Anda di halaman 1dari 15

BUKU SKARP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN

6 2021

MUZIK TRADISIONAL MELAYU, MUZIK ASIA DAN MUZIK


KLASIK BARAT

GURU PEMBIMBING : MUHAMMAD ZAQUAN BIN MATON


KUMPULAN : KERJA KERAS
AHLI KUMPILAN :
1. IFFAH BINTI FAUZI
2. FARIZ HUSNI
3. IRRIS HANNA AQILAH
4. MUHAMMAD KHAIRUL FARIS
5. MUHAMMAD AFIQ SAFWAN
6. IZZ HAKKAN
7.
ISI KANDUNGAN
MUZIK TRADISIONAL MELAYU
Nobat
Sejarah Nobat 3
Cara persembahan Nobat 3
Alatan Nobat 5
Tokoh Pemain Nobat 5
Pakaian rasmi pemain Nobat 6
Gamelan
Sejarah Gamelan 7
Alatan Gamelan 8
Pakaian pemain 9
Tokoh 9
MUZIK ORIENTAL
Sejarah muzik oriental 10
Alatan muzik (KOTO, SHAMISEN) 10
Pakaian pemain 11
Tokoh 11
MUZIK KLASIK BARAT
Sejarah muzik klasik barat 12
Tokoh (BEETHOVEN) 13
Alatan muzik 14
Pakaian 15

2
MUZIK TRADISIONAL MELAYU

Sejarah Nobat

Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang


masih kekal sehingga kini. Di tanah melayu, Nobat adalah muzik yang
berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja Melayu.
Antara negeri-negeri Melayu yang masih mengekalkan muzik nobat
adalah negeri Perak, Kedah dan Terengganu.

Muzik nobat adalah sejenis pancaragam diraja yang hanya


dimainkan di istana dan pemain muziknya pula terdiri daripada
orang-orang tertentu sahaja. Kebiasaannya, pemain nobat akan
diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Sejak dahulu lagi, nobat hanya dikenali oleh penduduk sekitar


yang tinggal berhampiran dengan kawasan nobat dimainkan.
Manakala masyarakat luar tidak banyak mengetahui mengenai muzik
nobat ini.

Nobat mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri.


Antaranya ialah nobat hanya dimainkan ketika majlis-majllis tertentu
di istana seperti adat istiadat pertabalan, menyambut kelahiran baru
di istana dan lain-lain lagi. Disamping itu juga, terdapat beberapa
pantang larang yang perlu diikuti ketika muzik nobat hendak
dimainkan.

Cara persembahan Nobat

Setiap petang Nobat dipalu sehingga sampai waktu Maghrib. Aturannya adalah pada
waktu hendak memalunya. Iaitu seperti berikut;
– Pada saf pertama - Penghulu meniup Nafiri.

3
– Pada saf kedua – Dua orang pemukul Nengkara.
– Pada saf ketiga – Pemukul Gendang Nobat.
– Pada saf keempat – Peniup Serunai dan Bangsi.
– Pada saf kelima - Pemukul Kopak dan Cerucup.
Lama Nobat dipalu ialah selama 32 tiupan Nafirinya. Setelah itu dipalu pula
Gendang Perang sebagai penutup.
Pada malam Jumaat waktu Isyak, Nobat dipalu tanpa ditentukan lagu. Tetapi
lagu Subuh tidak boleh dimainkan pada waktu lain kecuali pada waktu Subuh sahaja.
❖ Lagu 'Ibahim Khalil' dipalu semasa Menjunjung Duli dan lagu
'Iskandar Syah' atau 'Arak-arak' dipalu sewaktu raja berangkat.
❖ Lagu 'Palu-palu' ketika raja Bersiram Tabal dan dan lagu 'Seri Istana' pula
semasa raja memakai pakaian kerajaan.
❖ Peraturan memalu Nobat semasa raja bersiram iaitu lagu
'Perang' dimainkan waktu peralatan bersiram mula diangkat
dan berhenti apabila semua peralatan selesai disusun.
❖ Ketika raja diangkat ke tempat Persiraman, Nobat
dibunyikan dengan lagu ' Arak-arak' kemudian lagu 'Palu-
palu' semasa raja sampai. Selesai bersiram, lagu 'Arak-arak'
dimaiankan sekali lagi dan kemudian disambung pula
dengan 'Seri Istana' apabila baginda tiba di istana.
❖ Semasa raja berangkat ke Balairung Seri untuk Istiadat
Menjunjung Duli, baginda diiringi dengan lagu 'Arak-arak' semasa
Istiadat Menjunjung Duli, lagu kerajaan iaitu 'Ibrahim Khalil'
dimainkan. Dan lagu 'Arak-arak' dimainkan lagi ketika
baginda ingin berangkat pulang ke istana. Tiba di istana
paluan Nobat akan dihentikan.
❖ Adab memalu Nobat yang betul adalah ahli-ahli Nobat
dikehendaki memalunya dengan berdiri bersaf-saf. Peraturan ini
biasanya hanya diikuti ketika memainkan dua lagu iaitu 'Ibrahim
Khalil' dan 'Iskandar Syah' sahaja.
❖ Semasa memainkan lagu 'Seri Istana' atau memalu sewaktu raja
Bersiram Tabal, keadaan memukulnya sambil duduk bersaf-saf.
Ketika memainkan lagu lain pula, ia terpulang kepada pemain-
pemainnya.
❖ Adab dan tertib memainkan Nobat ini dikatakan berasal dari Riau-Lingga

4
Alatan Nobat

Tokoh pemain Nobat

1. UNGKU AHMAD MOHD DATUK BENTARA LUAR,


MOHD. SALLEH BIN PERANG
2. KHALID (UNGKU CHIK)
3. UNGKU MOHAMMED BIN MOHD. KHALID
4. UNGKU SULAIMEN BIN DAUD.
5. UNGKU ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID.

5
Pakaian Rasmi Pemain-pemain Nobat

Dalam istiadat rasmi, orang-orang Nobat mestilah memakai


pakaian rasmi. Mereka dikehendaki memakai baju Melayu berseluar
panjang berwarna hitam. Baju pula mestilah berjalur kuning di tangan
baju dan sehelai sapu tangan batik. Bagi seorang penghulu,
pakaiannya adalah sama, cuma sapu tangannya disulam dengan
benang emas dan lengan bajunya pula mempunyai dua baris jalur
berwarna kuning. Tok Kalau Besar akan memakai pakaian yang sama,
cuma ia mempunyai satu baris jalur sahaja, manakala orang-orang
Nobat yang lain memakai baju hitam dan bersapu tangan batik.

6
Sejarah Gamelan

Gamelan Melayu yang wujud di Malaysia hari ini dipercayai


merupakan warisan kesenian daripada kesultanan Riau-
Lingga, Pahang dan Terengganu. Walaupun alat muzik dan kesenian
gamelan secara asasnya berasal dari Jawa; gamelan Melayu
mempunyai identiti tersendiri seperti skala nada, teknik memainkan
alat muzik, struktur lagu serta ciri-ciri lain yang membezakannya
daripada gamelan Jawa, Bali, Sunda; mahupun genre gamelan lain di
dunia.
Gamelan Melayu lazimnya dimainkan di majlis-majlis diraja
sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad dari Pahang (1882-1914) dan
Sultan Sulaiman dari Terengganu (1920-1942). Berdasarkan set
gamelan diraja yang ditemui pada tahun 1966 at Istana Kolam,
Terengganu, sepasang gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat muzik
asas, iaitu:

1. Keromong, juga digelar Bonang Barung (set 10 gong kecil


yang dibaringkan)
2. Gambang (sebuah zilofon kayu)
3. Saron Kecil, juga digelar Saron Barung (satu set

metalofon)
4. Saron Besar, juga digelar Saron Demung (satu lagi set

metalofon, saiznya lebih besar daripada Saron Kecil)


5. Kenong (set 3 gong besar yang dibaringkan)

6. Sepasang Gong yang bergantungan, iaitu Gong Kecil dan

Gong Besar
Kesenian yang pada mulanya eksklusif untuk tontonan kerabat
diraja dan tetamu istana ini telah dipertontonkan di khalayak umum

7
buat pertama kali pada tahun 1969. Sejak itu, ia telah menjadi
sebahagian daripada seni dan warisan budaya Malaysia.

Alatan Gamelan Melayu

8
Pakaian pemain Gamelan

9
SEJARAH MUZIK ORIENTAL

Negara oriental, antara lain Cina, Jepun, Korea dan Hongkong.


Muzik oriental yang paling menonjol adalah dengan penggunaan
instrumen bertali atau ‘String’ (alat muzik petik dan gesek) dengan
tangga nada Pentatonis setempat. Muzik oriental berkembang di
Cina, Korea, dan Jepun. Keunikan muzik Cina dan Jepun terletak pada
instrumennya. Khususnya alat muzik bertali baik yang dipetik
mahupun yang digesek. Tangga nada yang digunakan ialah tangga
nada Pentatonis (1 2 3 4 5 6), ( do re mi fa so la ). Suara alat muzik
ketika dimainkan akan menimbulkan suasana yang Ekpresif.

Alat muzik oriental Koto dan Shamisen

SHAMISEN

KOTO

10
Cara alat muzik ini dipersembahkan dan pakaian mereka

Pemain muzik akan duduk di bawah atau di atas kerusi sambil


bermain alat muzik bertali. Pemain akan memakai pakaian tradisional
mereka yang dikenali sebagai KIMONO

KOTO

SHAMISEN

Tokoh muzik oriental

1. Chan Wing Wah


2. Shinichi Suzuki

11
MUZIK KLASIK BARAT

Sejarah muzik barat

Muzik klasikal (atau Bahasa Melayu, Muzik klasik) adalah seni


muzik yang berakar umbi dari tradisi kebudayaan Eropah yang
digunakan dalam muzik sekular dan keagamaan. Ia merujuk kepada
muzik dari jangka masa yang luas dari sebelum abad ke-6 masihi
sehingga ke hari ini. Istilah muzik klasikal juga digunakan untuk
merujuk kepada muzik dari tempoh 1730 hingga 1820 yang dikenali
sebagai muzik era klasikal.

Istilah muzik klasikal tidak wujud sehingga ke awal abad ke-19.


Ia diperkenalkan di dalam usaha untuk membawa era Bach hingga ke
era Beethoven sebagai salah satu seni yang tinggi seperti zaman
kegemilangan seni ukiran arca, seni bina dan antikuiti klasik. Ini
adalah kerana, kebiasaannya seni muzik tidak kekal lama hayatnya.
Semenjak dari itu, istilah ini digunakan sebagai genre muzik yang
memberi maksud bukan muzik tradisi lama atau muzik pop.

12
TOKOH MUZIK KLASIK BARAT

Ludwig van Beethoven (dibaptiskan 17 Disember 1770 – 26 Mac


1827) ialah seorang penggubah Jerman dan juga seorang tokoh
unggul dalam sejarah muzik klasikal. Beliau juga merupakan seorang
ahli muzik terpenting dalam tempoh peralihan antara muzik era
klasikal dan muzik era romantis di dalam muzik barat. Muzik dan
reputasinya banyak memberi inspirasi dan juga memberi tekanan
dan cabaran kepada ramai penggubah-penggubah untuk generasi-
generasi berikutnya, begitu juga kepada ahli-ahli muzik dan para
pendengar.
Walaupun beliau pada hari ini dikenali sebagai seorang
penggubah, Beethoven adalah juga seorang pemain piano yang
dikagumi.Walaupun pendengaran beliau mula beransur-ansur hilang
pada akhir 20-an, Beethoven terus gigih menghasilkan karya-karya
agung di sepanjang hidupnya. Karya beliau terus dibuat walaupun
setelah pendengaran beliau telah hilang sama sekali dan menjadikan
beliau pekak.

Beethoven juga seorang penggubah bebas pertama dengan


membuat penggubahan muzik untuk konsert-konsert, menjual
gubahan muziknya untuk penerbit-penerbit dan mendapat bantuan
kewangan daripada sebilangan pelanggan-pelanggan kaya. Beliau
memilih kerja bebas daripada mencari pekerjaan tetap di gereja atau
tempat bangsawan sepertimana pemuzik atau penggubah lain.
13
ALATAN MUZIK BARAT

PAKAIAN PEMAIN ALATAN

14
SEKIAN TERIMA KASIH

15

Anda mungkin juga menyukai