Anda di halaman 1dari 16

LAMPIRAN A

TATACARA SKIM KEMUDAHAN PINJAMAN KERAJAAN SARAWAK BAGI


PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK

1. PERUNDANGAN DAN PERATURAN


Perundangan dan peraturan yang berkaitan untuk melaksanakan Skim Kemudahan
Pinjaman Kerajaan Sarawak adalah seperti berikut:-
1.1 The Financial Procedure (Contingencies and Trust Funds) Ordinance, 1963;
1.2 The Conveyance, Computer and Household Appliances Advance Fund
Direction, 1996;
1.3 The State Public Service General Orders, 1996;
1.4 Arahan Perbendaharaan; dan
1.5 Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak,
Setiausaha Kewangan Negeri dan Akauntan Negeri Sarawak yang masih
berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

2. TAFSIRAN
Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya di dalam Pekeliling Perjawatan ini, tafsiran
di bawah hendaklah diikuti:-

"Amaun Pinjaman" adalah jumlah pinjaman yang diluluskan untuk pembiayaan oleh
Kerajaan Sarawak berdasarkan kepada syarat yang telah ditetapkan dalam
Pekeliling Perjawatan ini.

“Elaun Tetap” bagi maksud Surat Pekeliling Perjawatan ini merangkumi Elaun
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), Insentif Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan
Tetap Keraian (ITK), Bayaran Insentif Wilayah dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama
(ITJU).

"Faedah" adalah satu kadar faedah yang ditetapkan oleh Kerajaan Sarawak dari
semasa ke semasa.

“Ketua Jabatan” adalah seseorang pegawai yang menjaga jabatan dan di mana
berkenaan, termasuklah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Peguam Besar Negeri,
Setiausaha Kewangan Negeri, Setiausaha Tetap, Residen Bahagian dan mana-
mana pegawai yang ditetapkan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak atas perakuan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri untuk menjadi atau bertindak sebagai
Ketua Jabatan.

“Pegawai” adalah mana-mana orang yang memegang, secara tetap atau


sementara, apa-apa jawatan dalam perkhidmatan awam termasuklah mana-mana
orang yang dilantik untuk menjalankan tugas rasmi dalam perkhidmatan awam.

Muka surat 1 daripada 13


“Penggerak Sumber Manusia (Human Resource Champion – HRC)” adalah rakan
strategik (Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia) dan menjadi
peneraju dalam semua urusan berkaitan sumber manusia dan perubahan budaya di
peringkat agensi.

“Penjamin” adalah merujuk kepada seseorang yang telah ditetapkan dalam


Pekeliling Perjawatan ini.

"Polisi Perlindungan Insurans" adalah skim perlindungan insurans yang


dibenarkan oleh Kerajaan Sarawak dari semasa ke semasa.

“Saudara Terdekat” adalah mana-mana saudara atau ahli keluarga yang


mempunyai pertalian dengan pegawai yang memohon pinjaman.

“Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak” adalah suatu kemudahan


pinjaman yang diwujudkan di bawah The Financial Procedure (Contingencies and
Trust Funds) Ordinance, 1963 bagi membiayai pembelian kenderaan, komputer,
peralatan elektrik rumah atau mana-mana item yang diluluskan oleh Kerajaan
Sarawak kepada pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak.

“Waris” adalah waris terdekat yang terdiri daripada :


(i) isteri / suami dan anak bagi pegawai berkahwin; dan
(ii) ibu bapa / adik beradik bagi pegawai bujang.

3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


3.1 PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK
Pegawai adalah bertanggungjawab untuk:-
3.1.1 Menyemak kelayakan pinjaman dipenuhi berdasarkan peraturan dan /
atau syarat yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Perjawatan ini;
3.1.2 Memastikan Senarai Semak Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan
Sarawak bagi Pemohon seperti di Lampiran 1A/2023 dan Lampiran
2A/2023 dikemukakan kepada Penggerak Sumber Manusia (Human
Resource Champion – HRC)”;
3.1.3 Membayar balik amaun pinjaman berserta faedah secara bayaran
ansuran dalam tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian. Bagi pegawai
bercuti tanpa gaji, tempoh pembayaran balik pinjaman berserta faedah
akan dijadualkan semula sehingga bayaran pinjaman diselesaikan;
3.1.4 Memaklumkan kepada Ketua Jabatan / HRC berkaitan dengan
penyambungan semula potongan gaji bagi pinjaman setelah pegawai
melapor diri kembali bertugas dari cuti tanpa gaji;
3.1.5 Memaklumkan Ketua Jabatan / HRC tentang baki pinjaman yang
perlu dibayar sebelum pegawai bersara / meletak jawatan /
ditamatkan perkhidmatan / dipinjamkan ke agensi lain;

Muka surat 2 daripada 13


3.1.6 Mengemukakan Cover Note / Sijil Polisi Insurans Komprehensif /
Resit Rasmi Skim Takaful Kredit Berkelompok kepada Ketua Jabatan
/ HRC dan memastikan ianya disimpan di dalam Fail Peribadi pegawai
sebagai rekod;
3.1.7 Memastikan perlindungan bagi kenderaan adalah di bawah
Transnational Insurance Brokers (M) Sdn. Bhd. sehingga pinjaman
tersebut selesai;
3.1.8 Mengemukakan salinan dokumen sokongan seperti di Lampiran
yang dinyatakan dalam para 3.1.2 dalam tempoh satu (1) bulan dari
tarikh setuju terima perjanjian ke Jabatan Perbendaharaan Negeri
Sarawak. Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan
akan menyebabkan kelulusan permohonan pinjaman pegawai
dibatalkan;
3.1.9 Memastikan kenderaan terpakai yang dipohon oleh pegawai
hendaklah dilindungi Polisi Insurans Komprehensif daripada pihak
Transnational Insurance Brokers (M) Sdn. Bhd. sehingga pinjaman
tersebut selesai; dan
3.1.10 Memastikan maklumat pada ruangan profil pegawai pada sistem
Government Employee Management System (GEMS) sentiasa
dikemaskini setiap tahun terutamanya pada bahagian alamat surat
menyurat terkini dan maklumat untuk dihubungi.

3.2 PEGAWAI YANG MENGURUS PINJAMAN PEGAWAI PERKHIDMATAN


AWAM SARAWAK DI PERINGKAT KEMENTERIAN / JABATAN / RESIDEN
3.2.1 Pegawai yang bertanggungjawab mengurus pinjaman pegawai
Perkhidmatan Awam Sarawak di peringkat Kementerian / Jabatan
adalah HRC Kementerian / Jabatan atau Pegawai yang diberi kuasa
secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk mengurus pinjaman
pegawai di peringkat Kementerian / Jabatan.
3.2.2 HRC Kementerian / Jabatan atau Pegawai yang diberi kuasa secara
bertulis oleh Ketua Jabatan untuk mengurus pinjaman pegawai di
peringkat Kementerian / Jabatan adalah bertanggungjawab untuk
memastikan perkara-perkara berikut:-
(i) Pengesahan permohonan pinjaman melalui sistem permohonan
Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak pada SCS
Workspace / SIFBAS selaku pegawai pengesah;
(ii) Permohonan kemudahan pinjaman Kerajaan Sarawak adalah
lengkap dan teratur selaras dengan peraturan dan syarat yang
ditetapkan dalam pekeliling ini sebelum permohonan pinjaman
pegawai diluluskan;

Muka surat 3 daripada 13


(iii) Senarai Semak Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak
Bagi Pegawai Pengesah seperti Lampiran 1B/2023 dan
Lampiran 2B/2023 yang dikemukakan oleh pegawai adalah
lengkap dan betul. Sekiranya Senarai Semak tidak lengkap dan
betul, maka permohonan pinjaman pegawai tidak akan
dipertimbangkan untuk pengesahan;
(iv) Pegawai mengemukakan nama serta slip gaji penjamin
sebelum pertimbangan ke atas permohonan dapat dibuat;
(v) Pegawai mengemukakan salinan slip bayaran insuran bagi
setiap pinjaman yang dibuat;
(vi) Pegawai mengemukakan kepada Ketua Jabatan / HRC salinan
sijil insuran kenderaan setiap tahun sebagai rekod;
(vii) Pegawai yang akan bersara / meletak jawatan / ditamatkan
perkhidmatan hendaklah melangsaikan pinjaman sebelum
bersara / meletak jawatan / ditamatkan perkhidmatan;
(viii) Potongan bulanan pinjaman pegawai dibuat setiap bulan
sehingga jumlah pinjaman telah diselesaikan;
(ix) Pertukaran akses pegawai pengesah pada sistem
permohonan Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak
dibuat sekiranya terdapat pertukaran pegawai HRC atau
pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Jabatan kepada seksyen yang mengurus pinjaman, Jabatan
Premier Sarawak;
(x) Pemantauan dibuat ke atas jumlah ansuran potongan
bulanan pinjaman tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada
gaji pokok pegawai dan jumlah semua potongan bulanan gaji
beliau, termasuk ansuran pinjaman yang dimohon, tidak
melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dan elaun tetap;
(xi) Potongan keseluruhan baki pinjaman pegawai dibuat daripada
jumlah Ganjaran Faedah Gantian Cuti Rehat dan / atau Gratuiti
dan / atau gaji terakhir sekiranya pegawai masih mempunyai
baki pinjaman tertunggak bagi pegawai yang akan bersara /
meletak jawatan / ditamatkan perkhidmatan;
(xii) Penyambungan pemotongan bulanan gaji pegawai yang
balik bertugas dari cuti tanpa gaji hendaklah dibuat selewat-
lewatnya sembilan puluh (90) hari tarikh pegawai melapor diri
bertugas;
(xiii) Sijil Pengesahan Berhutang / Tidak Berhutang pegawai
dikemukakan kepada seksyen / unit yang mengurus pinjaman di
Jabatan Premier Sarawak dan Jabatan Perbendaharaan
Negeri Sarawak bagi mengesahkan status pinjaman pegawai;

Muka surat 4 daripada 13


(xiv) Memastikan pegawai sentiasa mengemaskini maklumat pada
ruangan profil pegawai pada sistem Government Employee
Management System (GEMS) terutamanya pada bahagian
alamat surat menyurat terkini dan maklumat untuk
dihubungi.

4. KELAYAKAN PEGAWAI
4.1 Pegawai Yang Layak
4.1.1 Pegawai yang dilantik secara Tetap atau Jawatan Berasaskan
Caruman (JBC) yang telah disahkan dalam jawatan;
4.1.2 Pegawai yang dilantik secara kontrak jangka panjang hingga umur
persaraan wajib (Contract of Service) layak memohon kemudahan
pinjaman tetapi pembayaran balik terhad kepada tempoh kontrak;
4.1.3 Pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak yang dilantik dalam kategori
Lantikan Secara Sementara (LSS) layak menerima kemudahan ini
berdasarkan kelayakan jawatan hakiki yang dipegang.

4.2 Pegawai Yang Tidak Layak


4.2.1 Potongan gaji pegawai melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok
dan elaun tetap;
4.2.2 Pegawai yang masih ada baki pinjaman tertunggak;
4.2.3 Pegawai lantikan kontrak jangka pendek (Contract of Service),
pegawai lantikan Contract for Service dan pegawai pinjaman;
4.2.4 Pegawai yang belum disahkan dalam jawatan;
4.2.5 Pegawai mempunyai kes tatatertib yang masih berjalan atau
sedang dalam tempoh menjalani hukuman tatatertib;
4.2.6 Pegawai mempunyai kes kebankrapan;
4.2.7 Pegawai yang akan bersara kurang dari dua belas (12) bulan dari
tarikh persaraan pegawai;
4.2.8 Pegawai bergaji hari (jika ada); dan
4.2.9 Lain-lain sebab yang diputuskan oleh Ketua Jabatan.

Muka surat 5 daripada 13


5. JENIS DAN KADAR KELAYAKAN PEGAWAI
5.1 Item dan kadar kelayakan maksimum pinjaman yang diberikan kepada
pegawai adalah tertakluk kepada jenis pinjaman seperti berikut:
5.1.1 Kenderaan
(i) Kereta:
Jawatan Pegawai Had Pinjaman
(RM)
(a) Jawatan-Jawatan Utama / Jawatan-
150,000
Jawatan Gred Khas
(b) Kumpulan Pengurusan dan
120,000
Profesional
(c) Kumpulan Pelaksana dan ke bawah 90,000

(ii) Motosikal 10,000


(iii) Enjin Sangkut dan Boat Hull 5,000
5.1.2 Komputer 5,000
5.1.3 Peralatan Elektrik Rumah
(i) Peti Sejuk atau Peti Dingin Beku 2,000
(ii) Dapur Masak atau Ketuhar 2,000
(iii) Mesin Basuh atau Mesin Pengering Pakaian 2,000

5.2 Bagaimanapun, jumlah pinjaman bagi kenderaan tidak boleh melebihi harga
bersih kenderaan (harga jualan kenderaan, cukai eksais dan cukai jualan)
dan tidak termasuk cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain
bayaran tambahan yang berkenaan dengan kenderaan tersebut;
5.3 Kadar kelayakan di atas juga adalah tertakluk kepada jumlah ansuran
potongan bulanan pembiayaan pinjaman berkenaan tidak melebihi 60% dari
jumlah gaji pokok dan elaun tetap;
5.4 Sebarang perbezaan di antara harga belian dengan kadar kelayakan
maksimum pegawai, hendaklah dijelaskan sendiri oleh pegawai sebagai
bayaran muka.

6. BAYARAN BALIK PINJAMAN


6.1 Tempoh pembayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:
6.1.1 Jumlah pinjaman hendaklah dibayar balik setiap bulan melalui
potongan gaji atau apa-apa kaedah pembayaran yang diluluskan
oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak dalam tempoh seperti berikut
atau sehingga dilangsaikan sepenuhnya:-

Muka surat 6 daripada 13


(i) Kereta Baharu Tidak melebihi 9 tahun (108 bulan)
(ii) Kereta Terpakai Tidak melebihi 8 tahun (96 bulan)
(iii) Motosikal Baharu Tidak melebihi 5 tahun (60 bulan)
(iv) Motosikal Terpakai Tidak melebihi 3 tahun (36 bulan)
(v) Enjin Sangkut dan Boat Tidak melebihi 20 bulan
Hull
(vi) Komputer Tidak melebihi 4 tahun (48 bulan)
(vii) Peralatan Elektrik Tidak melebihi 5 tahun (60 bulan)
Rumah

6.1.2 Bagaimanapun, baki pinjaman boleh diselesaikan lebih awal dari


tempoh yang ditetapkan di atas.
6.2 Baki pinjaman atau tunggakan pinjaman pegawai yang meninggal dunia /
bersara / meletak jawatan / ditamatkan perkhidmatan hendaklah
diselesaikan oleh atau melalui kaedah seperti berikut:-
(i) Penjamin;dan/atau
(ii) Insurans pinjaman pegawai;dan/atau
(iii) Gratuiti pegawai;dan/atau
(iv) Faedah Gantian Cuti Rehat pegawai;dan/atau
(v) Waris pegawai.
6.3 Penangguhan bayaran balik ansuran pinjaman hanya dibenarkan kepada
pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji; dan
6.4 Pegawai yang dipinjamkan ke Kementerian / Jabatan Persekutuan atau
Badan Berkanun Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan Negeri hendaklah
membayar balik jumlah pinjaman berserta faedah melalui potongan gaji tanpa
penangguhan bayaran balik pinjaman dalam tempoh sembilan puluh (90)
hari dari tarikh pegawai melapor diri untuk bertugas di Kementerian / Jabatan
Persekutuan atau Badan Berkanun Negeri atau Pihak Berkuasa
Tempatan Negeri tersebut.

7. PENJAMIN SKIM KEMUDAHAN PINJAMAN KERAJAAN SARAWAK


7.1 Pegawai hendaklah menyediakan seorang penjamin sebagai jaminan kepada
perjanjian Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak berserta penyata
gaji (sebulan) penjamin semasa mengemukakan permohonan.

Muka surat 7 daripada 13


7.2 Penjamin hendaklah memenuhi syarat berikut:-
7.2.1 Mempunyai pendapatan tetap dengan gaji bersih tidak kurang dari
RM1,500 sebulan (dibuktikan dengan penyata gaji terkini yang telah
disahkan oleh majikan); dan
7.2.2 Terdiri daripada sama ada pasangan / anak / adik beradik / saudara
terdekat / lain-lain yang mempunyai pekerjaan tetap dan telah bekerja
sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
7.3 Sekiranya gagal mengemukakan perkara tersebut di atas, maka permohonan
pinjaman pegawai akan ditolak;
7.4 Penjamin bertanggungjawab secara bersama dan berasingan ke atas semua
jumlah wang asal bersama-sama dengan jumlah keuntungan yang dikenakan
(sebelum dan selepas penghakiman) dan lain-lain caj yang bersabit dengan
pembiayaan; dan
7.5 Jaminan ini tidak akan terbatal walaupun dengan kematian penjamin atau
penjamin menjadi tidak siuman tetapi ia juga mengikat waris dan harta benda
penjamin sehingga semua jumlah yang dituntut dijelaskan sepenuhnya.

8. PEMBELIAN SKIM TAKAFUL KREDIT BERKELOMPOK


8.1 Pegawai diwajibkan membeli Pelan Skim Takaful Kredit Berkelompok
daripada Transnational Insurance Brokers (M) Sdn. Bhd. bagi setiap jenis
pinjaman yang diluluskan;
8.2 Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kelulusan pinjaman pegawai
akan terbatal;
8.3 Jumlah pinjaman minimum bagi pembelian Pelan Skim Takaful Kredit
Berkelompok adalah RM1,000.00 dan tempoh pinjaman dua belas (12)
bulan; dan
8.4 Sekiranya tempoh pinjaman dijadualkan semula, pegawai hendaklah
membuat pembelian baharu pelan tersebut tertakluk kepada para 8.3.

9. KADAR FAEDAH
Kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam ialah 2% untuk setiap pinjaman.

10. HAD POTONGAN GAJI PEGAWAI


10.1 Jumlah ansuran potongan bulanan pinjaman hendaklah tidak melebihi 60%
dari jumlah gaji pokok dan elaun tetap.
10.2 Sekiranya melebihi 60%, maka permohonan pinjaman pegawai tidak akan
dipertimbangkan.

Muka surat 8 daripada 13


11. PERTUKARAN ITEM SELEPAS KELULUSAN PERMOHONAN
Sebarang pertukaran item permohonan, selepas kelulusan adalah tidak
dibenarkan.

12. PERMOHONAN SEMULA PINJAMAN


Permohonan semula pinjaman hanya boleh dibuat selepas tarikh tamat tempoh
perjanjian sedia ada dan pegawai tidak mempunyai apa-apa baki / tunggakan
dari pinjaman terdahulu.

13. SYARAT TAMBAHAN BAGI KENDERAAN (KERETA DAN MOTOSIKAL)


13.1 Hak Milik Kenderaan
13.1.1 Pegawai adalah bertanggungjawab mengemukakan permohonan
kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak atau Pegawai yang
diturunkan kuasa secara bertulis, melalui Ketua Jabatan untuk
mendaftar “Hak Milik Dituntut oleh Kerajaan Sarawak” di dalam
sistem pendaftaran kenderaan sebagai pemilik berdaftar.
13.1.2 Pendaftaran “Hak Milik Dituntut oleh Kerajaan Sarawak” di dalam
sistem pendaftaran kenderaan hanya boleh dibatalkan oleh
Setiausaha Kerajaan Sarawak atau Pegawai yang diturunkan
kuasa secara bertulis, apabila dimaklumkan secara rasmi oleh
peminjam melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan dokumen
sokongan yang mengesahkan bahawa pinjaman itu telah
diselesaikan sepenuhnya.

13.2 Tukar Hak Milik / Transaksi Jualan / Gadaian Kenderaan


Pegawai tidak dibenarkan menukar hak milik atau membuat apa-apa
transaksi jualan atau gadaian ke atas kenderaan dalam tempoh pinjaman
kecuali pembatalan “Hak Milik Dituntut oleh Kerajaan Sarawak” telah
dilakukan secara rasmi.

13.3 Modifikasi Kenderaan


13.3.1 Pegawai tidak dibenarkan membuat modifikasi ke atas kenderaan
dalam tempoh pinjaman kecuali modifikasi yang dibenarkan oleh
undang-undang;
13.3.2 Kerajaan Sarawak tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat
apa-apa tuntutan ke atas kenderaan disebabkan oleh modifikasi
tersebut.

Muka surat 9 daripada 13


13.4 Cover Note / Sijil Polisi Insurans Komprehensif dan Resit Rasmi Skim
Takaful Kredit Berkelompok

13.4.1 Pegawai hendaklah mengemukakan Cover Note / Sijil Polisi


Insurans Komprehensif dari Transnational Insurance Brokers (M)
Sdn. Bhd. setiap tahun kepada Ketua Jabatan / HRC untuk rekod
sehingga pinjaman tersebut diselesaikan sepenuhnya;
13.4.2 Pegawai hendaklah mengemukakan Resit Rasmi Skim Takaful
Kredit Berkelompok dari Transnational Insurance Brokers (M) Sdn.
Bhd. kepada Ketua Jabatan / HRC untuk rekod sehingga pinjaman
tersebut diselesaikan sepenuhnya; dan
13.4.3 Ketua Jabatan / HRC hendaklah membuat simpanan fail Cover Note /
Sijil Polisi Insurans Komprehensif dan Resit Rasmi Skim Takaful
Kredit Berkelompok ke dalam Fail Peribadi Peminjam.
13.5 Pembelian Kenderaan Terpakai (Kereta / Motosikal)
13.5.1 Jika membeli kenderaan terpakai (termasuk kenderaan
"recondition"), syarat pinjaman adalah seperti berikut:-
(i) Pinjaman hendaklah tidak melebihi harga bersih kenderaan
atau maksimum kelayakannya atau nilaian kenderaan
tersebut yang dinilai oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak.
Semua kenderaan terpakai (termasuk "recondition") hendaklah
dinilai oleh Jurutera Mekanikal (JKR Woksyop) untuk
melayakkan permohonan pinjaman kenderaan terpakai
dilakukan;
(ii) Sijil Nilaian Kenderaan Terpakai yang dikeluarkan oleh
Jurutera Mekanikal (JKR Woksyop) hendaklah disertakan butiran
berikut:-
(a) Nama pemilik berdaftar;
(b) Jenis, nombor dan kuasa kenderaan;
(c) Nombor "chasis" dan nombor enjin;
(d) Nilai kenderaan terpakai; dan
(e) Baki tempoh kenderaan terpakai berekonomi dan selamat
dipakai.
Dengan demikian, tempoh bayaran balik pinjaman kenderaan
terpakai hendaklah ditentukan berdasarkan baki tempoh
kenderaan berekonomi dan selamat dipakai sebagaimana
dinilaikan oleh Jurutera Mekanikal (JKR Woksyop).
(iii) Salinan asal Sijil Nilaian kenderaan terpakai hendaklah
disertakan dengan permohonan pinjaman; dan

Muka surat 10 daripada 13


(iv) Kenderaan terpakai hendaklah dilindungi dengan Polisi
Insurans Komprehensif dan Pelan Skim Takaful Kredit
Berkelompok dari Transnational Insurance Brokers (M) Sdn.
Bhd. sehingga pinjaman diselesaikan.

13.6 Saman / Kompaun Kenderaan


Sebarang saman / kompaun kenderaan termasuk tunggakan hendaklah
dibayar oleh pegawai sepanjang tempoh pinjaman.

14. SYARAT BAGI PINJAMAN KOMPUTER


14.1 Pembelian komputer yang dibenarkan adalah pembelian komputer baharu
termasuk perkakasan dan perisiannya.
14.2 Komputer bagi maksud pekeliling perjawatan ini dikategorikan kepada tiga (3),
iaitu:-
14.2.1 Komputer desktop;
14.2.2 Komputer riba; dan
14.2.3 Komputer tablet.
14.3 Perkakasan bagi maksud pekeliling perjawatan ini dikategorikan kepada tiga
(3) iaitu:-
14.3.1 Mesin pencetak;
14.3.2 Mesin pengimbas; dan
14.3.3 Peranti pelbagai fungsi (multifunction device).
14.4 Permohonan untuk membuat pembelian lebih daripada satu (1) unit komputer
adalah dibenarkan tetapi bukan dari kategori komputer yang sama;
14.5 Permohonan untuk pembelian komputer bersama lebih daripada satu (1) unit
perkakasan adalah dibenarkan tetapi bukan dari kategori perkakasan yang
sama; dan
14.6 Pembelian komputer di bawah pakej jalur lebar dibenarkan tetapi pembiayaan
tidak termasuk bayaran langganan bulanan.

15. PROSES PERMOHONAN SKIM KEMUDAHAN PINJAMAN KERAJAAN


SARAWAK

15.1 Mengemukakan Permohonan


15.1.1 Sebelum mengemukakan permohonan pinjaman, pegawai hendaklah
memastikan perkara-perkara berikut:-
(i) Beliau adalah layak memohon berdasarkan peraturan dan
syarat yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Perjawatan ini.

Muka surat 11 daripada 13


(ii) Senarai Semak Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak
Kategori Komputer / Peti Sejuk / Peti Dingin Beku / Dapur Masak
/ Ketuhar / Mesin Basuh / Mesin Pengering Pakaian / Enjin
Sangkut dan Boat Hull pada Lampiran 1A/2023 dan Senarai
Semak Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak Kategori
Kereta / Motosikal pada Lampiran 2A/2023 adalah lengkap;
15.1.2 Setelah semuanya lengkap berdasarkan para 15.1.1 di atas, pegawai
hendaklah mengemukakan permohonan kepada HRC atau pegawai
yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk
pengesahan melalui sistem pinjaman; dan
15.1.3 Sekiranya permohonan pinjaman pegawai tidak lengkap dan tidak
menepati peraturan dan syarat yang telah ditetapkan dalam
Pekeliling Perjawatan ini, maka permohonan pinjaman pegawai tidak
akan dipertimbangkan.

15.2 Pengesahan Permohonan


15.2.1 Setelah menerima permohonan, HRC atau pegawai yang diberi kuasa
secara bertulis oleh Ketua Jabatan hendaklah:-
(i) menyemak permohonan pinjaman pegawai berdasarkan
peraturan dan syarat yang telah ditetapkan dalam Pekeliling
Perjawatan ini sebelum membuat pengesahan ke atas
permohonan tersebut; dan
(ii) Senarai Semak Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak
Kategori Komputer / Peti Sejuk / Peti Dingin Beku / Dapur Masak
/ Ketuhar / Mesin Basuh / Mesin Pengering Pakaian / Enjin
Sangkut dan Boat Hull pada Lampiran 1B/2023 dan Senarai
Semak Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak Kategori
Kereta / Motosikal pada Lampiran 2B/2023 adalah lengkap.
15.2.2 Setelah berpuas hati permohonan pinjaman pegawai menepati syarat
yang ditetapkan dalam Pekeliling Perjawatan ini serta senarai semak
tersebut di atas adalah lengkap maka HRC atau pegawai yang diberi
kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan akan membuat pengesahan
serta mengemukakan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak untuk
pertimbangan.

15.3 Perjanjian Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak


15.3.1 Pegawai hendaklah menyemak keputusan permohonan pinjaman
melalui sistem pinjaman;

15.3.2 Sekiranya diluluskan, Pegawai hendaklah mencetak dan


menandatangani Surat Perjanjian Skim Kemudahan Pinjaman
Kerajaan Sarawak;

Muka surat 12 daripada 13


15.3.3 Lampirkan salinan asal dokumen seperti di senarai semak Lampiran
1C/2023. Kegagalan melampirkan dan mengemukakan dokumen-
dokumen tersebut ke Ibu Pejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri
Sarawak dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan
perjanjian akan menyebabkan kelulusan pinjaman terbatal; dan

15.3.4 Perjanjian Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak hendaklah


dimatikan dengan setem hasil di Lembaga Hasil Dalam Negeri atau di
Pejabat Daerah pada kadar yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil
Dalam Negeri.

Muka surat 13 daripada 13

Anda mungkin juga menyukai