Anda di halaman 1dari 4

MENGAPA SAYA MEMILIH KERJAYA TENTERA

Kini istilah tentera sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat
memandangkan kerjaya tentera ini menjadi pilihan utama anak muda terutamanya
golongan lelaki. Umum mengetahui bahawa tugas utama seorang tentera adalah
untuk menjaga keamanan negara bagi menentukan kelangsungan politik, ekonomi
dan sosial negara untuk membawa Malaysia ke arah negara maju. Mereka adalah
golongan atau kumpulan yang telah diberi kuasa oleh kerajaan negara untuk
melindungi masyarakat di negara sendiri. Tentera juga diarahkan untuk membuat
serangan jika berlakunya ancaman bahaya dari pihak musuh. Keputusan untuk
menyertai tentera sejujurnya bukanlah suatu keputusan yang mudah kerana saya
tahu banyak perkara yang perlu dikorbankan. Saya perlu mengorbankan masa
bersama keluarga tersayang, rakan-rakan dan mengorbankan gaya hidup yang
bebas. Walaubagaimanapun, kehidupan sebagai seorang tentera telah menjadi titik
perubahan terbesar dalam hidup saya serta menjadikan saya insan yang sangat
cekal dan tabah.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa sebab mengapa saya memilih


kerjaya tentera. Antaranya ialah sebagai sumber pendapatan utama untuk saya
meneruskan kelangsungan hidup terutama di saat getir ini dimana taraf ekonomi di
negara kita dilihat kian semakin meningkat. Dapat kita lihat kehidupan rakyat yang
terumbang ambing dan hidup dalam hutang keadaan hutang. Faktor utamanya
adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap. Maka, dengan adanya pekerjaan
dan pendapatan tetap ini saya telah mampu memenuhi keperluan asas hidup iaitu
makanan, tempat tinggal dan pakaian. Anggota tentera akan diberi gaji pada setiap
bulan mengikut tarikh yang ditetapkan. Lebih menguntungkan, apabila terdapat
suatu perayaan seperti sambutan Hari Raya, para tentera akan diberi bonus yang
dapat membantu mereka membeli kelengkapan raya. Melalui pendapatan yang
diterima pada setiap bulan ini, saya dapat membuat sedikit simpanan iaitu saya telah
mengasingkan beberapa peratus wang dari gaji saya untuk disimpan sebagai wang
kecemasan. Dengan cara ini juga, saya dapat menyimpan wang sedikit demi sedikit
untuk mengumpul aset sendiri seperti kereta, rumah dan lain-lain lagi. Bak kata
pepatah, sikit-sikit lama lama jadi bukit.

1
Tambahan pula, bekerja dalam sektor awam ini adalah diimpi-impikan oleh
semua orang terutamanya bagi remaja yang baru tamat persekolah atau universiti.
Sebagai penjawat awam, banyak kelebihan dan manfaat yang diperoleh bagi
menjaga kebajikan kami. Antaranya adalah terdapat elaun perumahan, kenaikan gaji
setiap tahun, peluang untuk berkursus dari masa ke semasa, cuti tahun mengikut
kelayakan dan lain-lain lagi. Kita ambil contoh dari kejadian Covid-19 yang melanda
negara kita, di saat pekerja sektor lain dipotong gaji malahan ada yang dibuang
kerja, penjawat awam malah menerima manfaat dan kelegaan melalui bonus-bonus
dan bantuan yang diterima. Di samping itu, terdapat kesatuan khas dalam sektor
awam yang lantang bersuara untuk memperjuangkan hak-hak penjawat awam dari
aspek kebajikan terutamanya kenaikan gaji, elaun dan kenaikan pangkat. Tidak
dapat dinafikan, kerjaya bekerja sebagai seorang anggota tentera dapat membantu
menstabilkan kehidupan saya sama ada ketika sedang berkhidmat mahupun
selepas tamat perkhidmatan kelak. Maka tidak hairanlah mengapa kerjaya sebagai
tentera ini menjadi pilihan saya.

Antara sebab lain mengapa saya mengambil keputusan untuk menyertai


tentera adalah kerana sejak kecil lagi, saya amat meminati aktiviti yang lasak dan
memerlukan kekuatan serta ketahanan fizikal. Ketika di bangku persekolahan, saya
tidak melepaskan peluang untuk menyertai kem bina diri yang memerlukan saya
untuk berkhemah di hutan dan melakukan aktiviti lasak seperti Kembara Hutan dan
Abseiling. Saya juga sentiasa menyertai aktiviti kelab unit beruniform yang
diwajibkan pada hari Rabu. Aktiviti kawad kaki adalah antara aktiviti yang sangat
saya gemari. Melalui aktiviti unit beruniform saya belajar banyak ilmu baru antaranya
ialah kemahiran yang berguna dalam kehidupan seharian. Contohnya kemahiran
berkomunikasi dan menguruskan masa. Sejak dari itu, saya telah menanamkan
sebuah azam dalam diri yang suatu hari nanti saya akan berkerja sebagai pasukan
beruniform.

2
Selain itu, dengan menyertai ketenteraan saya dapat berpeluang untuk
berkhidmat di luar negara dan mengalami lingkungan dan budaya yang berbeza. Hal
ini demikian kerana seperti yang kita tahu, setiap tahun ramai anggota tentera akan
dihantar ke luar negara untuk menyertai misi bagi menjaga keamanan negara.
Tempoh misi ini kebiasaannya adalah 1 tahun dan anggota tentera akan diberi elaun
yang lumayan sepanjang misi berlangsung. Misalnya, baru-baru ini kumpulan
Malaysian Battalion (MALBATT) yang terdiri daripada beratus orang anggota telah
dihantar ke Lebanon untuk menjalankan misi yang diperintahkan. Sifat berani
sebagai seorang tentera akan dapat dipupuk kerana melalui kerjaya ini pelbagai
risiko perlu dihadapi. Contohnya tentera akan berhadapan dengan risiko kecedaraan
atau kematian semasa bertugas serta tekanan emosi yang mungkin akan timbul
akibat dari situasi yang mencabar.

Lain daripada itu, terdapat haluan sukan yang pelbagai cabang dalam
Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Setiap tahun, pihak ATM akan menganjurkan
pelbagai jenis sukan dan antara yang paling popular adalah perlawanan bola sepak.
Hal ini demikian kerana dalam ATM pasukan bola sepak sering beraksi dan
mengadakan perlawanan dengan pihak luar. Tidak dapat dinafikan, dengan aktiviti
sukan ini akan dapat mewujudkan semangat kesukanan, kerjasama dan sifat
kepimpinan dalam anggota tentera. Antara cabang sukan lain adalah ragbi, bola
keranjang, bola tampar, pemanah dan lain-lain lagi. Melalui kolaborasi ini, anggota
tentera berpeluang untuk meluaskan rangkaian sosial mereka serta menjalinkan
ikatan persaudaraan yang baik dengan pihak luar.

Bagi saya, kerjaya tentera ini menguntungkan kerana tempoh perkhidmatan


yang panjang iaitu bermula dari 3 hingga ke 30 tahun. Namun, kebiasaannya
tempoh perkhidmatan dalam ATM adalah selama 20 untuk kebanyakan jawatan.
Terdapat juga jawatan yang mempunyai tempoh berkhidmat yang pendek iaitu 3
hingga 5 tahun. Dalam ATM ini, saya berpeluang untuk menyambung pengajian ke
peringkat lebih tinggi tanpa perlu risau akan pembiayaan pengajian kerana ia akan
ditanggung sepenuhnya oleh pihak ATM. Setelah tamat perkhidmatan, saya akan
menerima wang pencen secara bulanan yang akan membantu saya melangsungkan
kehidupan di hari tua kelak.

3
Sungguh tidak percaya, dengan berkat kesabaran dan semangat dari orang
sekeliling, hari ini saya telah berjaya menyarungkan uniform di badan dan mendapat
gelaran sebagai seorang tentera darat. Sehingga ke hari ini saya tidak pernah
menyesal menjadi seorang tentera kerana saya telah banyak belajar erti hidup yang
sebenarnya. Walaupun begitu, sebelum membuat keputusan untuk menjadi seorang
tentera, seseorang wajar berfikir secara teliti akan risiko yang bakal dihadapi apabila
kita melangkah kaki ke dalam alam ketenteraan. Bak kata orang bijak pandai, “Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”.

Tarikh:

Tandatangan

Nama:

Pangkat:

Jawatan:

Kembaran:

A.

Anda mungkin juga menyukai