Anda di halaman 1dari 4

Latihan 1 练习 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan


tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study
group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan
perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk
membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi
kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu
tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.
Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah
untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali
kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak
dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin
pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan
sebagai satu kesatuan yang jitu.
Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita
miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun.
Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang
yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan
itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih
bermakna.
Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal
ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu
mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada
kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-
sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.
Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu
perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih
banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Jawapan 1 答案 1

Kebaikan belajar secara berkumpulan adalah dapat bertukar-tukar pendapat tentang


sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Selain itu, pemahaman tentang sesuatu perkara
dapat dipertingkat. Seterusnya, nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan
rapi. Selanjutnya, ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar
difahami dengan terperinci. Pada masa yang sama, nota pelajaran juga dapat disusun
mengikut urutan yang tepat. Di samping itu, semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil
daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali, kumpulan perbincangan dapat
meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan. 
(80 p.p )
Latihan 2 练习 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faedah
permainan tradisional kepada remaja . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual beli
serta memiliki nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya. Namun
begitu, permainan tradisional semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional dianggap
kolot dan membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh sebab itu, kita mestilah
mengetahui faedah permainan tradisional kepada remaja.

Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi masa


lapang remaja secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli- belah
dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Namun begitu, permainan tradisional
dapat mengelakkan situasi tersebut daripada berlaku. Remaja dapat mempelajari ilmu
permainan tradisional dan mengetahui kepentingan nilai kesabaran dalam diri. Selain
itu, remaja akan belajar untuk menghargai masa.

Permainan tradsional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim antara


satu sama lain. Hubungan kekeluargaan dan pershabatan dapat dieratkan sewaktu
bermain permainan tradisional. Sebagai contohnya, remaja boleh bermain sepak raga
bersama-sama rakan dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu. Dengan cara
ini, remaja dapat menjalin hubungan persahabatan yang lebih luas.

Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan


persefahaman. Semasa bermain, remaja dapat memahami kelebihan dan kelemahan
kawan, serta lawan mereka. Permainan wau misalnya , dapat membentuk semangat
kerjasama antara satu sama lain untuk menaikkan wau tersebut. Hal ini dapat
membentuk prinsip kehidupan yang saling memerlukan bagai aur dengan tebing.
Remaja juga dapat memelihara warisan budaya bangsa daripada pupus. Remaja dapat
mengenali dan mempelajari seni yang terkandung dalam permainan tradisional. Oleh hal
yang demikian, seni warisan bangsa ini tidak akan pupus ditelan zaman kerana tidak
lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja.


Permainan tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini semua
pihak perlu bekerjasama agar generasi muda zaman ini menjadikan permainan
tradisional sebagai aktiviti yang membanggakan bangsa. Permainan tradisonal masih
relevan dalam zaman globalisasi ini.

Jawapan 2 答案 2
Faedah permainan tradisional kepada remaja adalah dapat mengisi masa
lapang. Selain itu, remaja tidak akan membazir masa ataupun wang dengan melepak di
pusat membeli belah. Tambahan pula, remaja juga dapat dapat mempelajari ilmu
permainan tradisional dan mengetahui kepentingan nilai kesabaran. Di samping itu,
remaja akan belajar untuk menghargai masa. Selanjutnya, permainan tradisional dapat
mengeratkan silaturahim antara satu sama lain serta dapat berkenalan dengan kawan
baru. Seterusnya, permainan tradisional boleh memupuk semangat kerjasama dan
persefahaman dalam kalangan remaja. Akhir sekali, remaja dapat memelihara warisan
budaya bangsa daripada pupus.  
(87 p.p) 

Baca Petikan di bawah kemudian buat satu ringkasan tentang faedah permainan
tradisional kepada remaja. ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan.
Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual beli serta memiliki
nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya. Namun begitu, permainan tradisional
semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan
demikian kerana permainan tradisional dianggap kolot dan membosankan oleh sesetengah pihak.
Oleh sebab itu, kita mestilah mengetahui faedah permainan tradisional kepada remaja.

Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi masa lapang
remaja secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli- belah dan membuang masa
mereka dengan sia-sia. Namun begitu, permainan tradisional dapat mengelakkan situasi tersebut
daripada berlaku. Remaja dapat mempelajari ilmu permainan tradisional dan mengetahui
kepentingan nilai kesabaran dalam diri. Selain itu, remaja akan belajar untuk menghargai masa.
Permainan tradsional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama
lain. Hubungan kekeluargaan dan persahabatan dapat dieratkan sewaktu bermain permainan
tradisional. Sebagai contohnya, remaja boleh bermain sepak raga bersama-sama rakan dan dapat
berkenalan dengan kawan-kawan baharu. Dengan cara ini, remaja dapat menjalin hubungan
persahabatan yang lebih luas.

Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan persefahaman.


Semasa bermain, remaja dapat memahamni kelebihan dan kelemahan kawan, serta lawan mereka.
Permainan wau misalnya, dapat membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain untuk
menaikkan wau tersebut. Hal ini dapat membentuk prinsip kehidupan yang saling memerlukan bagai
aur dengan tebing. Remaja juga dapat memelihara warisan budaya bangsa daripada pupus. Remaja
dapat mengenali dan mempelajari seni yang terkandung dalam permainan tradisional. Oleh hal yang
demikian, seni warisan bangsa ini tidak akan pupus ditelan zaman kerana tidak lapuk dek hujan,
tidak lekang dek panas.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja. Permainan


tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini semua pihak perlu bekerjasama
agar generasi muda zaman ini menjadikan permainan tradisional sebagai aktiviti yang
membanggakan bangsa. Permainan tradisonal masih relevan dalam zaman globalisasi ini.

Faedah permainan tradisional kepada remaja ialah dapat mengisi masa lapang. Selain itu, kita tidak
akan membazir masa ataupun wang dengan melepak di pusat membeli belah. Tambahan pula, isi
masa lapang dengan bermain permainan tradisional dapat mengetahui kepentingan nilai kesabaran.
Selain itu, kita juga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain serta dapat berkenalan
dengan kawan baru. Seterusnya, persahabatan kita akan menjadi kuat dan kita boleh memupuk
semangat kerjasama dan persefahaman. Selanjutnya, kita dapat mengetahui kelemahan dan
kelebihan rakan sepasukan dan pihak lawan. Akhir sekali,permainan akan menjadi lebih seronok
apabila mengetahui kelebihan dan kelemahan pemain.
(96 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai