Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

IDEA/ KONSEP BULETIN


UNIT EDITORIAL DAN INFORMASI, BAHAGIAN PEMASARAN DAN PENAJAAN
PERTUBUHAN KEBAJIKAN PROJEK IHSAN
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dirangka untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan
kewangan daripada pihak Ahli Majilis Tertinggi Projek Ihsan untuk melaksanakan idea
konsep bagi penghasilan bulletin Projek Ihsan bagi setiap dua bulan.

2.0 PENGENALAN
Unit Editorial dan Informasi merupakan salah satu unit yang terletak di bawah Bahagian
Pemasaran dan Penajaan di dalam pengurusan tertinggal Projek Ihsan. Unit ini
ditubuhkan adalah bagi memainkan peranan dan fungsi yang padu dalam menyokong
Bahagiaan Pemasaran dan Penajaan dalam usaha menyebarluaskan kewujudan Projek
Ihsan dan bagi mendapatkan penajaan dari pelbagai sumber sama ada pihak
perseorangan, pihak syarikat mahupun pihak kerajaan sendiri. Unit ini telah ditugaskan
bagi kerja-kerja penghasilan buletin Projek Ihsan bagi setiap dua bulan. Unit ini akan
terlibat secara terus dalam kerja-kerja seperti cadangan idea bagi konsep buletin,
penghasilan rekaan dan pengeditan, penulisan kreatif, pencetakan dan penghantaran
buletin. Selain itu daripada fokus utama penubuhan unit ini adalah bagi melatih
mahasiswa/i

yang menyertai program ini supaya menguasai kemahiran asas dalam

penghasilan dan penerbitan sesebuah buletin atau majalah.

3.0 MISI
Menghasilkan sebuah bulletin yang menarik dan informatif di samping membolehkan
pihak penaja dan orang awam mendapatkan perkembangan semasa aktiviti Projek Ihsan.

4.0 MATLAMAT
Menjadi satu saluran bagi pihak penaja untuk memperoleh informasi tentang
perkembangan semasa dan aktiviti yang berlaku sepanjang sesi akademik 2015 di
samping menarik lebih ramai penaja untuk memberi penajaan dalam pertubuhan ini.

5.0 OBJEKTIF
5.1

Memupuk kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban ahli sukarelawan.

5.2

Melatih ahli sukarelawan untuk meningkatkan tahap berkomunikasi yang


berkesan.

5.3

Memupuk kemahiran pengurusan maklumat dan menggalakkan pembelajaran

5.4

Menyemai nilai, sikap, etika, dan profesionalisme dalam kalangan ahli


sukarelawan

5.6

Memupuk sikap kepimpinan dan melatih mahasiswa dalam berorganisasi supaya


dapat mempelajari kemahiran-kemahiran generik.

5.7

Memberi pendedahan mengenai pengurusan maklumat dan kepimpinan.

5.8

Melatih sukarelawan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif untuk


menghasilkan buletin yang menarik .

6.0 TEMA/ KONSEP BULETIN

-Mac/ April : Geometri


-Mei/ Jun : Edisi Raya
-Julai/ Ogos : Edisi Merdeka
-September/ Oktober : Edisi Cuti Sekolah
- November/ Disember : Edisi Tahun Baru
7.0 ANJURAN
Unit Editorial dan Informasi, Bahagian Pemasaran dan Penajaan, Pertubuhan Kebajikan
Projek Ihsan.
8.0 TARIKH DAN MASA
Sesi Mac- Disember 2015
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat aktiviti yang diadakan di bawah Projek Ihsan sepanjang tahun iaitu bermula Mac
sehingga Disember.

10.0 PUBLISITI
Sebahagian maklumat akan dipamerkan di skrin paparan Projek Ihsan melalui laman web
www.Projekihsan.org, laman web Facebook Projek Ihsan, Instagram, Twitter dan
hebahan melalui aplikasi Whatsap.

11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM


Jumlah tenaga kerja yang terlibat ialah seramai 7 orang di bawah Bahagian Pemasaran
dan Penajaan

12.0 STRUKTUR ORGANISASI


Rujuk Lampiran A

13.0 PERINCIAN IDEA/ KONSEP BULETIN

Buletin Mac/Apri : Edisi Geometri


Buletin bagi edisi Mac/April merupakan edisi yang pertama yang bagi dihasilkan dan
diterbitkan dibawah Unit Editorial Buletin, Bahagian Pemasaran dan Penajaan.
Bagi edisi yang julung- julung kali bakal diterbitkan, idea konsep geometri telah dipilih
dan dipersetujui sebulat suara ahli di dalam unit ini.
Idea konsep dan pelaksanaan buletin lebih tertumpu kepada rekaan itu sendiri. Rekaan
dan grafik di dalam buletin ini aka memaparkan pelbagai bentuk, ukuran dan warna
selain daripada isi kandungan buletin itu sendiri..
Bagi edisi kali ini, Unit Editorial dan Informasi akan lebih memaparkan maklumat dan
sejarah penubuhan Projek Ihsan serta aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang dua
bulan yang pertama

Buletin Mei/Jun : Edisi Raya

Bagi edisi kali ini, Unit Editorial dan Informasi akan mengambil konsep hari raya.

Bagi isi kandungan di dalam buletin, akan diselitkan beberapa akitiviti yang telah
dianjurkan sepanjang bulan puasa dan hari raya nanti.

Bagi imej dan grafik, gambar-gambar seperti ketupat dan lemang akan dijadikan
trademark buletin itu nanti bagi menandakan edisi raya.

Idea dan konsep buletin juga akan sedikit berubah dari segi penyusanan isi kandungan
dan paparan utama yang lebih bersesuaian dengan bulan syawal.

Edisi Julai/Ogos : Edisi Merdeka

Bagi edisi kali ini, tema kemerdekaan bakal diangkat sebagai idea konsep buletin bagi
edisi yang ketiga

Edisi kali ini, akan memaparkan aktiviti yang bersesuai untuk dimasukkan di dalam
buletin ini

Grafik dan imej seperti gambar jalur gemilang, tokoh-tokoh kemerdekaan akan menjadi
muka hadapan buletin.

Edisi September/ Oktober : Edisi Cuti Sekolah


Dalam edisi kali ini akan memfokuskan konsep cuti sekolah memandangkan buletin bagi
edisi ini bakal diterbitkan dan diagihkan pada bulan november iaitu semasa musim cuti
sekolah.

Edisi kali ini, akan menyelitkan pendapat pelajar mengenai aktiviti yang bakal dilakukan
mereka sepanjang cuti sekolah.

Manakala, bagi konsep dari segi grafik dan imej akan dimasukkan gambar pelajar dan
pencapaian mereka pada peperiksaan hujung tahun.

Edisi November/Disember : Edisi Tahun Baru

Bagi edisi yang terakhir bagi tahun 2015, edisi tahun baru akan menjadi tema dan konsep
buletin bagi edisi november/disember

Majlis Makan Malam dan Pelancaran Projek Ihsan akan menjadi kandungan utama dalam
buletin itu nanti.

Grafik dan imej sepanjang tahun mengenai aktiviti yang melibatkan pelajar dan
sukarelawan akan diselitkan di dalam majalah itu nanti.

14.0 BIDANG TUGAS UNIT EDITORIAL DAN INFORMASI


Editor dan Co-Editor
1. Memeriksa setiap artikel yang disediakan
2. Membaiki sebarang kesilapan tatabahasa dalam artikel
3. Mendapatkan informasi tentang Ahli Majlis Tertinggi dan Pelajar
4. Mencari informasi mengenai akademik dan bukan akademik
5. Menolong wartawan mencari informasi terbaru mengenai artikel
6. Memantau gerak kerja wartawan
7. Mengagihkan tugas kepada wartawan untuk membuat liputan
8. Menyediakan soalan-soalan sesi temu bual untuk wartawan

wartawan
1. Mendapatkan isu-isu semasa yang boleh dijadikan bahan laporan dalam buletin.
2. Memaklumkan aktiviti kepada jurugambar supaya mereka dapat menangkap gambar aktiviti
tersebut semasa aktiviti dijalankan
3. Peka terhadap perkembangan semasa mengenai pelajar dan sukarelawan untuk ditulis
4. Mengumpul maklumat dan latar belakang mengenai program yang ingin dilaporkan dan
membuat persiapan umum seperti mengkaji tempat, masa dan latar belakang program yang
diadakan
5. Mengadakan temu bual dengan individu yang terlibat seperti sukarelawan
6. Mengarang dan menulis berita-berita terkini atau rencana yang berkaitan dengan bidang
pendidikan
7. Mencipta idea baru untuk dimasukkan ke dalam majalah
8. Proaktif dan kreatif dalam mencari sumber-sumber maklumat dan bahan laporan yang menarik
bagi menghasilkan berita atau rencana.

Juru Grafik
1. Mereka muka depan buletin Projek Ihsan.
2. Membuat logo untuk buletin.
3. Mengemas dan mengedit gambar-gambar yang diperolehi.
4. Menyusun gambar dan artikel-artikel dalam ruangan buletin dengan kreatif dan menarik.
5. Mereka grafik dan visual yang bersesuaian serta menarik dalam buletin.
6. Menjana idea-idea reka bentuk yang baru serta berkesan dan mengimplementasikan idea
atau konsep tersebut menerusi reka letak dan penghasilan buletin.

15.0 PENUTUP
Kejayaan penerbitan buletin melalui Unit Editorial dan Informasi ini melibatkan usaha
dan titik peluh daripada semua pihak. Diharapkan agar buletin ini dapat memberi manfaat kepada
semua. Dengan itu, diharap aktiviti seumpama ini dapat diteruskan sebagai projek tahunan
Projek Ihsan demi melahirkan siswazah yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi
mempunyai daya saingan yang tinggi dan sentiasa prihatin terhadap isu semasa. Semoga buletin
ini mampu menjadi sumber informasi pleh pihak penaja dan orang awam bagi mendapatkan
perkembangan semasa mengenai Projek Ihsan.
Dengan segala bantuan dan kerjasama daripada Unit Editorial dan Informasi, Bahagian
Pemasaran dan Penajaan, Ahli Majlis Tertinggi, sukarelawan dan pelajar ini dapat dilangsungkan
dengan lancar dan sempurna. Semoga kertas kerja ini diberi kelulusan dan bantuan kewangan.
Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
UNIT EDITORIAL DAN INFORMASI, BAHAGIAN PEMASARAN DAN
PENAJAAN.
Penaung
Sdr Khairul Azkar Abd Halim
Pengerusi
Sdr Ikhman Hanif
Timbalan Pengerusi
Sdr Wan Akmal
Editor
Sdr Hazzad
Penolong Editor 1
Sdri Aqilah
Penolong Editor 2
Sdr Muhammad Khairul Mokhtar
Ketua Pengeditan
Sdr Afif
Wartawan
Sdr Afiq

Anda mungkin juga menyukai