Anda di halaman 1dari 11

Daripada: Persara Tentera Terabai Batu 55, xxxxxxxxxx 67890 bbbbbbbbxxxxx Februari 2010 DIRI/5331/A Kepada: Yang Amat

Berhormat Dato Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Pejabat Perdana Menteri Malaysia Blok Utama, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA Melalui: Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB Perdana Menteri

WARKAH BUAT YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI BAGI MENYATAKAN HASRAT AKAR UMBI VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


1. Terlebih dahulu izikan saya melafazkan salam takzim kepada Yang Dikasihi, Yang Amat Berhormat Dato Seri seisi keluarga, semoga Dato Seri dan Datin Seri Rosmah dikurniakan oleh Allah dengan kekuatan dan kesihatan yang sempurna serta sentiasa di dalam keberkatan dan perlindunganNya. 2. Untuk makluman Yang Amat Berhormat Dato Seri, saya seorang Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebagai akar umbi dari kalangan Veteran ATM yang tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau parti, saya percaya, bahawa apa yang ingin saya nyatakan dalam warkah ini adalah juga hasrat hati `akar umbi veteran ATM keseluruhannya. 3. Dato Seri yang dikasihi, sebagai menyatakan hasrat sebenarnya yang ingin disampaikan, bersama-sama ini saya sertakan Lampiran 1 yang memuatkan artikel yang saya tulis sendiri berdasarkan pengalaman-pengalaman Veteran ATM yang terdahulu untuk makluman dan pertimbangan Yang Amat Berhormat Dato Seri.

4. Untuk makluman Yang Amat Berhormat Dato Seri, demi Allah bukanlah hasrat saya untuk menongkah arus apalagi bertindak sebagai peneraju atau hero dikalangan akar umbi warga Veteran ATM, akan tetapi saya mempunyai niat hati yang ikhlas untuk maju bersama-sama rakan-rakan saya yang lain dalam meneruskan kehidupan selepas kami bersara dari perkhidmatan ATM. 5. Saya percaya bahawa Yang Amat Berhormat Dato Seri mempunyai pengetahuan yang luas dalam hal-hal yang melibatkan anggota tentera semasa menerajui Kementerian Pertahanan suatu ketika dahulu, namun saya juga percaya masih ada ruang-ruang yang perlu Yang Amat Berhormat Dato Seri ketahui dari hati dan perasaan seorang Veteran ATM secara peribadi kerana saya percaya apa yang diperkhabarkan kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri kadang kala indah khabar dari rupa. Justeru itu, saya bersedia untuk dipanggil oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri pada bila-bila masa. 6. Akhir kata, saya memohon ampun dan maaf sekiranya kehadiran warkah ini dan kandungannya menyinggung hati dan perasaan serta menimbulkan kemarahan Yang Amat Berhormat Dato Seri. Sesungguhnya bukanlah itu sebenarnya maksud saya. Sebelum mengakhiri, saya sekali lagi berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga Yang Amat Berhormat Dato Seri dan Datin Seri Rosmah serta seisi keluarga sentiasa dikurniakan taufik dan hidayahNya serta sentiasa diberikan kekuatan dan keberkatan dalam memimpin Negara Malaysia yang dicintai. Sekian.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Lampiran 1
WARKAH UNTUK YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI YANG DIKASIHI

Bismillah Hirrahman Nirrahim,


Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang amat saya hormati dan kasihi. 1. Saya dan rakan-rakan akar umbi warga Veteran ATM seringkali terbaca di dalam akhbar mengenai nasib yang dialami oleh Veteran ATM selepas mereka bersara dari perkhidmatan ATM dan tidak kurang juga nasihat-nasihat yang berguna kepada warga Veteran ATM sebagai pedoman untuk kami meneruskan kerjaya kedua kami apabila bersara dari perkhidmatan ATM. 2. Saya tidak menyentuh mengenai Veteran ATM dari kalangan mereka yang berhenti dari perkhidmatan (10, 15, dan 18 tahun) disebabkan mereka dalam kategori ini masih berpeluang untuk bekerja di sektor kerajaan dan swasta disebabkan umur yang masih muda. Justeru itu apa yang ingin saya bicarakan adalah mengenai nasib Veteran ATM (LLP) seperti saya yang bersara (pencen) dari perkhidmatan ATM setelah berkhidmat selama 21 dan 22 tahun di mana dasar persaraan ini digubal sendiri oleh Kerajaan.

Yang Amat Berhormat Dato Seri Yang Dikasihi, begitu ramai dan purata umur mereka yang berpencen adalah lingkungan 40 43 tahun. Pada ketika ini, anak-anak mereka masih bersekolah (dalam lingkungan umur 15 tahun ke bawah) Keadaan ini amat jauh berbeza dengan kakitangan awam yang lain di mana tatkala mereka bersara umur mereka adalah 58 tahun dan hampir kesemua anak-anak mereka telah tamat persekolahan dan ada yang telah bekerja dan berumahtangga. Jadi perbezaan taraf hidup antara Veteran ATM dan kakitangan awam apabila mereka berpencen adalah jauh berbeza.) Sebagai contoh: Veteran ATM (a) a. Bersara umur 40 43 tahun. b. Anak masih lingkungan umur 15 tahun ke bawah. c. Anak masih bersekolah dan perlu mencari pendapatan keluarga kerana pendapatan biasa telah berkurangan sebanyak 50%. Kakitangan Awam (b) a. Bersara umur 58 tahun. b. Hampir kesemua anak-anak mereka telah tamat persekolahan dan ada yang telah bekerja dan berumahtangga. c. Menghabiskan sisa-sisa hidup dan bekerja sambilan bagi memenuhi masa. Pendapatan biasa walaupun susut 50% tetapi seimbang kerana tanggungan semakin kecil.
(Senario: Seorang Veteran ATM berpencen berumur lingkungan 39 tahun tidak

(a) (b) d. Perlu dan mesti mencari kerjaya d. Tanggungan telah berkurangan dan kedua selepas bersara untuk meneruskan semakin kecil disebabkan anak-anak kehidupan. mereka telah boleh berdikari. e. Tempoh potongan Pinjaman Perumahan yang masih panjang. e. Tempoh potongan pinjaman perumahan kurang membebankan kerana tanggungan semakin kecil.

3. Pencen. Umumnya diketahui bahawa veteran yang menamatkan perkhidmatan berpencen, menerima pencen bulanan dari JHEV ATM, walaupun jumlah pencen yang diterima mengikut jumlah genap bulan perkhidmatan diakui namun purata peratus jumlah pendapatan pencen Veteran ATM adalah lebih kurang 50% ke 52.4% dari gaji hakiki terakhir mereka. Sebagai contohnya, gaji terakhir Veteran ATM (berpangkat PW II Band 3) adalah RM 3060.00 dan pencen bulanannya adalah RM 1602.85 (perkhidmatan 22 tahun) dan jika mereka berkhidmat 21 tahun, pencen bulanannya adalah RM 1529.99 sebulan iaitu hampir 50% dari gaji hakiki terakhir iaitu RM 3060.00. Ini bermakna dalam umur mereka 43 tahun, semasa berkhidmat menerima gaji terakhir RM 3060.00 dan dalam masa yang sama umur 43 tahun mereka bersara tiba-tiba dikejutkan dengan penurunan jumlah pendapatan sebanyak lebih kurang 50%. Bagaimana pula kehidupan Veteran ATM jika mereka berpangkat Star Sarjan, Sarjan, Koperal dan ke bawah di mana pendapatan bulanan hakiki mereka kurang dari jumlah ini. Tentu jumlah pencen bulanan mereka jauh lebih rendah dan jumlah ini belum termasuk potongan pinjaman perumahan dari pencen bulanan. Lanjutan dari apa yang ingin saya katakan adalah: a. Pencen Bulanan. Kelewatan pembayaran pencen bulanan. Terus terang saya nyatakan terdapat ramai dari Veteran ATM terpaksa meminjam dari keluarga mereka sejumlah wang untuk menampung kehidupan harian disebabkan oleh kelewatan bayaran pencen (pertama kali) yang diterima dan kadang-kadang mengambil masa 2 ke 3 bulan selepas tamat perkhidmatan. Saya kira ini adalah suatu keadaan yang amat memalukan kerana terpaksa meminjam untuk menampung kehidupan walau bagaimanapun atas dasar hidup mesti diteruskan, mereka terpaksa. b. Wang Ganjaran. Ganjaran gratuiti dan Caruman LTAT kadangkala lambat diterima mungkin disebabkan sesuatu hal namun gratuiti dan Caruman LTAT bukanlah suatu jaminan untuk Veteran ATM meneruskan hidup. Sejumlah wang perlu disimpan untuk jaminan masa depan dan persekolahan anak-anak. Apa yang mereka perlukan adalah kerjaya kedua mereka untuk menampung keluarga.

4. Kerjaya Kedua Selepas Bersara. Sebelum menempuh alam persaraan, Veteran ATM semasa perkhidmatan mereka diwajibkan untuk menghadiri Latihan Peralihan. Bagi mereka yang menamatkan perkhidmatan 21 tahun mereka hanya berhak untuk menjalani latihan peralihan selama 6 bulan sahaja, manakala bagi 4

mereka yang berkhidmat 22 tahun ke atas, diberi peluang untuk memilih bidang latihan peralihan (teknikal dan vokasional) selama 18 bulan. Tidak dapat dinafikan terdapat segelintir dari mereka yang berfikiran cetek dengan memilih apa yang dikatakan kursus bukan-bukan dan saya tidak bercadang untuk menyatakan hal mereka untuk meringkaskan warkah ini, tetapi saya lebih memfokuskan kepada mereka-mereka yang benar-benar menjalani latihan peralihan (teknikal dan vokasional) selama 18 bulan di beberapa institusi latihan seperti PERHEBAT, ILP, GIATMARA dan Kolej Komuniti berdasarkan minat dan kesungguhan hati mereka dalam memilih kerjaya kedua mereka selepas bersara dari perkhidmatan.

Pesara tentera disaran cari kerja sesuai


sumber: Utusan online KUALA LUMPUR 26 Jun - Bekas anggota tentera diingatkan supaya tidak mensia-siakan pengalaman ketika mengikuti latihan sepanjang kursus peralihan dan mencari kerja bersesuaian dengan kemahiran yang diperoleh. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, beliau kecewa apabila ada pesara tentera menceburi pekerjaan baru yang tiada kaitan dengan latihan yang diterima sewaktu kursus peralihan berkenaan. Menurut beliau, ini menyebabkan mereka akhirnya melupakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang dipilih sendiri dalam kursus tersebut. "Apalah gunanya latihan yang diberi seandainya mereka akhirnya memilih untuk menjadi pemandu teksi? "Saya percaya, latihan asas kemahiran begini mampu menjana pendapatan yang baik.

(Senario: (Sebagai contoh) Seorang Veteran ATM bernama Ahmad telah menjalani latihan peralihan selama 18 bulan di Institusi Latihan samada PERHEBAT, GIATMARA, ILP atau Kolej Komuniti dalam bidang JURUELEKTRIK. Setelah tamat Latihan Peralihan beliau diberi pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan Tahap 2. Sijil SKM Tahap 1 dan 2 sebenarnya hanyalah untuk melayakkan Ahmad bekerja makan gaji atau buruh dalam bidang elektrik. Tetapi malangnya walaupun Ahmad memiliki sijil SKM namun dia sukar untuk mendapatkan kerjaya keduanya disebabkan faktor umur. Ahmad bertekad untuk menjadi seorang usahawan/kontrktor elektrik berdaftar. Beliau menggunakan Sijil SKM yang dimilikinya dan Buku Log semasa melaksanakan latihan industri untuk mendapatkan Sijil Pendawai Elektrik 1 fasa (PW 1) dan menduduki ujian Pendawai 1 fasa dengan endorsan uji (PW 2) secara bersendirian. Beliau membuka syarikat kontraktor kerja elektrik bermodalkan ganjaran perkhidmatannya. Antara syarat-syarat untuk memiliki lesen kontraktor adalah Ahmad semestinya mempunyai pekerja berkelayakan dan premis perniagaan selain peralatan dan kenderaan syarikat. Modal telah pun dikeluarkan akan tetapi apakah beliau berupaya bersaing dengan kontraktor yang berpengalaman, apakah peluangnya untuk mendapat kerja-kerja elektrik sedangkan beliau belum perpengalaman
5

melaksanakan suatu-suatu projek. Veteran ATM juga tiada mempunyai peruntukan kewangan untuk melobi.
5. Ketiadaan Peluang. Untuk pengetahuan Yang Amat Berhormat Dato Seri, keutamaan untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan untuk suatu-suatu pelawaan sebutharga kerajaan atau swasta ialah berkehendakkan pengalaman kerja terdahulu. Seorang Veteran ATM memang tiada pengalaman dalam kerjakerja terdahulu kerana kami baru keluar dari kopompong tentera. Sebagai a. Kontraktor pembekal dalam dokumen sebutharga, berkehendakkan pengalaman dalam kerja-kerja membekal yang terdahulu sebagai sokongan untuk mendapatkan kontrak berkenaan. b. Kontrakor Pembekal/Perkhidmatan misalnya kerja-kerja cuci bangunan dan membersih kawasan di dalam dokumen sebutharga, berkehendakkan pengalaman kerja membersih/mencuci yang terdahulu dalam kerja-kerja berkenaan. c. Kontraktor Elektrik juga mengendalikan kerja yang berkaitan. berkehendakkan pengalaman

contoh:

Untuk makluman Yang Amat Berhormat Dato Seri, saya juga berada di dalam kelompok ini di mana saya telah memiliki pendaftaran perniagaan dan memiliki Sijil Pendaftaran sebagai Kontraktor dari Kementerian Kewangan juga mempunyai taraf Bumiputera. Saya telahpun menyertai beberapa tender sebutharga untuk kerja membekal dan kerja perkhidmatan mencuci/membersih bangunan dan saya hanya boleh bertawakal dan harapan sememangnya tipis disebabkan tidak mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja terdahulu. Modal boleh diusahakan(wallahu alam) tetapi peluang amat sukar diperolehi akan tetapi selalu saya dengar orang berkata kalau ada orang dalam boleh dapat banyak peluang dan supplier perlu ada kenaliti dan kabeliti untuk dapat projek Wallahu Alam. Tetapi perlu kita sama-sama fikirkan ialah tawakkal kepada Allah untuk menentukannya. Sebenarnya, dari kenyataan ini, saya ingin memaklumkan kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri bahawa kerdil. Jikalau orang kerdil ingin merebut sesuatu bersama-sama orang yang lebih tinggi, manakan terdaya oleh mereka. Kami, Veteran ATM bukanlah merendahkan diri kami untuk hidup di dalam celah-celah kehidupan awam tetapi ini adalah realiti yang terpaksa kami tanggung.

sebelum orang lain mempunyai pengalaman mereka juga tiada pengalaman. Saya telah berusaha dan yang lainnya saya serahkan dan

Veteran ATM tiada peluang dan tidak diberi peluang untuk hidup di dalam kehidupan awam. Dalam kehidupan awam, Veteran ATM ibarat orang

Yang Amat Berhormat Dato Seri Yang Dikasihi,


Dakwaan yang menyatakan Veteran ATM (Bekas Tentera): a. Tidak mempraktikkan dan menjalani latihan peralihan, dan mensia-siakan pengalaman semasa

b. Tidak mencari kerja bersesuaian dengan kemahiran yang diperolehi, dan c. Pesara tentera menceburi pekerjaan baru yang tiada kaitan dengan latihan yang diterima sewaktu kursus peralihan menyebabkan mereka akhirnya melupakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang dipilih sendiri dalam kursus tersebut dan mereka akhirnya memilih untuk menjadi pemandu teksi.

Yang Amat Berhormat Dato Seri Yang Dikasihi,


Dakwaan-dakwaan di atas adalah kurang tepat. Baiklah, sebagai seorang akar umbi Veteran ATM, saya akan terangkan kenapa dikalangan Veteran ATM, ramai yang memilih untuk menjadi Pemandu Teksi dan Pengawal Keselamatan sebagaimana yang didakwa oleh kebanyakan pihak.

Kebanyakan Syarikat atau Industri atau majikan menghadkan umur dalam memilih seseorang pekerja dan faktor ini saya rasa sudah jelas. Diantara pekerjaan-pekerjaan yang tidak memerlukan faktor umur adalah Pemandu Teksi dan Pengawal Keselamatan. Berapa ramai kalau kita lihat anak-anak muda menjadi Pemandu Teksi dan Pengawal Keselamatan. Jawapannya jarang sekali. Pekerjaan ini tidak mempunyai saingan di dalam dunia awam. Veteran atau bekas tentera tidak mampu bersaing dengan orang awam yang lain kerana mereka baru keluar dari kepompong tentera. Mereka tidak kenal kakaitangan kerajaan yang berpangkat, tidak kenal kontraktor, tidak kenal Wakil Rakyat dan tidak ada orang dalam atau kabeliti. Dalam keadaan ini mereka ini sebenarnya perlu diberikan peluang untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka ke suatu taraf yang lebih baik. Justeru itu, apakah peluang yang boleh diberikan kepada mereka? Apakah setelah mereka bersara, VETERAN terpaksa bekerja sebagai buruh sebagai kerjaya kedua mereka dalam umur 40 ke 43 tahun.

TENTERA

BERSARA

BURUH

6.

Peranan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Antara fungsi penubuhan Jabatan Hal Ehwal Veteren ATM ini adalah seperti berikut: 1. Menggubal dasar bagi melindungi kepentingan di samping mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM 2. Merancang dan melaksanakan Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV seperti berikut : o Batuan Sara Hidup o Bantuan Persekolahan o Bantuan Peralatan Pesakit o Bantuan Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi o Bantuan Bencana Alam. 3. Memantau pelaksanaan kursus/latihan , Pra Latihan Peralihan, Latihan Peralihan dan Pasca Peralihan yang dikendalikan oleh PERHEBAT. 4. Membantu Veteran ATM mendapatkan pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta. 5. Membantu mendapatkan peluang pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta. 6. Membantu mendapatkan peluang dan kemudahan dalam bidang keusahawanan serta menyelaras khidmat bantuan dari jabatan dan Agensi Kerajaan berkaitan. 7. Mengurus dan memantau faedah-faedah persaraan dan tuntutan bayaran balik perubatan Veteran ATM. 8. Memupuk dan mengekalkan kesedaran orang awam terhadap sumbangan dan pengorbanan Veteran ATM.
*dipetik dari Laman Web JHEV

Yang Amat Berhormat Dato Seri Yang Dikasihi,


Berdasarkan kepada fungsi JHEV seperti di atas, kebanyakan akar umbi veteran ATM mempertikaikan dan mendapati fungsi JHEV tidak mencapai matlamatnya di atas perkara-perkara yang ditanda sebagai bold. Baru-baru ini saya bertemu dengan beberapa orang rakan veteran yang terlebih dahulu bersara dari saya, justeru saya bertanyakan tentang aktiviti-aktiviti yang JHEV lakukan di sekitar Negeri Melaka dan mereka nyatakan bahawa tiada apa-apa pun undangan atau berita yang pernah diterima dari JHEV. Persoalan yang timbul sekarang adalah,

apakah pendekatan yang dilakukan oleh JHEV sebagai Sistem Penyampaian Maklumatnya kepada Veteran ATM. Untuk menguruskan veteran dengan lebih baik, JHEV perlu meletakkan dirinya sebagai Veteran JHEV

seharusnya menggunakan peluang dan kelebihannya sebagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertahanan berbanding Persatuan Bekas Angkatan Tentera (PBAT). Tidak dapat dinafikan bahawa, sebahagian besar warga Veteran ATM adalah mereka yang tidak berkemahiran di dalam Teknologi Maklumat. Terima kasih kepada JHEV kerana telah memperbaiki Laman Webnya pada akhir Januari 2010 berbanding Laman Web sebelum ini yang boleh dikategorikan tangkap muat kerana menyiarkan iklan jawatan kosong pada tahun 2004 pada ketika kita berada di awal bulan Januari 2010 ketika itu. Tetapi jawatan kosong yang mampu diiklankan oleh JHEV adalah Jawatan Kosong sebagai Pengawal Keselamatan. Menteri kata 8

kenapa Veteran ATM memilih kerja sebagai Pengawal Keselamatan? mana tidaknya, itu sahaja jawatan kosong yang boleh JHEV usahakan dan iklankan. Baru-baru ini saya bertemu dengan Timbalan Pengarah JHEV Cawangan kau nak.........tak ada peluang.....kerja jaga kau nak ....ada.....tu tengok kat papan kenyataan depan tu. Suatu penerangan yang mudah..... tepat.....dan
Negeri Sembilan/ Melaka dan bertanyakan peluang-peluang yang boleh diperolehi untuk veteran. Jawapan yang diberikan kepada saya adalah Apa peluang yang

membuktikan fungsi JHEV ATM seperti di para 1 di atas tidak pernah tercapai. JHEV pada pendapat saya hanya bertindak sebagai orang tengah atau mat despatch dalam memproses dan mengagihkan peruntukan kebajikan (peruntukan oleh kerajaan) kepada veteran ATM. Jika peranannya hanya sebagai orang tengah sahaja adalah lebih baik ianya dibubarkan dan proses agihan peruntukan kebajikan untuk veteran ini ditanggungjawabkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (contohnya diwujudkan cawangan Kebajikan Tentera di JKM), hal-hal faedah persaraan dan bayaran pencen diserahkan kembali kepada Jabatanarah Rekod dan Pencen - JRP (KEMENTAH). 7. Peluang Untuk Membantu Veteran ATM.

Yang Amat Berhormat Dato Seri Yang Dikasihi,


Sebenarnya ketiadaan peluang untuk Veteran ATM menyebabkan taraf sosioekonomi mereka semakin menguncup. Apakah kursus/latihan peralihan yang

dilaksanakan di institusi latihan hanya untuk membekalkan buruh-buruh mahir dari kalangan Veteran ATM? Tentu jawapannya tidak. Mereka diberi

latihan teknikal dan vokasional untuk menjadi usahawan dalam bidang yang diminati dan dipilih oleh mereka sendiri. Justeru itu, apakah peluang yang boleh diberikan kepada mereka setelah mereka menamatkan latihan teknikal dan vokasional di institusi latihan bagi membantu mereka meningkatkan taraf sosio-ekonomi? a. Terdapat banyak tender sebutharga di Kementerian Pertahanan. Apakah boleh diadakan kouta khas untuk pembekal, kerja pembinaan dan sebagainya untuk warga veteran yang mempunyai lesen dan berkelayakan. b. Di Semenanjung Malaysia sahaja, banyak terdapat penempatan kemkem tentera, tidak termasuk sabah dan sarawak. Apakah boleh kerja-kerja pembekalan dan pembekalan perkhidmatan seperti mencuci bangunan, membersih sampah, memotong rumput, kerja-kerja elektrikal, kerja-kerja sivil dan bangunan dimonopoli oleh warga Veteran ATM yang mempunyai lesen dan berkelayakan. Dengan cara ini juga membolehkan kerahsiaan ATM dipelihara. c. Jabatan Kerja Raya Malaysia Cawangan Kerja Tentera ditempatkan di Kem-Kem Tentera, apakah boleh diberi kerja-kerja berkaitan kepada Veteran ATM yang berkelayakan? d. Dengan peluang yang sebeginilah, mereka boleh dibantu untuk membolehkan mereka menimba pengalaman dan bersaing dengan orang lama untuk menyertai mana-mana sebutharga di lain-lain kementerian kelak.

e. Veteran ATM yang berkemahiran juga boleh ditempatkan dengan kouta tertentu di beberapa syarikat GLC. f. Kouta tertentu ditawarkan kepada Veteran ATM untuk mengisi beberapa jawatan kontrak dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Kerajaan dengan sedikit kelonggaran syarat. Kalau pun terdapat beberapa dasar oleh pihak JPA, dasar yang dibuat bukanlah Al-Quran yang langsung tidak boleh dipinda. Peluang Dari Kerajaan Negeri. Yang Amat Berhormat Dato Seri Yang Dikasihi, perkhabaran dari rakan-rakan saya Veteran ATM Negeri Melaka yang pada tahun lepas memohon tanah dari Kerajaan Negeri Melaka. Permohonan dipelawa dari rakyat Negeri Melaka untuk dikurniakan tanah Kerajaan Negeri di Kawasan Tanjung Minyak, Melaka. Tetapi permohonan oleh Veteran ATM ditolak. Veteran faham tidak semua permohonan mereka perlu dilayan. Apakah keistimewaan yang ada pada mereka kerana mereka adalah rakyat biasa, tetapi kriteria-kriteria bahawa mereka bekas tentera yang tidak mempunyai tanah dan boleh mengusahakan untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga selepas bersara dari perkhidmatan ATM seharusnya dipertimbangkan. Rasa kecewa mereka ini terlalu amat. Kalaulah saya boleh diberi kuasa untuk menyiasat sendiri mereka-mereka yang diluluskan mendapat tanah tersebut samada yang benar-benar layak atau tidak, rasanya mungkin terjumpa sesuatu. Wallahu Alam. Baru-baru ini saya terbaca dalam akhbar 8.

menyatakan Kerajaan Negeri Perak sudah mengenalpasti lot tanah rumah untuk bekas tentera terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang perihatin tidak seperti kerajaan Negeri Melaka.

IPOH, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri sudah mengenal pasti beberapa lot tanah rumah yang bersesuaian bagi pembinaan rumah-rumah kediaman bekas anggota tentera di Perak, kata Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air, Datuk Ramly Zahari. Beliau berkata pemberian lot-lot tanah ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa bekas anggota tentera yang selama ini berkorban demi kepentingan negara. * Dipetik dari BERNAMA

9. Kroni dan Orang Dalam Di Dalam Pentadbiran Kerajaan. Apa yang sangat menghairankan adalah pemilihan untuk jawatan dalam kerajaan negeri terutamanya memerlukan orang dalam seperti yang saya sebutkan kabeliti dan kenaliti. Apa yang saya faham, kabeliti dan kenaliti ini adalah termasuk dalam penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak yang berkenaan dan ini adalah dalam kategori RASUAH. Baru-baru ini juga saya dan rakan-rakan ada memohon borang untuk mengisi 32 kekosongan jawatan Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan dimaklumkan oleh beberapa kakitangan MBMB di situ bahawa untuk dapatkan jawatan tersebut kenalah ada orang dalam atau pengaruh orang politik...... jika tidak jangan haraplah dan perkara ini telah jadi turun temurun dalam pentadbiran kerajaan negeri. 10. Yang Amat Berhormat Dato Seri Yang Dikasihi, mungkin apa yang diperkhabarkan kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri mengenai nasib Veteran ATM adalah indah khabar dari rupa. Sebenarnya saya takut pada awalnya untuk melayangkan warkah ini buat Yang Amat Berhormat Dato Seri. Takut kalaukalau saya di ban oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi atas dasar keikhlasan hati, dan ingin meningkatkan taraf hidup bersama-sama Veteran ATM yang lain dan atas 10

kepercayaan saya kepada Pemerintahan YAB Dato Seri yang dikasihi rakyat melalui Gagasan 1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan saya rasa terpanggil. 11. Akhir kata, saya sekali lagi dengan ikhlas ingin memohon ampun dan maaf kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri jika di dalam warkah ini terdapat sesuatu perkataan atau maksud tidak sengaja yang menimbulkan kemarahan Dato Seri dan sesungguhnya saya tidak berniat sedemikian. Saya juga berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala agar Yang Amat Berhormat Dato Seri dan Datin Seri Rosmah

serta seisi keluarga sentiasa diberi perlindunganNya serta diberikan rahmatNya agar Yang Amat Berhormat Dato Seri dapat terus memimpin Negara Malaysia yang dicintai ke arah lebih cemerlang dan lebih telus. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

11

Anda mungkin juga menyukai