Anda di halaman 1dari 6

Shafiqolbu

Hikmah Saintifik Waktu Solat Dan Perubahan Warna Alam



Shafi-Q 8 years ago

‫ِب ۡس ـــــــــ ِم ٱِهلل ٱ لَّر ۡح ـَم ٰـ ِن ٱ لَّر ِح ي ِم‬


‫الَّل ُه َّم َص ِّل َع َل ى ُم َح َّم د َو َع َل ى آِل ُم َح َّم ٍد‬

.
Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah satu cara
untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati
berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi
hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia
ini terungkap berdasar pengamatan para pengkaji dan beberapa kajian saintifik.
 
Perpindahan waktu adalah bahagian dari kekuasaan Allah ‫ سبحانه وتعالى‬yang mempunyai
hikmah dan kekhususan pada masing-masing. Setiap peralihan waktu solat, sebenarnya
bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga alam yang boleh dicerap, diukur dan
dapat dirasakan melalui perubahan warna alam. Bagi mereka yang terlibat dalam bidang
fotografi, fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing.
.
.

1. Waktu Subuh
 
Jika kita sering memperhatikan waktu selepas
subuh, apalagi menjelang siang, langit seringkali
berwarna biru yang diselangi dengan merah
(oren) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang
akan terbit.
 
Dalam Islam, tidur selepas subuh sangat dilarang
kerana akan ketinggalan rezeki. Ibnul Qayyim
berkata, “Empat hal yang menghambat
datangnya rezeki adalah:- (1) tidur di waktu
pagi, (2) sedikit solat, (3) malas-malasan dan (4) berkhianat.” (Zaadul Ma’ad, 4/378)
 
Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru
mempengaruhi kelenjar tiroid. Bila kelenjar tiroid kita lemah, kita akan menghadapi
masalah kehausan sepanjang hari.
 
Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh manusia.
 
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
penawar, penyembuhan, rezeki dan komunikasi.
.

Rugi Tinggal Waktu Subuh


 
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat bangun secara berulang
kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tiroid
tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika roh dan jasad masih tertidur.
 
Tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam
keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa), dalam erti kata lain jaga
daripada tidur. Di sinilah juga kita dapat ambil hikmah dan mencungkil rahsia
diperintahkan solat di awal waktu.
 
Sejurus berkumandangnya azan Subuh, tenaga alam ini berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu rukuk dan
sujud. Maka mereka yang terlewat Subuh sebenarnya hanya mendapat tenaga yang
tersangat sedikit dan minimum sahaja.
.
.

 2. Waktu Zuhur

Ketika ini alam berubah ke warna hijau (Isyraq &


Dhuha) dan seterusnya warna kuning
mendominasi atmosfera menandakan masuknya
waktu Zuhur. Spektrum warna alam yang
menguning pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan
sistem pencernaan dan penghadaman.
 
Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang
hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya
pemikiran menjadi cergas, tajam, dan peka. Kita juga amat digalakkan untuk melakukan
puasa sunat Isnin dan Khamis untuk menggurangkan beban kerja organ pencernaan.

Di samping itu warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan
seseorang. Mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang kali
dalam hidupnya, maka ia akan menghadapi masalah system penghadaman di perut dan
hilang sifat cerianya.
.
.

 3. Waktu Asar


Apabila masuknya waktu Asar, warna alam akan
berubah kepada warna oren. Warna oren ialah
rahsia kreativiti, di mana warna oren di alam
boleh membawa pengaruh besar dalam kreativiti
seseorang.
 
Di samping itu, organ-organ pembiakan juga akan
kehilangan tenaga positif dari warna alam
tersebut, di mana spektrum warna pada waktu ini
mempunyai pengaruh yang cukup signifikan
terhadap keadaan dan frekuensi prostat, uterus,
ovari dan testis yang merangkumi sistem pembiakan (reproduktif) secara keseluruhan.

Dan jangan lupa beriadah kerana tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-
organ reproduktif. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar dan lebih malang jika dia
menggunakan waktu Asar untuk tidur, maka terpisahlah jasad dan roh seseorang itu dan
akan menurunlah daya kreativiti dan kesuburannya serta dia berisiko menjadi mandul.
.
.

 4. Waktu Maghrib


 
Menjelang waktu Maghrib, warna alam berubah
menjadi kemerahan. Kita lebih baik untuk berada
di dalam rumah pada waktu maghrib ini kerana
warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika
itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin
dan syaitan.
 
Kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak
berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna
merah pada waktu ini menghampiri dan selaras dengan frekuensi jin dan iblis (infra-red).
Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar
dengan warna alam. Mereka yang hendak atau sedang dalam perjalanan pada waktu ini,
sebaiknya menangguhkan dan berhenti seketika dengan menunaikan solat Maghrib
terlebih dahulu.
 
Hal ini lebih baik dan lebih selamat kerana pada waktu ini, banyak interferns atau tumpang
tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama atau hampir sama dan boleh
menimbulkan fatamorgana yang boleh mengeliru dan merosakkan penglihatan kita. Rahsia
waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.
.
.

 5. Waktu Isyak


 
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke
warna Indigo (biru nila) dan seterusnya memasuki
fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia
ketenteraman dan kedamaian yang mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan
otak.
 
Sekiranya seseorang itu kerap ketinggalan
Isyaknya dengan tidur sejak waktu Asar atau
Maghrib atau mereka yang tidur sebelum
mendirikan solat Isyak, pasti jiwa dan tidurnya tidak tenteram dan gelisah. Alam ketika ini
mulai diselimuti kegelapan dan kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh. Dan sebetulnya,
waktu inilah tidur yang disyariatkan dalam Islam di mana keseluruhan sistem tubuh
berada dalam keadaan santai atau berehat.
 
Dengan tidur di waktu ini, keadaan jiwa kita berada pada gelombang Delta dengan
frekuensi di bawah 4 Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat.
.
.

 6. Qiamullail
 
Selepas tengah malam, alam mula bersinar
kembali dengan warna-warna putih, merah
jambu, dan seterusnya ungu.
 
Perubahan warna ini selaras dengan frekuensi
kelenjar Pineal (otak kecil), kelenjar Pituitary
(bawah otak), thalamus, dan Hypothalamus. Maka
kita sepatutnya bangun dari tidur pada waktu ini
untuk melakukan Qiamullail atau solat malam
seperti dituntut oleh Agama Islam.
.
.

Penutup
 
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
 
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam
ini.
 
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah ‫ سبحانه وتعالى‬mewajibkan solat ke
atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu
hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan
manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri
kelas duniawinya.
.
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman:

.‫ِإَّن الَّص َالَة َكاَنْت َع َلى اْلُم ْؤ ِم ِن يَن ِك َت اًبا َم ْو ُق وًت ا‬


“Sesungguhnya solat itu merupakan kewajiban yang ditetapkan waktunya bagi
kaum mukminin.”
(Surah An-Nisa`: Ayat 103)
.
.
‫واهلل أعلم بالصواب‬
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
‫َو الَّس َالُم َع َلْي َكْم َو َر ْح َم ُة اُهلل َو َب َر َكاُت ه‬
.
~ shafiqolbu ~
.
.
 

Share this:
    

Related

Empat Kategori Waktu Waktu-Waktu Yang Zikir Harian Sepanjang


Solat Dilarang Melaksanakan Ramadhan
28/11/2013 Solat 06/08/2011
30/10/2013
In "Solat" In "AMALAN"
In "BICARA"

Categories: ASTRONOMI, KESIHATAN, WAKTU

Tags: Hikmah Disebalik Perubahan Warna Langit Ketika Masuk Waktu Solat, Hikmah Waktu Solat Dan Perubahan Warna Langit /Alam,
Menurut Al-Quran Dan Sains, Rahsia Rakaat Dalam Solat, Rahsia solat lima waktu, Waktu Solat Dan Warna Alam, Waktu Solat Menurut
Al-Quran Dan Sains, waktu-waktu solat di dalam Rukun Islam

Leave a Comment

Shafiqolbu
Back to top

Anda mungkin juga menyukai