Anda di halaman 1dari 2

TDC HOLDINGS SDN. BHD.

NATIONAL ADMINISTRATIVE AND SERVICE CENTRE


(1315522 M)

PT 286-G & PT 285-1, SEKSYEN 26 ,JALAN DUSUN MUDA, 15300 KOTA BHARU,KELANTAN.
NATIONAL TRAINING AND SERVICE CENTRE: NO 167-1 & 168-1 JALAN DATARAN CHERAS
9,CHERAS TRADER SQUARE,43200 SELANGOR MALAYSIA
CARELINE HQ: 011 16383118 | OFFICE KB : 09-7442180
CARELINE KL : 011 57657179 | OFFICE KL : 03-91742040

KEPADA: SEMUA MASTER DEALER/LEADER/DEALER TDC


TARIKH : 26 SEPTEMBER 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

KENYATAAN UMUM BERKENAAN PENGEDAR TDC

TDC HOLDINGS SDN BHD sedia maklum bahawa ada segelintir Pengedar yang
menikmati bonus dan pendapatan daripada TDC namun percakapan dan perbuatan
telah melanggar etika perniagaan dengan menyebarkan mesej dan kata-kata yang
membawa maksud memburukkan syarikat dan pengedar lain di TDC. Hal ini, secara
tidak langsung menjejaskan imej dan nama baik TDC.

Maka dengan itu, demi menjaga nama baik para Pengedar yang masih bersama TDC,
mana-mana Pengedar yang mempunyai bukti yang sohih perihal akhlak Pengedar
TDC yang melanggar etika perniagaan tersebut, sila hubungi Cik Sabihat di talian
+6011-5765 7174.

Menghina dan mengeji sesuatu organisasi yang memberikan anda kemudahan tetapi
pada masa yang sama masih mengambil kemudahan tersebut adalah satu tindakan
yang boleh dianggap sebagai sangat tidak bermaruah dan berprinsip. Oleh itu, TDC
menasihatkan agar individu yang terlibat untuk berundur secara bermaruah dengan
mengisi Borang Pembatalan Akaun dan menghantarnya sebelum 30 September
2020 (selewat-lewatnya 29 September 2020) daripada akaun pengedar anda
dibatalkan akibat pelanggaran etika perniagaan. Sila rujuk Borang Permohonan
Pembatalan Akaun di Lampiran I.

Selain itu, TDC sentiasa terbuka atas sebarang cadangan, nasihat dan pandangan.
Malah Pihak Pengurusan sentiasa bersama dengan Pengedar sama ada di Media Sosial
atau Perjumpaan, jadi ia sama sekali tidak menjadi masalah untuk mana-mana
Pengedar memberikan cadangan dan pandangan yang membina untuk kebaikan
bersama.

Jadilah manusia yang bermaruah, berundurlah secara bermaruah ketika berasa sudah
berbeza haluan di TDC. Usah meneruskan menikmati bonus dan kemudahan di TDC
tetapi pada masa yang sama memburukkan TDC.

Justeru itu, TDC sekali lagi mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menghantar bukti
perihal isu pelanggaran etika ini. TDC juga akan mempertimbangkan mendapatkan
khidmat nasihat peguam perihal isu ini. Kerjasama daripada semua Pengedar amat
kami hargai.
Sekian, terima kasih.

Pihak Pengurusan TDC Holdings Sdn Bhd.


LAMPIRAN I

TDC HOLDINGS SDN BHD (1315522-M)


National Administrative And Service Centre
Pt 286-G, Seksyen 26, Jalan Dusun Muda, 15300 Kota Bahru, Kelantan, Malaysia.
TDC Customer Careline: 0111-1638 3118

National Training And Service Centre


No. 167-1, & 168-1, Jalan Dataran Cheras 9, Cheras Trader Square, 43200 Selangor.
TDC Training Careline: 011-5765 7179

BORANG PERMOHONAN PEMBATALAN AKAUN ID DEALER

1. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakakn kepada HQ TDC Holdings Sdn Bhd Kota
Bharu atau cawangan di Kuala Lumpur.
2. Pengedar (Dealer) adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat TDC
sebelum melengkapkan borang ini.
3. Cooling Off Period selama Enam Bulan bagi Nama, No Kad Pengenalan dan semua Nombor Akaun
pemohon.
4. Dalam tempoh Cooling Off Period, tidak boleh menggunakan Maklumat Peribadi orang lain yang
mempunyai pertalian saudara,maka pemohon akan disenaraihitamkan oleh TDC.

Tuan/Puan,
PERMOHONAN PEMBATALAN AKAUN ID DEALER DI TDC

Saya................................................................. NoK.P................................................................,
yang beralamat di ......................................................................................................................

ingin memohon untuk membatalkan akaun dealer di TDC Holdings Sdn Bhd kerana:

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No Akaun bank (ID Dealer yang memohon):

Tandatangan Pemohon Disokong oleh Sponsor/Upline

.................................................. .......................................................
( ) ( )
No K/P: No K/P:
No Telefon: No Telefon:

Tarikh: Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

TELAH DIPROSES PADA


TANDATANGAN
NAMA DAN T/TANGAN PEGAWAI

Anda mungkin juga menyukai