Anda di halaman 1dari 2

SOAL JAWAB BERKAITAN KHAIRAT KEMATIAN MQIKLH

S 1. Apa tujuan dan kenapa saya mesti menjadi ahli Khairat Kematian MQIKLH ?

J1. Kami memberi khidmat kebajikan kepada ahli Khairat Kematian di qariah Taman Lavender Height dan
Taman Nusa Intan .

Terutama ketika berlakunya kematian keatas diri sendiri atau keluarga mereka. Biro Khairat Kematian
menyediakan kemudahan dan kelengkapan pengurusan jenazah dengan cepat dan mudah.

Hal ini bertepatan dengan suruhan Nabi s.a.w supaya menyegerakan pengurusan jenazah bila tiba masa
kematian.

In shaa Allah, Ahli Jawatankuasa Khairat Kematian bersedia berkhidmat dengan ikhlas dan penuh dedikasi
bagi memenuhi keperluan pengurusan jenazah bagi anak kariah

S2. Apakah manfaat menjadi ahli khairat ?

J2. Jika menjadi ahli, segala KOS pengebumian daripada mandi jenazah, kain kapan, kenderaan van,
pengendalian kubur termasuk segala kos pengurusan jenazah sehingga selesai pengebumian di tanggung oleh
Khairat kematian MQIKLH

Jika jenazah diuruskan diluar qariah, pampasan yang diterima adalah RM1300 dan di serahkan menurut senario
dibawah ;

Jika arwah adalah :

A. Mana mana tanggungan : Pampasan akan diberikan kepada ketua keluarga.


B. Ketua keluarga : Pampasan diberikan kepada PM1; jika PM1 sudah meninggal dunia, diberikan kepada
PM2 dan seterusnya.

Tuntutan pampasan boleh dilakukan dengan mengemukakan salinan sijil kematian kepada AJK Khairat.

Untuk ahli kariah yang tidak menjadi ahli Khairat, Kos pengurusan jenazah perlu di tanggung oleh waris simati
dengan jumlah sekitar RM1150 - RM1300.

S3. Ada kah khairat ini di bawah takaful /Insuran atau Bank dan adakah khairat ini berdaftar dengan
ROS atau MAINS ?

J3. Khairat ini adalah dibawah pentadbiran MQIKLH di uruskan oleh AJK Biro Khairat Kematian.

Kami menggalakkan semua muslimin dan muslimat menyertai Khairat Kematian MQIKLH yang
berkonsepkan tabarru’ (bersedekah) dan ta’awun (tolong menolong) dengan kadar yuran tahunan yang
mampu dilaksanakan. Tambahan pula Agama Islam meletakkan darjat yang tinggi dan mulia kepada penderma
yang membantu saudara Islam yang terkena musibah.

Melaksanakan tuntutan fardhu kifayah kepada anak mukim dan jiran dan melaksanakan fungsi Masjid
sebagaimana dituntut oleh Islam.
S4. Siapa yang boleh jadi ahli Khairat ini dan berapa kah bayarannya setahun ?

J4. Penduduk Lavender Height dan Nusa Intan bersama ahli keluarga adalah dipelawa untuk menjadi ahli
khairat kematian ini.

Ahli keluarga penduduk yang diterima untuk menjadi ahli adalah yang memiliki hubungan kekeluargaan
dengan ketua keluarga dan yang tinggal bersama

Setiap ahli akan diberikan kad ahli khairat kematian .

Yuran keahlian sebanyak minima RM50 untuk 1 hingga 5 orang termasuk ketua keluarga. Penambahan setiap
orang dalam pendaftaran adalah RM10 /orang. Yuran keahlian ini sah untuk tempoh 1 tahun dari tarikh
pendaftaran dibuat. Manakala yuran tambahan RM20 untuk Ahli baru sekali bayar mesti di bayar bersama
yuran keahlian tahunan.

Peserta yang telah didaftarkan akan menerima resit pembayaran dan Kad Ahli

S5. Kalau saya nak jadi ahli baru sekarang, bilakah ia berkuatkuasa dan tamat tempohnya?

J5 Kelayakkan kepada ahli menerima khidmat ini berkuatkuasa dari tarikh bulan yang dibuat dan berakhir
setahun selepasnya.

Contoh

Tarikh daftar Tarikh tamat

May 2021 April 2022

September 2021 Ogos 2022

Kelewatan memperbaharui keahlian menyebabkan manfaat Khairat Kematian tidak ditanggung oleh Khairat
Kematian MQIKLH.

Sekian

BIRO KHAIRAT KEMATIAN,


MASJID QARIAH IBNU KHALDUN LAVENDER HEIGHT

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

BORANG YANG LENGKAP BESERTA BAYARAN BOLEH DI


LETAKKAN DI DALAM PETI KHAS KHAIRAT MQIKLH YANG
BERADA DI LUAR MASJID MENGADAP DATARAN MASJID
BILA BILA MASA DAN AKAN DI KOSONGKAN SELEPAS
SOLAT ISYAK – SEGALA GALANYA IN SHAA ALLAH

Anda mungkin juga menyukai