Anda di halaman 1dari 4

SOLAT TAHAJUD - DARI PERSPEKTIF PERUBATAN

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah
malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai
shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam
kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini
sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam
mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu
juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam
sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray
Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of
Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam
selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur
lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu
berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan
yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang
mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.
Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak
terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang
atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir
setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk
memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur
mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-
mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita
akan menurun. Dengan mengatur waktutidur dan menggunakan jangkasuhu kita
boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh
menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja
lain.
Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan
doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita
makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan
susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.


3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain
kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah
S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk
bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada
enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh
tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti
untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit.
Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh
menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut
pendapat seorang doktor
dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.
Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana
ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang
yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil
mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini
di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di
waktu
malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah."
( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang
bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian
penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir'
dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk,
mereka
berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang
kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha,
Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan


mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are
lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji
yang mesti ditunaikan dahulu
sebelum saya tidur."

"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But
while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow

Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak
didapati serta merta tetapi mereka
bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang
nyenyak tidur. "

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai


kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan
kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika
itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu
mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental
kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha
Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di
atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan
menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan
melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat
penting dalam
memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera
bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya
manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka
yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.

Tengok hadith lak,

Hadith regarding Tahajjud:

Abdullah ibn as-Salam reports: "When the Prophet, peace be upon


him, came to Madinah, the people gathered around him and I was one
of them. I looked at his face and understood that it was not the face of
a liar. The first words I heard him say were: 'O people, spread the
salutations, feed the people, keep the ties of kinship, and pray during
the night while the others sleep and you will enter paradise in peace."'
This is related by al-Hakim, Ibn Majah, and at-Tirmizhi

Caranya:

Solat Sunat Tahajjud adalah solat sunat yang didirikan ketika melakukan Qiamullail.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.

• Rakaat pertama selepas Al-Fatihah bacalah surah Al-Kafirun,


• Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
• Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada Allah.

Doanya pulak...saya prefer doa in malay....

Segala puji bagimu ya Allah yang mencipta langit dan bumi dan segala isinya, segala
puji bagimu engkau adalah nur( hidayah) lamgit dan bumi dan segala isinya, segala
puji bagimu engkaulah Al-Haqq ( salah satu nama Allah) dan janjiMu adalah benar,
dan pertemuan denganMu di akhirat adalah benar, dan kata-kataMu adalah benar
dan syurga adalah benar dan neraka adalah benar dan Muhammad SAW adalah
benar dan hari qiamat adalah benar. Ya Allah yanbg tuhanku, pada engkau sajalah
aku berserah, dan pada engkau aku beriman dan pada engkau aku bertawakkal dan
pada engkau aku kembali dan pada engkau aku mengadu. Maka ampunkanlah
dosaku dulu dan sekarang dan apa yang aku sembunyikan dan aku zahirkan.
Engkaulah yang berkuasa mendahulukan dan mengakhirkan sesiapa yang kau
kehendaki. Tiada tuhan yang berhak diabdikan padanya melainkan engkau ( Ya
Allah)
Dari Al-Azkar An-Nawawi didalam bab Apa Yang dibaca Ketrika Bangkit Pada Waktu
Malam.

Anda mungkin juga menyukai