Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan

1. Apakah faktor yang menyebabkan masyarakat awal memilih lembah sungai sebagai lokasi
penempatan awal?

A Kemudahan perhubungan dan pengangkutan


B Kemudahan Pelabuhan
C Kemudahan Telegraf
D Tanah yang rata

2. Pilih penyataan yang benar mengenai lokasi pembentukan tamadun awal dunia.

I. Mesopotamia – Sungai Tigris dan Sungai Euphrates


II. Mesir Purba - Lembah Sungai Nil
III. Indus - Sungai Merah
IV. Huang He - Lembah Sungai Mekong

A I dan II B II dan III


C III dan IV D I dan IV

3. Maklumat berikut berkaitan dengan tamadun awal manusia.

Tanah di antara dua sungai

Apakah tamadun tersebut?

A Tamadun Indus
B Tamadun Huang He
C Tamadun Mesir Purba
D Tamadun Mesopotamia

4. Senarai berikut merujuk kepada tamadun awal dunia.

Berkembang sekitar 3100 S.M

Lembah Sungai Nil

Apakah tamadun awal tersebut?

A Tamadun Indus
B Tamadun Huang He
C Tamadun Mesir Purba
D Tamadun Mesopotamia

1
5. Apakah kepentingan Sungai Nil kepada tamadun awal Mesir Purba

I Pelancongan
II Pengangkutan
III Sumber makanan
IV Perluasan kuasa

A I dan II B II dan III


C III dan IV D I dan IV

6. Maklumat berikut merujuk sebuah kawasan dalam Tamadun Mesopotamia.

 Kawasan yang subur


 Terletak di antara Laut Mediterranean dan Teluk Parsi

Kawasan tersebut dikenali sebagai

A Oasis
B Bulan Sabit Subur
C Lembah Sungai Tigris
D Lembah Sungai Euphrates

7. Antara berikut , manakah pusat kerajaan Dinasti Shang?

A Anyang
B Luoyang
C Yangzhoa
D Zhengzhou

8. Apakah fungsi binaan Ziggurat dalam Tamadun Mesopotamia ?

A Kubu pertahanan
B Pusat pendidikan
C Rumah ibadat
D Negara kota

9. Tamadun Mesir Purba terkenal dengan kemajuan binaan bangunan.


Antara berikut, yang manakah merupakan tinggalan agung tamadun tersebut?

I. Sfinks
II. Piramid
III. Kolam mandi besar
IV. Taman tergantung babylon

A I dan II B II dan III


C III dan IV D I dan IV

2
10. Maklumat berikut merujuk Bandar dalam tamadun awal.

 Mohenjo-Daro
 Harappa

Bandar tersebut merujuk kepada tamadun

A Indus
B Mesopotamia
C Huang He
D Mesir

11. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem perundangan dalam Tamadun Mesopotamia.

Kod Undang-Undang Hammurabi

Apakah kepentingan sistem perundangan tersebut?

A Menjamin hak rakyat


B Menggalakkan perdagangan
C Mengelakkan serangan orang luar
D Melicinkan pemerintahan dan pentadbiran

12. Manakah kumpulan yang menumpukan masa mereka dalam kerja mengukir, menempah
besi dan tembikar?

A Artisan
B Petani
C Hamba
D Penyalin

13. Bagaimanakah usaha para pemimpin tamadun awal dunia untuk memastikan kelicinan
urusan pentadbiran negara?

A Melantik pembantu raja


B Mewujudkan kelas sosial
C Menubuhkan pondok polis
D Membentuk undang-undang

14. Dalam kepercayaan masyarakat China, bagaimanakah seorang raja mendapat kuasa
pemerintahan?

A Dipilih oleh rakyat


B Pemerintahan monarki
C Diiktiraf oleh golongan agama
D Mendapat mandat daripada syurga

3
15. Gambar 1 menunjukkan binaan yang dihasilkan oleh masyarakat Tamadun Mesopotamia.

Gambar 1
Apakah fungsi binaan tersebut

A Ibu kota kerajaan


B Tempat beribadat
C Pusat perdagangan
D Kawasan perkuburan raja

16. Yang manakah tanaman utama yang diusahakan dalam Tamadun Huang He?

I. Barli
II. Kacang
III. Kentang
IV. Gandum

A I dan II B II dan III


C III dan IV D I dan IV

17. Pelbagai objek yang ditemui di kawasan perkuburan Dinasti Shang dalam tamadun Huang
He diperbuat daripada

A Tanah liat
B Tembaga
C Gangsa
D Besi

18. Antara berikut , yang manakah golongan yang mengetuai sistem pentadbiran dalam
Tamadun Indus?

A Raja
B Firaun
C Pendeta
D Bangsawan

4
19. Apakah kepentingan tulisan hieroglif dalam Tamadun Mesir Purba?

A Menyimpan rekod
B Mengembangkan ilmu perubatan
C Memajukan ilmu geometri
D Menghasilkan calendar

20. Pada pendapat anda, apakah kepentingan tamadun dalam kehidupan manusia ada masa
kini?

I. Masyarakat memperoleh kekayaan


II. Kemajuan dan kemodenan sesuatu masyarakat
III. Kehidupan masyarakat lebih teratur dan tersusun
IV. Masyarakat mahir dalam bidang sains dan teknologi

A I dan II B II dan III


C III dan IV D I dan IV

5
BAHAGIAN B
Jawab semua soalan

Soalan 1. Pada pendapat anda , mengapakah kawasan lembah sungai menjadi 2 Markah
tempat pembentukan tamadun awal dunia? KBAT

- Membekalkan air bagi tanaman, 1


- Menjadi alat perhubungan. 1
- Sesuai sebagai kawasan petempatan 1
- Kesuburan tanah untuk aktiviti pertanian 1
- Memenuhi keperluan asas manusia 1
1
- Membekalkan sumber makanan
1
- Sumber tanah liat untuk membuat rumah dan tembikar 1
Mana-mana jawapan yang munasabah

Soalan 2. Menurut Herodotus (484-432M) Mesir dikatakan ‘Hadiah Sungai Nil’. 3 Markah
Apakah kelebihan sungai Nil.

- Sungai Nil membanjiri kawasan sekitarnya setiap tahun 1


dengan membawa lumpur hitam yang subur untuk pertanian
- Kawasan lembah terbesar di sunia ini menjadi kawasan subur 1
dan berkembang menjadi negara-kota
- Sungai Nil menjadi sumber perhubungan dan pengangkutan 1
- Sungai Nil membekalkan sumber makanan dan ikan 1

Soalan 3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, Jelaskan peranan Raja 4 Markah


Menes sebagai Firaun dalam sistem pemerintahan Tamadun Mesir
Purba pada ketika itu? KBAT

- Mengetuai pentadbiran 1
- Memajukan ekonomi kerajaan 1
- Mengalakkan aktiviti perdagangan menggunakan jalan sungai 1
- Membentuk kestabilan kerajaan 1
- Melindungi golongan pedagang 1
1
- Ketua pendeta
1
- Ketua pahlawan 1
- Ketua hakim
Mana-mana jawapan yang munasabah

6
Soalan 4. Tamadun awal dunia bermula di Mesopotamia, Mesir Purba, Lembah 4 Markah
Indus dan Huang He.
Mengapakah kita perlu menghargai sumbangan tamadun awal dunia
tersebut? KBAT

- Mengajar kita kita supaya menghargai ketamadunan dahulu 1


- Membuktikan manusia mampu membina Negara kota dan 1
membentuk kerajaan pada masa lampau 1
- Memberi idea kepada masyarakat supaya mencipta pelbagai 1
inovasi/ Kemajuan teknologi 1
- Memberi manafaan kepada manusia dalam aspek ekonomi 1
sosial dan politik. 1
- Menghargai sungai dan sumber alam. 1
1
- Menjadi inspirasi kepada perkembangan dan peningkatan
1
tamadun manusia pada hari ini.
1
- Meningkatkan kemajuan dalam kehidupan. 1
- Membawa kepada pembentukan bandar dan negara-kota yang 1
lebih tersusun dan sistematik. 1
- Menyumbang kepada kemajuan sistem pemerintahan, 1
- Kemajuan dalam bidang kesenian dan kesusasteraan 1
- Perkembangan tamadun awal ini mempengaruhi kehidupan 1
manusia sehingga hari ini.
Mana-mana jawapan yang munasabah

5.Padankan lokasi tamadun awal berikut.

Tamadun Mesoptamia Sungai Huang He

Tamadun Mesir Purba Sungai Tigris dan Euphrates

Tamadun Indus Sungai Nil

Tamadun Huang He Sungai Indus

( 4 Markah)

7
Soalan 6. Gambar berikut merujuk binaan bangunan Mohenjo –Daro dalam 3 Markah
Tamadun Indus.
Jelaskan keistimewaan yang terdapat dibandar tersebut sehingga
mencetuskan inovasi kepada generasi masa kini.

- Merupakan sebuah Bandar terancang


- Terdapat sistem paip
- Terdapat pembentungan yang canggih tebal
- Kotanya dikelilingi oleh dinding bata yang sepanjang 4.8
kilometer
- Dinding ini dibina bagi mengelakkan banjir
- Di dalam kota dibina benteng
- Bagi melindungi keluarga diraja
- Jalan raya dibina selebar 30 kaki
- Dinding memisahkan daerah perumahan antara satu sama lain
- Rumah pula pelbagai saiz
- Ada yang dibina setinggi tiga tingkat
- Kota dibina mengikut grid yang tepat
- Batu-bata yang dibina mengikut ukuran saiz yang tepat.
- Batu bata dari tanah liat yang dibakar dengan suhu yang
tinggi
- Adanya sistem perparitan
- Terdapat sistem jalan raya yang lurus
- Mempunyai bilik mandi dan tandas

7. Padankan pilihan jawapan dengan pernyataan dibawah.

i. Kerajaan yang terkenal adalah Babylon, Akkad, Chaldea, Asyria dan Tamadun
Sumeria Mesopotamia

ii. Terdapat dua buah bandar terancang yang terkenal iaitu Mohenjo- Tamadun Indus
Daro dan Harappa

iii. Perkembangan petempatan kerajaan awal telah melahirkan beberapa Tamadun Huang He
buah bandar termasuklah Bandar Anyang.

iv. Antara aktiviti utama tamadun ini ialah membuat tembikar, membina Tamadun Huang He
kapal, menghasilkan varnish, sutera, sulaman dan ukiran.

v. Raja Mennes telah membuka Bandar Memphis yang kemudiannya Tamadun Mesir
menjadi ibu kota kerajaan. Purba

vi. Keruntuhan tamadun ini disebabkan oleh berlakunya gempa bumi dan Tamadun Indus
banjir.

8
vii. Firaun telah memerintah kerajaan baharu yang telah membentuk Tamadun Mesir
pasukan tentera yang kuat bagi mematahkan serangan orang luar. Purba

viii. Negara-Kota Ur berperanan sebagai pusat perdagangan dan Tamadun


pelabuhan. Mesopotamia
ix. Pembinaan pyramid dan sfinks. Tamadun Mesir
Purba
x. Pengubalan kod undang-undang Hammurabi. Tamadun
Mesopotamia

( 10 Markah)

-Soalan Tamat-

Anda mungkin juga menyukai