Anda di halaman 1dari 21

SEMESTER KEDUA 2021/2022

BEEB 2013 MICROECONOMICS (GROUP D)

TAJUK:

INDUSTRI AUTOMOBIL DI MALAYSIA: KAJIAN KES PERUSAHAAN OTOMOBIL


NASIONAL BERHAD (PROTON)

NAMA TENAGA PENGAJAR:

PUAN ZALILA BT OTHMAN

Disediakan oleh:

Rahimah Binti Harmaini Nurfarhana Adilla Binti Jefri

286714 285591

Nur Amirah Binti Mohd Fazil

285299

Siti Nur Athira Binti Ayop Purani A/P Gunalan

285381 286356

ISI KANDUNGAN

1
BILANGAN PERKARA HALAMAN

1 1.0 Pengenalan 3-4

2 2.0 Gambaran Keseluruhan 4

3 3.0 Dasar Automotif Negara (NAP) Dan Dasar 5


Perindustrian
5-6
3.1 Dasar Automotif Negara (NAP)
3.2 Dasar Perindustrian 6

4.0 PROTON 7
4
4.1 Produk, Jualan, Hasil, Input, Pengeluaran Dan 7-11
Kos, Strategi Harga, Pemasaran, Vendor,
Penyelidikan Dan Pembangunan
4.2 Faktor Permintaan Kereta 12-13
4.3 Faktor Penawaran Kereta 14-15
4.4 Persaingan Dengan Pengeluar Kereta Lain 15-16

5.0 Kesimpulan 17-18


5

1.0 PENGENALAN

2
Kerja kursus ini mengkaji tentang Industri Automobil di Malaysia iaitu kajian kes
Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton). Hal ini dimana para pengkaji melakukan
analisis dalam menentukan faktor yang mempengaruhi permintaan kereta Proton dan faktor yang
mempengaruhi bekalan untuk kereta Proton serta persaingan dengan pengeluar kereta lain. Hal
ini kerana, pertambahan jumlah masyarakat yang terus berkembang selari dengan kecanggihan
peredaran zaman menyebabkan permintaan pengguna menjadi semakin pelbagai. Selain itu,
berdasarkan Kamus Cambridge, Industri Automotif didefinisikan sebagai industri yang berkaitan
dengan kereta atau perniagaan membuat, menjual atau membaiki kereta. Hal ini demikian kerana
industri automotif merupakan sebuah sektor automotif yang mengeluarkan bahan yang kukuh
dan ringan dimana sedang dibangunkan untuk meningkatkan kecekapan bahan api dalam industri
automotif. Tambahan pula, menurut pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa industri
automotif mempunyai potensi yang besar sebagai pendorong dan penggerak kepada
perkembangan ekonomi negara. Hal ini bertepatan dengan industri automotif ini yang akan
membantu dalam melahirkan ramai golongan belia tempatan yang berkemahiran tinggi dalam
bidang kejuruteraan automotif (Bernama, 2012).

Di samping itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perusahaan bermaksud pekerjaan
secara besar-besaran untuk membuat atau menghasilkan barang-barang industri. Oleh itu,
perkembangan yang baik ditunjukkan oleh industri automotif mendorong kepada permintaan dan
penawaran kereta semakin meningkat. Hal ini selari dengan peredaran zaman, dimana
kecanggihan sains dan teknologi dalam kehidupan mampu menghasilkan keluaran kereta yang
hebat dan mampu untuk bersaing dalam perusahaan automobil di peringkat antarabangsa.
Seterusnya, Perusahaan Otomobil Nasional Berhad atau lebih dikenali dengan nama
singkatannya iaitu PROTON merupakan pengeluar kereta pertama negara Malaysia. Pertubuhan
perusahaan PROTON ini merupakan satu gagasan daripada Tun DR Mahathir Mohamad dimana
pada tahun 1983 beliau merupakan perdana Menteri Malaysia yang mempunyai pandangan jauh
dalam mencapai wawasan negara untuk menuju ke arah perindustrian. Malahan gagasan ini juga
didokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad iaitu HICOM (Proton, 2011).

Secara keseluruhannya, sektor automotif memberikan kesan yang besar kepada negara.
Hal ini kerana dapat dibuktikan melalui penubuhan Proton pada awal tahun 1985 sehingga pada
hari ini pelbagai inovasi yang dapat dicapai dan dicipta serta keupayaan automotif yang

3
ditonjolkan seperti pembekalan komponen, keupayaan reka bentuk dan operasi pengeluaran.
Perkara ini seterusnya, membuktikan lagi bahawa sektor ini merupakan salah satu penyumbang
terbesar kepada sektor ekonomi negara untuk menjadikan negara bertambah maju selari dengan
wawasan negara (Shafizan Johari, 2013).

2.0 GAMBARAN KESELURUHAN

Berdasarkan laporan, kajian ini berkaitan dengan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad
(PROTON) di Malaysia. Antara industri yang terpenting yang menyumbang kepada ekonomi di
Malaysia ialah industri automotif. Pada asasnya, industri automotif ini lebih fokus kepada
pengimportan kenderaan seperti kereta, motosikal dan lain-lain. Kemudiannya, industri ini mula
berkembang secara perlahan kepada operasi pemasangan dan pembangunan industri komponen
automotif. Disamping itu, industri ini terlibat dalam pengeluaran kenderaan bermotor termasuk
motosikal, kenderaan komersial, kenderaan penumpang dan skuter serta komponen dan alat ganti
automotif. Manakala subsektor industri automotif mempunyai ekosistem lengkap yang terdiri
daripada sektor utama, perkilangan, perkhidmatan sokongan dan sektor selepas jualan. Industri
ini telah mendorong kepada perkembangan industri kejuruteraan, sampingan dan sokongan yang
seterusnya membantu dalam pembangunan kemahiran dan peningkatan keupayaan teknologi dan
kejuruteraan yang menjadikan Malaysia sebagai daya tarikan dan pusat operasi bagi pengilang
automotif global. Malaysia berada di kedudukan yang baik di antara negara-negara ASEAN
kerana nisbah pemilikan kereta yang tinggi di rantau ini. Honda, Toyota, Nissan, Mercedes-Benz
dan BMW adalah beberapa syarikat automotif global yang telah beroperasi di Malaysia untuk
memanfaatkan permintaan pengguna. Pembangunan industri automotif Malaysia telah
menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluaran bagi pengeluar komponen automotif utama.
Hari ini, terdapat kira-kira 800 pengeluar komponen automotif yang menghasilkan pelbagai
komponen seperti panel badan, alat ganti brek, enjin, transmisi dan stereng, getah dan E&E
(Agus Setiawan, 2021).

4
3.0 DASAR AUTOMOTIF NEGARA (NAP) DAN DASAR PERINDUSTRIAN

Industri automotif memainkan peranan penting dalam mengubah Malaysia menjadi


sebuah negara perindustrian, yang merupakan aktiviti ekonomi bernilai tinggi, meningkatkan
taraf hidup serta mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi. Sektor ini meninggalkan kesan
penting ke atas pembangunan industri huluan, seperti keluli dan bahan kimia, serta industri
hiliran, termasuk IT dan perkhidmatan penyelenggaraan. Dasar Automotif Negara (NAP) mula
diperkenalkan pada tahun 2006 di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) 2006-2020
untuk mentransformasikan industri automotif sebagai salah satu komponen penting ekonomi kita
yang menggariskan hala tuju dan strategi utama dalam menyediakan automotif tempatan ke arah
industri automotif yang lebih berdaya saing dan mampan. Pada tahun 2009, versi kedua dasar itu
diperkenalkan, untuk memberi tumpuan kepada meningkatkan keupayaan industri automotif
domestik dan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk pelaburan (Hezeri Samsuri,
2020).

3.1 Dasar Automotif Negara (NAP)

NAP 2006 (2006-2009)

Integrasi Rantaian Pembekal

Diperkenalkan kepada industri automotif domestik dan mengubah penyepaduannya ke dalam


rangkaian industri serantau yang semakin kompetitif dan global. Vendor tempatan diberi peluang
untuk berdaya saing dengan rakan vendor lain dunia bagi merebut peluang-peluang perniagaan di
rantau Asean mahupun global.

NAP2009 (2009-2014)

Promosi Pelaburan

Dikaji semula untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing industri automotif domestik.

NAP2014 (2014 - 2020)

Mesra Alam dan Kemampanan

5
Memberi tumpuan untuk membangunkan Malaysia sebagai hab bagi Kenderaan Cekap Tenaga
(EEV) serta lebih memberikan fokus terhadap kenderaan-kenderaan yang lebih selamat.

NAP 2020 (2020-2030)

Mobiliti Terhubung

Bagi meningkatkan industri automotif Malaysia dalam era transformasi industri digital supaya
lebih berdaya saing.

3.2 Dasar Perindustrian

Dasar perindustrian merupakan antara industri yang memberi sumbangan yang terbesar
dalam meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Industri mempunyai potensi jangka
panjang dalam proses rancangan perindustrian negara kerana dasar ini menjadi langkah pertama
kearah ekonomi yang stabil. Sektor perindustrian menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi
negara. Antara langkah untuk menambahkan eksport ialah dengan menambah peluang pekerjaan
dan latihan teknikal serta kemahiran. Selain itu, kerajaan perlu mengubahsuai dasar-dasar
perindustrian sedia ada seperti Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM). Pelan Induk
Perindustrian (PIP).Hal ini bertujuan menjadikan sektor perkilangan sebagai sepenuhnya sumber
asli negara dan meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Melalui dasar perindustrian ini, negara kita dapat mengimport dan menyerap teknologi
canggih untuk memajukan teknologi sendiri. Selain itu, kita juga dapat mengelakkan
pergantungan secara berterusan kepada teknologi asing, barangan dan mempelbagaikan dan
memperkukuhkan eksport barangan Malaysia untuk mengatasi dasar perlindungan yang ada di
negara maju. Di samping itu, negara kita juga dapat meningkatkan keupayaan industri kecil dan
sokongan di samping mewujudkan industri pertengahan yang baru serta mewujudkan peluang
untuk para pekerja dilatih dalam bidang-bidang kejuruteraan dan kemahiran berkaitan.

6
4.0 PROTON

4.1 Produk, Jualan, Hasil, Input, Pengeluaran Dan Kos, Strategi Harga, Pemasaran,
Vendor, Penyelidikan Dan Pembangunan

4.1.1 Produk

Dari segi produk, Perusahaan Otomobil Nasional Berhad ini menghasilkan pelbagai jenis
produk seperti Proton Arena, Proton Gen-2, Proton Iswara, Proton Juara, Proton Persona, Proton
Perdana, Proton PERT, Proton Putra, Proton Saga, Proton Savvy, Proton Tiara, Proton Waja,
Proton Wira dan Proton Exora. Hal ini membuktikan bahawa Proton mampu bersaing di
peringkat global. Faktor ini didorong dengan keluaran kereta yang pelbagai dan canggih daripada
pelbagai saiz dan model kereta yang mampu didapati dengan harga mampu milik dan berpatutan.
Seterusnya, PROTON dapat membuktikan bahawa keberkesanan dalam penghasilan kereta yang
pelbagai mampu menarik permintaan yang tinggi dalm pasaran domestik dan antarabangsa
(Proton, 2011).

Proton turut mengumumkan rancangan untuk melesenkan enjin turbodiesel daripada


pengeluar asing, untuk bersaing dengan lebih baik di pasaran Eropah. Walaupun Malaysia
mempunyai satu lagi ketibaan pengeluar automotif iaitu Perusahaan Automotif Nasional Kedua
(PERODUA), Proton kekal sebagai kereta nasional bagi Malaysia. Ibu pejabat Proton terletak di
Shah Alam yang merangkumi Loji Utama asal dan Kilang Pelbagai Kenderaan (MVF). Pada
tahun 2003, sebuah kilang pembuatan Proton termaju telah siap di Tanjong Malim, Perak yang
menelan belanja RM 1.8 bilion. Syarikat juga menawarkan pakej perkhidmatan seperti
menyediakan pemeriksaan keselamatan percuma dan diskaun untuk penyelenggaraan.

4.1.2 Jualan (Domestik Dan Eksport)

Kejayaan proton sebagai syarikat automobil bukan sahaja dapat dibuktikan apabila
mendapat sambutan dalam pasaran domestik, malahan Proton telah berjaya memasarkan produk
mereka sehingga ke pasaran antarabangsa. Berikutan dari wabak yang melanda Malaysia selama
setahun, pengeluar kereta nasional PROTON masih mampu mengakhiri tahun 2021 dengan
kejayaan cemerlang setelah berjaya menjual sebanyak 14,147 unit pada bulan Disember. Selain
itu, jumlah jualan bagi tahun itu telah ditutup pada 114,708 unit (domestik+eksport) , dimana

7
angka penutupan ini adalah yang tertinggi sejak 2014. Ini mewakili peningkatan sebanyak 4.5%
berbanding 2020 dan merupakan tahun ketiga berturut-turut pertumbuhan volum bagi syarikat.
Pencapaian itu amat penting kerana keseluruhan Jumlah Volum Industri (TIV) untuk Malaysia
dianggarkan menyusut sebanyak 4.6% kepada lebih 505,000 unit.

Jualan antarabangsa juga turut menjadi kepentingan kepada syarikat. Sebanyak 3,018 unit
telah dieksport pada 2021, dimana ini menunjukkan jumlah jualan meningkat lebih daripada
100% dan seterusnya menjadikan Proton sebagai jenama automotif nombor satu untuk sektor
eksport tahun lepas. Dengan operasi pemasangan domestik yang meningkat di pasaran luar
negara ditambah lagi dengan harapan untuk melonggarkan sekatan perdagangan dan terdapat
keyakinan bahawa aliran akan meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Bahagian pasaran Proton pada bulan Disember dianggarkan sebanyak 20.6% tetapi untuk
keseluruhan tahun 2021, bahagian pasaran dianggarkan berada pada 22.7%. Ini menandakan
peningkatan sebanyak 2.0% berbanding 2020 kerana syarikat itu terus mengukuhkan
pegangannya di tempat kedua sambil merapatkan lagi jurang ke kedudukan teratas jualan. Selain
itu, Proton juga turut menerajui pasaran dalam empat segmen model dan jualan eksport. Selepas
melancarkan SUV pertamanya pada Disember 2018, jenis kenderaan itu menjadi semakin
penting kepada nombor jualan PROTON, terutamanya selepas pelancaran Proton X50 pada
Oktober 2020. Dengan menjual 45,149 SUV pada 2021, Proton telah dinobatkan sebagai jenama
SUV terlaris di Malaysia, dengan jumlah itu menyumbang hampir 40% daripada jumlah volum
jualan (Proton, 2022).

4.1.3 Hasil

Peningkatan keseluruhan pegangan pasaran menunjukkan jualan PROTON kekal


meningkat pada September berbanding pesaing-pesaing utamanya. Peratusan sebenar akan
disahkan selepas pengumuman rasmi oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) tetapi dari
konteks sebelum ini, hasil yang diperoleh adalah sangat bagus. Jualan dari tahun ke tahun
meningkat sebanyak 1% dan pegangan pasaran sebanyak 4% berbanding 2017, ini menunjukkan
hasil yang sangat memberangsangkan berbanding kebiasaannya jualan bulan September adalah
perlahan. Analisis selanjutnya menunjukkan pertumbuhan dalam pegangan pasaran sebagai

8
sebahagian daripada trend keseluruhan Proton dari awal tahun 2018 dengan peningkatan yang
ketara pada bulan Ogos iaitu sebanyak 14.5% yang telah dibawa sehingga bulan September.

4.1.4 Input

Input merupakan faktor pengeluaran yang digunakan oleh sesebuah firma dalam
menghasilkan produk. Input terdiri daripada bahan mentah, peralatan, mesin, modal dan modal
insan. Modal insan ialah terjemahan kepada istilah bahasa Inggeris iaitu “human capital” yang
merujuk kepada manusia sebagai suatu komoditi. Bagi melancarkan operasi syarikat, PROTON
Holdings telah menggaji seramai 20,000 orang pekerja (PROTON, 2020). Menurut Dr Li
Chunrong (2012), dalam usaha menghasilkan Proton X70, Proton dan Geely telah berganding
bahu dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi tenaga buruh. Dalam hal ini, dianggarkan
seramai 12 000 pekerja termasuk tenaga buruh pakar terlibat dalam proses pengeluaran.

Dari segi bahan mentah pula, menurut teks sidang media yang bertarikh 12 Disember
2018, bagi menghasilkan model terbaru mereka, X70, Proton Holdings telah mengimport bahan
mentah daripada produk separa siap iaitu kereta Geely Bayou milik Zhejiang Geely Automobile
Holdings yang meliputi rangka kereta, enjin dan hampir kesemua komponen dalaman kereta
tersebut. Bahan mentah bagi X70 merupakan hasil Completely Knocked Down (CKD) atau
barang yang dibuat dalam negara tetapi bahan mentah terpaksa diimport dari negara pengeluar.

4.1.5 Pengeluaran dan Kos

Proton Holdings Sdn Bhd masih mengekalkan harga kereta mereka walaupun berlaku
peningkatan dalam kos pengeluaran. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON,
Roslan Abdullah berkata kos pengeluaran bagi Proton melonjak naik daripada kos bahan mentah
sehinggalah logistik. Hal ini disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit dan gangguan rantaian
bekalan yang telah berlaku, terutamanya bekalan cip disebabkan situasi pandemik. Hal ini dapat
dilihat melalui peningkatan dalam kos pengeluaran PROTON Saga yang meningkat sekitar RM
2000 dan X70 yang mengalami peningkatan mencecah RM 5000 (Alzahrin Alias, 2022).

4.1.6 Strategi Harga

9
Strategi penetapan harga syarikat adalah penting bagi memastikan syarikat dapat
memenuhi persaingan, mengekalkan bahagian pasaran dan sudah tentu untuk memaksimumkan
keuntungan. Proton telah meletakkan dirinya sebagai pengeluar kereta yang berharga rendah
dengan menawarkan harga yang berpatutan untuk menarik pelanggan dari peringkat pendapatan
sederhana. Kedudukan harga Proton ini telah membawa kepada jualan yang tinggi pada produk
kereta pertamanya iaitu Proton Saga. Harga pelbagai model kereta juga menentukan klasifikasi
pelbagai model kereta Proton. Harga mampu milik yang ditawarkan oleh produk Proton
membantu syarikat menarik perhatian pelanggan dengan strategi kepimpinan kosnya. Harga
merupakan isu strategik yang penting bagi PROTON Holdings Berhad kerana ia sangat berkaitan
dengan kedudukan produk. Tambahan pula, harga untuk kereta Proton akhirnya akan
menjejaskan elemen campuran pemasaran lain seperti ciri produk, keputusan saluran pengedaran
dan promosi yang diadakan secara agresif seluruh negara. Objektif harga telah ditetapkan dan
jelas bahawa PROTON Holdings Berhad sedang menuju ke arah memaksimumkan keuntungan
dengan melihat kepada pembangunan produk dan penyegaran produk yang meluas sepanjang
masa.

4.1.7 Pemasaran

Selain daripada harus kekal fleksibel dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran yang
sentiasa berubah, Proton juga mesti komited untuk melaksanakan inisiatif jangka panjang yang
bertujuan bagi mengukuhkan lagi asas kejuruteraan dan pembuatannya. Bagi memastikan Proton
lebih terus maju dan berkembang serta relevan dalam pasaran automobil, Proton terus
mengekalkan fokusnya dengan memberikan tumpuan yang serius terhadap strategi pemasaran.
Secara strategik, Proton menyasarkan untuk mengubah perniagaan kepada keuntungan. Justeru
itu, Proton telah mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Geely. Proton juga sedang
melihat peluang untuk berkembang ke pasaran Asia Tenggara. Selain itu, Proton juga percaya
dengan cadangan nilainya untuk menawarkan kereta yang berkualiti pada harga yang lebih
rendah akan menembusi pasaran dengan jayanya.

Bagi menyokong keputusan strategik itu, Proton akan melaksanakan beberapa strategi
utama iaitu kereta berjenama Proton akan dilengkapi dengan teknologi automotif termaju dari
China yang digabungkan dengan ciri ketahanan Volvo untuk keselamatan dan keselesaan. Bukan

10
itu sahaja, Proton akan mengekalkan harga produk mereka dengan lebih rendah daripada
pesaingnya yang juga menawarkan rangkaian produk yang serupa. Saluran jualan dan
perkhidmatan melalui pengedar sah dinaiktaraf daripada 1S kepada 3S/4S serta aktiviti promosi
pemasaran akan berkisar tentang pelancaran produk baharu dan pengumuman kemajuan syarikat
yang menarik (Mary Salang, 2018).

4.1.8 Vendor

Vendor Proton adalah penting dalam mempromosikan produk dan membantu Proton
mencapai pelanggan baharu. Sekiranya vendor mengenal pasti bahawa sesuatu produk itu tidak
memenuhi piawaian yang diperlukan, mereka harus bertanggungjawab untuk memulangkan
produk dan menggantikannya dengan produk yang lebih berkualiti. Jika pihak pengurusan serius
dalam membawa Proton kembali kepada entiti yang menguntungkan, mereka perlu mengambil
kira tentang isu pembekal iaitu kecekapan pemasar, pembekal yang telah terlepas pandang, dan
pembekal perlu mengambil kira tentang kualiti produk yang perlu memenuhi standard
pengeluaran kereta itu sendiri. Dalam erti kata yang lain, jika Proton mengambil kira tentang
kempen "sifar kecacatan", sifar toleransi terhadap pembekal perlu diambil berat kerana pembekal
adalah orang yang penting dalam menghasilkan produk akhir tersebut.

4.1.9 Penyelidikan Dan Pembangunan

Untuk kekal berada di hadapan, Proton telah melabur berbilion ringgit dan berjam-jam
dalam penyelidikan dan pembangunan. Proton sentiasa memperoleh dan membangunkan
teknologi baharu untuk membawa kemudahan termaju dan produk inovatif ke pasaran. Dengan
perkhidmatan kejuruteraan bersepadu sepenuhnya yang mampu mencipta konsep dan reka
bentuk baharu, Proton telah menjadi pengeluar automotif sepenuhnya. Melalui penyelidikan dan
pembangunan yang meluas, Proton kini mereka bentuk dan mengeluarkan rangka badan dan
enjin kereta mereka sendiri. Hal ini meliputi proses reka bentuk dan pembangunan sehinggalah
ke prototaip, ujian dan pembuatan. Syarikat Proton komited mengguna pakai dan
mempersiapkan produknya dengan teknologi paling inovatif yang ada, dengan melibatkan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) di peringkat global dan platform Geely iNTEC yang
maju. Proton terus berusaha memastikan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka dilengkapi
dengan teknologi yang terbaik. Usaha mereka telah berjaya direalisasikan menerusi rangkaian

11
kenderaan terbaharu Proton yang mempunyai ciri inovatif kawalan suara “Hi, Proton” dan juga
pengenalan kepada produk Proton Saga sebagai kenderaan pertama berharga bawah RM40,000
yang dilengkapi dengan teknologi keselamatan standard EBD dan ABS (Proton, 2019).

4.2 FAKTOR PERMINTAAN KERETA

Proton merupakan jenama kereta nasional pertama yang dilancarkan pada tahun 1985.
Sebagai salah satu jenama kereta nasional negara, Proton menerima saingan daripada jenama
tempatan lain disamping daripada jenama kereta import. Namun begitu, Proton masih teguh
sebagai salah satu peneraju pasaran kereta di Malaysia sehingga hari ini. Hal ini dipengaruhi oleh
beberapa faktor yang menyebabkan permintaan terhadap kereta Proton meningkat saban tahun.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Toh (2006), beliau telah menggunakan konsep
4P iaitu Product, Price, Promotion dan Place bagi menentukan bagi mengkaji faktor permintaan
terhadap kereta dalam kalangan penduduk di Kuching, Sarawak dan mendapati bahawa Price
(Harga) dan Promotion (Promosi) memberi kesan yang signifikan terhadap permintaan kereta
nasional dalam kalangan pengguna. Oleh itu, kajian ini akan meneliti faktor permintaan terhadap
kereta PROTON berdasarkan prinsip mikroekonomi.

4.2.1 Cita Rasa Pengguna

Menurut Robin, Adesoji dan Kimberly (1993), pilihan dan cita rasa pengguna merupakan
faktor utama yang mempengaruhi keputusan pembelian pengguna. Dalam hal ini, sesebuah
produk itu hendaklah memberi perhatian kepada ciri-ciri produk sebagai nilai tambah bagi
menarik pelanggan (Lovelock & Wirtz, 2004). Dalam hal ini, syarikat Proton telah menarik
perhatian pengguna dengan reka bentuk yang elegan dan eksekutif. Dalam carta 15 Jenama
Kereta Terlaris di Malaysia 2021 yang dikeluarkan oleh majalah automobil terkenal di Malaysia,
iaitu Top Gear Malaysia menunjukkan PROTON menduduki tangga kedua, di belakang
PERODUA dengan sebanyak 111 695 unit terjual. Berdasarkan data yang disediakan oleh
syarikat Proton, model kereta yang mencatatkan jualan tertinggi sehingga November 2021
menunjukkan model kereta jenis Saga, diikuti oleh X50 dan X70. Berdasarkan data ini, dapat
dilihat bahawa jenis kereta yang mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pembeli

12
merupakan kereta jenis sedan dan SUV (Sports Utility Vehicle). Hal ini jelas menunjukkan
citarasa pengguna semasa memilih kereta.

4.2.2 Harga

Menurut Hukum Permintaan, harga mempunyai hubungan songsang (negatif) dengan


permintaan. Oleh itu, apabila harga menurun maka permintaan terhadap sesuatu jenis barang itu
akan meningkat (Marshall, 1920). Julat harga kereta yang dijual oleh syarikat Proton bermula
dari RM 34 400 sehingga RM 122 800. Daripada ini, dapat disimpulkan bahawa harga kereta
PROTON merupakan harga mampu milik, menyebabkan pembeli tertarik untuk membeli kereta
keluaran PROTON. Sebagai salah satu strategi pemasaran juga, Proton telah bertindak
menjalankan promosi berterusan menerusi kempen-kempen bermusim. Misalnya, promosi
seperti 1st Job, 1st Car, 1st Taste of Freedom yang bertujuan untuk menarik perhatian golongan
belia berumur 18 hingga 30 tahun untuk membeli kereta Proton,

Selain daripada itu, subsidi oleh kerajaan juga menjadi salah satu punca menyebabkan
harga kereta menurun, menyebabkan permintaan terhadap kereta meningkat. Misalnya, pada
tahun 2021, kerajaan telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang
bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi pasca pandemik. Dalam pakej ini,
kerajaan telah memberi lanjutan insentif pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang
serta kadar pinjaman sewa beli yang lebih rendah. Hal ini secara langsung memberi galakan
kepada masyarakat untuk membeli kereta, sekaligus merancakkan jualan automotif. Dengan ini,
permintaan terhadap kereta, terutamanya kereta Proton meningkat pada tahun 2021.

4.2.3 Pendapatan Pengguna

Pendapatan pengguna merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi permintaan. Hal
ini demikian disebabkan, semakin tinggi pendapatan pengguna, semakin banyak barangan yang
boleh dibeli. Barangan terbahagi kepada beberapa jenis; iaitu barang normal, barang bawahan,
barang mesti dan barang mewah. Kereta merupakan barang normal, iaitu barang yang diperlukan
untuk membolehkan masyarakat hidup dengan selesa. Barang normal mempunyai hubungan
positif (langsung) dengan perubahan harga. Oleh itu, permintaan terhadap barang normal akan
meningkat apabila pendapatan meningkat. Berdasarkan banci yang dijalankan oleh Jabatan

13
Perangkaan Malaysia pada tahun 2019, 46.8% rakyat Malaysia di bawah kategori T20
(pendapatan melebihi RM 10 960), 37.2% kumpulan isi rumah M40 (pendapatan bulanan dari
RM 4850 hingga RM 10 959) dan 16% merupakan golongan B40 (pendapatan bulanan kurang
daripada RM 4850). Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia merupakan
golongan mampu. Oleh yang demikian, permintaan terhadap kereta misalnya kereta Proton
sentiasa wujud.

4.3 FAKTOR PENAWARAN KERETA


PROTON diberi ruang dan peluang bagi mengeksport kereta di pasaran. Pengguna akan
sentiasa melihat kepada aspek  keselamatan, ketahanan dan nilai harga jualan semula yang tinggi
yang terdapat pada kereta-kereta PROTON seperti kualiti yang dimiliki. Antara aspek utama
yang telah dikenalpasti bagi memberi pengukuhan kepada perniagaan PROTON adalah melalui
pasaran eksport. Berdasarkan Hukum Penawaran yang menyatakan bahawa pengeluar sanggup
untuk menghasilkan produk bagi memperoleh keuntungan. (PROTON, 2018)

Selain itu, kos pengeluaran memberi impak terhadap penawaran kereta PROTON. Proton
mempraktikkan untuk kos pengeluaran adalah rendah bagi bersaing bertujuan mengurangkan
cukai import. Kos pengeluaran menunjukkan penurunan sebanyak 20% lebih rendah apabila
PROTON mula  menggunakan enjin yang dicipta sendiri dan  kilang pengeluaran baru di
Tanjung Malim juga ditubuhkan yang membolehkan PROTON mengeluarkan lebih banyak
kereta dan sekaligus memberi anjakkan kepada keluk penawaran bagi pengeluaran kereta
PROTON.

Selain itu, subsidi kerajaan kepada pengilang juga menjadi faktor yang mempengaruhi
bekalan kenderaan Proton. Subsidi adalah jumlah yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu
mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan produktiviti kenderaan Proton. Subsidi yang
diberikan mengalihkan keluk penawaran ke kanan dan membolehkan Proton mengeluarkan lebih
banyak kereta pada kos pengeluaran yang lebih rendah. Sebagai contoh, dapat dilihat antara 2008
dan 2009, keuntungan pasaran PROTON merosot, tetapi dibaiki dengan bantuan subsidi
kerajaan, yang memberi kelebihan kepada pengeluar. Kereta PROTON diberi nilai rendah oleh
masyarakat sehingga menyebabkan kehilangan pengeluaran, tetapi dengan subsidi kerajaan,

14
harga bekalan menjadi lebih rendah dan meningkatkan permintaan pengguna terhadap kereta
PROTON.

         Seterusnya, pihak kerajaan terus memberi tekanan terhadap industri kereta untuk
menaikkan peratusan penggunaan komponen tempatan yang terdapat pada kereta-kereta yang
dihasilkan. Pengimportan komponen-komponen dari negara Jepun dapat dikurangkan jika
berlaku peningkatan peratusan kepada komponen tempatan bagi kereta nasional. Oleh itu, kos
pengeluaran kereta PROTON dapat dikurangkan. Pada ketika ini, PROTON berjaya
menggunakan sebanyak 270 komponen buatan tempatan. Hal ini telah menjimatkan kos
sebanyak RM50 juta.  (Berlin, 2011)

Faktor yang boleh mempengaruhi penawaran kereta PROTON ini juga boleh dilihat pada
peranan pihak kerajaan untuk memberi ruang dan galakkan kepada usahawan dalam aspek
industri pembuatan komponen tempatan untuk bekerjasama dengan PROTON dalam
mempromosikan dan komersialkan komponen-komponen buatan mereka ke luar negara. Oleh
itu, hal ini dapat membantu industri pembuatan komponen kereta mendapat sambutan dan
perhatian pasaran di luar negara yang bukan hanya tertumpu kepada pasaran tempatan sahaja.

4.4 PERSAINGAN DENGAN PENGELUAR KERETA LAIN

Industri automotif global menghadapi cabaran yang semakin meningkat apabila


pertumbuhan dan pengeluaran berlebihan kilang automotif global tidak bertambah baik. Di A.S.
sahaja, inventori kenderaan yang tidak terjual meningkat kepada 3.5 juta kenderaan, memberikan
tekanan kepada pengilang untuk memperlengkapkan semula teknologi pengeluaran. Tekanan
persaingan dan peningkatan minat pengguna memaksa syarikat kereta menurunkan harga.
Akibatnya, margin keuntungan jatuh, membawa kepada keuntungan yang lebih rendah untuk
sesetengah pengeluar dan kerugian kepada yang lain. Ia secara amnya merupakan kedudukan
yang baik untuk syarikat kereta Jepun, tetapi ia telah menjadi tumpuan perhatian syarikat
Eropah, Amerika dan juga Korea. (Laporan Tahunan, 2004)

         Di samping itu, kesan terhadap pelaksanaan pendekatan kawasan Perjanjian Perdagangan
Bebas ASEAN memberi peluang kepada syarikat kereta asing untuk memasuki pasaran
tempatan. Ini memberi cabaran kepada pasaran kereta Proton. Jualan kereta tempatan merosot

15
kerana ramai pengguna atau pembeli mengamalkan budaya "tunggu dan lihat" kerana mereka
mahu terus berwaspada dan menyemak tindakan kerajaan berkaitan cukai kereta. Kebanyakan
pembeli menjangkakan harga kereta akan turun dan mempertimbangkan semula untuk membeli
kereta pada ketika itu. Bagi pasaran yang lemah, pemasaran yang agresif dan pengenalan model
baharu oleh pembuat kereta asing merupakan faktor utama yang menyumbang kepada penurunan
penguasaan pasaran kereta tempatan. (Laporan Tahunan, 2004)

         Setiap penubuhan syarikat perniagaan, dan perkhidmatan yang disediakannya, mesti
tertakluk kepada persaingan yang berpotensi memberi tekanan kepada organisasi. Contohnya,
persaingan antara pengeluar Perodua dan Proton sudah wujud di Malaysia. Oleh itu, setiap tahun
terdapat produk baru yang dicipta oleh dua pengeluar. Contohnya, Kereta MYVI Se baharu
dengan slogan "MYVI Lagi Terbaik". Reka bentuk kereta itu telah dipersembahkan pada harga
yang berpatutan berdasarkan citarasa dan kebolehan pengguna semasa. Ini menggalakkan
PROTON untuk menjadi lebih inovatif dan mampu bersaing dengan lebih sihat pada masa
hadapan.

         Cabaran yang tidak berkesudahan ini akan menjejaskan industri automotif Malaysia
khususnya pengeluaran kenderaan Proton yang turut dicerminkan oleh peningkatan kos
pengeluaran dan bahan mentah dari semasa ke semasa, menyebabkan keyakinan pengguna
terhadap syarikat itu meningkat berikutan ekonomi negara lebih berhati-hati. . Ketidakpastian
berlaku apabila wabak penyakit mengancam keadaan ekonomi negara, termasuk dalam
persekitaran operasi yang kurang memberangsangkan dan padat. Di peringkat global, industri
automotif sedang melalui proses perubahan, peningkatan dalam kelajuan teknologi. Selain itu,
pematuhan undang-undang yang semakin ketat ke atas eksport akan memberi kesan kepada
permintaan pasaran. Bukan itu sahaja, harga petrol yang turun naik dan kenaikan kos bahan
mentah dan pembuatan akan membawa kepada margin keuntungan yang lebih rendah, yang
merupakan salah satu cabaran. (Rahim, 2006)

5.0 KESIMPULAN

16
Pengkaji menjalankan kajian yang bertajuk Industri Automobil di Malaysia iaitu kajian
kes Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) menggunakan data sekunder iaitu sumber
internet untuk menjalankan penyelidikan. Kebanyakan hasil pengumpulan data daripada sumber
Internet seperti laman web, kamus dan buku. Di samping itu, kajian ini juga menyelidik dan
mengkaji produk, jualan, hasil, input, pengeluaran dan kos, strategi , harga, pemasaran, vendor,
penyelidikan dan pembangunan. Pengkaji turut menganalisis faktor penawaran kereta Proton dan
faktor yang mempengaruhi permintaan terhadap kereta Proton serta persaingan dengan kereta
lain.

Selain daripada itu, berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapati Proton telah
mengeluarkan pelbagai model-model kereta yang berkualiti tinggi setaraf antarabangsa dan kadar
harga yang berpatutan menjadikan kereta jenama proton menjadi salah satu kegemaran rakyat di
negara ini mahupun di luar negara. Hal ini kerana, pemasaran Proton bukan sahaja dalam
domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa . Hal ini dapat dibuktikan melalui jualan kereta
Proton yang menunjukkan jualan yang cemerlang sepanjang tahun sejak tahun 2014 sehingga
sekarang iaitu 2021 dimana jualannya sentiasa meningkat. Malahan jualan di peringkat
antarabangsa juga turut menunjukkan peningkatan dan berterusan saban tahun.

Di samping itu, pengkaji juga telah mendapatkan data dan telah mengenalpasti faktor
penawaran kereta Proton ialah seperti Proton memiliki kualiti yang tinggi dan bermutu dari segi
keselamatan, ketahanan dan nilai harga jualan semula yang tinggi menjadikan Proton sebagai
pilihan utama kebanyakan pengguna. Seterusnya, faktor pemberian subsidi daripada kerajaan
kepada pengeluar adalah faktor utama kepada penawaran kereta Proton. Hal ini dimana kerajaan
telah membantu meringankan beban pengeluar dengan membantu dalam proses kos pengeluaran
dan meningkatkan kadar pengeluaran kereta Proton . Melalui subsidi yang diberikan oleh
kerajaan harga penawaran menurun dan menyebabkan permintaan meningkat bagi pengguna
kereta Proton.

Selain daripada itu, para pengkaji juga telah mengenal pasti beberapa faktor yang
mempengaruhi permintaan terhadap kereta Proton. Salah satu faktor tersebut ialah cita rasa
pengguna yang mana syarikat proton telah berjaya menarik perhatian pengguna dengan
menghasilkan model-model kereta Proton yang mempunyai reka bentuk yang elegan dan

17
eksklusif. Hal ini menyebabkan Proton sentiasa menjadi salah satu cita rasa pengguna yang
utama apabila ingin melakukan pembelian. Seterusnya, faktor lain seperti harga juga merupakan
faktor yang mempengaruhi permintaan kereta proton. Hal ini dimana harga kereta turun akibat
daripada subsidi yang dikenakan oleh kerajaan telah mendorong kepada penurun harga kereta
menyebabkan permintaan kereta Proton semakin meningkat.

Akhir sekali, pengkaji telah membuat kesimpulan daripada hasil pengumpulan data yang
telah dikumpul bahawa syarikat proton mampu menjadi salah satu kereta berjenama yang
mampu bersaing setanding dengan kereta-kereta keluaran yang bermutu tinggi di pasaran global
seperti Toyota, Mercedes dan Honda. Hal ini kerana, keunikan dan ketahanan dari segi model -
model kereta proton yang dihasilkan mampu menarik minat pengguna daripada pelbagai
masyarakat tidak kira dalam negara mahupun luar negara. Dengan itu, penawaran dan
permintaan kereta Proton sentiasa menunjukkan peningkatan.

18
RUJUKAN
1. Adelaja, A. O., Brumfield, R. G., & Lininger, K. (1990). Product differentiation and state
promotion of farm produce: An analysis of the Jersey Fresh tomato. Journal of Food
Distribution Research, 21(856-2016-57094), 73-86.
2. Alias.A. (2022, Jun 10). PROTON kekal harga kereta walau kos meningkat. BH
Online.https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2022/06/964355/proton-kekal-harga-
kereta-walau-kos-meningkat
3. Argus Setiawan (2021). Perusahaan otomotif Malaysia. Diakses pada 14 Mei 2022,
daripada https://otomotif.antaranews.com/berita/2369726/perusahaan-otomotif-malaysia-
jual-6988-kendaraan-selama-agustus
4. Berlin, S. (2011, February 20). Retrieved from
http://studentsrepo.um.edu.my/401/5/BAB4.pdf (2004). Laporan Tahunan. Malaysia:
PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL BERHAD.
5. Bernama.(2012).Tun Mahathir Dianugerah Tokoh Automotif Negara.MStar urban
versatil. Diakses pada 10 Mei 2022, daripada
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/05/10/tun-mahathir-dianugerah-tokoh-
automotif-negara
6. Cambridge University Press. (n.d.). Industri automotif. In Cambridge dictionary.
Daripada https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/automotive?q=automotive+
7. Hajah Noreshah Hj Baharom (2007), Kamus Dewan,c.4.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka, h.1038.

8. Hazel, T. S. S. (2006). Factors affecting the demand for national car in Kuching.
Unpublished Bachelor’s thesis). Faculty of economies and business, University of
Sarawak, Malaysia.
9. Hazwan F. M. (2021). Pakej rangsangan lonjak semula industri automotif. BH Online.
https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2021/01/778422/pakej-rangsangan-lonjak-
semula-industri-automotif
10. HEZERI SAMSURI, SEJARAH DASAR AUTOMOTIF NASIONAL (NAP). Diakses
pada 15 Mei 2022, daripada https://careta.my/article/sejarah-dasar-automotif-nasional-
nap.

19
11. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan
Kemudahan Asas 2019. Jabatan Perangkaan Malaysia.
https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/1_Articles_By_Themes/Prices/HIES/HIS-
Report/HIS-Malaysia-.pdf
12. Kamus Dewan Edisi Keempat.(2017).Perusahaan.Dewan Bahasa dan Pustaka daripada
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perusahaan

13. Mary Salang. (2018). Marketing Strategy Plan For Proton Holdings Berhad. Diakses pada
28 Mei 2022, daripada
https://www.academia.edu/37540371/MARKETING_STRATEGY_PLAN_FOR_PROT
ON_HOLDINGS_BERHAD
14. PROTON (2011). Sejarah Penubuhan Proton. Diakses pada 4 Mei 201, daripada
https://protoncar.wordpress.com/2011/05/04/sejarah-penubuhan-proton/
15. PROTON. (2018, September 20). PROTON Inspiring Connection. Diakses pada 23 Mei
2022, daripada
https://www.proton.com/ms-my/corporate/about-us/brand-story
16. PROTON. (2018, Disember 2018). Press Release: PROTON X70 Launched. Diakses
pada 1 Mei 2022, daripada
https://www.proton.com/en/press-release/2018/december/proton-x70-launched
17. PROTON (2019). LEMBARAN BAHARU PROTON. Diakses pada 10 Mei 2022,
daripada https://www.proton.com/ms-my/press-release/2019/september/proton-the-next-
chapter/
18. PROTON (2022). PROTON ENDS 2021 WITH THIRD CONSECUTIVE YEAR OF
SALES GROWTH. Diakses pada 17 Mei 2022, daripada
https://www.proton.com/en/press-release/2022/january/proton-ends-2021-with-third-
consecutive-year-of-sales-growth

20
19. Rahim, A. (2006, January 20). academia.ed. Retrieved from academia.ed: Diakses pada
30 April 2022, daripada
https://www.academia.edu/25402707/PROTON
20. Sep. (2022). What is Malaysia’s best-selling car in 2021? Top Gear Malaysia.
https://www.topgear.com.my/news/what-is-malaysias-best-selling-car-of-
2021#:~:text=Proton's%20best%2Dselling%20model%2C%20the,42%2C627%20units
%20registered%20in%202021
21. Shafizan Johari.(2013).Sektor Automotif Kebanggaan Negara?.Astro Awani.Diakses
pada 22 November 2013,daripada https://www.astroawani.com/sudut-pandang/sektor-
automotif-kebanggaan-negara-25798
22. Toyota (2021). Build Your Toyota. Diakses pada 21 Mei 2022, daripada
https://build.toyota.com.my/product/vios-1-5j-at/

21

Anda mungkin juga menyukai