Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM/
IT-055-3:2013 3D PRODUCTION OPERATION SUPPORT
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP/ LEVEL 3

KOD DAN TAJUK


KURSUS/ / E02 STORYBOARD VISUALISATION
COMPETENCY UNIT NO. KMK 2033 STORYBOARD
AND TITLE

NO. DAN TAJUK 1. REVIEW STORY SCRIPT


KOMPETENSI/ WORK 2. CARRY OUT SCRIPT TRANSLATION
ACTIVITIES NO. AND 3. PREPARE ROUGH STORYBOARD
STATEMENT 4. PREPARE FINAL STORYBOARD

NO. KOD/ CODE NO. IT-055-3:2013-E02 /P/(2/20) Muka surat : 01 Drpd : 08

TAJUK/ TITLE :

KEPERLUAN GARIS CERITA / STORYLINE REQUIREMENTS

TUJUAN/ PURPOSE :

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai keperluan


jalan cerita berdasarkan struktur garis cerita.
Muka / Page : 2
NO. KOD / CODE NUM. IT-055-3:2013-E02 /P/(2/20)
Drpd/of :8

PENERANGAN / INFORMATION :

1. 2 KEPERLUAN GARIS CERITA (STORYLINE REQUIREMENTS)

Plot

Sinopsis /
Sudut
Ringkasan

Storyline
Requirement

Tempat Watak

Aksi

 Keperluan storyline terdiri daripada 6 jenis:

i) PLOT

a) Binaan plot:

 Plot     ialah    sesuatu    yang     menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam


sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum
sebab dan akibat.
 Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap
perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor, sebab dan akibat.
 Susunan   cerita  bergantung   pada   fantasi   dan kreativiti pengarang. Plot
dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal
hingga akhir atau kronologi.  Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai
mengikut kemahuan pengarang.
 Teknik  penyusunan  plot  yang   menarik   ialah penyusunan  peristiwa  secara 
tidak  kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya
sehingga mencapai peleraian.
Muka / Page : 3
NO. KOD / CODE NUM. IT-055-3:2013-E02 /P/(2/20)
Drpd/of :8

 Permulaan   plot   ialah   peringkat   permulaan (eksposisi), iaitu untuk


memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
 Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
 Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan
(komplikasi).
 Perumitan   menuju   kepada   puncak   (klimaks) apabila tercapainya
konsentrasi yang maksimum.
 Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang  puncak
dijadikan  pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.

b) Teknik Plot:

 Teknik   plot   ialah   cara   pengarang   mengembangkan plot ceritanya supaya


menarik.
 Antara   teknik   plot   termasuklah   seperti   yang berikut:

(a)    Imbas kembali

 Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula


peristiwa yang pernah dialaminya.
 Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau
khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman

(b)    Imbas muka


Muka / Page : 4
NO. KOD / CODE NUM. IT-055-3:2013-E02 /P/(2/20)
Drpd/of :8

 Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan  awal


atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan
daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
 Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca
terhadap sesuatu yang akan berlaku.

(c)    Saspens

 Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang


menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di
kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

(d)    Konflik

 Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau


dua kekuatan dalam satu urutan plot.
 Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam
diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan
watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
 Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan
pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?

(e)   Kejutan

 Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara


tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
 Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang
diduga oleh pembaca.

(f)   Dialog

 Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua
watak.
 Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat
atau   fikiran   yang berkaitan dengan tema.
Muka / Page : 5
NO. KOD / CODE NUM. IT-055-3:2013-E02 /P/(2/20)
Drpd/of :8

ii) SUDUT KAMERA

 Tetapkan kedudukan kamera dari pelbagai sudut untuk mendapat gambaran


yang dramtik dalam sesuatu scene.

iii) WATAK

 Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita
dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
 Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
 Pelukisan   watak   itu   boleh   dilakukan   secara langsung   atau    secara   
tidak    langsung   olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak
berkenaan.
 Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek
watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak
dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
 Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara
bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran
perasaan seseorang atau watak itu.
 Watak pipih  lazimnya tidak kompleks,  tidak berkembang, dan tidak
memeranjatkan pembaca.
 Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama
ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
 Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan
permasalahan dari awal hingga akhir.
 Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan,
dan tidak bergerak.
 Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang
penting dalam cerita disebut watak sampingan.
 Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak
semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin  
diktator,   koruptor,   penjenayah,   dan sebagainya.
 Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
Muka / Page : 6
NO. KOD / CODE NUM. IT-055-3:2013-E02 /P/(2/20)
Drpd/of :8

 Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak
sampingan yang diberikan tumpuan.

iv) AKSI
 Jalan cerita diperlukan dalam sesebuah animasi untuk menampilkan aksi
tertentu. Sesuatu aksi atau kejadian mestilah ada turutan antara satu sama lain.
 Jalan cerita tidak semestinya berbentuk karangan namun juga boleh dihasilkan
dengan menyusun susunan aksi dalam bentuk lakaran atau rakaman gambar
seperti yang tunjukkan di dalam papan cerita (storyboard)

v) TEMPAT/ LATAR
 Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang
terdapat dalam cerita.
 Latar   penting   dalam   mengembangkan   tema, persoalan, plot, watak, dan
perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi
pelbagai latar.
 Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan,
peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
 Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
 Latar tempat
 Merupakan   ruang   atau   tempat   peristiwa berlaku yang
berkaitan dengan lokasi geografi.
 Latar waktu atau masa
 Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era,
sejarahnya, atau musimnya
 Latar masyarakat atau citra masyarakat
 Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita
merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial,
ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
 Latar peralatan cerita dan watak
 Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.

vi) PENULISAN / SINOPSIS

 Ringkasan cerita
 Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot
Muka / Page : 7
NO. KOD / CODE NUM. IT-055-3:2013-E02 /P/(2/20)
Drpd/of :8

SOALAN/ QUESTION :

1. Lengkapkan peta minda di bawah.

i. ...........

Penulisan Sudut

KEPERLUAN
GARIS
CERITA

iii. ...............
ii. .............
..

Aksi

2. Terangkan secara ringkas tentang teknik-teknik plot berikut:


i. Sudut
- .........................................................................................................................
...........................................................................................................................
..

ii. Watak
- .........................................................................................................................
...........................................................................................................................
..

iii. Aksi
- .........................................................................................................................
Muka / Page : 8
NO. KOD / CODE NUM. IT-055-3:2013-E02 /P/(2/20)
Drpd/of :8

...........................................................................................................................
..

RUJUKAN/REFERENCES :

1. http://senivisual-zul.blogspot.my/2011/09/nota-seni-visual-stpm.html
2. http://studentshareid.blogspot.my/2015/03/menginterpretasi-isi-teks-cerpen.html
3. http://thinkinganimation.com/animation_resources/staging-and-composition/
4. http://www.amyikram.com/2013/01/blog-post_12.html
5. http://grafiksenibina1.blogspot.com/p/lukisan.html
6. https://www.hashdoc.com/documents/557578/storyboard

Anda mungkin juga menyukai