Anda di halaman 1dari 17

PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERASASKAN

e-PEMBELAJARAN
KKTM, MJII DAN IKM

MAJLIS AMANAH RAKYAT


BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL

Edisi 1.0
2020
PANDUAN PELAKSANAAN
KURIKULUM BERASASKAN e-PEMBELAJARAN KKTM, MJII DAN IKM

SENAT

Edisi 1.0
2020

Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA


Level 20 & 21, MARA Headquarters,
21, Jalan MARA,
50609 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2613 4300
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Prakata 2
1.0 Pendahuluan 2
2.0 Misi dan Objektif 2
3.0 Definisi e-pembelajaran 3

4.0 Pelaksanaan e-pembelajaran dalam PdP 4

5.0 Pelaksanaan e-pentaksiran 5


6.0 E-kandungan 8
7.0 Platform e-pembelajaran 9
8.0 Hal Ehwal Peraturan Akademik 10
9.0 Peranan dan tanggungjawab 10
10.0 Peruntukan am 12

Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
PRAKATA

PENGARAH BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W,
beserta ahli keluarga dan para sahabat. Penerbitan buku Panduan Pelaksanaan e-
Pembelajaran KKTM, MJII DAN IKM ini adalah selari dengan hasrat BKT untuk
mendepani cabaran transformasi teknologi maklumat dan komunikasi semasa
terutamanya dalam bidang Pendidikan TVET negara. Maka buku ini menepati keperluan
warga pelaksana untuk terus berkarya serta berinovasi dalam mempelbagaikan kaedah
PdP yang efisien secara digital.

Para pelajar kini sangat mesra dengan pendekatan yang berasaskan digital
termasuklah e-pembelajaran, yang mana mereka dapat mencapai maklumat dengan
pantas pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Maka, peranan pensyarah dalam
membudayakan e-pembelajaran dalam akviti pengajaran amatlah digalakkan. Namun
kejayaan pelaksanaan e-pembelajaran ini turut memerlukan sokongan infrastruktur
yang sesuai dengan galakan yang membina dari pihak pengurusan pusat. Semoga
panduan ini dapat membawa KKTM, MJII DAN IKM sebagi hub pendidikan teknikal yang
dapat melahirkan keperluan sumber tenaga manusia yang kompetitif.

Akhir sekali, saya merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang
terbabit dalam penyediaan buku Panduan Pelaksanaan e-Pembelajaran KKTM, MJII
DAN IKM ini. Usaha sebegini harus diteruskan sehingga KKTM, MJII DAN IKM berjaya
mengungguli persada pendidikan TVET di Malaysia pada masa akan datang.

MAHZAN BIN TEH


Pengarah
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
MARA

1 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
1.0 PENDAHULUAN

e-Pembelajaran merupakan alternatif kaedah pembelajaran yang


mengintegrasikan teknologi maklumat di dalam sistem pendidikan. Konsep
pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini adalah penting kepada pusat pendidikan
untuk memperluaskan lagi strategi dan kaedah PdP dalam mewujudkan
pembelajaran yang interaktif, fleksibel serta berkesan. Secara umumnya, e-
pembelajaran adalah sebarang proses PdP yang menggunakan teknologi dan
sistem rangkaian dalam menyampaian isi kandungan, interaksi atau
pemudahcaraan.

Perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan telah banyak mempengaruhi


kaedah PdP terutamanya dalam bidang TVET. Sehubungan itu, pembudayaan
e-pembelajaran perlu disebar luaskan bagi memperkasa pendidikan melalui
penglibatan teknologi seiring dengan kehendak industri agar sistem
pembelajaran menjadi lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

2.0 MISI DAN OBJEKTIF

2.1 Misi

2.1.1 Menjadikan pendidikan di KKTM, MJII dan IKM lebih berdaya


saing dan lestari menerusi e-pembelajaran.
2.1.2 Mewujudkan konsep pembelajaran KKTM, MJII dan IKM yang
lebih dinamik dan tanpa sempadan.

2.2 Objektif

2.2.1 Menggalakkan aktiviti PdP melalui e-pembelajaran.


2.2.2 Memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam menyokong proses pdp melalui e-
pembelajaran.

2 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
2.2.3 Meningkatkan kualiti dan keberkesanan pdp melalui e-
pembelajaran.
2.2.4 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat
menggunakan dan mengurus sistem e-pembelajaran.

3.0 DEFINISI e-PEMBELAJARAN

Pembelajaran secara maya atau e-pembelajaran adalah pendekatan yang


terbaru dalam membentuk konsep pembelajaran yang lebih fleksibel, mudah
akses dan kolaboratif. Tujuan utama sistem pendidikan di KKTM, MJII dan IKM
adalah untuk memastikan graduan berupaya memenuhi keperluan sumber
tenaga negara dalam pelbagai bidang yang diperlukan industri semasa dan akan
datang. Maka konsep e-pembelajaran seharusnya dapat mengintegrasikan
teknologi maklumat dan komunikasi di dalam sistem PdP untuk memudah cara
dalam menyokong proses pembelajaran yang bersifat teknikal.

Kajian telah menunjukkan bahawa e-pembelajaran telah meningkatkan


keberkesanan sistem pendidikan atau latihan di institusi pengajian tinggi (IPT)
khususnya di institusi yang mengamalkan mod pembelajaran teradun.
Pembelajaran teradun (blended learning) adalah amalan pengajaran yang
menggabungkan mod pengajaran bersemuka secara tradisional dengan mod
teknologi dalam talian berkaitan PdP. Matlamat pembelajaran teradun adalah
untuk memaksimakan pemahaman tentang sesuatu prinsip, teori dan
pengetahuan. Pembelajaran teradun adalah pendekatan yang berpusatkan
pelajar yang mana pelajar boleh mengawal sendiri kadar pembelajaran dan
menggunakan pelbagai teknologi dalam talian.

Kesimpulannya, bagi memastikan keberkesanan dan menjamin kualiti prestasi


pelajarnya, e-pembelajaran yang diamalkan mestilah merupakan suatu
pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang menggunakan alat dan bahan
teknologi maklumat dan komunikasi yang paling sesuai untuk memudah cara
proses pembelajaran dalam mod bersemuka atau mod teradun.

3 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
4.0 PELAKSANAAN e-PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PDP)

4.1 Pelaksanaan e-pembelajaran di KKTM, MJII dan IKM adalah secara


menyeluruh dengan melibatkan pihak pengurusan, pensyarah dan pelajar.

4.2 e-Pembelajaran dilaksanakan secara berterusan sepanjang semester


mengikut kalender akademik semasa.

4.3 Kaedah PdP


4.3.1 Setiap program hendaklah melaksanakan pembelajaran secara
mod teradun sekurang-kurangnya 20-30% daripada bilangan
keseluruhan kursus yang ditawarkan.
4.3.2 Bagi satu-satu kursus, pelaksanaan pdp perlu dikendalikan
dalam bentuk pembelajaran teradun (Blended Learning) yang
menggabungkan pendekatan pembelajaran mod dalam talian
dengan mod pembelajaran bersemuka sekurang-kurangnya
dalam nisbah 30:70. Jam pertemuan bersemuka ini tidak
termasuk jam penilaian dan aktiviti kajian lapangan. Contohnya,
pembelajaran secara teori akan dipelajari oleh pelajar secara
dalam talian dan segala perbincangan pengukuhan berkaitan
teori tersebut akan dilakukan secara bersemuka (konsep Flipped
Classroom). Peranan pensyarah adalah sebagai
pemudahcaraan dalam membantu pelajar memahami sesuatu
konsep dan teori.
4.3.3 Pertemuan PdP mestilah dilaksanakan secara interaksi langsung
(live) atau rakaman yang melibatkan komunikasi dua hala
menggunakan platform secara dalam talian yang sesuai seperti
teams, google meet, skype, chime,whatsApps, dan lain–lain.
4.3.4 Aktiviti PdP yang dilaksanakan mesti mengikut sepertimana
Rancangan Pengajaran dan perlulah mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan sama ada teori mahupun amali.
4.3.5 Kursus yang boleh di laksanakan secara e-pembelajaran adalah
seperti berikut:

4 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
i. Kursus berbentuk teori
ii. Kursus berbentuk amali (yang bersesuaian)
4.3.6 Pembuktian PdP secara dalam talian perlu direkodkan dalam
Rancangan Pengajaran.

5.0 PELAKSANAAN E-PENTAKSIRAN

5.1 Penilaian dalam talian (e-pentaksiran)

5.1.1 Terdiri daripada penilaian formatif dan penilaian sumatif


menggunakan platform bersesuaian serta berkaitan.
5.1.2 Hanya penilaian berterusan sahaja yang dibenarkan secara
dalam talian seperti kuiz, tugasan, laporan, projek, kajian kes,
ujian teori, simulasi, pembentangan tugasan, praktikal (yang
bersesuaian) dan lain-lain berdasarkan dokumen kurikulum.
5.1.3 e-Pentaksiran boleh dilaksanakan secara interaksi langsung (live)
iaitu antara pensyarah dan pelajar pada satu masa atau penilaian
dalam talian bukan secara langsung.
5.1.4 Pelaksanaan e-pentaksiran boleh menggunakan platform seperti
Microsoft Teams, Google Meet, Zoom, email, WhatsApp,
Telegram atau sebarang platform yang bersesuaian dengan
kaedah pentaksiran.
5.1.5 Penentuan kaedah e-pentaksiran perlu mengambil kira
kemampuan pelajar terhadap capaian kemudahan bahan,
internet dan komputer.
5.1.6 Pensyarah disarankan mengadakan ujian rintis atau mock test
bagi memastikan keberkesanan dan mengatasi kelemahan agar
e-pentaksiran lebih efektif.
5.1.7 Pembangunan instrumen pentaksiran adalah tertakluk kepada
Buku Dasar Pentaksiran dan Penilaian KKTM, MJII dan IKM yang
terkini bagi tujuan pengawalan kualiti dan keselamatan.
5.1.8 Pensyarah hendaklah memastikan dan menjaga kerahsiaan
dokumen penilaian selari dengan standard yang telah ditetapkan.

5 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
5.2 Kaedah e-pentaksiran bagi Penilaian Berterusan

5.2.1 Ujian Teori


5.2.1.1 Ujian Teori dalam talian boleh dilaksanakan melalui 2
kaedah iaitu:
i. Secara face to face
Pelajar menduduki ujian di dalam ruang/ tempat
yang diselia oleh Pengawas Peperiksaan.
ii. Secara non face to face
Pelajar menduduki ujian di lokasi masing-masing
tanpa seliaan Pengawas Peperiksaan dalam sela
masa yang ditetapkan.
5.2.1.2 Tempoh masa pelaksanaan ujian teori dalam talian
adalah seperti dalam dokumen Huraian Pentaksiran
program.
5.2.1.3 Bagi satu kursus yang melaksanakan ujian teori
dalam talian secara face to face, ianya perlu dikawal
selia oleh pengawas peperiksaan.
5.2.1.4 Sekiranya pelaksanaan ujian teori secara non face to
face, set soalan yang berbentuk Soalan Terbuka
(Open Ended Questions) perlu disediakan dengan
sela masa yang bersesuaian bagi menghalang
penipuan dan plagiat.
5.2.1.5 Pelaksanaan ujian teori hendaklah dilakukan pada
waktu yang sama bagi setiap pelajar yang menduduki
penilaian kursus yang sama.
5.2.1.6 Set soalan berbeza perlu dibangunkan sekiranya
ujian bagi kursus yang sama tidak dapat
dilaksanakan secara serentak.
5.2.1.7 Penentuan pelaksanaan perkara 5.2.1.6 bergantung
kepada kelulusan Jawatankuasa Akademik pusat.

6 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
5.2.2 Kuiz
5.2.2.1 Tempoh masa pelaksanaan kuiz secara dalam talian
adalah diantara 10 hingga 15 minit sahaja.
5.2.2.2 Pensyarah perlu menyediakan beberapa set soalan
yang berbeza bagi satu kursus untuk mengurangkan
risiko peniruan.
5.2.2.3 Markah pelajar dan analisa markah pelajar boleh
diperolehi secara langsung sejurus pelajar selesai
menjawab soalan kuiz secara dalam talian dengan
menggunakan aplikasi seperti Microsoft Form, Kahoot,
Quizizz dan lain-lain aplikasi yang bersesuaian.

5.2.3 Kaedah Pelaksanaan e-Pentaksiran (Ujian Teori dan Kuiz):


5.2.3.1 Pengawas Peperiksaan hendaklah bersedia sekurang-
kurangnya 10 minit sebelum memulakan sesuatu
penilaian bagi memastikan tiada sebarang masalah
berkaitan capaian dan kelajuan talian internet semasa
penilaian dijalankan, mengambil rekod kehadiran
pelajar serta memantau pelajar sepanjang penilaian
dilakukan.
5.2.3.2 Pelajar hendaklah sentiasa bersedia terhadap jadual
penilaian secara dalam talian yang disediakan oleh
pensyarah kursus.
5.2.3.3 Pelajar perlu memastikan kestabilan dan kelajuan
talian internet dalam keadaan baik sekurang-
kurangnya 3mbps.
5.2.3.4 Sekiranya pelajar menghadapi ganguan talian atau
talian terputus, pelajar hendaklah segera mengambil
gambar skrin serta memaklumkan kepada pensyarah
sebelum tamat penilaian tersebut. Tindakan
selanjutnya bergantung kepada situasi dan budi bicara
pensyarah.
5.2.3.5 Pelajar hendaklah memastikan semua penilaian
dihantar kepada pensyarah dalam tempoh masa yang

7 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
ditetapkan dan menyimpan bukti penilaian selesai
dijalankan.
5.2.3.6 Pensyarah hendaklah memastikan semua pelajar telah
menduduki penilaian dan merekodkan bukti atau
dokumen pelajar.
5.2.3.7 Pensyarah menyediakan analisa pencapaian pelajar
dan memberi makluman kepada pelajar terhadap
penilaian yang telah diselesaikan.

5.2.4 Tugasan
5.2.4.1 Setiap tugasan adalah digalakkan untuk dilaksanakan
secara dalam talian.
5.2.4.2 Jenis dan tempoh pelaksanaan tugasan adalah
merujuk kepada dokumen Huraian Pentaksiran.
5.2.4.3 Hasil tugasan pelajar berbentuk penulisan boleh
disemak ketulenannya menggunakan software seperti
Turnitin dan lain-lain yang bersesuaian.
5.2.4.4 Pelajar boleh menghantar tugasan secara dalam talian
menggunakan platform seperti Microsoft Teams,
Google Meet, Socrative, media sosial dan aplikasi
yang bersesuaian.

6.0 E-KANDUNGAN

6.1 Proses PdP pusat perlu disokong oleh e-kandungan yang terdiri
daripada bahan digital untuk setiap kursus yang terlibat.
6.2 e-Kandungan mesti boleh diakses di mana-mana dan pada bila-bila
masa oleh para pelajar.
6.3 Hakcipta dan Harta Intelek:
6.3.1 Semua bahan pengajaran yang dibangunkan menjadi hak
bersama pensyarah dan BKT selagi menggunakan kemudahan
dan sokongan MARA.

8 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
6.3.2 Pensyarah boleh menggunakan bahan-bahan pengajaran digital
dengan mendapat keizinan pembangun bahan tersebut.
6.3.3 Bahan e-kandungan yang dibangunkan tidak boleh digunakan di
luar pusat tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada
Jawatankuasa Akademik pusat terlebih dahulu.

7.0 PLATFORM e-PEMBELAJARAN

7.1 Antara aplikasi multimedia dan platform yang digunakan untuk


pelaksanaan e-pembelajaran adalah seperti berikut:
7.1.1 Microsoft Quiz
7.1.2 Microsoft Form
7.1.3 Flip e-book
7.1.4 Create QR Code
7.1.5 Kuiz KAHOOT
7.1.6 Microsoft SWAY
7.1.7 Video Smartphone Maker (Filmora-Go)
7.1.8 Google Classroom
7.1.9 Cisco Webex Meeting
7.1.10 Google Meet
7.1.11 Microsoft Teams

7.2 Aturcara penggunaan aplikasi multimedia dan platform e-pembelajaran


di atas boleh dirujuk kepada buku Manual E-Pembelajaran dan Aplikasi
Multimedia yang terkini.

7.3 Namun pusat pelaksana e-pembelajaran digalakkan untuk meneroka


pelbagai kaedah selain yang dinyatakan berdasarkan keupayaan dan
kesesuaian.

9 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
8.0 HAL EHWAL PERATURAN AKADEMIK

8.1 Segala hal ehwal peraturan akademik semasa pelaksanaan e-


pembelajaran masih tertakluk dengan Buku Peraturan Akademik KKTM,
MJII dan IKM Edisi 4 2019.

8.2 Kehadiran pelajar semasa e-pembelajaran perlu direkodkan bagi setiap


pertemuan untuk tujuan pembuktian pengauditan. Sesi pertemuan ini
termasuklah samada perjumpaan secara live stream, sesi coaching,
konsultasi dan lain-lain metod dirasakan sesuai. Contoh: Log kalendar,
rakaman video, emel, screenshot, dan lain-lain.

9.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

9.1 Pengurusan Pusat


9.1.1 Melantik Jawatankuasa Akademik pusat yang berperanan
sebagai jawatankuasa pelaksana serta menggubal polisi
dalaman untuk melancarkan operasi pelaksanaan e-
pembelajaran di pusat.
9.1.2 Memastikan pegawai sokongan dan pensyarah mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan e-
pembelajaran.
9.1.3 Menyediakan peralatan ICT dan infrastruktur yang bersesuaian,
yang dapat menyokong pelaksanaan e-pembelajaran.
9.1.4 Menyediakan kaedah yang bersesuaian bagi mendapatkan
bantuan berkaitan masalah teknikal e-pembelajaran.

9.2 Jawatankuasa Akademik


9.2.1 Memastikan pelaksanaan e-pembelajaran di pusat mengikut
syarat dan mematuhi etika seperti yang ditetapkan oleh BKT.
9.2.2 Memastikan bahan pengajaran pensyarah yang dibangunkan
memenuhi piawai seperti ketetapan dokumen silibus.

10 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
9.2.3 Membangunkan sistem pemantauan pelaksanaan e-
pembelajaran secara dalaman.
9.2.4 Melaksanakan Continous Quality Improvement (CQI) bagi
memastikan kelangsungan e-pembelajaran di pusat.
9.2.5 Memastikan pegawai sokongan dan pensyarah diberi latihan
e-pembelajaran mengikut tahap, kesesuaian dan keperluan.
9.2.6 Membuat promosi untuk meningkatkan penggunaan e-
pembelajaran di pusat.
9.2.7 Menetapkan satu bentuk ukuran bagi penggunaan e-
pembelajaran sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pusat.

9.3 Pensyarah
9.3.1 Mematuhi polisi dan garis panduan e-pembelajaran yang
ditetapkan oleh BKT dan pusat.
9.3.2 Memastikan bahan pengajaran secara e-pembelajaran
disediakan oleh semua pensyarah.
9.3.3 Membantu pelajar menyesuaikan pembelajaran dalam talian
dengan membimbing pelajar terutamanya mereka yang kurang
berkemahiran tentang teknologi yang digunakan.
9.3.4 Memberikan tugasan/ projek yang melibatkan penggunaan
teknologi dalam talian yang bersepadanan dengan
kemampuan pelajar terutamanya dari segi masa dan
kemahiran pelajar.
9.3.5 Bahan Pengajaran:
i. Setiap pensyarah bertanggungjawab meningkatkan
penggunaan dan memperkayakan isi kandungan digital
yang dimuat naik ke dalam talian secara berperingkat
dari masa ke semasa.
ii. Setiap pensyarah bertanggungjawab sepenuhnya ke
atas bahan pengajaran yang telah dimuat naik.
iii. Memastikan bahan pengajaran yang dimuat naik
mematuhi dokumen silibus dan berkualiti tinggi.
iv. Memastikan bahan yang dimuat naik tidak melanggar
isu hakcipta, harta intelek atau plagiarisma.

11 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
v. Menjalani latihan atau bengkel berkaitan e-
pembelajaran yang dijalankan oleh pusat atau BKT
mengikut keperluan.

9.4 Pelajar
9.4.1 Bertanggungjawab mendapatkan pengetahuan dan kemahiran
mengggunakan platform e-pembelajaran bagi kursus-kursus
yang terlibat.
9.4.2 Menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pusat dalam
sistem e-pembelajaran hanya untuk tujuan pembelajaran.
9.4.3 Mendapat bantuan teknikal dan sokongan semasa
menggunakan sistem e-pembelajaran dari pihak yang
bertanggungjawab di pusat.
9.4.4 Bertanggungjawab memastikan produk/ tugasan/ projek yang
dihasilkan adalah profesional, beretika dan tulen mengikut
polisi hak cipta.
9.4.5 Semua bahan pengajaran dan e-kandungan yang disediakan
bagi sesuatu kursus adalah hak milik BKT. Justeru, pelajar
tidak dibenarkan menggunakan selain untuk tujuan
pembelajaran melainkan dengan mendapat keizinan terlebih
dahulu.
9.4.6 Memastikan setiap fail yang dimuat naik adalah bebas
daripada virus dan unsur plagiat.
9.4.7 Menyimpan satu salinan setiap tugasan yang dimuat naik
untuk rekod dan semakan bila diperlukan.
9.4.8 Mematuhi polisi dan garis panduan e-pembelajaran pusat.

10.0 PERUNTUKAN AM

Setiap pindaan terhadap mana-mana klausa di dalam Buku Panduan


Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan E-Pembelajaran KKTM, MJII DAN IKM
Edisi 1.0 2020 ini tidak boleh dibatalkan atau dipinda melainkan kelulusan

12 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
Jawatankuasa Senat BKT. Semua kaedah pelaksanaan yang dibuat WAJIB
dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat.

RUJUKAN:

1. Dasar E-pembelajaran Negara (DePAN)


2. Dasar E-Pembelajaran UMP
3. Garis Panduan E-Pembelajaran UPM

13 Panduan Pelaksanaan Kurikulum Berasaskan e-Pembelajaran


KKTM, MJII dan IKM Edisi 1.0 2020
Diterbitkan oleh:

MAJLIS AMANAH RAKYAT


Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA,
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA,
50609 Kuala Lumpur

Tel : 03-26134633 / 26134586


Faks : 03-26947322

© Hakcipta Terpelihara
MAJLIS AMANAH RAKYAT

Anda mungkin juga menyukai