Anda di halaman 1dari 1

1) Tawaran program yang diberikan ini adalah tertakluk kepada pengesahan Senat UiTM.

2) Tawaran akan terbatal sekiranya UiTM mendapati anda memberi maklumat tidak benar/manipulasi maklumat.

Lulus pemeriksaan kesihatan dan X-Ray (perbelanjaan ditanggung oleh calon). Bagi mod Pengajian Luar Kampus (PLK) TIDAK PERLU
3)
menjalani pemeriksaan ini.

4) Program yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

5) Kampus yang ditentukan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

6) Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda masih terikat kontrak dengan mana-mana pihak.

7) Melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan dan tawaran terbatal sekiranya gagal melapor diri.

Tawaran ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja. Sebarang penangguhan pengajian adalah tidak dibenarkan dan perlu
8)
memohon semula pada sesi berikutnya.

Tawaran ini tertakluk kepada keputusan ujian air kencing yang akan diadakan selama tempoh pengajian dan tawaran terbatal dengan
9)
sendirinya sekiranya anda didapati mempunyai kesan penggunaan dadah.

Tawaran ke program Diploma/ Sarjana Muda kepada pelajar-pelajar tahun akhir Sijil/Diploma/ Sarjana Muda dari IPT adalah terbatal
10) sekiranya tidak menamatkan pengajian pada tarikh pendaftaran serta tidak memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh
UiTM.

Pihak UiTM berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan, sekiranya didapati calon tidak memenuhi syarat kelayakan masuk.
11)
Calon dinasihatkan meneliti kelayakan masuk sebelum datang mendaftar.

12) Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini TIDAK akan ditanggung oleh UiTM.

13) Dengan penerimaan tawaran ini bermakna anda bersetuju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh UiTM.

Tawaran ini terbatal sekiranya calon adalah BUKAN KETURUNAN MELAYU, ANAK NEGERI SABAH, ANAK NEGERI SARAWAK DAN ORANG
14)
ASLI.

15) Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.

16) Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua maklumat yang dibekalkan oleh UiTM.

17) Maklumat terperinci boleh didapati di dalam Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu.

Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan syarat-syarat tawaran ini.
:

Anda mungkin juga menyukai