Anda di halaman 1dari 11

LATIHAN RINGKASAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

Latihan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar
secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group,
study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini
merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan
bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota
kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika
perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah
untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali
kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak
dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin
pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan
sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki
itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu
memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama
mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh
orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini
demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu
mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada
kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-
sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu
perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak
memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Email : izzathakim74@gmail.com
Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faedah
permainan tradisional. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual
beli serta memiliki nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya.
Namun begitu, permainan tradisional semakin lama semakin tidak mendapat
tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan
tradisional dianggap kolot dan membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh sebab
itu, kita mestilah mengetahui faedah permainan tradisional kepada remaja.

Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi


masa lapang remaja secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat
beli- belah dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Namun begitu,
permainan tradisional dapat mengelakkan situasi tersebut daripada berlaku.
Remaja dapat mempelajari ilmu permainan tradisional dan mengetahui
kepentingan nilai kesabaran dalam diri. Selain itu, remaja akan belajar untuk
menghargai masa.

Permainan tradsional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim


antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan dan pershabatan dapat dieratkan
sewaktu bermain permainan tradisional. Sebagai contohnya, remaja boleh bermain
sepak raga bersama-sama rakan dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan
baharu. Dengan cara ini, remaja dapat menjalin hubungan persahabatan yang
lebih luas.

Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan


persefahaman. Semasa bermain, remaja dapat memahami kelebihan dan
kelemahan kawan, serta lawan mereka. Permainan wau misalnya,dapat
membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain untuk menaikkan wau
tersebut. Hal ini dapat membentuk prinsip kehidupan yang saling memerlukan
bagai aur dengan tebing. Remaja juga dapat memelihara warisan budaya bangsa
daripada pupus. Remaja dapat mengenali dan mempelajari seni yang terkandung
dalam permainan tradisional. Oleh hal yang demikian, seni warisan bangsa ini tidak
akan pupus ditelan zaman kerana tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja.


Permainan tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini
semua pihak perlu bekerjasama agar generasi muda zaman ini menjadikan
permainan tradisional sebagai aktiviti yang membanggakan bangsa. Permainan
WADAH KETERAMPILAN
tradisonal BAHASA
masih relevan MELAYU
dalam zamanPT3 & SPM 2020
globalisasi ini.
Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Email : izzathakim74@gmail.com
Latihan 3
Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah
berpersatuan dalam kalangan belia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Pelbagai mekanisme boleh dilakukan dalam usaha mengisi erti kemerdekaan


negara. Belia memainkan peranan penting dalam memastikan kemerdekaan
terpelihara dan pembangunan negara menyumbang kepada kesejahteraan
rakyat. Antara kaedah bagaimana belia dapat memastikan kelangsungan
pembangunan negara berjalan rancak dan meningkatkan makna kemerdekaan
ialah menerusi kegiatan berpersatuan. Berpersatuan dapat meningkatkan
pembabitan belia dalam kegiatan sukarela dan kebajikan.

Di samping itu, kegiatan berpersatuan mampu membudayakan sikap


murni belia selaras dengan usaha mewujudkan masyarakat prihatin.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan memberitahu hanya 2.5 juta daripada
belia negara ini yabg berdaftar sebagai ahli dalam pelbagai persatuan belia.
Jumlah itu menunjukkan belia di negara ini tidak gemar menyertai persatuan.
Oleh itu, Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa berusaha menggerakkan
pelbagai program bagi memupuk minat belia untuk berpersatuan.

Pihak kerajaan juga tidak pernah meminggirkan peranan yang


dimainkan oleh pihak belia dalam pembangunan negara, sebaliknya segala
perancangan dan dasar yang dibuat kerajaan, belia turut diberi perhatian. Dalam
mengimarahkan lagi pembabitan golongan muda dalam persatuan, pertubuhan
belia perlu mengorak langkah lebih aktif untuk menarik golongan belia dalam
berpersatuan. Dalam diri belia pula perlu ditanam bahawa kegiatan berpersatuan
sebagai sebahagian ibadat. Berpersatuan dapat melahirkan masyarakat yang
hidup dalam suasana yang harmoni.

Pemimpin pelajar yang aktif berpersatuan ketika di kampus dapat


meningkatkan keyakinan apabila menempuh alam pekerjaan mahupun
kehidupan. Kesan daripada berpersatuan membawa kepada pembentukan
peribadi yang lebih berwibawa. Malah berpersatuan dapat meluaskan
pengetahuan dan menambah pelbagai kemahiran diri. Namun, mahasiswa yang
aktif dalam persatuan mesti diiringi pencapaian akademik yang cemerlang.
Seterusnya, peranan belia sentiasa penting sama ada ketika menuntut
kemerdekaan atau dalam pembangunan negara pada masa kini. Sebenarnya,
persatuan belia sejak dahulu memainkan peranan penting dalam membantu
pemimpin masyarakat menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
Join (Dipetik
chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
dan diubahsuaikan daripada “Belia Tidak Aktif Rugikan Negara”,oleh Dr.
Email : izzathakim74@gmail.com
Saipon, Berita Harian, 30 April 2011)
Soalan 2 – Pemahaman Petikan
1. Berikan maksud rangkai kata “meminggirkan peranan”, mengikut konteks dalam
petikan di atas.
[2 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Naytakan usaha-usaha yang dilakukan untuk mengalakkan golongan belia


menyertai kegiatan berpersatuan.
[4 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pihak ibu bapa
dan sekolah supaya pelajar aktif dalam kegiatan berpersatuan?
[4 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Email : izzathakim74@gmail.com
Latihan 4
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang peranan remaja dalam memupuk semangat kejiranan. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan
umur termasuk remaja. Dalam hal ini, remaja ada peranannya yang tersendiri.
Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh
masyarakat, khasnya golongan remaja.

Remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun


Tetangga (RT). Kini, aktiviti RT semakin meluas fungsinya seperti aktiviti
pendidikan, sukan, keagamaan, rekreasi, dan kesihatan. Remaja boleh terlibat
dengan aktif. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan dapat mewujudkan
rasa kasih sayang, bantu-membantu dan kekuatan dalam kalangan rakyat.
Malah, melalui suara kolektif remaja dapat saling membantu, mengingatkan dan
menegur sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat. Semangat kejiranan dan
persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan iri hati, dengki,
bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan.

Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan


kawasan setempat daripada ancaman luar. Semuanya dapat dibendung jika jiran
memainkan peranan masing-masing dan remaja boleh mengambil inisiatif
dengan melaporkannya kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlakunya
perkara yang meragukan. Sesungguhnya, remaja boleh bekerjasama dengan
media massa untuk menyemarakkan semangat kejiranan. Misalnya, dengan
memaparkan rencana yang menekankan peri pentingnya semangat kejiranan
dan perpaduan. Selain itu, remaja boleh berinteraksi dengan ibu bapa untuk
memastikan kejiranan golongan remaja sentiasa kondusif dan baik.

Mereka juga perlu berbincang dan bersepakat dalam melaksanakan


program yang bersesuaian agar matlamat yang satu dapat dicapai. Hal ini
demikian kerana semangat kejiranan mampu mengekalkan keamanan,
keselamatan dan ketenteraman. Remaja mesti menjadikan agama sebagai
pegangan utama agar lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, kejiranan dan
negara.

WADAH KETERAMPILAN
Remaja BAHASA MELAYU
perlu mempunyai PT3 &dari
daya tahan SPM 2020fizikal dan mental agar dapat
segi
Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
membentuk
Email kejiranan yang kental dan utuh. Elemen jati diri dan kawalan diri yang
: izzathakim74@gmail.com
kukuh dapat mengawal perasaan dan emosi daripada terjerumus ke lembah yang
hina. Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
Latihan 5
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis sebuah
ringkasan tentang cara-cara mengatasi tekanan. Panjang ringkasan anda hendaklah
antara antara 80 – 100 patah perkataan . Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi , dan mental yang
dialami oleh seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi. Selain itu
seseorang akan mengalami tekanan apabila berdepan dengan sesuatu yang
tidak menyenangkan seperti bau busuk, bunyi yang kuat, terlalu banyak tugas
yang perlu dibuat, dan kata-kata kesat.

Jika tidak dikawal, stres atau tekanan yang berlebihan untuk jangka
panjang akan memudaratkan kesihatan dan meninggalkan risiko terhadap
penyakit. Seseorang yang sentiasa berhadapan dengan tekanan
berkemungkinan menjadi individu yang cepat berasa marah, murung dan prestasi
kerja atau pelajaran merosot. Sebenarnya, ada pelbagai cara yang boleh kita
lakukan untuk mengawal stres. Setiap kali berasa stres bawalah bertenang
kerana bertenang bolah membantu mengurangkan kitaran stres negatif.

Seterusnya, stress boleh dikawal dengan melakukan latihan pernafasan.


Langkah ini dapat meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam
sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan. Kita juga disarankan supaya
melakukan ibadat seperti berzikir dan bersembahyang mengikut kepercayaan
masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh
melegakan perasaan seseorang. Kita juga boleh berkongsi perasaan dengan
seseorang bagi melegakan stres. Carilah orang yang boleh dipercayai dan dapat
memahami perasaan anda. Berehat dan mendengar muzik juga antara langkah
yang berkesan. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan hati.

Selain itu, aktiviti riadah dan bersukan dapat membantu dalam


mengurangkan tekanan. Beriadah dan bersenam bukan sahaja dapat
menyihatkan badan tetapi juga menenangkan fikiran. Di samping itu, kita
hendaklah sentiasa berfikiran positif untuk meningkatkan harga diri sendiri. Kita
perlu melihat kebaikan yang lebih banyak dalam mana-mana situasai yang
bersifat negatif. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada tekanan.
Namun, kejayaan kita menangani stres membolehkan kita menjalani kehidupan
dengan lebih positif, berjaya dan bahagia.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Email : izzathakim74@gmail.com
Soalan 2 – Pemahaman Petikan

1. Berdasarkan petikan, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang


mengalami tekanan atau stres?
(3 markah)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Berdasarkan petikan, kemukakan 3 cara untuk mengatasi masalah tekanan atau


stres yang dihadapi oleh sesorang.
(3 markah)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Sebagai seorang pelajar, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil sekiranya
anda mengalami masalah tekanan di sekolah.
Kemukakan sekurang-kurangnya dua langkah dan alasan anda berbuat demikian
(4 markah)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Email : izzathakim74@gmail.com
Latihan 6
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang faedah-faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka
angkasa lepas. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Misi menghantar rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas yang bermula pada
tahun 2003 akhirnya sempurna sekembalinya Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke Bumi
selepas 11 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) semalam. Walaupun
detik bersejarah itu tercatat 46 tahun selepas kejayaan angkasawan pertama Yuri Gagari
dari Rusia membuat pusingan bersejarah mengelilingi Bumi, namun beliau dikatakan
lewat. Malah, catatan Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan ke-141 amat bermakna
kepada negara kerana berlangsung bersempena dengan 50 tahun usia kemerdekaan
tanah air.

Penglibatan ini memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara
untuk menyertai penerokaan angkasa lepas dengan menghantar angkasawan pertama
selepas tiga tahun ditawarkan berbuat demikian. Tiada siapa boleh menidakkan betapa
kejayaan angkasawan pertama negara menjadi kebanggaan kita sekali gus melonjakan
nama Malaysia di arena antarabangsa. Kejayaan menjadikan Program Angkasawan
Negara satu realiti pastinya membuka mata dunia betapa negara kecil di peta dunia ini
amat serius membangunkan industri angkasa lepas. Kejayaan ini telah menutup
tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat. Malah sebelum
ini ramai yang tidak yakin misi ini akan membuahkan hasil. Selain itu, tanggapan negara
maju yang usaha Malaysia menyertai misi tersebut untuk menandingi negara lain dapat
dihapuskan.

Sesungguhnya selepas mencatat rekod kejayaan ini ialah kelangsungan program


angkasawan negara terutama dari sudut penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar. .
Disebabkan Sheikh Muszaphar selamat kembali ke Bumi maka program-program untuk
mendidik rakyat Malaysia tentang angkasa lepas akan menarik perhatian masyarakat.
Begitu juga dengan cadangan kerajaan untuk mewujudkan pelan tindakan
pembangunan angkasa negara sebagai susulan kepada penghantaran angkasawan
pertama Malaysia ke ISS akan menerima respon yang baik daripada orang ramai.

Kita berharap Sheikh Muszaphar akan memberi ceramah di seluruh pelosok


negara tentang pengalamannya di angkasa untuk menarik minat masyarakat tentang
angkasa lepas. Begitu juga dengan hasil penyelidikan Sheikh Muszaphar di ISS bakal
membuka lembaran baharu bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah
rawatan penyakit kronik. Pelaburan untuk meneroka angkasa lepas yang besar
jumlahnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya supaya kelak bakal angkasawan yang
dilahirkan di negara kita mampu bersaing dengan calon-calon dari negara luar.
Sesungguhnya kejayaan angkasawan pertama kita mesti ada susulannya sebagai bukti
Soalan
bahawa2 –negara
Pemahaman Petikan masyarakat antarabangsa meneroka angkasa.
serius menyertai
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Email : izzathakim74@gmail.com
Soalan 2 – Pemahaman Petikan

1. Berikan maksud rangkai kata kelangsungan program.


[2 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Apakah tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan?


[4 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia mengambil masa yang lama untuk
melahirkan seorang angkasawan iaitu 46 tahun setelah angkasawan Rusia berjaya
menerokai angkasa lepas?
[4 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Email : izzathakim74@gmail.com
Latihan 7

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang mengalami iklim panas dan lembap
sepanjang tahun. Malaysia merupakan negara yang indah dan mempunyai tempat-
tempat menarik sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan. Contoh pulau
peranginan yang terdapat di Malaysia ialah Pulau Sipadan, Pulau Tioman, Pulau
Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Ketam. Di pulau-pulau tersebut, terdapat
banyak terumbu karang yang indah menanti para pelancong. Di samping itu,
tempat tersebut tenang dan selamat untuk aktiviti sukan air seperti jet ski, perahu
layar dan scuba.

Industri pelancongan ini banyak mendatangkan faedah kepada negara.


Antaranya dapat memajukan industri kraf tangan yang berkualiti untuk dipasarkan
bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. Dengan sokongan dan
bantuan modal oleh kerajaan pula, industri pelancongan boleh beroperasi dengan
lebih meluas. Oleh itu, industri pelancongan akan menarik pelabur asing untuk
membuat pelaburan di Malaysia dalam industri pelancongan. Secara tidak
langsung industri ini akan dapat menambahkan lagi pendapatan negara.

Selain itu, tempat-tempat pelancongan yang menarik di Malaysia merupakan


daya tarikan kepada para pelancong asing. Kehadiran para pelancong boleh
memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke serata
dunia. Di samping itu, industri ini juga memberi peluang pekerjaan terutamanya
kepada penduduk kampung. Misalnya industri kraf tangan di desa-desa memberi
pekerjaan kepada penduduk kampung mengusahakan hasil kraf seperti bakul,
rotan, dan tikar mengkuang. Seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup
masyarakat luar bandar. Selain itu, kedatangan pelancong juga menyebabkan
pusat-pusat penginapan berkembang dan hal ini dapat memajukan industri
perhotelan.

Oleh itu, rakyat Malaysia diseru supaya menyahut seruan kerajaan dengan
bersikap mesra dan berbudi bahasa kepada para pelancong seiring dengan
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Dengan cara ini industri pelancongan dapat
terus menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Email : izzathakim74@gmail.com
Soalan 2 – Soalan Pemahaman

1. Apakah maksud “ mendatangkan faedah ”


[ 2 markah ]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Berdasarkan petikan, apakah keistimewaan pulau-pulau peranginan yang terdapat


di Malaysia?
[3 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak
kerajaan untuk meningkatkan industri pelancongan?
[ 4 markah ]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Email : izzathakim74@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai