Anda di halaman 1dari 20

Aura dan Tenaga

1. APA ITU TENAGA DALAM

Tenaga Dalam adalah suatu tenaga atau aliran kuasa yang terdapat dalam tubuh
kita. Tenaga tersebut tersimpan atau mengeram dalam diri kita serta belum terbentuk ke
sifat yang sepatutnya sama sekali. Tenaga tersebut akan bangkit dan terbentuk apabila
kita menggerakkannya dengan latihan yang kita buat.

AURA yang sudah mengembang dan menyelubungi tubuh juga di sebut sebagai
Tenaga Dalam. Tenaga ini dapat dimanafaatkan baik untuk diri sendiri mahupun orang
lain contohnya untuk pertahanan diri, pengobatan dan berbagai bagai keperluan
lainnya. Banyak orang yang mempunyai tanggapan bahawa Tenaga Dalam itu adalah
tenaga batin. Fahaman ini adalah salah. Kenapa? Tenaga Dalam sebenarnya adalah
berbeza dengan tenaga batin cuma ianya mempunyai persamaan dari segi
kegunaannya.

APA ITU AURA ?

Aura ialah suatu awan radiasi bercahaya yang mengelilingi tubuh. Awan ini akan
menahan tenaga prana atau mencegah bocornya tenaga prana keluar. Dengan kata lain
aura ini bertindak sebagai lapisan sekat untuk tenaga lemah, dan aura ini berbeza dari satu
orang kepada orang lain dalam warna, ciri–cirinya yang mencerminkan kesihatan, sifat
emosional, dan spiritual seseorang itu. Gambaran bentuk aura ini adalah lapisan udara
yang menyekat prana dari dalam tubuh, dengan bahagian di luar tubuh, dan mempunyai
bentuk seperti telur terbalik.

PERBEZAAN TENAGA DALAM DENGAN ILMU KEBATINAN

Ramai orang yang keliru akan Tenaga Dalam dan memberi berbagai-bagai tafsiran
kepadanya. Akibatnya Tenaga Dalam disamakan dengan ilmu-ilmu kebatinan yang
memerlukan amalan kerohanian seperti zikir, puasa, mutih dan pertapaan untuk
mendapatkannya. Lebih teruk daripada itu, ada yang menyatakan pengamal Tenaga
Dalam menggunakan jin, iblis, syaitan roh atau makhluk-makhluk ghaib yang telah
dicapkan sebagai syirik. Ada pula yang mengatakan ianya perbuatan sihir, magik ataupun
silap mata.

Sebabnya masyarakat bertanggapan begitu ialah kerana kurangnya pendedahan


dan kefahaman masyarakat kita terutamanya di Malaysia ini akan istilah dan keujudannya
Tenaga Dalam itu. Perguruan ini telah berusaha dan akan terus berusaha untuk
menyedarkan masyarakat semuanya akan apa itu Tenaga Dalam.
Saya berharap kepada anda dan semua murid saya yang pernah berguru dan belajar
dengan saya supaya meneruskan perjuangan ini bagi kepentingan agama kita dan
kefahaman kita dari di sogok oleh perkara-perkara yang bukan- bukan.

I lmu Kebatinan adalah suatu kebolehan yang didapati dari pada amalan kerohanian
yang dibina daripada tiada kepada ada.
Seseorang yang mempunyai Tenaga Dalam belum tentu mempunyai tenaga batin
dan begitulah sebaliknya, seseorang yang mempunyai tenaga batin belum tentu
mempunyai tenaga dalam. Cara latihannya juga berbeza sekali. Akan tetapi, seseorang
yang mempunyai Tenaga Dalam, apabila ia mempelajari dan mengamalkan ilmu kebatinan
maka, hasilnya akan menjadi lebih cepat dan keberhasilan dari amalannya akan menjadi
lebih memuaskan.

Ini bermakna, Tenaga Dalam itu menjadi suatu pemangkin atau sebagai suatu kuasa
menolak yang sungguh efektif terhadap keberhasilan sesuatu ilmu yang dipelajari.

Tenaga dalam pula diperolehi daripada pembukaan dan penjanaan chakra yang
sudah tersedia dalam tubuh seseorang daripada latihan jurus pernafasan dan meditasi
Seseorang manusia itu lahir tanpa sebrang ilmu, apabila ia meningkat dewasa dan
membesar, segala pengalaman dan pembelajarannya menjadikan ia seorang yang berilmu.
Sementara Tenaga Dalam ialah sesuata tenaga yang bersumberkan dari dalaman tubuh
seseorang, bukannya diperolehi daripada luar.

Gautama Buddha dikatakan memiliki aura sejauh 1 kilometer dan Nabi Muhammad S
A W pula memiliki aura yang terpancar dari chakra-chakranya atau Nur-nur Muhammad
sehingga ke seluruh alam hinggakan awan dapat mengesan dan mengikuti kemana sahaja
baginda pergi. Pohon kayu dan binatang yang beratus-ratus batu jaraknya pula mula
berMarhaban mengucap selamat datang kepada baginda apabila mula mengesan
kehadiran aura baginda Rasulullah.

TENAGA DALAM , TENAGA PRANA DAN AURA

Dalam bahasa Yunani Prana disebut Pneuma, dalam bahasa Polinesia disebut
‘mana’, dan dalam bahasa Yahudi disebut ‘ruah’yang berarti “nafas kehidupan“.

Pada dasarnya, terdapat tiga sumber utama prana iaitu: Prana Matahari, Prana
Udara dan Prana Bumi.

Prana Matahari berasal dari sinar matahari. Prana ini memperkuat seluruh tubuh dan
membentuk tubuh sihat. Prana matahari dapat diperolehi dengan menghadap dan
berjemur di bawah sinar matahari dan meminum air yang telah disinari matahari. Akan
tetapi penyinaran yang lama atau terlalu banyak prana matahari akan membahayakan
tubuh fizikal maupun tubuh bioplasmik kerana sifatnya yang sangat kuat.

Prana yang terdapat di dalam udara disebut Prana Udara atau butir butir tenaga
udara. Prana udara diserap paru paru melalui proses pernafasan dan juga
diserap langsung oleh pusat energi tubuh bioplasmik. Pusat pusat energi ini disebut
Chakra. Prana Udara dapat lebih banyak diserap dengan pernafasan berirama
yang lambat dan dalam. Prana Udara juga dapat diserap melalui pori pori kulit
oleh orang yang telah menjalani latihan tertentu.

Prana yang terdapat di dalam bumi disebut Prana Bumi atau butir butir tenaga
bumi. Prana ini diserap melalui telapak kaki. Ianya dilakukan secara otomatik, dan secara
tidak disedari. Berjalan dengan telapak kaki tidak beralas, akan meningkatkan jumlah
prana bumi yang diserap oleh tubuh. Kita boleh belajar untuk menyerap lebih banyak
prana bumi bagi meningkatkan tenaga dan kemampuan untuk berfikir secara lebih cergas.

Air menyerap prana dari cahaya matahari, udara, dan bumi yang berhubungan
dengannya. Tanaman dan pokok menyerap prana dari cahaya matahari, udara, air, dan
bumi. Manusia dan haiwan memperoleh prana dari cahaya matahari, udara, bumi, dan air,
juga makanan. Makanan yang segar, mengandung lebih banyak prana daripada makanan
yang diawetkan.

Prana juga dapat dipancarkan kepada orang lain untuk penyembuhan. Mereka yang
mempunyai kelebihan tenaga dalam, cenderung membuat orang yang di sekitarnya merasa
lebih baik dan berghairah. Walaupun demikian mereka yang kehabisan prana sebenarnya
akan menyerap prana dari orang lain secara tidak sedar. Itulah sebabnya anda mungkin
pernah berhadapan dengan seseorang yang cenderung membuat anda merasa lelah, atau
kehabisan tenaga kerana alasan yang tidak jelas.

Pohon-pokok besar yang sihat dan sudah tua, memancarkan sebahagian kelebihan
prananya. Orang yang lelah, atau sakit mendapat banyak manfaat dengan berbaring atau
beristirahat apatah lagi bermeditasi dan berlatih di bawah pokok tersebut. Hasil yang lebih
baik dapat diperolehi dengan meminta secara lisan kepada pokok itu, untuk membantu
orang yang sakit atau untuk sembuh daripada penyakit oleh energi yang diserapkan
daripada pokok tersebut.

Siapa sahaja dapat belajar menyerap prana secara sedar dari pada pokok pokok tersebut,
melalui telapak tangan, sehingga tubuh merasa ada getaran dan menjadi kebas, kerana
besarnya prana yang diserap.
Ada daerah atau tempat tempat tertentu mempunyai prana yang lebih banyak
daripada tempat lain. Beberapa daerah yang berenergi tinggi boleh menjadi tempat untuk
penyembuhan.

Dalam keadaan cuaca buruk, banyak orang menderita sakit. Sebabnya bukan sahaja
kerana perubahan suhu, tetapi juga kerana penurunan prana daripada prana matahari dan
prana udara. Kerana itu ada orang merasa lembab, baik mental maupun fizikal. Keadaan
ini dapat dilawan dengan menyerap prana / energi secara sadar, dari udara dan bumi dan
ditukarkan menjadi tenaga dalam dalam tubuh badan.

Faedah–Faedah Prana.

Bagi seseorang yang telah mampu menghimpun dan menguatkan tenaga dalamnya /
prana secara teratur untuk mengikut apa saja kemahuannya maka ia akan dapat
memanfaatkan prana secara ekstra, yang tiada dimiliki oleh orang lain diantaranya ialah :
A. Memiliki tubuh yang perkasa dan dijauhi dari penyakit.
B. Memiliki organ pernafasan yang istimewa dan tubuh selalu mendapat kesegaran
yang penuh.
C. Mempertajam pancaindera dan menimbulkan indera ke enam.
D. Memeliki semangat yang tinggi dan sifat optimis dan pantang menyerah.
E. Berkemahuan tinggi dalam berkehidupan, dan penuh percaya diri.
F. Daya ingatan yang tajam, berwibawa, disegani dalam pergaulan, penuh bijak.
G. Wajah bersinar, dan mempunyai daya tarikan tersendiri.
H. Meninggikan kebolehan beladiri.
I. Kuasa penyembuh diri sendiri dan orang lain, dan payah terkena perbuatan halus.

ENERGI HIDUP
Kita dikatakan hidup apabila jantung berdenyut, terjadi pusingan darah yang membawa
oksigen dan zat lainnya ke seluruh sel-sel yang membentuk tubuh kita! Dari penelitian
ilmiah dapat diketahui bahawa jantung itu mampu berdenyut mengepam darah melewati
pembuluh darah ke seluruh tubuh oleh adanya stimulasi saraf (cardiac plexus) yang
bekerja berterusan. Kini jika kita bertanya, apakah yang membuat syaraf otonom
(vegetative otonom nerves system) itu bekerja, maka jawapannya adalah : adanya suatu
ENERGI HIDUP (Life force) yang terbentuk dari berbagai sumber energi alam, di dalam zat
makanan (minuman) serta zat (O2) melalui proses pernafasan!

Sistem Hatha Yoga dari peradahan Hindu purba menamakannya : PRANA! Sistem China
purba menyebutnya CHI (qi), di Jepun dan Korea disebut KI! Sedangkan di kawasan
Nusantara Asia Tenggara kita ini dikenali melalui istilah : BAYU SEJATI, NAFAS JATI,
TENAGA DALAM dan sebagainya. Para pengkaji barat menterjemahkannya ke bahasa
Inggeris sebagai INNER POWER, INTRINSIC ENERGY, LIFE FORCE dan lain-lain istilah.
Energi Hidup ialah faktor 'penggerak' cardiofasculer, sebagai penunjang kehidupan
fizik yang paling dasar, yang lazimnya disebut Z : kehidupan vegetatif sebagai bahagian
kehidupan biologi kita. Lebih jauh lagi jika kita merangkumi soal 'ingatan' serta aspek
kejiwaan lainnya seperti psikik, psiko, minda itu juga bergantung kepada adanya Energi
Hidup tersebut.

Salah satu unsur yang membantu adanya energi hidup tadi ialah udara yang kita hirup ini.
Oksigen (O2) merupakan zat pembakar yang paling penting, di samping zat air (hidrogen),
nitrogen, dan lain-lain.

Dengan demikian jelaslah kiranya bagi kita sekelian, bahawa pernafasan (proses
mengambil O2 dan melepaskan CO2) dan seluruh proses metabolisme yang lebih rumit
terjadi di dalam sel tubuh kita, merupakan syarat bagi setiap makhluk hidup, dari haiwan
bersel tunggal, tumbuh-tumbuhan, haiwan melata, berenang di dalam air, terbang di
udara, sehingga makhluk tertinggi iaitu homo-sapien atau umat manusia!

Hakikat Proses Pernafasan


Penyerapan oksigen, sesungguhnya terjadi di dalam sel-sel dalam tubuh, sedangkan paru-
paru merupakan organ tubuh untuk menampung udara melalui lubang hidung. Jika aktiviti
nafas yang terganggu keseimbangan energi dalam tubuh kita pun akan terganggu pula.
Untuk mencapai suatu mutu kesihatan yang baik, sistem pernafasan (respirasi) yang lancar
dan semulajadi sangatlah penting. Terlebih lagi apabila kita sedang menderita sakit, terlalu
lelah fizikal mahupun mental, sistem pernafasan merupakan bahagian terutama sekali
diberi perhatian. Maka setiap rumah sakit pasti amat memperhatikan pentingnya
pengaliran nafas masuknya udara bersih yang menunjang pernafasan pesakit.
Terciptanya sistem tradisional latihan pernafasan (Pranayama Yoga, Qigong,
Taijiqan, Tenaga Dalam dan lain-lain) memang sangat beralasan sekali. Terutama setelah
kita semua mengetahui, betapa pentingnya fungsi pernafasan bagi membentuk Energi
Hidup kita tadi. Maka sebahagian besar dari isi buku ini adalah menghuraikan tentang
sistem latihan pernafasan guna mengembangkan sumber Energi Hidup (Tenaga
Dalam,Prana, Qi, Ki) tersebut.
Sistem latihan pernafasan membina kesihatan sesungguhnya mula dikembangkan untuk
menunjang prestasi dalam bidang olahraga; juga termasuk pula pengembangan tenaga inti
atau tenaga-dalam (inner power) bagi seni dan olahraga beladiri, teristimewa pada
Perguruan Seni Beladiri Tenaga Dalam Malaysia. Walaupun aplikasi olah-nafas untuk
beladiri bukan keperluan hakiki, tetapi ini membuktikan betapa luasnya mutu dan manfaat
praktis sistem pernafasan bagi segala aktiviti kehidupan kita.

Hubungan Energi Hidup Dengan Proses Regenerasi


Untuk mempertahankan hidup ini, maka fizik melaksanakan sejumlah proses yang salah
satu daripadanya ialah proses regenerasi! Regenerasi adalah suatu proses penggantian sel-
sel tubuh yang sudah rosak dengan sel-sel baru secara terus menerus sepanjang hayat
dikandung badan. Tanpa proses regenerasi, maka sel yang rosak itu tidak akan berfungsi
lagi, bahkan merupakan sisa yang menghalangi fungsi semulajadi tubuh, akhirnya fungsi
tubuh juga berhenti atau mati.
Di sini pernafasan (respirasi) sebagai proses pengambilan oksigen dan pengeluaran
sisa pembakaran atau karbon dioksida (CO2) serta penggunaan Energi dalam tubuh
merupakan proses yang terjadi dalam tiga bentuk.

Pertama Respirasi dalam pengertian 'bernafas' yang nampak diluar, iaitu menyedut
nafas (inspirasi) dan mengeluarkan sisa pernafasan(expirasi).

Kedua Respirasi dalam erti yang lebih khusus sebagai suatu proses pertukaran zat
(metabolisma), yang tak nampak oleh kita kerana terjadi di dalam sel-sel.

Ketiga Respirasi bererti juga suatu reaksi enzim-enzim yang menyebabkan sel-sel
tubuh kita mampu mempergunakan oksigen bagi menghasilkan energi.

Proses Respirasi tersebut menyerap dan menggunakan oksigen dan menghasilkan Energi
Hidup yang dipergunakan dalam proses kehidupan; menurut ilmu fa'al (fisiologi) dikatakan
adanya gejala-gejala hidup: mengadakan pertukaran zat (metabolisme, tumbuh dan
berkembang, bereaksi terhadap rangsangan, bergerak dan berkembang. Semuanya itu
memerlukan energi yang dihasilkan melalui respirasi di samping melalui proses pencernaan
zat makanan.
Sel tubuh sebagai sebuah satuan bentuk sekaligus satuan fungsi bagi tubuh kita, pada
suatu masa mengalami regenerasi!. Sel-sel yang rosak dan tak dapat berfungsi lagi akan
digantikan oleh sel-sel baru.
Di sini keseimbangan hidup berperanan sekali untuk penyelenggaraan regenerasi secara
sempurna, sehingga tubuh akan sentiasa dalam keadaan yang bersedia untuk berfungsi
secara umum lazim kita sebut sebagai sihat walafiat.

APA ITU CHAKRA ?

Chakra atau Pusat energi yang berputar merupakan bahagian tubuh bioplasmik yang
sangat penting. Sebagaimana tubuh fizikal, tubuh bioplasmik memiliki Chakra Utama
Chakra Kecil dan Chakra Halus. Chakra Utama merupakan pusat energi berputar yang
yang bergaris tengah sekitar tiga hingga empat inci.

Cakra bermaksud pusat tenaga dalam tubuh manusia. Ia adalah umpama


setesyen janakuasa elektrik bagi keseluruhan sistem peredaran tenaga dalam
badan. Ia berfungsi dengan menapis tenaga kasar dari tenaga magi di
persekitaran dan menghasilkan tenaga yang lebih halus dan tersaring yang
kemudiannya dimanfaat bagi pertumbuhan sel-sel tubuh.

Chakra Utama mengendalikan dan memberikan energi kepada organ-organ pada tubuh
badan. Chakra Utama bekerja seperti Pembangkit Tenaga Elektrik yang mengawal
tenaga kepada organ utama. Bila pembangkit tenaga ini tidak berfingsi, organ menjadi
sakit atau berpenyakit kerana tidak mempunyai cukup energi untuk bekerja dengan betul.

Chakra Kecil bergaris tengah sekitar satu hingga dua inci.

Chakra Halus bergaris tengah kurang dari satu inci. Chakra Kecil dan Chakra Halus,
mengendalikan dan memberikan energi kepada bahagian tubuh fizikal yang kurang
penting. Chakra tersebut masuk ke dalam tubuh dan meluas ke luar tubuh
Pembukaan Chakra

Maksud pembukaan chakra ialah mengaktifkan chakra yang berada di dalam tubuh dengan
suatu tenaga istimewa oleh seseorang yang telah mencapai tahap tenaga dalam yang
tinggi..

Kejutan ini dihasilkan sendiri dari kekuatan tenaga dalam tubuhnya. Apabila kejutan ini
diterima maka chakra-chakra dalam tubuh seseorang itu akan tiba-tiba menjadi tersangat
aktif dan memberi kekuatan dan kebolehan yang luar biasa kepadanya.

Apabila ia terus menjana dan mengembangkan kekuatan chakranya dengan latihan dan
amalan jurus, meditasi dan pernafasan maka, chakra-chakra ini akan terus aktif dan
auranya akan terus berkembang dan membesar tanpa batas.

Chakra mempunyai beberapa fungsi penting sebagai berikut.

1. Chakra menyerap, mencerna dan mengagihkan Tenaga keberbagai bahagian tubuh.

2. Chakra mengendalikan, memberikan energi dan bertanggung jawab atas


berfungsinya seluruh tubuh fizikal dan bahagian serta organ secara tepat. Sebagai
contoh kelenjar endrokrin dikendalikan dan diberi energi ,dirangsang,atau dihambat
oleh beberapa chakra utama.

3. Chakra merupakan tempat atau pusat kemampuan pemikiran. Pengaktifan beberapa


Chakra ( pusat energi ), dapat menghasilkan perkembangan beberapa kemampuan
psikis tertentu. Misalnya salah satu Chakra yang termudah dan senang untuk
digiatkan adalah Chakra tangan . Chakra tersebut terletak di bahagian tengah
telapak tangan. Dengan menggiatkan Chakra tangan, seseorang mengembangkan
kemampuan merasa energi halus dan juga kemampuan merasa Aura Luar, Aura
Kesihatan, dan Aura Dalam. Hal ini dapat dicapai hanya dengan secara teratur
memusatkan perhatian pada aktiviti chakra tersebut, dan merasakan getaran yang
ditimbulkan.

CAKRA
Cakra bermaksud pusat tenaga dalam tubuh manusia. Ia adalah umpama
setesyen janakuasa elektrik bagi keseluruhan sistem peredaran tenaga dalam
badan. Ia berfungsi dengan menapis tenaga kasar dari tenaga magi di
persekitaran dan menghasilkan tenaga yang lebih halus dan tersaring yang
kemudiannya dimanfaat bagi pertumbuhan sel-sel tubuh.
Chakra Pertama (Akar Chakra)
Chakra pertama, iaitu akar chakra, penting bagi keselamatan kita. "Berbicara secara
psikologis, akar chakra berkaitan dengan naluri menyelamatkan diri yang paling dasar. Ia
berkaitan dengan perasaan paling utama ... dan ia merupakan penggerak utama di balik
apa yang disebut tanggapan perjuangan atau penerbangan," kata gerber dalam
"Kedoktoran Getaran".
Terletak di daerah kelamin, chakra pertama menerima pemrograman dasar yang
pertama dari lingkungan keluarga kita. Melaui pemrograman ini, kita membuat keputusan
berkaitan dengan hak atau kemahuan kita agar selamat. Pengalam paling pertama kita
juga terekam di sini, terwujud dalam kewaspadaan atau penolakan terhadap perasaan
paling pertama kita.

Lokasi
Pinggang bawah, daerah kelamin
Warna
Merah

Jenis Energi
Dihidupi oleh energi api dari dalam dan luar diri kita. Ia adalah chakra penerima kundalini,
energi tanah kasar, yang mengunpani daya hidup kita dan menjamin keselamatan.

Chakra Kedua
Chakra Kedua terletak dalam rongga perut, adalah pusat dari perasaan dan
kreativitas kita. Melalui chakra ini, kita mulai mengerti tanggapan kita terhadap dunia
dalam dan luar kita, dan memutuskan bagaimana kita akan mengungkapkan tanggapan ini.
Perasaan yang timbul di sini umumnya "lebih lunak" dari perasaan yang muncul dalam
chakra pertama. Cara paling sihat untuk mengolahnya adalah melalui ungkapan yang
kreatif dan emosional. Pusat ini sangat penting bagi wanita yang saya yakini, menyimpan
sebahagian besar energi kehidupan di dalamnya. Berkaitan dengan proses fisik, ia
berhubungan dengan usus, organ rongga perut dan sistem persalinan wanita.

Lokasi
Rongga perut

Warna
Jingga

Jenis Energi
Energi chi, yang dianggap sebagai energi kehidupan dalam sistem bangsa Cina.

Chakra Ketiga (Chakra Solar Pleksus)


Chakra ketiga sangatlah rumit. Dikenal paling umum sebagai "pusat kekuatan"
berfungsi sebagai tempat penyimpan penilaian, pandangan, dan keyakinan yang kita
kumpulkan tentang diri kita dan dunia. Penilaian ini, pada gilirannya, mempengaruhi
kepercayaan dan harga diri kita. Mungkin inilah sebabnya mengapa pusat ini dianggap
sebagai sumber pemahaman, "pengetahuan" yang memberitahu kita bagaimana bertindak
di kalangan sekolahan, lingkungan masyarakat dan dunia. Dalam "Kehidupan Psikis
Wanita" , Diane Stein menggambarkannya sebagai "prompa energi psikis" bagi tubuh fisik
dan bukan fisik. Ia mengatakan, "keseimbangan emosional serta psikis terletak pada pusat
ini dan bentuk fikiran dibuat di sini."
Pusat ini khususnya penting bagi pria yang, saya yakin harus lebih diandalkan dalam
membuat keputusan daripada chakra pertama. Chakra ini juga berkolelasi dengan proses
pencernaan kita dan saling berhubungan dengan organ yang terletak di dalamnya.

Lokasi
Daerah Solar Pleksus / rongga dada

Warna
Kuning

Jenis Energi
Mental, intelektual

Gaya Komunikasi Fisik


Difahami sebagai idea, fikiran atau pemahaman intelektual yang mencatat selera untuk
membantu kita agar berhasil, menjadi perantaraan di dunia, berhadapan dengan orang-
orang dan membuat keputusan yang efektif.

Gaya Komunikasi Psikis


Dikenal sebagai empati mental atau pemurnian penginderaan, cara untuk mengetahui atau
merasakan sesuatu yang jika dapat dijelaskan adalah tidak rasional / masuk akal. Informasi
ini biasanya diterapkan dalam pengolahan masalah-masalah kekuatan pribadi serta
penilaian diri dan orang lain.

Chakra Keempat
Sejak dimulainya waktu, jantung telah dianggap sebagai pusat tubuh manusia.
Wadah peleburan energi Ketuhanan dari ubun-ubun dan dorongan kehidupan daerah
kelamin. Dalam tradisi suku Indian Cherokee, Dhyani Ywahoo mengatakan daerah kelamin.
Dalam tradisi suku Indian Cherokee, Dhyani Ywahoo mengatakan, "sebahagian besar dari
proses perubahan kita, khususnya yang berkaitan dengan emosi, terjadi dalam paru-paru
dan besar dari keputusan kita akan lebih tepat atau asli jika dibuat oleh jantung, pusat
hubungan, cinta, dan kasih sayang. Beberapa mengatakan, bahawa keberhasilan manusia
bergantung pada perubahan jantung kita.
Perubahan kita energi fisik dari jantung yang berubah dapat menunjukkan hal ini.
Pada saat lahir, jantung bewarna hijau, menunjukkan kemampuan penyembuhan bayi dan
energinya. Dalam masa dewasa, ia bewarna merah muda, perpaduan antara warna putih
(maksud / tujuan) dari ubun-ubun dan warna merah (ghairah) dari chakra pertama.
Akhirnya kita mencapai warna emas, warna dari cinta kasih umum. Dalam tingkatan yang
lebih duniawi, chakra ini mempengaruhi proses fisik berkaitan dengan jantung dan paru-
paru (fungsi sirkulasi dan pernafasan)

Lokasi
Jantung

Warna
Hijau, unggu, emas
Jenis energi
Astral (berhubungan dengan dunia astral dan dunia impian).

Gaya komunikasi Fisik


Mengkomunikasikan kebutuhan fisik dan emosional melalui penginderaan fisik, termasuk
sakit hati, terkejut dan tabrakan emosional. Sumber dari energi penyembuhan yang
digunakan dalam penyembuhan dengan tangan, pelukan dan sentuhan fisik. Jantung
mengkomunikasikan atau menerima setiap kali kita melakukan apa yang kita suka lakukan.

Chakra kelima
Chakra Kelima sangat berguna untuk mengungkapkan dan melindungi diri. Melalui
chakra lima, kita mengungkapkan apa yang ada dalam fikiran kita, yang kira rasakan, kita
lihat, kita inginkan, dan yang kita benci. Sisi depan chakra ini sering dikenal sebagai
"kedudukan tanggungjawab" kerana melalui ini kita mengatakan "ya" atau "tidak" terhadap
pendapat seseorang. Juga berkaitan dengan jiwa, chakra ini terlihat sebagai wahana
pengungkapan jiwa terhadap hasratnya. Kerana kepentingan fisiknya yang besar, chakra
ini memungkinkan kita memberikaninformasi yang kita terima dari diri batin kita.
Keberadaan fisiknya melibatkan kerongkongan dan proses pendengaran.

Lokasi
Kerongkongan

Warna
Biru

Jenis Energi
Bersifat eter, suatu energi emosional yang dimuati dengan kesadaran kejiwaan.

Chakra keenam (Mata ketiga)


Sejak zaman dahulu, chakra ini juga dinamakan "mata ketiga" yang merupakan
pusat penglihatan dalam dan luar kita. Melalui ini, kita mendapatkan, merekam serta
mengirimkan gambar, lambang, warna dan bayangan yang menyatakan kenyataan.
Berhubungan dengan kelenjar pituitari (yang menghasilkan lendir), pusat ini mengatur
banyak fungsi hormon dan endokrin kita , mendasarkan kesihatan fisiknya pada tujuan dan
citra diri kita. Seperti dikatakan Gerber, "Kelenjar endoktrin merupakan bahagian dari
sistem pengendalian induk yang kuat mempengaruhi ... tubuh mulai dari tingkat
pengaktifan gen dalam sel sampai kepada fungsi sistem syaraf pusat. Jadi chakra ini
mampu mempengaruhi suasana hati. (Mood) dan perilaku kita melalui pengaruh hormonal
pada kegiatan otak."

Lokasi
Dahi (kepala bahagian depan)

Warna
Unggu
Jenis Energi
Cerebal (berkaitan dengan otak); sisi depan mata ketiga menarik energi dari otak dan
chakra ketujuh.

Chakra Ketujuh
Terhubungkan dengan kelenjar pineal (berbentuk runjung), lapisan luar otak, dan
chakra lebih tinggi kita. Chakra ini mengatur banyak fungsi dalam dan luar tubuh. Gerber
mengatakan,"Aliran energi dimasukkan ke dalam tubuh melalui berkas aliran yang
memasuki chakra ubun-ubun"
"Pusat Fisik" dari pengetahuan lebih tinggi, menerima energi kejiwaan dan
bimbingan yang doperlukan untuk mengaktifkan maksud kita. Kerana terhubungkan
dengan bidang yang lebih tinggi, chakra ketujuh dianggap sebagai pusat ketuhanan kita.
Tempat kita mengetahui kesatuan diri kita dengan Sumber Ketuhanan dan semua makhluk
kejiwaan lainnya.

Lokasi
Ubun-ubun (bahagian lunak pada kepala bayi,

Warna
Putih

Jenis Energi
Bersifat keterik, bentuk materialisasi dari energi kejiwaan yang berasal dari luar lingkungan
bumi / ruang angkasa.

Kelima Chakra Luar Tubuh


Untuk mengerti sepenuhnya tentang sistem energi yang berdasarkan pada fisik
manusia, kita harus mempelajari tentang lima chakra atas manusia. Kelima chakra ini
berhubungan dengan tubuh fisik, tetapi tidak terletak atau berdasar di dalam tubuh.
Namun, semuanya berlaku sebagai perantara antara chakra lebih tinggi yang ghaib dan
chakra dalam tubuh.

chakra secara alami terbagi dalam tiga kelompok berturut-turut adalah psikologi,
keperibadian dan kejiwaan".
Pada dasarnya, ketujuh chakra yang paling bawah menyatukan energi kejiwaan,
fisik, mental dan emosional dengan perekat fisik. Perubahan yang terjadi di dalam ketujuh
chakra ini cenderung mengakibatkan hasil yang dapat terasa.

Kita mendapatkan pekerjaan, menjadi sakit, pulih kembali, mendapatkan atau kehilangan
kenalan. chakra memberikan fungsi pengaturan pada tubuh kita, ada tubuh dan energi lain
yang mempengaruhi kita.Ia mengatakan "Perubahan pada tubuh fisik hanyalah hasil yang
terlihat dari kejadian fisiologi yang berlangsung secara bersamaan pada berbagai tingkatan
energi." Salah satu tingkatan itu melibatkan kelima chakra atas ini, yang menghubungkan
pusat energi lahir dan batin. Semua ini menggabungkan yang terlihat dan yang ghaib,
bekerja paling sering dengan energi yang bersifat unsur dan celestial.
Energi yang bersifat unsur berhubungan dengan jenis quanta yang menciptakan
bumi : api, air, udara dan tanah. Energi selestial menjalar lebih cepat, dalam frekuensi
lebih tinggi, mungkin melalui tachyon, partikel yang bergerak lebih cepat daripada
kecepatan cahaya. Ini adalah energi yang menghubungkan konsep, idea, prinsip, nilai
secara kejiwaan. Saya yakin bahawa kelima chakra ini bekerja secara kimiawi di antara
mereka sendiri. Semua ini merupakan chakra tempat terjadinya keajaiban, imajinasi
menjadi kenyataan, kemanusiaan menerima keselamatan. Semua adalah chakra yang
mempertukarkan energi yang bersifat unsur dan celestial.

Chakra Kedelapan
Chakra kedelapan sangat menarik. Saya menemukan chakra ini dari bawah ke atas,
terletak sekitar satu setengah inci di atas kepala. Stein mengatakan, "Rasakanlah dengan
mengangkat telapak tangan kiri di atas pusat ubun-ubun kepala dan rasakan energinya."
Saya merasakannya seperti sesuatu yang datar, sehingga sukar ditemukan.
Bekerja dengan chakra ini, saya sampai pada keyakinan bahawa ini gerbang kita
memasuki dan keluar dari dunia waktu / ruang kita. Di dalamnya, pelanggan dan para
siswa saya melaporkan, mereka merasakan seperti berada di luar anfkasa dan sering
melihat berbagai bayangan bintang dan planet. Angin, lingkaran, garis dan jalur dari masa
lalu, kini dan masa depan kita sendiri serta orang lain dapat ditemukan di sini.
Di sini juga ditemukan cacatan Akashi, "buku" tempat tercatatnya semua apa yang
kita lihat, lakukan dan katakan dalam kehidupan atau yang lainnya. Guru suku bangsa
Ywahoo menyebut catatan ini sebagai "Kuil Pengertian" yang berisikan" ... semua program
pengungkapan kita tentang kehidupan ini dan kehidupan lainnya sama-sama ada."
Kerananya, kita dapat menjangkau segalanya tentang masa lalu kita melalui chakra
kedelapan. Jika tepat, kita dapat juga membaca masa lalu orang lain. Kita dapat
menjelajah ke tempat mana pun yang memang ada di masa sekarang atau dalam dimensi
yang lainnya. Meraba ke masa depan yang dapat dipastikan atau kemungkinan besar akan
datang. Juga mungkin untuk membaca masa lalu, kini dan yang akan datang lainnya. Jika
bekerja bersama pelanggan yang mengalami kesulitan memisahkan masalah-masalah
mereka dari yang lainnya, saya seringkali membimbing mereka memasuki chakra
kedelapan kereka.

Lokasi
Sekitar satu setengah inci di atas kepala.

Warna
Perak atau ultra lembayung.

Jenis Energi
Ruang

Mempengaruhi indera kita tentang keseimbangan, waktu dan perencanaan. Kunci terhadap
pengalaman fisik dan emosional yang terjadi di masa lalu.

Chakra Kesembilan (Chakra Jiwa)


Chakra kesembilan kita adalah yang paling sedikit difahami, walau kadang anda
menyakininya sebagai salah satu chakra paling penting.
Pada dasarnya, chakra ini bekerja persis seperti salah satu dari sel fisik kita. Ia
mengandung gen kejiwaan, program yang mendasari pilihan yang telah kita tetapkan
berkaitan dengan tubuh fisik, keadaan emosi dan keyakinan mental.
Semua penyembuhan harus dihubungkan dengan chakra kesembilan agar terpadu
sepenuhnya. Hanya dengan menyembuhkan tubuh kejiwaan yang membawa semua data
dari satu inkarnasi ke inkarnasi lainnya, kita dapat dipastikan tidak hanya mengulangi
pelajaran kita secara terus menerus.

Lokasi
Kira-kira satu setengah panjang di atas kepala.

Warna
Emas atau inframerah

Jenis Energi
Radioaktif.

Chakra Kesepuluh (Chakra Pentanahan / grounding)


Aku yakin bahawa satu dari kejahatan terbesar dalam gerakan metafisika adalah
kurangnya atau pengajaran yang tidak menyeluruh dari chakra yang kesepuluh ini. Kita
tidak akan dapat bertindak efektif dalam kehidupan sehari-hari, melakukan fungsi fisik atau
berusaha memenuhi maksud kehidupan jika kita tidak ditanahkan.
Ditanahkan maksudnya adalah bahawa kita terhubungkan sepenuhnya dengan
bumi, kita berada "dalam" tubuh kita. Orang yang ditanahkan dapat mengerahkan seluruh
kemampuan dirinya, keistimewaan dan pengalamannya sehingga mampu menangani
keadaan apa saja.
Orang yang tidak ditanahkan sangat mudah dikenali. Mereka cenderung bersikap
kacau, boros serta tidak menyatu dengan kebutuhan dan perasaan. Jika saya tidak
ditanahkan, saya biasanya merasa seperti sedang berada di luar tubuh. Ini biasanya
merupakan tanggapan penuh ketakutan. Banyak dari kita memisahkan keduanya dari suatu
pengalaman dan dari diri kita untuk menghadapi masalah.

Lokasi
Sekitar satu setengah sampai empat kaki di bawah kaki

Warna
Penuh nuansa tanah, termasuk sitrum, coklat, biru kehijauan, kuning-kecoklatan, kunibg-
ketanahan, hijau buah olive dan obsidian.

Jenis Energi
Bersifat eter.

WARNA AURA MANUSIA DAN ERTINYA

Bagaimana cara kita menterjemahkan warna, setelah kita menyadari bahawa warna
itu hanya merupakan simbol yang dinyatakannya? Warna aura tiap perorangan pastilah
berbeza-beza, bahkan warna seseorang tidak selalu sama setiap waktu sesuai dengan
keadaan kesihatan, perubahan mental serta fisiknya. Para clairvoyant atau orang
berpandangan terang yang Leadbeater, bahawa dapat dibezakan warna-warna berikut ini,
dan warna itu menyatakan kondisi fisik, mental serta spiritual yang terdapat pada saat
etrtentu.

Erti warna Aura adalah sebagai berikut :

HITAM Bererti kebencian dan maksud jahat; bentuk fikiran benci dan marah adalah mirip asap
hitam.

MERAH Kilatan merah tua atas latar belakang hitam menunjukkan kemarahan; merah seram
menunjukkan hawa nafsu.

COKLAT Coklat kemerahan pudar menunjukkan keserakahan; coklat keabu abuan pudar menunjukkan
sifat mementingkan diri.

COKLAT-KEHIJAUAN Disertai kilatan merah atau merah tua menunjukkan iri hati

ABU ABU Abu abu timah berat menunjukkan kemuraman yang dalam; abu abu pucat menunjukkan
ketakutan.

MERAH TUA Bererti cinta.

OREN Kebanggaan atau ambisi.

KUNING Menunjukkan kecerdasan; bila pudar, menunjukkan bahawa kecerdasan itu digunakan untuk
tujuan mementingkan diri.

HIJAU Biru kehijauan tua menunjukkan sifat baik, simpati yang dalam, sedangkan abu abu
kehijauan menunjukkan ketidakjujuran dan kelicikan.

BIRU Biru tua menunjukkan rasa keagamaan; biru muda menunjukkan ketaatan pada cita-cita
mulia dan kerohanian.

PUTIH ATAU HAMPIR PUTIH Menunjukkan kerohanian tinggi.

COKLAT PUDAR DAN BIRU PUDAR Menunjukkan rasa keagamaan yang mementingkan diri.

KUNING PUDAR Kecerdasan tingkat rendah.

ABERIKOS Menunjukkan kebanggaan.

MERAH BATA Bererti kesayangan yang mementingkan diri dan keserakahan.

MERAH MUDA DAN CERAH Menunjukkan kesayangan murni

HIJAU KEABU ABUAN Ditambah sedikit ke arah merah menunjukkan penipuan.

FAEDAH-FAEDAH TENAGA DALAM


Bagi seseorang yang mampu menghimpun dan menguatkan tenaga dalamnya
secara teratur untuk mengikut apa saja kemahuannya maka ia akan mendapat manafaat-
manafaat yang ekstra yang tiada dimiliki oleh orang biasa antaranya:

A. Memiliki tubuh yang perkasa, sihat dan dijauhi penyakit.


B.
Memiliki organ pernafasan yang istimewa dan tubuh akan mendapat kesegaran yang
penuh.
C. Mempertajamkan pancaindera dan menimbulkan indera ke enam.
D. Memiliki sifat optimis dan pantang menyerah.
E. Semangat berkobar-kobar.
F. Berkemahuan tinggi dalam kehidupan.
G. Daya ingatan yang tajam dan bijak.
H. Wajah bersinar dan mempunyai daya tarikan tersendiri.
I. Berwibawa dan disegani dalam pergaulan.
J. Meninggikan kebolehan beladiri.
K. Kuasa penyembuh untuk diri dan orang lain.
L. Payah terkena perbuatan halus.
Juga bermacam kegunaan lagi.
Marah, Kecewa, Benci, Sakit Hati?
SILAKAN SAJA…!!!
Anda bertanggung jawab sepenuhnya terhadap diri anda. Setiap
pilihan emosi (marah, sedih, kecewa, benci, ataupun gembira,
senang, bahagia, tertawa, tersenyum) adalah hak anda sepenuhnya.

Pertanyaannya adalah, mengapa mesti memilih sedih/kecewa kalau


anda bisa memilih gembira/bahagia? Ketika memilih emosi negatif
(marah, sedih, Kecewa, dll) sadarkah Anda akan resikonya?
Benarkahs etelah marah segalanya lebih baik?!

MENGAPA EMOSI NEGATIF BISA MUNCUL?


Apakah karena keadaan yang tak sesuai dengan yang anda inginkan?
Karena lingkungan yang tak mendukung?
Karena kekurangan atau kelemahan yang anda miliki?
Apakah karena sikap orang lain yang tak sesuai dengan kehendak anda?
Karena masa lalu yang membelenggu?

Kita bisa menambahkan 1000 macam alasan pada (…) di atas. Semakin kita berhasil menambahkan
berbaris-baris alasan, semakin menguatkan bahwa kita sebenarnya tidak mampu mengendalikan
perasaan sendiri!

=o0o=

MENGENAL JENIS-JENIS EMOSI


Emosi yang positif adalah emosi yang bisa menunjang dan memperkuat motivasi kita untuk bergerak
selaras dengan tujuan. Emosi tersebut bersifat menyenangkan, menentramkan dan membahagiakan.
Kinerja otak menjadi optimum, karena mampu mensinergikan segala daya intelektual untuk
mengatasi masalah.
Sebaliknya, emosi negatif sering membuat diri kita demotivasi (kehilangan motivasi) dan mengalami
krisis kepercayaan. Kemampuan intelektualitas kita sering hilang karenanya. Tak jarang hal ini
berakibat fatal.
Dalam neurologi, otak manusia dibagi menjadi 3 bagian (konsep triune). Otak Reptil, yang berfungsi
sebagai alarm bahaya; otak Mamalia yang berfungsi sebagai pengendali emosional; dan otak Neo-
korteks yang berfungsi sebagai pengendali kecerdasan. Salah satu bagian penting otak adalah
Amygdala, yang berfungsi sebagai pusat emosi. Bila ada rangsangan dari luar dan Amygdala
memaknai positif (emosi positif), maka otak Neo-Korteks yang akan bekerja memproses rangsangan
tersebut. Sebaliknya, bila rangsangan tersebut dimaknai negatif oleh Amygdala (emosi negatif),
maka otak Reptil-lah yang akan memprosesnya.
Dalam keadaan marah atau terdesak, manusia mempunyai kecenderungan untuk mengaktifkan otak
reptilnya yang akan memerintahkan untuk memilih dua hal : LARI (menghindar) atau LAWAN.
Contohnya bila kita berjalan di hutan dan tiba-tiba mendapati binatang buas yang siap menerkam.

Terdapat puluhan jenis emosi dalam diri manusia, tetapi yang bisa diidentifikasi secara fisik hanya
berkisar belasan saja. Berikut ini jenis-jenis emosi :

Emosi Positif (perasaan yang menyenangkan) :

Dihargai, diterima, dipercaya, disayangi, dicintai, tenang, nyaman, santai, aman, damai, yakin, besar
hati, berani, bangga, tegas, antusias, puas, bersemangat, senang/ gembira, bahagia, dll.

Emosi negatif (perasaan yang tidak menyenangkan)


Takut, marah, jengkel, sedih, kecewa, benci, sakit hati, malu, buruk, bosan, susah, bingung, kalah,
depresi, kecil hati, ragu-ragu, bodoh, bersalah, terluka, acuh, gugup, ditolak, tak berharga/tak
bernilai, terbuang, tertekan, , tertutup, tak nyaman, tak bahagia, dll

KENALI EMOSI DIRI


Salah satu kunci penting untuk memberdayakan diri adalah mengenali emosi (perasaan) diri. Hal
tersebut adalah kunci kesuksesan, sebagaimana kata Daniel Goleman dalam buku Emotional
Quotient (EQ). Bahwa IQ (kecerdasan intelektul) hanya berperan 20 % terhadap kesuksesan,
selebihnya yang dominan (80 %) adalah EQ (kecerdasan Emosional).

Kunci kecerdasan Emosional (EQ) menurut Daniel Goleman adalah :


1. Mampu mengenali emosi diri sendiri (ini juga disebut sebagai sadar diri)
2. Mampu mengelola emosi diri dan mengungkapkannya secara tepat kepada orang lain.
3. Mampu memotivasi diri sendiri
4. Mampu mengenali emosi orang lain (empati).
5. Mampu membina hubungan dengan orang lain

Berikut 5 cara yang bisa digunakan untuk mengenali emosi diri :

A. Kenali setiap pemicunya.


Mengapa anda sampai marah, kecewa, kesal, benci? Apakah pemicunya berasal dari luar, orang atau
lingkungan, atau berasal dari dalam diri anda sendiri?
B. Rasakan sensasi fisik yang timbul.
Perhatikan sensasi fisik di tubuh. Berkeringat, tegang, napas cepat, denyut jantung meningkat,
mata/telinga atau wajah memerah, dll.

C. Sadarilah bahwa sejarah pribadi diri adalah sesuatu yang tidak bisa diubah.
Lepaskan diri dari belenggu masa lalu. Hentikan semua emosi negatif yang terpengaruh olehnya.

D. Kenali keyakinan & pikiran anda lebih dalam

Bagaimana anda memandang situasi yang sangat mungkin akan membuat anda terdesak? Uraikan
lebih jauh dampak yang timbul akibat emosi negatif itu. Apakah keyakinan yang dianut bisa
mentolerirnya? Apakah hal itu sejalan dengan pemikiran dan tujuan yang akan anda gapai?

E. Kenali maksud anda.


Apa tujuan anda melontarkan/mengekspresikan emosi? (baca indeks di bagian paling bawah)
Apakah ketika marah pada seseorang anda bermaksud memelihara kontrol, atau untuk menghindari
dikontrol? Apakah hal itu dimaksudkan untuk melindungi hak-hak anda, ataukah hal itu sebagai
tindakan balasan?

Ketika mengekspresikan kesedihan, hal itu dimaksudkan sebagai upaya agar anda diperhatikan,
dikasihani atau disayangi? Ataukah anda sedang ingin membuat jarak dengan orang lain?

MEMILIH PERASAAN SENDIRI


Banyak orang tidak percaya bahwa mereka sesungguhnya bisa MEMILIH PERASAAN mereka
sendiri. Mereka menganggap bahwa ketika ada rangsangan A dari luar, maka secara otomatis
perasaan A’ yang akan timbul. Sebagai misal, ketika atasan marah habis-habisan, begitu keluar
ruangan secara otomatis rasa sedih, kecewa, benci atau sakit hati akan melanda bawahannya.
Benarkah selalu demikian?

Dalam buku HOW YOU FEEL IS UP TO YOU, Gary Mckay dan Don DinkMeyer mengungkapkan
bahwa sesungguhnya manusia memiliki kebebasan untuk memilih perasaannya sendiri, lepas dari
pengaruh rangsangan yang timbul. Hal tersebut sesuai dengan penelitian Neurologi, bahwa ketika
Amygdala dilatih, maka ia bisa MEMILIH saklar mana yang akan diaktifkannya : otak Reptil
ataukah otak neo korteks.

Dua penulis tersebut mengembangkan sebuah formula sederhana yang disebut dengan FORMULA
ACE (Accept, Choose, Execute) yang bisa digunakan untuk membantu memilih perasaan.

A=ACCEPT (Terimalah diri anda dan perasaan-perasaan Anda)

Belajarlah untuk menerima seutuhnya semua bagian dari diri anda : kekurangan, kelemahan,
ketidaksempurnaan. Sadari jika memang anda tidak tampan/cantik, tidak kaya, tidak menarik,
mempunyai gangguan kesehatan, mempunyai kekurangan fisik atau cacat. Sadarilah bahwa sejarah
masa lalu anda mungkin tidak cukup indah.

Belajar untuk menerima diri sendiri adalah hal terpenting, karena tanpanya anda pasti tidak akan
dapat menerima perasaan-perasaan sendiri. Rasa terkucil, terbuang, kecil hati, kecewa bahkan benci
akan selalu hinggap!

C=CHOOSE (Pilihlah maksud-maksud, keyakinan dan perasaan baru)

Sebenarnya setiap perasaan memiliki tujuan. Belajarlah untuk mengenalinya. Apa sesungguhnya
yang ingin anda capai dengan memilih perasaan tersebut? (lihat indeks di bagian bawah). Apakah
maksud anda tersebut menguntungkan dalam jangka panjang? Sudahkah anda berhitung
konsekuensinya?
E=EXECUTE (Jalankan pilihan-pilihan baru)
Setiap perubahan memerlukan tindakan. Karenanya bertindaklah berdasarkan pilihan terbaik yang
bisa anda buat. Pahami juga pilihan apapun, selalu mengandung resiko. Tegaskan komitmen pada
diri anda, untuk SIAP membayar resiko itu!

=o0o=

INDEKS

Emosi Negatif Maksud yang hendak dicapai


Marah Mengontrol, menang, membalas, melindungi hak
Jengkel Menunjukkan ketidaksetujuan, menghentikan gangguan, menciptakan gerakan
Apatis Melawan secara halus
Menunjukkan tidak menyukai sesuatu/situasi, Menginginkan seseorang
Bosan
menciptakan kegembiraan bagi anda
Menunjukkan kurang mengerti, menghindari membuat keputusan,
Bingung
Menghindari berharap
Putus asa Mengijinkan diri sendiri untuk menyerah
Mengekspresikan marah, Mengontrol, Beristirahat sebentar, ingin
Depresi
memperoleh pelayanan, Mengungkapkan kesedihan
Kecewa Mengungkapkan ketidakpuasan, Menunjukkan ketidaksetujuan
Kehilangan
Mengijinkan diri sendiri untuk berhenti sebentar atau untuk menyerah
semangat
Takut & gelisah Melindungi diri sendiri, menciptakan kegembiraan, Menciptakan gerakan
Menghukum diri sendiri, menentang kewajiban, Memaafkan diri sendiri dari
bertindak secara santun, menunjukkan superioritas, melindungi diri sendiri
Rasa Bersalah
dari perasaan marah yang kuat, mengungkapkan maksud ‘baik’ yang
sebenarnya tidak kita miliki.
Terluka Mengijinkan diri sendiri untuk membalas
Kasihan Menghindar bertindak, menunjukkan superioritas
Mengungkapkan kekecewaan,Membuat orang lain mengambil tanggung
Sedih
jawab anda, Menunjukkan terharu
Mengungkapkan kepedulian, Mengungkapkan ketakutan, Mencoba untuk
Was-was
menyimpan sesuatu dari kejadian

Anda mungkin juga menyukai