alat-alat gendang dan gong untuk
mengiringi nyanyian dan tarian. Terdapat perbezaan persembahan Hadrah di
negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Perbezaan ini bukan saja dapat
dilihat dari segi sari kata lagu, corak tarian serta aspek persembahan tetapi yang
lebih nyata adalah dalam aspek penekanan nyanyian dan tarian di dalam setiap
persembahan. Menurut Profesor Taib Osman, Hadrah adalah sama dengan
persembahan teater yang lain seperti Makyong, Menora dan sebagainya dari aspek
persembahan.

"Razuk" sedang menari bersama-sama penari.


Jika suatu ketika dahulu, tarian Hadrah ini dikenali sebagai Noge, maka
terdapat beberapa perbezaan di antara keduanya. Dalam tarian Noge, terdapat
hanya lagu dan nyanyian di samping menyelitkan lakonan untuk memeriahkan lagi
persembahan. Alat musik yang digunakan adalah alat musik lama, seperti gendang.
Hadrah pula mengutarakan alat musik yang lebih modern iaitu biola, gitar, drum
dan tamborin. Permainan Hadrah dimainkan sebagai hiburan di majlis-majlis
perkahwinan iaitu di waktu persandingan dilangsungkan. Selain daripada itu, ianya
juga dilakukan sebagai melepaskan nazar. Terdapat banyak cerita mengenai
kemunculan permainan Hadrah ini. Menurut sejarahnya, Hadrah ini, berasal dari
cerita orang sesat dalam hutan rimba. Ceritanya bermula dengan seorang tua
bersama dua belas orang kawannya, pergi memburu. Malang menimpa, seorang
daripada mereka telah sesat semasa berjalan di tengah hutan. Pemburu yang
malang itupun berjalan seorang diri. Setelah penat mencari jalan keluar, beliau
terjumpa dengan sepohon kayu besar. Beliau duduk di atas akar banir pokok kayu
tersebut lalu menyanyi sambil memukul banir tersebut dengan hasrat bunyian
tersebut dapat didengar oleh kawan-kawannya yang lain. Dengan perbuatan ini, dia
dapat bertemu dengan kawan-kawannya kembali.
Sekembalinya di kampung, mereka membuat tiap-tiap seorang sebuah
gendang, lalu bermain sambil menyanyi lagu yang dinyanyikan oleh kawannya
yang sesat tadi. Inilah sebabnya bahasa yang dinyanyikan dikatakan bahasa orang
sesat, yang berbunyi seperti berikut"Sanoree!..Hae!mere".
Ini dikatakan bahasa orang sesat yang dikenali bahasa Noge.
Mengikut satu lagi cerita dongeng, terdapat seorang dewa-dewa di kayangan
yang mempunyai 7 orang anak. Setelah mendapati mereka membuat salah, mereka
telah disumpah oleh ayahnya dan dilempar ke dunia. Mereka dibekalkan dengan
sebilah gergaji, sebilah kapak dan tiga keping belulang kulit kambing. Apabila
1

mereka turun ke dunia, mereka sesat di tengah hutan rimba yang kononnya di
sebuah Negeri Arab. Semasa berjalan di tengah hutan rimba, mereka terjumpa
sebatang kayu berlubang. Dengan kayu ini, mereka telah membuat gendang dan
menyanyi lagu "Aya he kamper ".
Hadrah juga berasal dari perkataan Arab iaitu dikir yang disertai oleh
Kompang atau Rebana Kecil. Menurut Profesor Taib Osman, Hadrah adalah sejenis
puisi rakyat yang mempunyai unsur-unsur keagamaan terutama puisi Arab yang
menyanjungi Nabi Muhammad (s.a.w) dan sebagai contohnya, puisi atau lagu yang
dinyanyikan ketika orang Madinah menyambut ketibaan Nabi Muhammad (s.a.w)
dari Mekah yang dikenali sebagai lagu 'Talla-an Badrun' alaina'. Pada masa dahulu,
di negeri Arab gendang akan dipalu bersama dengan nyanyian untuk menaikkan
semangat para tentera yang sedang berperang.
Persembahan Hadrah ini boleh dibagikan kepada dua jenis iaitu :
Sebagian daripada gendang yang digunakan dalam persembahan. Bahanbahan yang digunakan dalam upcara tersebut.
1.

Hadrah Berekor
Nyanyian yang dipersembahkan lebih berunsurkan penggunaan Bahasa
Arab dan disertai dengan tarian.

2. Hadrah Pungguk
Nyanyian yang dipersembahkan berunsurkan penggunaan Bahasa Melayu
dan persembahan ini lebih kurang sama dengan persembahan Kompang dan
Rodat.

B.

Aspek-aspek Persembahan
1

Sebelum setiap persembahan, sesebuah kumpulan Hadrah itu akan dijemput


oleh pihak penganjur. Pada kebiasaannya, persembahan akan diadakan setelah siap
menuai padi dan tuan punya tanah yang mempunyai pendapatan yang tinggi akan
menjemput kumpulan Hadrah untuk menghiburkan para petani atau penyewa tanah
mereka yang telah bertungkus-lumus menyiapkan atau mengerjakan tanah sawah
mereka.

Orang

yang

ingin

menjemput

kumpulan

Hadrah

mengadakan

persembahan, haruslah berjumpa sendiri dengan ketua kumpulan Hadrah itu. Orang
itu akan membawa pengeras sebanyak RM 1.15 dan diserahkan kepada ketua
kumpulan Hadrah. Tujuan pengeras juga untuk memberi berkat kepada ahli
kumpulan tersebut. Dan dalam masa yang sama mereka berdua akan berbincang
bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan persembahan. Setelah selesai
berbincang, orang itu akan balik ke rumahnya dan bersiap-siap untuk membuat
pentas atau panggung yang akan digunakan untuk persembahan itu. Pentas yang
didirikan itu adalah berbentuk empat persegi. Ia didirikan di atas tanah lapang
untuk memudahkan penonton menonton persembahan tersebut tanpa gangguan.
C.

Upacara Membuka bangsal


Bahan yang diperlukan
a. Sireh pinang
b. Tepung tawar
c. Minyak kelapa
d. Wang pengeras $1.15c (satu ringgit lima belas sen saja). Tiap-tiap wang
pengeras mesti ada 15 sen.
e. Beras Kunyit
f. Dian / lilin

Sebelum permainan ini dijalankan, sireh pinang dan wang pengeras


hendaklah disembahkan kepada Ketua Kumpulan Hadrah. Sireh pinang tersebut
1

sekiranya dimakan oleh ketua tadi maka ini menunjukkan bahawa ia boleh
bermain. Sekiranya ini tidak dilakukan oleh ketua mereka, maka dengan sendirinya
menunjukkan bahawa dia tidak akan melakukan persembahan permainan tersebut.

D.

Persediaan alat-alat
Alat-alat musik :
Gendang memainkan peranan yang penting dalam persembahan ini. Terdapat 13
gendang semuanya :
a.

Sebuah gendang besar

b.

Dua buah gendang kecil

c.

Sepuluh buah gendang pengibu (Pengerum)

Gendang Besar
Badan gendang digelar Baluh. Dibuat daripada kayu sanai, ditebuk dengan
pahat. Manakala sebagai muka gendang pula kulit yang digunakan ialah kulit
belulang lembu dikering dan dililit dengan rotan yang dibelah. Gendang besar ini
dipukul oleh dua orang pemain dan setiap orang daripada mereka akan memukul
gendang ini dengan sebelah tangan, manakala sebelah tangan lagi akan memegang
gendang. Nada pukulan gendang itu akan berubah sama ada cepat atau lambat
mengikut irama lagu yang dimainkankan. Gendang besar ini mempunyai ukur lilit
muka sebelah atas 180cm, garis pusat sebelah atas 56cm, lilitan sebelah bawah
160cm, garis pusat sebelah bawah 53cm, panjangnya 30cm, dan tebal belah bagi
gendang besar ini ialah 2cm.
Gendang penganak
Gendang penganak merupakan ketua kepada semua gendang, kerana ia
merupakan sebagai permulaan satu-satu lagu dan merupakan gendang yang
menghasilkan bunyi yang paling nyaring. Tanpa gendang ini, permainan tidak
dapat dipersembahkan. Pemainnya merupakan seorang yang mahir kerana gendang
ini akan memulakan semua lagu-lagu yang hendak dinyanyikan dalam semua
1

persembahan tersebut. Dalam usaha membuat gendang ini, kulit kambing kering
digunakan dan kayunya ialah kayu sanai.
Permukaan gendang ini berukuran 30cm dan ketinggiannya ialah 15cm. Ia
dibuat daripada kulit kambing dan dipadankan dengan kayu nangka. Kulit itu akan
diikat dengan rotan yang telah dibelah dan kemudiannya dipaku pada baluh
gendang yang sudah siap dipahat untuk mengukuhkannya.
Gendang Pengibu (pengerum)
Didendangkan oleh 10 orang pemain musik sambil menyanyi. Penggunaan
gendang ini di dalam persembahan tidak akan menjejaskan persembahan. Gendang
ini dibuat daripada kulit kambing yang dipadukan dengan kayu nangka dan ada
juga yang memadankan kulit kambing dengan kayu sanai. Proses menyiapkan
gendang ini biasanya memakan masa seminggu. Proses ini tidak termasuk
mengeringkan kulit kambing. Gendang ini berbentuk bulat dan hampir sama
dengan gendang yang digunakan di dalam permainan kompang.
Ukuran gendang penggerum ini adalah antara 30cm hingga 45cm.
Permukaannya berukuran 40cm, manakala ketinggiannya kira-kira 33cm. Untuk
menghasilkan bunyi yang menarik, sejenis rotan halus akan diselitkan di antara
kulit dengan baluh gendang tersebut. Ini dilakukan untuk menegangkannya agar
dapat menghasilkan bunyi yang nyaring. Bunyi gendang ini akan berbeza mengikut
tebal atau nipis kulit yang digunakan pada permukaan gendang. Perlu diperlihatkan
pada masa dahulu, paku yang digunakan dibuat daripada kayu. Tetapi malangnya
pada masa kini, semua gendang tersebut dipaku dengan paku besi berbentuk paku
payung. Gendang ini juga dipukul dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi
akan memegang gendang penggerum ini pada bagian bawahnya.

Drum, biola dan Tamborin


Masa berlalu, alat musik bertambah mengikut peredaran zaman. Gendang
berbentuk drum, biola dan tamborin digunakan dalam usaha menambahkan lagi

irama lagu yang didendangkan. Namun, ia kurang menonjol. Keadaan ini berlaku
kerana bunyi yang terhasil daripada alat musik ini akan tenggelam oleh bunyi
gendang ibu, gendang penganak dan gendang besar.

E.

Pakaian
Hadrah ialah satu kesenian yang mementingkan hiburan dan kepuasan
kepada penonton. Untuk mencapainya, setiap persembahan haruslah diperbaharui
dan ditingkatkan mutunya. Hadrah mementingkan aspek-aspek seperti lagu, sari
kata lagu dan tarian. Oleh itu, sering diadakan raptai atau latihan yang meliputi
keseluruhan persembahan. Walaupun keseragaman pakaian amat penting tetapi
ketidakmampuan ahli-ahli kumpulan menyebabkan mereka tidak mempunyai atau
mampu untuk memiliki pakaian seragam mereka sendiri. Bagi kumpulan yang
mampu memiliki pakaian seragam sendiri, biasanya menggunakan atau memakai
pakaian tersebut di majlis-majlis yang dihadiri oleh tetamu kehormat.
Pada kebiasaanya, baju yang dipakai oleh mereka ialah baju Melayu
sepasang dan di antara warna-warna yang dipakai ialah warna hitam, hijau muda
dan merah muda bagi pemain gendang manakala bagi watak puteri pula pakaian
yang dipakai ialah baju kebaya labuh dan berkain songket atau berbaju kurung
labuh dan berkain batik. Pada peringkat awal, puteri hanya memakai skaf yang
dililitkan di kepala dan dipadankan dengan benang hitam yang dijalin menjadi
rambut. Tetapi kini, skaf yang dililitkan benang hitam ini sudah tidak dipakai lagi
dan digantikan dengan bunga atau mahkota.
Watak-watak puteri ini sebenarnya dimainkankan oleh penari lelaki yang
memakai pakaian wanita dan mereka ini iaitu puteri akan menunjukkan sifat-sifat
kewanitaannya. Puteri ini akan bergaya serta berlagak lemah lembut seperti
seorang wanita tulen. Mereka ini bukan saja akan memakai pakaian wanita tetapi
mereka juga akan memakai segala perhiasan yang biasanya dipakai oleh kaum
wanita seperti rantai leher, subang dan juga cincin.

Satu lagi perkara yang amat penting ialah penggunaan sapu tangan dalam
persembahan ini. Watak puteri akan memegang sapu tangan yang akan dilambaikan
mengikut pergerakan tangan dan perbuatan mereka ini seolah-olah melambai
kepada penonton. Keadaan ini menjadi faktor penarik kepada penonton untuk
menonton persembahan tersebut.

F.

Ahli-ahli / Anggota
Apa yang menjadi tradisi dan masih dipertahankan oleh Kumpulankumpulan Hadrah sekarang, para puteri itu adalah terdiri daripada orang-orang
lelaki yang dipilih, dilatih dan dihias seperti perempuan. Mereka memakai pakaian
baju kurung atau kebaya labuh. Kipas, selendang dan saputangan juga digunakan
ketika menari. Namun, penggunaan ketiga-tiga bahan tersebut adalah bergantung
kepada kesesuaian lagu-lagu yang dinyanyikan.
Penari lelaki yang masuk menari bersama 'peteri-peteri' ini dikenali sebagai
"rasuknya". Rasuk berperanan mematahkan langkah puteri-puteri atau penari
wanita supaya tarian mereka menjadi sumbang. Rasuk menjadi unsur kelucuan di
dalam persembahan Hadrah kerana gelagat-gelagat mereka yang cuba meniru dan
mengganggu tarian puteri-puteri walaupun gangguan mereka itu tidak berjaya.
Biasanya, 'rasuk' akan mengenakan solekan yang mencomotkan mukanya agar
kelihatan lebih kelakar atau melucukan.
Walaubagaimanapun, ahli musik terdiri atau para pemain gendang pada
keseluruhannnya terdiri daripada pemain-pemain musik laki-laki. Jumlah ahli dan
had umur ahli tidak ditetapkan. Ini terbuka kepada siapa yang berminat.

Ketua Kumpulan Noge/ Hadrah


Ketua kumpulan boleh disamakan dengan konductor orkestra modern. Ia
akan memberi isyarat memulakan dan mengakhirkan lagu dan juga perubahan
rentak-rentaknya. Hadrah mempunyai barisan pemain yang terdiri daripada kaum

lelaki. Sesebuah kumpulan Hadrah mempunyai seorang pegurus dan ahlinya adalah
terdiri daripada 10 sehingga 12 orang yang bermain gendang, empat orang penari
dan seorang atau dua orang rasuk. Ahli kumpulan ini dikenali sebagai 'anak ardad'.
Pemain musik akan bertindak sebagai penyanyi dan akan mengiringi tarian puteriputeri tersebut.

G.

Istiadat menepung Tawar


Amalan ini dilakukan apabila pemain hendak turun atau pergi ke tempat
persembahan. Dalam istiadat ini, Tok Guru atau ketua kumpulan akan menmantra
beras yang telah dicampurkan dengan kunyit halus (beras kunyit) dan tepung tawar
(dadar). Beliau akan mencari tempat yang sesuai dan duduk berhadapan dengan
gendang besar. Satu batang lilin dipasang dan diletak di dalam gendang besar
sebelah tepi. Di antara kata-kata yang terdapat dalam mantra tersebut :"Hey jin hitam raja di bumi
Jin putih, Jin kuning
Hulubalang belang,
Ku panggil segala rakyat kau jaga permainan ku.
Engkau jaga empat penahap aku,
Jangan bagi rosak binasa pada ku.."

Selesai saja mantra dibaca, beras kunyit tepung tawar akan ditabur kepada
alat-alat musik dan juga kepada pemain-pemain itu sendiri dengan menggunakan
sejenis rumput yang dinamakan rumput 'samsut'. Gendang akan dipalu tiga kali
tanpa lagu dan tanpa nyanyian. Minyak kelapa pula akan dimantra dan ianya akan
digunakan untuk disapu sekiranya berlaku apa-apa kemalangan seperti terpatah
atau tersalah urat semasa bermain.
Tujuan istiadat ini diadakan adalah untuk menjaga keselamatan diri pemain
1

dan alat-alat musik daripada terkena sihir yang datang daripada musuh mereka.
Jika istiadat ini tidak dibuat mungkin pemain akan berada dalam keadaan keluhkesah ketika membuat persembahan.
Sirih yang merupakan salah satu daripada bahan yang diperlukan sebelum
persembahan, berfungsi sebagai penyeri muka kepada pemain dan dapat
menghilangkan darah gemuruh. Sirih ini hanya akan dimakan oleh pemain setelah
dimantra oleh Tok Guru atau ketua kumpulan.

H.

Cara persembahan
Dilakukan setelah selesai pembukaan panggung oleh Tok Bomoh. Lagu yang
dimulakan ialah lagu "Sanore". Adalah difahamkan bahawa lagu ini ialah lagu
permulaan setiap kali bermain. Penari keluar menari mengikut rentak lagu yang
dimainkankan.
Rentak atau bentuk tarian Hadrah ini hampir-hampir sama dengan tarian
Melayu Asli di mana gerak tari tangan, jari dan badan dihayun dengan lembut
sekali.
Satu perkara yang istimewa dalam persembahan ini ialah kemasukan orang
luar dalam persembahan tarian tersebut. Ini dipanggil "rasuk". "Rasuk" ini masuk
dan menari bersama-sama penari tidak kira apa lagu yang dimainkankan. Apabila
satu-satu lagu itu berakhir 'peteri' akan memberi hormat kepada penonton dengan
meletakkan kedua-dua belah tangan rapat dan bertentangan dengan dada.
Unsur-unsur modern dimasukkan apabila permainan Noge ditukar kepada
permainan Hadrah. Selain daripada menggunakan alat-alat musik persembahan
bangsawan juga dilakunkan.
Lagu / Rentak
Terdapat dua jenis bunyian Hadrah, apabila dipalu di tepi dan di tengah. Palu
di tepi mengeluarkan bunyian yang lebih tinggi daripada paluan di tengah gendang
itu. Tempo dan rentak tarian termasuk dalam variasi paluan gendang tersebut.

Nyanyian dinyanyikan dengan sekuat-kuatnya agar tidak tenggelam dalam paluan


gendang yang gemuruh.
Aspek yang menarik sekali ialah rentak-rentak paluan gendang - ada yang
cepat dan ada yang lambat. Gendang penganak dipalu berasingan daripada gendang
pengerum - adakala cepat, adakala lambat daripada rentak gendang biasa, dan
adakala serentak. Gendang penganak ini seolah-olah menjawab paluan gendang
pengerum.

Lagu-lagu Hadrah
Lagu-lagu asal Noge :

Sanore
Pare melayang
Sa masom kumar (Shamsul Kumar)
Da wa leg
Ka ni jo
Om pasa ya rey
Ampun tuanku

Lagu-lagu Hadrah tersebut mempunyai seni kata dalam bahasa Malaysia. Ia


disesuaikan pula dengan perkembangan serta kemajuan negara.
Antara lagu-lagu tersebut :-

Selamat datang
Cantik manis
Cik minah itu
Tabek Inchik
Terang bulan

Pembangunan negara
Merak hijau

Berikut adalah contoh sari kata lagu Wahai Kawan yang didendangkan di dalam
permainan Hadrah :

Wahai Kawan
Wahai kawan handai dan taulan,
Marilah kita hidup kesenian,
Di samping teknologi menuju haluan,
Untuk kedaulatan dan kemajuan.

Rukun negara dasar utama,


Lima prinsip terkandung dalamnya,
Marilah kita amal bersama,
Semoga bahagia rakyat jelata.

Perpaduan rakyat azam semua,


Tak kira bangsa dan agama,
Masyarakat adil di mana-mana,
Kemakmuran negara milik bersama.

Pembangunan negara sedang dikembangkan,


Agar ekonomi dapat disamakan,
Tumpukan masa teguh keazaman,
Supaya terhindar dari kemiskinan.

Tawa Tara Fasa


1

Tawa Tara Fasa,


Lach rawa la lo rinya,
A heh peryopanih ti,
Ala maku liks ya lil ya lil.

Ragit waspi ohe la,


Hiya mirah ohe la,
Sadka ti ala kunliha
Ya lil ya lil.

Lagu-lagu dan rentak iramanya


Lagu-lagu dan irama mempunyai nama dan rentaknya yang tersendiri. Di antara
rentak-rentak tersebut ialah :
a.

Gerum Panjang (irama lambat dan perlahan)

b.

Gerum Pendek (irama rancak)

c.

Cang Gantung

d.

Gerum Satu

e.

Gerum Dua

Di dalam permainan Hadrah juga turut diselitkan dengan lakonan. Di antara ceritacerita lakonan yang dimainkankan dalam Hadrah ialah seperti berikut :

I.

a.

Kebar Hitam

b.

Wak Billah

c.

Darul Johari

d.

Pertarungan dan Jelok Saga

e.

Hikayat Abdullah

f.

Jelok Saga

Fungsi Hadrah Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu


Fungsi Hadrah yang paling penting adalah sebagai alat hiburan. Walaupun
pada peringkat awalnya Hadrah sebagaimana musik tradisional yang lain
mempunyai unsur-unsur ritual dan keagamaan, tetapi setiap persembahannya
memerlukan kepuasan sama ada daripada pihak pemain sendiri atau penonton.
Dalam hal ini didapati bahawa fungsi Hadrah sebagai alat hiburan itu lebih
berperanan dari fungsi-fungsi yang lain. Berdasarkan kecenderungan permainan
semata-mata untuk dijadikan alat hiburan inilah yang menjadikan Hadrah dengan
mudah menukar dan mengubah fungsi awalnya.

Melalui persembahan Hadrah itu, boleh ditemui alat-alat seperti gendang,


1

gong, dan biola yang dapat menerbitkan irama atau bunyi yang merdu. Seterusnya
dapat menghiburkan orang yang mendengarnya. Begitu juga dengan adanya unsurunsur nyanyian dan tarian akan memberikan kepuasan kepada penonton.
Oleh itu, berdasarkan penggunaan alat-alat solek, aspek persembahan dan
kandungan persembahan itu, Hadrah dapat digolongkan sebagai musik tradisional
yang memberikan unsur hiburan. Kepada masyarakat tani dan nelayan, Hadrah
bertujuan untuk menghilangkan kesusahan hidup.
Fungsi yang seterusnya ialah, Hadrah sebagai musik tradisi dalam
komunikasi. Ia menjadi penghubung antara individu, misalnya menjadi alat
komunikasi antara pemerintah dengan mengeratkan rakyat serta mengeratkan
perhubungan antara rakyat. Di samping itu, wujud hubungan antara pemain dan
penonton.
Hubungan ini akan menjadi lebih jelas apabila ada yang berminat untuk
mempelajarinya. Apabila terdapat seorang yang menjadi penonton, berminat untuk
mempelajari musik tradisional, maka berlakulah hubungan mereka sebagai
pengajar yang diajar. Ketika inilah berlaku penyebaran antara mereka terutama bila
seorang yang menjadi murid itu datang dari kampung yang lain. Kedatangannya
tentulah lebih mengeratkan perhubungan antara sesebuah kampung yang mana
suatu ketika dulu dipisahkan oleh hutan rimba yang tebal.
Hadrah juga memainkan peranan penting dalam adat istiadat Melayu.
Misalnya, pada hari perkahwinan pemain-pemain Hadrah ini diperlukan untuk
menjadi pengarak pengantin. Sewaktu pihak lelaki menuju ke rumah pengantin
perempuan, rombongannya akan diiringi oleh paluan gendang Hadrah. Kumpulan
Hadrah terdiri daripada para pemukul gendang. Apabila diadakan upacara pencak
silat di hadapan pengantin, gendang Hadrah akan dipukul untuk mengiringinya.
Iringan musik Hadrah akan lebih memeriahkan persembahan silat tersebut.

Seterusnya, persembahan Hadrah ini akan bersambung dengan satu

persembahan pada sebelah malamnya. Ketika persembahan ini diadakan ia lebih


berfungsi sebagai kugiran. Corak persembahannya berbeza daripada persembahan
pada waktu siang kerana waktu malam ia diiringi oleh para penari dengan pakaian
yang menarik.
Di samping itu, peranan Hadrah juga ditemui dalam majlis bercorak rasmi.
Misalnya, dalam majlis atau perayaan menyambut tetamu-tetamu kehormat,
pembesar-pembesar, ketua-ketua negara luar, hari pertabalan atau hari ulangtahun
keputeraan di samping menceriakan majlis Musabaqah membaca al-Quran. Hadrah
yang dipersembahkan dalam majlis-majlis ini hanyalah dipetik sebagian dari
struktur persembahannya iaitu penyertaan musik dan nyanyian yang bercorak zikir
saja.

BAB III
PENUTUP

A.

Kesimpulan
Kesimpulannya, Hadrah adalah sejenis musik tradisional Melayu yang
mempunyai pelbagai fungsi dan fungsi itu bergantung kepada keadaan masyarakat
itu

sendiri.

Dalam

usaha

untuk

meningkatkan

mutu

permainan

dan

mengembangkannya dengan lebih luas lagi, pertandingan di antara kumpulankumpulan Hadrah adalah suatu hal yang paling wajar. Kerajaan Negeri Perlis
misalnya telah mengadakan pertandingan Hadrah yang bertujuan untuk
mempopularkan kembali Hadrah ini dan terbukti mendapat sambutan yang hangat
sekali. Kini, Hadrah semakin berkembang di Utara Semenanjung dan di meratarata tempat lain di Malaysia. Dengan ini, terpulanglah kepada pihak-pihak yang
berkenaan

untuk

mengekalkan

kegiatan

kebudayaan

ini

dengan

memperkenalkannya ke merata tempat dan ianya boleh berpanjangan hingga ke


generasi-generasi yang akan datang.

DAFTAR PUSTAKA

http://www.mykedah2.com/10heritage/105_1_p3.htm#sub8
http://www.wikipedia.org/hadrah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Hadrah

Anda mungkin juga menyukai