Anda di halaman 1dari 1

ASKAR

Askar adalah salah satu badan beruniform yang ada di negara kita. Bagi anda yang
sukakan kerjaya yang adventurous, mencabar, berani dan layak kerjaya askar
adalah pilihan yang tepat. Pada kali ini saya akan terangkan berkaitan dengan
bidang tugas askar. Askar atau tentera juga merupakan pekerjaan yang paling
berbahaya tetapi mulia. Apabila berhadapan dengan musuh ada tiga kemungkinan
yang akan berlaku iaitu selamat, cedera atau terkorban. Hidup sebagai tentera ini
bukan seperti keadaan orang lain. Mereka tertakluk kepada undang-undang negara
Malaysia dan juga undang-undang tentera. Latihan yang mereka perlu lalui amat
berat sekali dan pekerjaan mereka juga paling berbahaya di dunia. Tentera juga
tidak dibenarkan untuk bercuti dan berhenti sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.

POLIS
Polis Di Raja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini.
Oleh kerana fungsinya yang berbeza - beza dan unik maka sudah semestinya ia
memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain.
Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya
yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk
negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin
ada pada diri anda. Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang
yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh
perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai