Anda di halaman 1dari 2

Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam

FARAID .

WASIAT . PENTADBIR PUSAKA . AMANAH . HARTA SEPENCARIAN

Erti WASIAT Wasiat ialah ikrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya yang dibenarkan menurut hukum syarak untuk disempurnakan selepas dia meninggal dunia. Kesedaran Tentang FARAID Ramai yang salah faham tentang konsep Faraid. Walaupun waris anda telah berhak mewarisi pusaka anda di bawah hukum Faraid atau pun sijil Faraid telah diperoleh daripada Mahkamah Syariah, namun proses pembahgian harta tersebut hanya boleh dilaksana oleh waris setelah mendapat surat kuasa diripada mahkamah atau pejabat pusaka. Sehingga itu segala proses berkaitan pindah milik atau tukar nama ke atas harta tidak dapat dilakukan. Harus difahami bahawa Faraid hanya menetapkan nilai bahagian yang khusus untuk waris-waris tertentu dan tidak menentukan kaedah pembahagian dan siapa yang menguruskan proses pembahagian. Kaedah pembahagian yang dibuat sewajarnya perlu munasabah mengikut kesesuaian dan mestilah mendatangkan keuntungan dari segi ekonomi dan mampu meningkatkan kualiti hidup dan pembangunan ekonomi waris. Salah tanggapan ini menyebabkan banyak kes yang berlaku seperti satu harta yang kecil dikongsi oleh ramai waris, rumah atau tanah pusaka dijual dan lain-lain lagi tentunya mendatangkan kerugian dari segi ekonomi waris dan masyarakat. Keadaan ini menyebabkan nilai komersial hilang dan hartanah sukar untuk dimajukan kerana waris gagal mendapat kata sepakat dalam usaha memajukan harta tersebut. Contoh terdekat dapat dilihat di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Masalah waris yang tidak tahu, lepas tangan, tiada masa dan pertelingkahan merumitkan lagi proses pengurusan harta simati. Akhabar harian memaparkan RM42 bilion harta pusaka masih tak dituntut. Dalam menangani masalah ini orang ramai digalakkan membuat wasiat dan melantik wasi bertauliah untuk menguruskan harta dan hutang bila kita tiada kelak. Dalam Wasiat juga pewasiat boleh mengarahkan kaedah pembahagian harta sama ada menurut Faraid dari segi nilai pembahagian dan boleh menentukan secara khusus harta tertentu kepada waris tertentu mengikut kesesuaian keluarga. Contohnya barang kemas untuk anak perempuan, motosikal untuk anak lelaki dan sebagainya. Perlunya WASIAT adalah untuk: melantik WASI / Pentadbir Harta untuk menguruskan pembahagian pusaka melantik PENJAGA kepada anak yang berumur di bawah 18 tahun. memberi harta kepada ANAK ANGKAT atau kepada ibu bapa angkat. memberi 1/3 harta kepada bukan waris, badan kebajikan, amal jariah atau wakaf. menyampaikan hasrat dan pesanan terakhir pewasiat kepada ahli keluarga.

Disediakan oleh: AS HRM Training & Consultant

Tel: 019-8475719 (Khairul)

www.warisanharta.com

WASIAT Menurut Islam Orang Islam digalakkan menulis Wasiat. Diriwayatkan Talha bin Musharrif: Saya bertanya Abdulah bin Abu Aufa, adakah Rasulullah S.A.W membuat Wasiat? Dia menjawab tidak, saya betanya beliau bagaimanakah umat Islam difardukan supaya berwasiat (atau diperintahkan supaya berwasiat? Ia menjawab: Raslullah berwasiat dengan kitab Allah (al Quran). Dipetik daripada Sahih Al Bukhari (jilid IV m/s 1) Ibn Umar meriwayatkan Rasullulah s.a.w bersabda bermaksud: Tidak wajar kepada seseorang Islam apabila terdapat sesuatu yang hendak ia wasiatkan maka ia tidur dari dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis disisinya. Riwayat Muttafaq Alaih Hadis riwayat Jabir menerangkan kelebihan orang berwasiat di mana Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang mati meninggalkan wasiat maka ia mati atas jalan Islam, mati dalam keadaan mengikuti sunnah, mati dalam ketaqwaan, mati dalam syahadah, dan matinya diampuni. Riwayat Ibn Majah Sebagaimana dinyatakan kebanyakkan para sahabat Rasulullah s.a.w membuat wasiat. Al Qurtubi menceritakan di dalam tafsirnya bahawa saidina Abu Bakar dan saidina Ali mewasiatkan satu perlima dari hartanya, saidina Umar mewasiatkan satu perempat, Saad ibnu Waqas mewasiatkan satu pertiga, manakala saidatina Aisyah pula mewasiatkan barangan rumahnya kepada bekas-bekas hambanya. Ibnu Umar pula mewasiatkan kepada bekas-bekas isterinya setiap seorang 4,000 dirham. Contoh-contoh ini menunjukkan para sahabat faham berwasiat adalah satu kewajiban agama yang dituntut walaupun ia bukan sesuatu yang difardukan (diwajibkan).

KESIMPULAN Kita menyangka wasiat hanya untuk orang yang berharta sedangkan masalah harta pusaka tidak dituntut hari ini banyak berlaku dalam keluarga yang tidak kaya. Kita mengaku kita tiada harta namun sebuah rumah yang kita diami sekarang dan simpanan Tabung Haji yang masih ada sudah tentu akan menjadi pusaka bila kita tiada kelak. Kita berharap dan berpesan kepada waris agar menguruskan pusaka dan hutang kita kelak namun setakat mana kemampuan waris kita pada masa akan datang tidak kita ketahui. Kita tahu akan mati pada bila-bila masa sahaja kerana itu kita sentiasa bersiap sedia dengan amalan fardhu, amalan sunat dan tuntutan agama yang lain. Namun sudahkah kita bersiap sedia agar harta yang bakal kita tinggalkan tidak memudaratkan kita di akhirat kelak. Kita tahu WASIAT secara bertulis boleh membantu pengurusan secara teratur pusaka kita kelak. .

Disediakan oleh: AS HRM Training & Consultant

Tel: 019-8475719 (Khairul)

www.warisanharta.com

Anda mungkin juga menyukai