Anda di halaman 1dari 8

 

  KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


 

 
TAHUN : 2
 

 
TEMA : KEKELUARGAAN
  UNIT : 2
 

 
STANDARD KANDUNGAN :
 

  1.1 Mendengar dan memberikan respons


 

  STANDARD PEMBELAJARAN :
 
1.1.1 Mendengar, mengecam, memahami dan menyebut
 
dengan betul dan tepat
 
i) Frasa
  ii) Ayat tunggal
  iii) Ayat majmuk
 

 
TP 3 : Memberikan respons terhadap pelbagai soalan,
 
suruhan, dan pesanan serta menyampaikan maklumat dan
 
idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila pada tahap
 
memuaskan.
 

   

 
Lihat gambar di bawah dan dengar penerangan yang
diberikan oleh guru. Kemudian jawab soalan-soalan yang

dikemukakan. ( STEM )

Keluarga Abu

( STIMULUS )
Dengar dan sebut frasa di bawah. ( STEM )

Keluarga Abu

Mencari rezeki

Anak sulung

Berwarna jingga

Sangat bahagia

( STIMULUS )
Keluarga Abu
Ini keluarga Abu. Keluarga Abu terdiri daripada 5
orang ahli iaitu bapa, ibu, kakak, Abu dan adik.
Keluarga ini diketuai oleh seorang bapa yang
bertanggungjawab mencari rezeki untuk menyara
kehidupan ahli keluarga. Abu merupakan anak
sulung dan Aina adalah adik bongsu dalam
keluarga ini. Bapa suka memakai baju berwarna
hijau sementara ibu suka memakai tudung
berwarna jingga. Kehidupan keluarga ini sangat
bahagia kerana selalu mengamalkan sikap
sayang-menyayangi dan hormat-menghormati
antara satu sama lain. Abu sentiasa menyayangi
akan ahli keluarganya.
 

( STIMULUS )

 
Aktiviti mendengar dan bertutur
1 Ini keluarga siapa ?

Keluarga Abu

2 Berapa orang ahlikah dalam keluarga ini ?

Lima orang

3 Apakah warna tudung yang suka dipakai oleh ibu ?

Warna jingga

4 Apakah tanggungjawab seorang bapa ?

Mencari rezeki untuk menyara


kehidupan ahli keluarga

5 Mengapakah keluarga Abu sangat bahagia ?

Kerana mengamalkan sikap sayang-


menyayangi dan hormat-menghormati
 

( STEM )
Item : Aneka Pelbagai Pilihan
Stem : Dengar soalan yang ditanya dan nyatakan
jawapan yang betul.
Stimulus : Gambar dan Keterangan Keluarga Abu

1 Siapakah anak yang bongsu dalam keluarga Abu ?


a. Abu
b. Kakak
c. Aina

2 Apakah maksud anak sulung berdasarkan


kenyataan tadi ?
a. Anak bongsu
b. Anak pertama
c. Anak kedua

3 Antara berikut, yang manakah bukan ahli keluarga


Abu ?
a. Adik
b. Bapa
c. Nenek

4 Nyatakan 2 nilai murni yang diamalkan dalam


keluarga Abu ?
1._______________________________________________
2._______________________________________________
Dengar dengan teliti ayat yang diimlakkan. Kemudian tulis
semula ayat yang betul berdasarkan gambar. ( STEM )

1
Ayah saya bekerja sebagai polis.

2 Ibu saya memakai tudung


berwarna hitam.

Hani ada dua orang kakak dan


adik bongsu.
3

4 Keluarga saya sentiasa ceria dan


gembira.
 

( STIMULUS )
AHLI KUMPULAN

EN. SAPERI BIN JABELI


( SK. ULU TOMANI, TENOM )

EN. ADZRUL BIN PUDIN


( JPN SABAH )

PN SALINAH BINTI JIDIN


( SK. PETAGAS, PENAMPANG )

PN LATIFAH BINTI MD SALLEH


( SK. SERUSUP, TUARAN )

PN MILIN TANGGUNAN
( SK. MARAK PARAK, KOTA MARUDU

Anda mungkin juga menyukai