Anda akan dibimbing secara lengkap bacaan surah ini secara ayat demi ayat. Bantuan audio juga disediakan.
Semoga membantu..
Isi Kandungan
Pengenalan
Bacaan Surah Al-Mulk Rumi (Transliterasi)
Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Mulk
Pengenalan
Ia terdiri daripada 30 ayat, termasuk golongan surah-surah makkiyyah, diturunkan selepas Surah ath-Thur.
Nama al-Mulk diambil dari perkataan “al-Mulk” yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang ertinya kerajaan atau kekuasaan.
Dinamakan pula surah ini dengan Tabaarak yang bermaksud Maha Suci
Ia adalah surah yang membawa keamanan dan keselamatan kerana ia akan melindungi kita dari seksa kubur sekiranya diamalkan
setiap kali sebelum tidur.
1.
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
2.
allażī khalaqal-mauta wal-ḥayāta liyabluwakum ayyukum aḥsanu ‘amalā, wa huwal-‘azīzul-gafūr
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara
kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang
bertaubat);
3.
allażī khalaqa sab‘a samāwātin ṭibāqā, mā tarā fī khalqir-raḥmāni min tafāwut, farji‘il-baṣara hal tarā min fuṭūr
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang
Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan –
(mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
4.
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat
sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
5.
wa laqad zayyannas-samā’ad-dun-yā bimaṣābīḥa wa ja‘alnāhā rujūmal lisy-syayāṭīni wa a‘tadnā lahum ‘ażābas-sa‘īr
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan
Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang
menjulang-julang.
6.
wa lillażīna kafarū birabbihim ‘ażābu jahannam, wa bi’sal-maṣīr
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat
kembali.
7.
iżā ulqū fīhā sami‘ū lahā syahīqaw wa hiya tafūr
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
8.
takādu tamayyazu minal-gaīẓ, kullamā ulqiya fīhā faujun sa’alahum khazanatuhā alam ya’tikum nażīr
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang
kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan
amaran (di dunia dahulu)?”
9.
qālū balā qad jā’anā nażīrun fa każżabnā wa qulnā mā nazzalallāhu min syai’in in antum illā fī ḍalālin kabīr
Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta
kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada
dalam kesesatan yang besar! “
10.
Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak
termasuk dalam kalangan ahli neraka”.
11.
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli
neraka.
12.
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak
melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
13.
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
14.
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya,
lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
15.
huwallażī ja‘ala lakumul-arḍa żalūlan famsyū fī manākibihā wa kulū mir rizqih, wa ilaihin-nusyūr
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari
rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka
hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
16.
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi
menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
17.
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu
angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan
amaranKu?
18.
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka
dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
19.
awalam yarau ilaṭ-ṭairi fauqahum ṣāffātiw wa yaqbiḍn, mā yumsikuhunna illar-raḥmān, innahū bikulli syai’im baṣīr
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka,
(siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya
(daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.
20.
am man hāżallażī huwa jundul lakum yanṣurukum min dūnir-raḥmān, inil-kāfirūna illā fī gurūr
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya)
orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
21.
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang
musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
22.
afamay yamsyī mukibban ‘alā wajhihī ahdā am may yamsyī sawiyyan ‘alā ṣirāṭim mustaqīm
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya:
boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
23.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran
dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
24.
Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.
25.
Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”
26.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan
sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.
27.
fa lammā ra’auhu zulfatan sī’at wujūhullażīna kafarū wa qīla hāżallażī kuntum bihī tadda‘ūn
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang
kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.
28.
qul ara’aitum in ahlakaniyallāhu wa mam ma‘iya au raḥimanā fa may yujīrul-kāfirīna min ‘ażābin alīm
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-
sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan
kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.
29.
qul huwar-raḥmānu āmannā bihī wa ‘alaihi tawakkalnā, fa sata‘lamūna man huwa fī ḍalālim mubīn
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang
kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.
30.
Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat
mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.
Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Mulk
Kelebihan yang pertama adalah pembaca akan terhindar dari azab kubur. Ini boleh dilihat di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
Selain dari melindungi pembaca dari terkena seksa azab kubur, surah ini juga akan membantu kita untuk memasuki syurga.
Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada
pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.
Ini juga merupakan satu kelebihan yang tidak diketahui oleh ramai umat Islam.
Sekiranya anda mengamalkan surah ini, anda akan dimasukkan ke dalam syurga.
Sekiranya anda membaca surah ini sebelum tidur, anda sudah mengikuti sunnah Baginda.
Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan Surah Al Mulk”
Jika kita selalu mengamalkan surah ini pada waktu malam, maka ia akan menjadi penguam cara apabila ia sudah waktu soal jawab
dengan Munkar Nakir.
Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk
bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
Jika anda selalu membaca surah ini dalam kehidupan seharian anda, maka Allah akan mencerahkan wajah anda seperti Nabi Yusuf
pada hari kiamat.
7. Diampunkan Dosa
Selain dari memberi pahala apabila kita membaca surah ini, Allah SWT juga akan mengampunkan segala dosa mereka yang sentiasa
mengamalkan membaca sehingga akhir surah.
Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan
pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan
8. Hati Beriman
Rasulullah SAW juga berkata bahawa hati kita akan beriman sekiranya kita mempelajari dan membaca surah ini dengan penuh
istiqamah.
Baginda bersabda:
“Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.”
“Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam
hatinya.”
Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa
mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga
menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Apabila malaikat Munkar dan Nakir datang untuk soal kita, manusia akan pengsan apabila melihat wajah mailaikat azab.
Tetapi bagi mereka yang mengamalkan Surah Al-Mulk, ia akan menjadi penghalang daripada diseksa.
Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca
surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan
tuannya daripada azab kubur.