Anda di halaman 1dari 7

Kepentingan Tidur dan Rehat

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan rehat agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari) Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim) Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara

produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri. Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebihlebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor." Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Tidur dan Jadi Bijak


Feb23 2010 24 Comments Written by ahmadyusrie

Kajian menunjukkan tidur seketika di waktu tengah hari bukan sahaja menyegarkan tubuh badan tetapi juga mampu menjadikan kita seorang yang bijak! Tidur selama sejam pada waktu tengah hari dikatakan mampu meningkatkan keupayaan otak untuk berfikir dan membolehkan faktafakta baru untuk diserap untuk jam-jam berikutnya. Tak hairanlah individu yang mengamalkan tidur seketika sebelum waktu Zohor ni hebat-hebat belaka. Winston Churchill, Albert Einstein, Margaret Thatcher dan yang terutama sekali nabi kita Muhammad SAW adalah antara individu-individu berpengaruh yang mengamalkannya. Aktiviti tidur di waktu tengah hari selepas makan tengah hari ini dah jadi suatu budaya di kalangan masyarakat Sepanyol dan mereka gelarkan ia sebagai Siesta. Tapi di kalangan masyarakat Malaysia, kita masih kurang jelas tentang kepentingannya. Berapa ramai dari kita yang manfaatkan waktu rehat tengah hari untuk merehatkan tubuh badan kita? Lebih ramai rasanya yang suka manfaatkan masa ini untuk bersembang di kedai makan, sebahagian lebih senang melayari internet di pejabat dan kebanyakan pelajar pula menggunakan masa ini untuk menyiapkan tugasan yang tertangguh. Setelah berhempas pulas bekerja dan berfikir sepanjang pagi, tubuh kita berhak mendapatkan sedikit rehat untuk mengecas kembali tenaga yang amat diperlukan untuk tugasan di sebelah petang. Ingat kita manusia, bukan mesin. Nabi kita biasanya akan tidur seketika sebelum zohor. Jadi kalau kita pun boleh amalkan, dapat la pahala sunat macam tu je. Setiap sunnah nabi tu ada hikmahnya kan?

kepentingan tidur dari segi saintifik


Categories > General(Umum terbuka semua topic) kajian menunujukkan bahawa masalah sukar menumpukan perhatian && kelembapan otak ada kaitannya dengan faktor tidur tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan melalui proses ini seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar && membantu daam memelihara daya ingatan seseorang proses penyimpanan maklumat di dalam otak juga berlaku semasa tidur kurang tidur menyebabkan tumpuan seseorang dalam membuat keputusan && perancangan terjejas menurut kajian : kebanyaka kemalangan yang berllaku di tempat kerja mahupun jalan raya ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang kerana seseorang yang kurang tidur drpd biasa akan mengalami tekanan && melemahkan ketahanan badan hingga menyebabkab mudah dijangkiti penyakit -. menurut pakar : badan kita mempunyai pusingan biologi yang tetap pusingan biologi ini aktif pada waktu siang && kurang aktif pada malam hari oleh itu bagi memulihkan biologi dlm badan , kita perlukan tidur yang cukup -. tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang amalan tidur di siang hari dapat menyegarkan tubuh sekali gus dapat meningkatkan produktiviti kajian juga menunjukkan bahawa tidur secara rutin selam 30 min pada waktu tengah hari dapat mengurangkan sakit jantung namun seseorang tidak digalakka tidur selepas matahari terbit dan pada waktu lewat petang kerana menurut pakar , tidur pada waktu2 tersebut boleh menjejaskan kesihatan tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan

Misteri Tidur
Saturday, 14 February 2009 08:22 Sh Nurul Hidayah Syed Murzaki Cerna Minda Umum

dihantar oleh sinar_islami


Top of Form

Rating:

/2
Rate vote com_content 837

Inferior
http://perubatan.o

Superior

Bottom of Form

Share

"Ana letih la. Ana tidur dulu ya dah lewat malam nih, kena tidur la takut mengantuk pula dalam kelas" Sesungguhnya kalam inilah yang biasa dilafazkan apabila malam melabuhkan tirainya dan apabila letih tak tertahan lagi. Bagai tak dapat dipisahkan keinginan tidur dari kehidupan manusia. Justeru apa pentingnya tidur kepada seorang mukmin serta apa untungnya pada sistem tubuh badan? Sesungguhnya setiap penciptaan ada hikmah tersembunyi dan bukan semua boleh diungkapkan melalui kajian saintifik mahupun mengikut lojik akal yang terbatas ini. Hakikatnya tidur sudah menjadi rutin harian kehidupan manusia amnya. Tidur bagaikan pelengkap kitaran hidup seorang dalam berubudiyyah kepada Rabbuljalil. Maha suci Allah menciptakan sesuatu sesuai dengan kehendak makhluknya. Apabila didatangkan siang untuk memerah keringat didatangkan pula malam untuk berehat. Firman Allah: Dan kami jadikan tidurmu untuk rehat dan kami jadikan malam sebagai pakaian dan kami jadikan siang sebagai ruang mencari penghidupan. (an-Naba'9:11) Setelah berdekad lamanya dalam pengkajian corak tidur oleh para saintis, banyak penemuan tentang kepentingan tidur yang telah ditemui. Oleh itu terdapat dua teori asas tentang keutamaan tidur yang boleh dikongsi bersama. 1. Pemulihan (Restorative) - Tidur membolehkan badan dan minda kita untuk kembali cerdas, bertenaga dan cerdas. Kajian telah menyatakan bahawa semasa tidur otak boleh menjalankan tugasan mengemas kini data seperti menyusujn semula memori long term mahupun short term memory, mengintegrasikan maklumat baru dan memluihkan tisu dan saraf serta pelbagai lagi perubahan kimia di dalam badan. 2.Penyesuaian (adaptive) - Tidur juga boleh dikategorikan sebagai salah satu bentuk penyesuaian badan untuk bekerja di siang hari tidak terjejas. Dr Willian Dement, salah seorang diantara perintis dalam kajian tidur ini mengatakan bahawa kebanyakan mahasiswa yang memasuki kolej dan universiti mempunyai pengetahuan tentang kesihatan tapi tidak mempunyai pengetahuan tentang nilai dan kepentingan tidur. Beliau juga turut menyarankan agar mahasiswa tidak hanya mengambil berat akan penjagaan tubuh badan serta pengambilan makanan yang bernutrisi tapi turut menitikberatkan soal tidur yang berkualiti

untuk kestabilan dan kelancaran sistem koordinasi tubuh badan. Ketiga-tiga elemen ini penting untuk kesihatan dan dikenali sebagai fundamental triumvirate of health. Namun sebagai insan yang bergelar mukmin, tidur yang cukup juga tidak memadai andai ibadah tidak dijaga. Inilah yang membezakan mukmin dengan manusia lain. Inilah kelebihan yang sedia ada kerana setiap ibadah yang diperintahkan membantu dalam melancarkan sistem aliran darah dan pelbagai sistem badan yang lain. Contohnya ketika kita bersujud dalam solah sebenarnya membolehkan hampir keseluruhan kawasan di bahagian otak menerima jumlah darah lebih dari keadaan biasa. Begitulah agungnya penyusunan Allah.

Tahukah anda bagaimana kita tertidur? Mengikut kajian saintifik , badan manusia akan dirangsang untuk tidur apabila menerima isyarat dari 'Circadian clock' atau juga dikenali sebagai 'Circadian rhythm'. 'Circadian clock' diibaratkan sebagai kitaran jam yang terdapat dalam badan (internal biological clock) iaitu seperti sebuah perisian yang mengawal dan mengesan perubahan biological di dalam badan. 'Circadian clock' bekerja seiring dengan kehadiran adenosine iaitu sejenis neurotransmitter (bahan kimia yang terdapat di kawasan saraf) yang mampu memperlahankan segala aktiviti badan. Semakin banyak adenosine berkumpul di otak semakin mengantuk individu tersebut. Namun secara keseluruhannya fenomena mengantuk dan keinginan untuk tidur ini masih sukar untuk disingkap secara saintifik. Adakah kita mengetahui bahawa tidur juga mempunyai peringkat dan fasanya? Agaknya bila kita diulit mimpi? Hasil kajian yang telah ditemui membahagikan tidur kepada 2 jenis iaitu REM (Rapid Eye Movement) dan NREM (non-REM). REM adalah peringkat dimana kita bermimpi. NREM pula dibahagikan kepada 4 fasa iaitu: Fasa 1: (Separuh tidur/drowsiness) - Fasa ini mengambil masa 5-10 minit. Mata akan bergerak dengan perlahan dalam keadaan kelopak mata tertutup dan aktiviti yang dilakukan oleh otot badan berkurangan.Kalian akan mudah terjaga pada fasa ini apabila ada gangguan. Fasa 2: (Light sleep) - Kemudian pada fasa ini mata akan berhenti bergerak,denyutan jantung makin perlahan dan suhu badan mula berkurangan.

Fasa 3 & 4: (Deep sleep) - Apabila memasuki fasa ketiga dan keempat kebiasaannya anda amat susah dikejutkan.Namun bagi mereka yang terjaga pada fasa ini akan mengalami masalah untuk meyesuaikan diri dan akan berasa pening serta kestabilan badan terganggu untuk beberapa minit selepas terbangun dari tidur. Anak-anak kecil biasanya mudah mengalami mimpi buruk,mengigau,berjalan dan kencing malam ketika fasa ini. Ketika fasa 'REM sleep' iaitu 'Dream sleep' ia memakan masa 70-90 minit dari kitaran tidur . Apabila anda memasuki fasa ini kebiasaannya kita akan mengalami 3 hingga 4 episod mimpi setiap malam. Bebola mata kita akan bergerak dengan laju dalam keadaan terpejam dan disebabkan inilah fasa ini dikenali sebagai 'rapid eye movement (REM) sleep' Setiap fasa tidur memainkan peranan yang penting. Walaubagaimanapun 'deep sleep' merupakan fasa yang paling penting kerana inilah fasa pertama bagi otak mengemas kini data dan rehat secukupnya. Sekiranya kita tidak mendapat deep sleep yang secukupnya kita akan mendapat gangguan tidur yang boleh memberi impak pada kecergasan tubuh badan. Kajian juga mendapati bahawa sistem ketahanan atau sistem imuniti badan juga akan meningkat pada fasa ini serta semua tenaga di kumpulkan semula untuk melakukan proses seterusnya. Dewasa ini ramai juga di kalangan kita mengalami gangguan tidur seperti insomnia iaitu mengalami masalah untuk tidur. Justeru golongan ini mengalami kemurungan, kelesuan dan hilang tumpuan untuk melakukan kerja pada siang hari. Gangguan tidur juga boleh meningkatkan kandungan 'stress hormone' iaitu kortisol dan merencatkan tindakan insulin untuk menukarkan glukosa untuk disimpan. Masalah ini juga boleh membantutkan pertumbuhan kanak-kanak kerana hormone pertumbuhan lebih banyak dirembeskan pada waktu tidur. Oleh sebab itulah kanak-kanak dan bayi memerlukan tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa. Tuntasnya, tidur yang berkualiti diperlukan untuk memaksimakan potensi diri untuk berubudiyah kepada Allah. Maka sama-sama kita hindari dari perkara yang boleh mengganggu proses tidur kerana sekiranya kita memandang perkara ini secara remeh maka kitaran hidup dan produktiviti kerja kita pasti tidak memuaskan. Keseimbangan di antara kehendak rohani dan jasmani haruslah diutamakan kerna mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah. Namun qiamullail juga tidak harus diabaikan kerana qiamlah pelengkap dan penghias proses tidur seorang mukmin. Maka Allahlah selayaknya disembah kerana Dialah yang memberi kesempatan untuk kita memberi peluang kepada badan berehat setelah seharian beribadah padaNya. Akhir kalam setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan dan FirmanNya sebagai renungan agar kita sentiasa hargai nikmat kesihatan yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai