Anda di halaman 1dari 3

SOALAN 5 BINCANGKAN PENGARUH PEMBESAR DALAM SISTEM PEMERINTAHAN MASYARAKAT MELAYU.

NORAZLINA BTE HARON


Pengaruh merupakan kebolehan atau daya yang dapat mengubah perangai atau kuasa yang disebabkan oleh kekayaan atau pangkat seseorang. Dalam sistem pemerintahan masyarakat melayu, pengaruh pembesar amat kuat dan besar, sehingga dapat membezakan jurang antara sultan dan pembesar. Pembesar memainkan peranan penting kerana pembesar dianggap sebagai wakil kepada sultan. Pembesar dapat mempengaruhi sultan dari segi pentadbiran, ekonomi dan sosial. Di antara pembesar yang penting ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Mereka mempunyai peranan masing-masing dan mempunyai pengaruh di kalangan rakyat mahupun sultan dan pembesar lain. Sistem pembesar terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pusat, daerah dan kampung. Kedudukan, nama dan kekuasaan merupakan faktor utama pembesar mempunyai pengaruh yang kuat dan mantap. Ciri-ciri tersebutlah yang diperolehi daripada sultan mampu memaksa pembesar membeli rakyat supaya menjadi pengikutnya, maka semakin kuatlah pengaruh pembesar tersebut. Pengaruh yang ada pada diri pembesar dapat melicinkan urusan pentadbiran salam sistem masyarakat melayu. Dari aspek pentadbiran dalam sistem pemerintahan masyarakat melayu, pengaruh yang ada dalam diri pembesar amat mempengaruhi perlantikan seseorang bagi menjawat jawatan sultan. Seseorang sultan perlulah mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar ataupun seseorang bakal sultan perlulah menjawat jawatan di peringkat bawah sehinggalah menjadi sultan. Oleh sebab itulah, pembesar yang dilantik terdiri daripada golongan diraja atau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan golongan diraja. Contohnya semasa pertabalan sultan baru di Perak, Raja Abdullah sepatutnya menjadi sultan. Disebabkan pembesar yang tidak suka dengannya, lalu memulaukan beliau pada hari pengebumian Raja Ali. Dengan pengaruh yang ada pada diri pembesar, maka Raja Ismail telah dilantik menjadi sultan yang baru. Ini kerana hubungan pembesar dengan rakyat dapat mempengaruhi rakyat untuk melantik bakal sultan. Penting bagi seseorang bakal sultan mendapat sokongan dan pengaruh dari para pembesar. Dapat dilihat apabila Raja Yusof yang telah beberapa kali diketepikan oleh pembesar-pembesar Perak untuk menjadi sultan. Ini menunjukkan pengaruh yang ada dalam diri pembesar amatlah mempengaruhi dalam pentadbiran masyarakat melayu. Pada kebiasaannya, pembesar di peringkat pusat mempunyai pengaruh yang lebih besar. Pengaruh yang ada pada pembesar juga membuatkan para pembesar mampu memberi nasihat kepada sultan. Sebelum bertindak atas sesuatu perkara, sultan akan terlebih dahulu mendapatkan

nasihat dari kalangan pembesar umpamanya Bendahara. Sultan sentiasa mendengar nasihat dari pembesar kerana kedudukannya sebagai sultan bergantung kepada pengaruh yang ada pada pembesar. Contohnya Sultan Abdullah di Perak adalah bergantung kepada para pembesar di sekelilingnya. Sultan Abdullah mendapatkan nasihat daripada DatoMaharajalela. Sebagai contoh, DatoMaharajalela telah berjaya mempengaruhi Sultan Abdullah untuk menghapuskan pengaruh J.W.W.Birch dalam pemerintahan di Perak. Pembesar-pembesar juga berpengaruh terhadap rakyat. Para pembesar sentiasa berusaha untuk menyebar dan menyebabkan pembesar mendapat taat setia dari rakyat. Contoh pembesar yang dapat pengaruh yang kuat daripada rakyat ialah Bendahara Wan Ahmad di Pahang dan keluarga Temenggung Abdul Rahman di Johor. Kedua-dua pembesar ini berjaya menjawat jawatan sultan. Pengaruh yang ada para pembesar juga membolehkan para pembesar juga membolehkan para pembesar mengadili dan menjatuhi hukuman bagi kesalahan kecil dan kadangkala menggantikan sultan apabila ketiadaan sultan. Pengaruh pembesar lebih kuat lagi di peringkat daerah atau kawasan jajahannya. Kebiasaannya sultan akan mengurniakan tanah kepada pembesar dan kawasan ini dinamakan pegangan. Pembesar adalah berkuasa di kawasan ini. Tenaga rakyat dikerah untuk membangunkan kawasan tersebut. Hasil pendapatan yang diperolehi dari tanah jajahan tersebut menybabkan ada di kalangan pembesar menjadi lebih kaya daripada sultan. Dari aspek keselamatan, pembesar berperanan menjaga keamanan dan keselamatan negara. Para pengikut pembesar terdiri daripada golongan rakyat, petani an tentera ipahan. Pengaruh yang kuat dalam diri pembesar mendorong golongan ini untuk menjadi pengikutnya. Rakyat diwajibkan membayar cukai dan menyerahkan sebahagian daripada hasil tanaman mereka kepada pembesar. Peranan pembesar pula akan menyerahkan sebahagian daripada hasil pendapatan kepada sultan untuk menunjukkan taat setia kepada sultan. Pembesar juga berperanan melindungi rakyat di bawah jajahannya. Ini menyebabkan rakyat memberikan kesetiaan kepada mereka. Contohnya Long Jaafar di Perak yang memiliki hasil bumi seperti bijih timah di kawasan pegangannya telah mengerahkan rakyat untuk melombong. Walaupun mereka bekerja tanpa gaji dan upah pengaruh pembesar tidak terjejas. Begitu juga dengan DatoMaharajalela yang menggunakan sistem serah dan kerah. Sistem serah ialah menyerahkan hasil yang diusahakan kepada pembesar dan sultan manakala sistem kerah pula ialah rakyat dikerah untuk melakukan sesuatu tanpa gaji. Beliau telah menyuruh tentera upahannya untuk membunuh J.W.W Birch. Sesiapa yang melanggar kata-katanya akan didenda. Di peringakat kampung pula, penghulu lebih berpengruh. Namun pembesar di peringkat daerah juga berpengaruh di peringkat kampung kerana mereka berkuasa melantik imam dan kadi dengan persetujuan pembesar peringkat pusat. Penghulu berperanan memberi perlindungan

kepada anak buahnya untuk meluaskan lagi pengaruhnya. Bagi melindungi anak buahnya penghulu mestilah mempunyai kekayaan. Tugas anak buahnya ialah mengusahakan tanah milik penghulu dengan penuh taat setia. Di peringkat ini sistem serah dan kerah masih wujud. Dengan ini hubungan pembesar dengan rakyat menjadi lebih rapat. Ini kerana pembesar dijadikan tempat merujuk dan mengadu tentang masalah dan hal ehwal mereka. Walaubagaimanapun, pengaruh pembesar boleh tergugat apabila kedatangan British ke Tanah Melayu. Contohnya di Perak, J.W.W Birch iaitu Residen British telah mengharamkan pembesar untuk memungut cukai. Ini menyebabkan pembesar hilang punca pendapatan dan pengaruh semakin berkurangan. Pada masa inilah pengaruh pembesar sebagai penasihat kepada sultan penting kerana kuasa sultan tergugat. Ini disebabkan gabenor-gabenor British mengambil alih tugas sultan kecuali dalam urusan agama dan adat istiadat melayu. Selepas merdeka, pembesar masih wujud tapi gelaran pembesar seperti Bendahara telah ditukarkan kepada Perdana Menteri, Laksamana sebagai Ketua Angkatan Laut, Temenggung sebagai Ketua Polis dan Penghulu Bendahari sebagai Menteri Kewangan. Pada masa ini pengaruh pembesar iaitu Perdana Menteri masih lagi kuat dengan sokongan daripada rakyat dalam perlantikan ahli Dewan dan ahli Dewan Rakyat sebagai Menteri. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa pengaruh amat penting bagi seseorang pembesar. Mereka dapat mempengaruhi sultan dan rakyat melalui kuasa pengaruhnya. Pembesar perlu mengekalkan pengaruh mereka bagi menjamin kesetiaan rakyat kepada mereka. Tanpa sokongan dan taat setia daripada rakyat, para pembesar tidak lagi mempunyai kuasa dalam sistem pemerintahan masyarakat melayu.

Anda mungkin juga menyukai