Anda di halaman 1dari 12

Keroncong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Jump to navigationJump to search
Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Ia mulai
diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai
pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk
mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama
kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang
kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak dan sebagainya.
Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di
tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di
negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu
keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari
Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia II, ada pencipta lagu
tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said,
Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal
Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad.
Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail
Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S.
Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan
pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.

Asal usul[sunting | sunting sumber]


Akar keroncong berasal dari sejenis musik Portugis yang dikenal sebagai fado yang
diperkenalkan oleh para pelaut dan budak kapal niaga bangsa itu sejak abad ke-16
ke Nusantara. Dari daratan India (Goa) masuklah musik ini pertama kali di Malaka dan kemudian
dimainkan oleh para budak dari Maluku. Melemahnya pengaruh Portugis pada abad ke-17 di
Nusantara tidak dengan serta-merta berarti hilang pula musik ini. Bentuk awal musik ini
disebut moresco (sebuah tarian asal Spanyol, seperti polka agak lamban ritmenya), di mana
salah satu lagu oleh Kusbini disusun kembali kini dikenal dengan nama Kr. Muritsku, yang diiringi
oleh alat musik dawai. Musik keroncong yang berasal dari Tugu disebut keroncong Tugu. Dalam
perkembangannya, masuk sejumlah unsur tradisional Nusantara, seperti
penggunaan seruling serta beberapa komponen gamelan. Pada sekitar abad ke-19 bentuk musik
campuran ini sudah populer di banyak tempat di Nusantara, bahkan hingga ke Semenanjung
Malaya. Masa keemasan ini berlanjut hingga sekitar tahun 1960-an, dan kemudian meredup
akibat masuknya gelombang musik populer (musik rock yang berkembang sejak 1950, dan
berjayanya grup musik Beatles dan sejenisnya sejak tahun 1961 hingga sekarang). Meskipun
demikian, musik keroncong masih tetap dimainkan dan dinikmati oleh berbagai lapisan
masyarakat di Indonesia dan Malaysia hingga sekarang.
ALAT-ALAT MUZIK KERONCONG
Alat-alat muzik yang lazim digunakan terdiri daripada 7 jenis alat yang kesemuanya
berasal dari Eropah. Alat itu ialah :~

 Biola
 Flute
 Gitar
 Cuk (Alat Asalnya Ukulele)
 Cak (Banjo atau Mandolin)
 Cello
 Double Bass
Kesinambungan alat-alat ini sangat penting kerana ia saling memerlukan antara satu
sama lain. Setiap alat akan memainkan rentak masing-masing kerana setiap alat
mempunyai peranan masing-masing.

 Biola
Biola merupakan alat yang tidak asing lagi di dalam seni muzik  semenjak mula
digunakan pada kurun ke-11 lagi. Alat ini telah digunakan pada kali pertama pada tahun
1520. Pada masa dahulu ia dibuat dengan tangan. Antonio Stradivari (1640-1737)
merupakan pembuat biola terkenal yang berasal dari Itali. Beliau berjaya menghasilkan
biola yang paling tinggi mutunya dan dapat mengeluarkan suara yang baik. Sehingga
sekarang beberapa biola buatannya masih ada lagi dan setiap satunya berharga berjuta-
juta Dolar.

Biola menggunakan 4 tali yang diperbuat dari dawai dan dilaras dengan tali terbuka dari
tertinggi:~

 Tali pertama - E
 Tali Kedua - A
 Tali Ketiga - D
 Tali Keempat - G 
Kompas atau jarak di antara not yang paling rendah kepada yang paling tinggi yang
boleh dimainkan dengan biola adalah 31/2 oktaf iaitu mulai dari not ke bawah di tali
keempat terbuka (Not G) kepada (Not D) yang dipicit di tali pertama hampir kekuda alat
itu. Suara atau bunyi biola dihasilkan dengan menggunakan penggeset kayu (Bow) yang
dipasang dengan tali-tali halus biasanya dari ekor kuda. Manakala pada masa sekarang ia
diperbuat daripada Tali Nylon. 

Adakalanya ia boleh dipetik (Pizzicato) seperti memetik tali gitar untuk mengeluarkan
bunyi yang berbeza daripada digesek. Tetapi ia jarang dilakukan di dalam muzik klasik.

Peranan biola adalah sebagai pemimpin atau sebagai alat yang membawa melodi.
Adakalanya ia memainkan iringan secara 'counter melody' atau melodi pengiring. Selain
itu, ia boleh digunakan sebagai permulaan lagu mengikut gubahan atau susunan lagu.
Hal ini selalunya dibuat semasa memainkan lagu-lagu jenis keroncong asli. 

Pemain keroncong haruslah bersefahaman dengan pemain alat pembawa melodi yang
satu lagi supaya tidak timbul pertelingkahan sesama sendiri. Jika tidak hasil
persembahan akan menjadi tidak kemas dan kurang teratur. Biasanya masing-masing
akan muncul ke tengah atau bermain secara solo atau berseorangan untuk membawa
melodi atau meneruskan permainan secara perlahan di belakang atau tidak seharusnya
menonjol. Hal ini sama juga dilakukan semasa penyanyi sedang menyanyi.

Kebiasannya pemain biola ini berperanan sebagai dan dia akan memainkan melodi
apabila berhenti sementara daripada menyanyi di tengah-tengah lagu. Pemain biola juga
haruslah mengkaji dan memahami cara mengiringi yang bercorak keroncong iaitu ada
not-not hiasan (bunga-bunga), asli yang digunakan dalam permainan muzik keroncong
sahaja. Corak yang pelbagai ini diperolehi dari penghayatan dari seorang pemain biola
terhadap seni muzik keroncong melalui pengalaman atau pendedahan kepada seni itu.
Belum ada lagi satu teori mengenainya seperti yang terdapat dalam cara 'at leap' dalam
muzik barat. Pada masa ini sudah ada percubaan untuk menulis dengan menggunakan
notasi muzik tetapi ia agak susah kerana setiap pemain bermain mengikut caranya
tersendiri mengikut coraknya yang bebas. 

 Flute
Flute atau juga dikenali sebagai seruling telah dipercayai digunakan sejak kurun ke-12
lagi. Tetapi dari dahulu lagi flute juga digunakan untuk alat muzik yang hampir sama
bentuknya, cuma ia ditiup pada pangkal alat dan dipegang tegak bukannya melintang
seperti sekarang. Jenis itu dipercayai digunakan sejak 2000 tahun S.M. lagi. Mulai kurun
ke-17 flute telah memegang peranan penting dalam pemainan muzik klasik dan gubahan
yang memberikan flute peranan sebagai alat solo.

Flute pada masa kini telah direka oleh Theobald Beohm (1793-1881). Ia dibuat dengan
berbagai jenis yang kecil sekali dikenali sebagai Picollo, yang besar sedikit dikenali
sebagai Alto Flute yang biasanya digunakan dalam gubahan klasik barat. Alto flute
mengeluarkan bunyi yang lebih rendah.

Kompas Flute bermula dengan not C yang dibawah sekali kepada not yang tertinggi iaitu
not A, lebih sedikit 21/2 oktaf jaraknya.

 Alat muzik flute pada masa kini tidak sama dengan seruling. Seruling merupakan alat
muzik tradisional yang diperbuat daripada buluh manakala flute ini dibuat daripada
perak atau logam yang bersalut dengan perak. Selain itu, ada juga flute yang diperbuat
daripada sejenis kayu hitam. Pada asalnya permainan keroncong menggunakan seruling
dan akhirnya ditukar kepada flute. Hal ini kerana pemain lebih bebas bermain flute
disebabkan oleh kemampuan alat itu yang mempunyai kompas yang tinggi.

 Selain itu, peranan flute sama seperti biola iaitu memainkan melodi dan juga mengiringi
secara 'counter melody' serta memainkan not-not hiasan. Bunyi flute memberi keasyikan
kepada peminatnya jika pemain mempunyai banyak pengalaman dan berkebolehan
dalam menggunakan aliran not bercorak keroncong. Adakalanya flute dan juga biola
bermain secara duet sama ada secara harmonik atau unisen.

 Cuk
Cuk merupakan satu alat yang diadaptasi daripada alat ukuleleyang diperkenalkan oleh
pelajar-pelajar Eropah yang menjelajah di kawasan Timur pada kurun ke-16. Cuk
berperanan sebagai alat pengiring kerana ia cuma digunakan untuk bermain kord-kord
sahaja. Ukulele berasal daripada satu alat yang dikenali dengan nama 'charanga' yang
dibawa dari Eropah.

 Alat ini menggunakan 8 tali nilon yang mempunyai fungsi yang sama dengan Ukulele.
Cuk dipasang dengan 3 atau 4 tali nilon dan larasnya boleh ditukar ikut nada lagu.
Pemain harus mahir tukar laras dengan cepat. Pemain juga perlu tukar posisi jari untuk
bermain kord-kord untuk lagu yang dipersembahkan.

 Selain itu, Cuk dimainkan untuk mengiringi lagu secara kord, dipetik secara
'strumming'. Cara itu sudah berubah kepada memainkan secara petikan dan 'arpegio'
dengan kord yang berasaskan kord yang sedang dimainkan. Terdapat juga kumpulan
keroncong yang menggunakan dua alat Cuk dalam persembahan mereka. Biasanya
petikan tiap-tiap pemain berlainan dan biasanya bertingkah.
 Laras tali cuk adalh seperti :~

 Untuk jenis lagu yang menggunakan 4 tali yang berkembang secara madura .

 Tali Pertama - A
 Tali Kedua - B
 Tali Ketiga - C
 Tali Keempat - D
Untuk jenis 3 tali:~
  Tali Pertama - E
 Tali Kedua - B
 Tali Ketiga - G
Ada beberapa cara memetik cuk sambil mengiring lagu-lagu mengikut kemahiran
pemain. Asasnya seperti berikut:~

 Cak
Cak ialah satu alat penngiring dalam permainan keroncong. Ia bergabung dengan alat
cuk dan bertingkah. Pada masa dahulu alat yang digunakan untuk mengiringi keroncong
adalah Banjo atau Mandolin dan alat itu dimainkan dengan cara memetik not asas pada
kord yang dimainkan dengan cara tertentu.

 Cak memainkan kord menggunakan rentak 'up beat'. Cak direka baru oleh pemuzik
Indonesia berbentuk seakan-akan cuk tetapi menggunakan 3 tali dawai yang
berpasangan seperti mandolin. Tiada lubang bulat pada badan alat tetapi digantikan
dengan lubang-lubang kecil. Dengan itu suara yang dihasilkan lebih nyaring dan tinggi.

 Laras tali Cak adalah mengikut kesukaan pemainbiasanya seperti berikut:~

  Tali Pertama - A
  Tali Kedua - B
 Tali Ketiga - C
Jika tali pertama ditukar nadanya, maka tali kedua dan ketiga ditukar mengikut susunan
di atas. Cara petik cak biasanya bertingkah dengan cuk tapi ditukar coraknya sedikit
untuk menyedapkan persembahan. Pada asalnya ia adalah seperti berikut:~

 Gitar
Alat gitar yang digunakan adalah jenis kotak atau akustik dan menggunakan tali dawai
untuk tali pertama dan kedua. Tali ketiga hingga keenam dibuat daripada dawai yang
dibalut dengan logam. Tali nylon tidak digunakan kerana ia tidak mengeluarkan suara
yang sesuai. Gitar memainkan iringan yang berbentuk counter melody atau adakalanya
rangkaian not-not yang naik ke atas menurun berasaskan kod yang dimainkan. Kord saja
yang yang jarang di petik melainkan untuk memberi tekanan kepada sesuatu lagu
ataupun pada permulaan lagu.

Melaras tali gitar adalah seperti biasa:-

 Tali pertama - E
 Tali kedua - B
 Tali ketiga - G
 Tali keempat - D
 Tali keenam - E
Cari menjari kord adalah seperti biasa, walaupun tidak selalu dimainkan. Kebanyakkan
pemain gitar keroncong bermain sekitar tali pertama, kedua dan ketiga sahaja. Pemain
lebih banyak menggunakan jari telunjuk, jari tengah dan jari manis sahaja. Kebiasaannya
pemain gitar kurang menonjol. Biasanya alat cuk berbunyi lebih jelas.

 Cello
Cello ialah alat yang tergolong dari keluarga biola tetapi dalam keroncong asli ia dipetik
(pizzicato) dan mempunyai peranan yang lebih dinamik dan lincah untuk menambahkan
ketegasan rentak. Kini celo telah diubah dengan menggunakan tiga tali sahaja. Hal ini
untuk memudahkan ia dimainkan kerana biasanya hanya tiga tali sahaja yang
digunakan. Di Indonesia terdapat perusahaan yang membuat cello khas untuk
keroncong. Alat cello pertama kali diperkenalkan pada tahun 1572 direka oleh Andrea
Amati dari Cremona. Celo dilaras  mengikut pilihan pemain.
Cello yang menggunakan empat tali :-

 Tali pertama - C
 Tali kedua - G
 Tali ketiga - D
 Tali keempat - A
Cello yang menggunakan tiga tali:-
 Tali pertama - C
 Tali kedua - G
 Tali ketiga - D atau C (bawah)
Cello adalah alat yang menggantikan gendang yang digunakan dalam muzik gamelan.
Petikan cello mengikut rentak gendang seperti:-

 Double Bass
Double bass merupakan alat terbesar dalam keluarga biola dan mula terkenal pada awal
kurun ke 16. Ada pelbagai saiz yang digunakan mengikut kehendak pemain. Talinya
diperbuat daripada dawai dan juga nylon. Alat yang paling mudah dimainkan kerana ia
menekankan rentak seperti yang dilakukan oleh gong dalam gamelan. Ia dilaras
mengikut laras biasa jika menggunakan 4 tali :-

 Tali pertama - G
 Tali kedua  - D
 Tali ketiga - A
 Tali keempat - E
Duoble bass tiga tali :-
 Tali pertama - G
 Tali kedua - D
 Tali ketiga - A
Biasanya ia hanya memainkan satu bit dalam satu bar. kadangkala dimainkan dalam bit
pertama dan bit ketiga. jika double bass dimainkan melebihi daripada apa yang
ditetapkan,ia akan menganggu corak permainan cello.
(dipetik dan diubah suai daripada buku seni muzik keroncong- ariff ahmad)

ciri ciri muzik keroncong

CIRI-CIRI KHAS MUZIK KERONCONG

Muzik keroncong mempunyai empat ciri-ciri khas seperti berikut :


- Bentuk
- Harmoni
- Ritme atau rentak
- Alat-alat

1. Bentuk
Bentuk dan jenis lagu-lagu keroncong antara lain :
a) Keroncong Asli
b) Langgam Keroncong
c) Stambul
d) Lagu Ekstra

Ad . a). Keroncong Asli


- Jumlah birama : 28 birama, tanpa intro dan coda.
- Tanda Masa : 4/4
- Bentuk kalimat : A-B-C. dinyanyikan dua kali.
- Selalu ada intro dan coda, intro merupakan improvisasi chord I dan V, yang
diakhiri dengan chord I dan ditutup dengan kadens lengkap yang disebut juga lintas
chord, iaitu chord I – IV – V – I dan coda juga berupa kadens lengkap.

Ad. b) Langgam Keroncong


- Jumlah birama : 32 birama, tanpa intro dan coda.
- Tanda Masa : 4/4
- Bentuk kalimat : A-A-B-A
-Lagu biasanya dibawakan dua kali, ulangan kedua setelah instrumental bahagian
kalimat A dan vocal masuk bahagian chorus atau bahagian B dan kebahagian A.
berikutnya.
- Intro diambil dari empat birama terakhir dari lagu, dan coda merupakan kadens
Lengkap.

Ad. c) Stambul
Terdapat dua jenis Stambul :
1. Stambul I
- Jumlah birama : 16 birama
- Tanda masa : 4/4
- Bentuk kalimat : A-B
- Intro merupakan improvisasi dengan peralihan chord I dan chord V
- Jenis stambul I sering berbentuk muzik dan vokal saling bergantian, iaitu dua
birama instrumental dan dua birama vokal dan coda merupakan kadens lengkap
2. Stambul II
- Jumlah birama : 2 x 16 birama
- Tanda masa : 4/4
- Bentuk kalimat : A-B
- Intro merupakan improvisasi dengan peralihan chord I dan V, sering berupa vokal
yang dinyanyikan secara recitative, tanpa iringan.

Ad. d) Lagu ekstra


- Bentuk menyimpang dari ketiga jenis keroncong tersebut
- Bersifat riang gembira dan jenaka
- Sangat terpengaruh oleh bentuk lagu-lagu tradisional

2. Harmoni
a. Keroncong Asli
- Dalam tangga nada (scale) Major
- Bentuk harmonisasi (chord progression) adalah :

Intro
I---I---V---V---
II - - - II - - - IV - - - IV - - -
IV - - - IV - V - I - - - I - - -
V - - - V - - - I - - - IV - V -
I - - - IV - V - I - - - I - - -
V - - - V - - - I - - - I - - - coda

b. Langgam
- Bentuk harmonisasinya adalah :
Intro
I - - - IV - V - I - - - I - - -
V---V---I---I---
I - - - IV - V - I - - - I - - -
V---V---I---I---
IV - - - IV - - - I - - - I - - -
II - - - II - - - V - - - V - - -
I - - - IV - V - I - - - I - - -
V - - - V - - - I - - - I - - - coda

c. Stambul
- Bentuk harmonisasinya dari stambul I adalah :
Intro
IV - - - IV - - - I - - - I - - -
V---V---I---I---
IV - - - IV - - - I - - - I - - -
V - - - V - - - I - - - I - - - coda

- Bentuk harmonisasi dari stambul II adalah :


Intro
IV - - - IV - - - IV - - - IV - V -
I - - - IV - V - I - - - I - - -
V---V---V---V---
I - - - IV - V - I - - - I - - - coda.

http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2013/05/kajian-seni-muzik-keroncong-
di-selangor.html

SENI MUZIK KERONCONG

SEJARAH telah mencatatkan bahawa seni muzik keroncong mulai masuk ke Malaysia sekitar awal
abad ke-19 dan awal abad ke-20 atau tepatnya sekitar tahun 1940. Muzik keroncong dibawa masuk
ke negara ini oleh masyarakat Pulau Jawa yang merantau ke negara ini untuk berdagang, mencari
pekerjaan dan sebagainya. Para pendatang yang merupakan berbagai bangsa dan kaum ini
kebanyakannya terus menetap dan bermastautin di sini secara tidak disedari. Sebagaimana yang
berlaku, ramai pekerja itu yang membawa keluarga mereka dan memulakan kehidupan baru di negara
yang baru.

Seperti kebanyakan para pendatang asing, selain mereka mencari nafkah, mereka juga membawa
kesenian dan kebudayaan mereka. Seperti pendatang dari Sumatera Barat misalnya, mereka
membawa kesenian caklempong, demikian juga pendatang dari Jawa. Pendatang dari Jawa membawa
kesenian mereka berupa gamelan, wayang kulit, barongan, kuda kepang, ketoprak, silat dan juga
keroncong.

Daerah-daerah yang banyak kegiatan-kegiatan seni tradisi Jawa seperti gamelan, barongan, silat dan
keroncong ini adalah pastinya daerah yang banyak didatangi masyarakat Jawa seperti di negeri Johor,
Perak, Selangor dan juga Pulau Pinang. Di daerah-daerah ini terutamanya di negeri Johor dan
Selangor masih boleh kita temui persembahan-persembahan keroncong. Pada mulanya lagu-lagu
yang dinyanyikan adalah lagu-lagu dari Indonesia tetapi lama kelamaan selepas Perang Dunia Kedua
ada pencipta tempatan yang mencipta lagu keroncong bercorak Melayu seperti Allahyarham Tan Sri
P.Ramlee, Allahyarham Zubir Said, Allahyarham Johan Bahar dan ramai lagi.

Keroncong adalah sejenis muzik Indonesia yang memiliki hubungan sejarah dengan sejenis muzik
Portugis yang dikenal sebagai fado. Sejarah keroncong di Indonesia dapat ditarik hingga akhir abad
ke-16, sewaktu kekuatan Portugis mulai melemah di Nusantara. Keroncong bermula dari muzik yang
dimainkan para hamba dan opsir Portugis dari daratan India (Goa) serta Maluku. Bentuk awal muzik
ini disebut moresco.

Keroncong dikatakan bermula di Pulau Jawa pada abad ke-16 sewaktu pengaruh Portugis mula
bertapak di kawasan Tenggara Asia. Ketika itu, seni muzik gamelan digemari di seluruh Pulau Jawa.
Alat-alat muzik Barat telah digunakan untuk memainkan lagu-lagu daerah termasuk gamelan. Proses
penyesuaian ini mengambil masa yang lama. Hasilnya seni muzik keroncong menjadi sempurna pada
akhir abad ke-19. Namun begitu corak muzik keroncong ini berubah dari semasa ke semasa.

Menurut Allahyarham Dr Ariff Ahmad dalam bukunya yang berjudul Seni Muzik Keroncong terbitan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bentuk seni keroncong dengan seni muzik gamelan
mempunyai beberapa aspek yang hampir sama misalnya rentak dan bentuk melodinya. Muzik
gamelan dimainkan dengan cara yang teratur, tetapi muzik keroncong dapat ditokok tambah
mengikut perasaan pemain-pemainnya. Alat melodi dan bentuk suara yang digunakan dalam
persembahan keroncong juga lebih luas.
Muzik keroncong berkembang ke Malaysia dengan kedatangan orang-orang Jawa pada awal abad ke-
20. Di kalangan kaum Baba dan Nyonya Melaka, lagu keroncong sangat digemari. Di Indonesia, ramai
keturunan Cina yang meminati lagu keroncong dan ada antara mereka yang menjadi pencipta
terkenal.
http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2013/05/kajian-seni-muzik-keroncong-di-selangor.html

SEJARAH KERONCONG

Maksud keroncong menurut Kamus Dewan Edisi Keempat  ialah lagu irama dan lagu Melayu dan
sejenis irama lagu yang lembut biasanya menggunakan alat muzik yang dipetik dan digesek.

Keroncong berasal dari Betawi (Jakarta) pada abad ke-16 dan ke-17 sewaktu Portugis mula bertapak
di kawasan Asia Tenggara. Pada mulanya, melodi Portugis dinyanyikan dengan iringan beberapa buah
gitar oleh orang Portugis berkulit hitam yang dikenali sebagai Mardijkers. Lama-kelamaan pada akhir
abad ke-19 hasil seni muzik keroncong menjadi sempurna, namun begitu muzik keroncong ini
berubah dari semasa ke semasa. Ia dimainkan oleh orang Serani dari kelas bawahan (orang
peranakan dari bangsa Belanda dengan bangsa Indonesia) di Betawi.

Keroncong dinyanyikan oleh kaum lelaki Serani yang dipanggil ‘Budaya Keroncong’. Mereka berjalan-
jalan di bandar-bandar Betawi pada waktu malam sambil menyanyikan pantun bertemakan kasih
sayang dan asmara yang ditujukan kepada kaum perempuan. Selain itu, melodi-melodi keroncong
dinyanyikan dalam teater komedi stambul yang muncul di Surabaya pada tahun 1981. Pada awalnya,
melodi-melodi ini diiringi oleh kod yang dimainkan dengan gitar, piano, atau alat muzik yang sedia ada
dalam komedi stambul. Melodi-melodi ini dikenali sebagai Stambul I dan Stambul II.

Namun menurut Allahyarham Dr Ariff Ahmad, seni muzik keroncong di Malaysia dikatakan berasal dari
Indonesia, dibawa oleh para pedagang yang datang berdagang ke Tanah Melayu suatu ketika dulu. Di
Indonesia sendiri, menurut Erant Heins (dalam Harmunah, 1987: 7) sebelum abad XVI, datanglah
kapal-kapal Portugis ke kepulauan ini. Mereka mengadakan perhubungan perdagangan hampir di
seluruh pelosok Indonesia di samping mengembangkan agama Kristian Katolik.

Perdagangan Portugis ini hanya menggunakan kapal-kapal, tetapi menimbulkan perhambaan-


perhambaan. Dan akhirnya meninggalkan bekas di Afrika, India, Sri Lanka, dan Malaysia yang dikenali
dengan istilah Indo Portugis dan disebut pula dengan istilah ‘Portugis Hitam’. Orang-orang hitam ini
merupakan keluarga baru yang disebut sebagai Mahardika dalam bahasa Sanskrit.

Di Eropah pada suatu ketika dahulu, masyarakat Barat memandang bangsa Indo itu sebagai bangsa
yang rendah darjatnya dan yang hanya mewarisi tabiat-tabiat tidak baik dari orang tua mereka.
Pendapat ini ditentang oleh ahli atau pakar sejarah dan bukti menyatakan bahawa orang yang
berdarah campuran pada umumnya ulung dalam berbagai ilmu, termasuklah orang yang berdarjat
tinggi. Pandangan yang salah seperti inilah yang mungkin mempengaruhi tabiat para ahli, sehingga
mereka hanya berniat untuk menyelidiki apa yang dipandang asli sahaja, dan nyatalah bahawa
sejarah muzik keroncong telah diketepikan oleh para ahli muzikologi serta para ahli sejarah muzik
(Tobing dalam Harmunah, 1987: 8)

Pada tahun 1511, bangsa Portugis di bawah pimpinan Alfonso d’ Albuquerque telah menawan Melaka
yang waktu itu dipimpin oleh Sultan Alaudin Riayat Syah. Setelah 11 tahun berada di Melaka, maka
pada tahun 1522 pedagang-pedagang Portugis meneruskan perjalanan mereka ke Ternate dan
Ambon dan telah singgah di beberapa buah pulau. Kerana datang dari jauh mereka kesepian
disebabkan berpisah dengan ahli keluarga masing-masing.

Untuk mengisi kesepian tersebut mereka membawa alat muzik ukulele iaitu alat muzik seperti gitar
kecil. Bunyi yang keluar dari alat tersebut dan nyanyian merdu yang didendangkan oleh pedagang
Portugis tersebut terasa asing dan aneh kedengarannya di telinga masyarakat peribumi Nusantara,
kerana masyarakat peribumi biasa mendengar notasi pentatonik pelog dan slendrosedangkan ketika
itu yang mereka dengar adalah notasi  diatonik.
Berbekalkan hanya alat muzik ukulele yang dimulai dari muzik soliter (dimainkan seorang diri), maka
berabad-abad kemudian tumbuhlah menjadi muzik keroncong yang kita kenali sekarang. Bermain alat
muzik secara seorang diri menimbulkan kebosanan, sehingga mereka mulai bermain dengan rakan-
rakan yang lain dengan menambah alat muzik yang lain seperti tempurung kelapa, kentung buluh,
rebana dan lain-lain lagi. Dengan demikian alat muzik keroncong tidak wujud seperti yang ada
sekarang tetapi memerlukan waktu atau evolusi yang sangat panjang.

Dari riwayat ringkas tersebut, kita tidak menafikan bahawa ada unsur muzik keroncong yang berasal
dari luar ialah alat muziknya, tetapi bentuk muziknya (muzik keroncong) bukanlah bentuk muzik asing
melainkan benar-benar hasil karya nenek moyang kita sendiri. Adapun terjadi adaptasi terhadap corak
muzik yang datang dari luar justeru merupakan kreativiti nenek moyang kita yang sewajarnya kita
hargai.

Sejak mulai masuknya muzik keroncong ke Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia) pada penghujung
abad 19 oleh orang-orang dari Indonesia, khususnya dari Jawa yang bekerja di negara ini, keroncong
pun mulai berkembang dan mulai diminati oleh penduduk setempat. Di kalangan kaum Baba dan
Nyonya Melaka, lagu keroncong sangat digemari.

Menurut Allahyarham Dr Ariff Ahmad lagi, pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh
orang setempat adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas
Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti
Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim
dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan beliau sendiri (Dr Ariff Ahmad).

Pada tahun 1950-an, di negeri Johor khususnya di Johor Bahru telah terbentuk beberapa kumpulan
muzik keroncong seperti ‘Suara Timur Keroncong Orkes’ di Kampung Setulang Darat, ‘Pepat
Keroncong Party’ di Kampung Tambatan dan Mohd. Amin Johor Bahru, dan ‘Mawar Puteh Keroncong
Party’ di Kampung Chik Ami Ngee Heng yang diketuai oleh Encik Omar bin Abu Samah.

Ketika itu, muzik keroncong biasanya dipersembahkan di majlis jamuan atau pesta. Kini keroncong
telah mulai bertukar corak, sesuai dengan peredaran masa dan selera terutama cara
persembahannya. Gubahan muzik keroncong dibuat untuk permainan pancaragam (orkestra) dan
kumpulan gitar rancak (kugiran).

Di Malaysia, program pengembangan muzik keroncong telah dilaksanakan sejak tahun 1997. Program
ini bermula dengan pengambilan 5 orang tenaga pengajar keroncong dari Indonesia. Dari sini muncul
pembentukan bengkel-bengkel muzik atau tempat latihan muzik keroncong. Bengkel ini telah
diadakan dengan perasmiannya pada 15-18 Jun 1999 di Pusat Kegiatan Seni, Yayasan Warisan Johor
(YWJ).

Bengkel-bengkel muzik keroncong itu telah melahirkan banyak kumpulan muzik keroncong di
beberapa buah daerah, antara lain di Johor seperti Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi,
Pontian, Mersing dan Segamat. Sepanjang tahun 2000, sering diselenggarakan pertandingan muzik
keroncong dan nyanyian lagu-lagu keroncong di seluruh daerah negeri Johor oleh Dewan Kesenian di
sana, yakni Yayasan Warisan Johor. Setiap tahun pertandingan keroncong seperti ini rutin
dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai