Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SAMA GAGAH Kod Sekolah: PEA0006

1. Nama Guru Siti Hazwani Nor Binti Zakaria

2. Judul 40 Hadis Tentang Wabak Penyakit 3. Bidang: Agama


5. Terbitan : Ulum Hadith Research
4. Pengarang Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Center
4. Tarikh Pembentangan 12 September 2021 5. Bil. Muka Surat: 80

6. Tempat Pembentangan SMK Sama Gagah 7. Masa : 9.00- 10.00 pagi


8. Sinopsis

E- buku ini mengandungi 40 hadis yang dilihat mempunyai pengajaran berkaitan dengan
penyebaran wabak penyakit yang berlaku pada hari ini. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis
berdasarkan matan daripada kitab yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada
sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan meringkaskan penulisan, disamping memberikan fokus
kepada isi kandungan yang diambil. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalam
seharian.Topik-topik yang dipaparkan dapat memberi manfaat dalam mengubat diri yang diuji
dengan ujian lalu bertambah iman dan amal kepada Allah SWT.

9. Nilai pengetahuan / pengajaran

Buku komprehensif ini cukup mudah difahami dan sesuai dijadikan rujukan umat Islam dalam
menjalani kehidupan ketika berlakunya wabak pandemik. Di sisi Muslim yang beriman, penularan
wabak dianggap sebagai rahmat buat mereka yang menghadapinya dengan penuh muhasabah dan
kesabaran. Muslim seharusnya mengimani bahawa wabak yang melanda ini adalah ketentuan dari
Allah. Mereka seharusnya mampu mengawal diri mereka di rumah, bersabar atas segala ujian yang
menimpa mereka serta meyakini bahawa tidak ada sesuatu pun yang berlaku melainkan atas
ketentuan Allah.

10. Aplikasi ilmu dalam organisasi / p&p

Buku ini mengandungi pelbagai ilmu yang boleh diaplikasikan dalam profesion perguruan. Menurut
al-Imam Ibn Hajar, hadis ini menekankan dari aspek disiplin seorang individu dalam menghadapi
suasana wabak. Guru khususnya perlu mengutamakan kesihatan (kesejahteraan) yang mana ia
adalah asas dalam kehidupan manusia bahkan perlu sentiasa mengingatkan anak didik tentang
perkara ini. Segala usaha untuk menghindari wabak mestilah dilaksanakan sebelum boleh kita
mengaku bertawakal kepada Allah SWT.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SITI HAZWANI NOR BINTI ZAKARIA ) (MA’WAN RASHIDAH BINTI MOHAMED ISMAIL)

Anda mungkin juga menyukai