Anda di halaman 1dari 32

PENGURUSAN HARTA

PUSAKA

www.mypusaka.info
ISU-ISU SEMASA
BERKAITAN
PUSAKA ISLAM DI
MALAYSIA

www.mypusaka.info
PENGENALAN
 Isu-isu semasa berkaitan pusaka yg masih menjadi
perbincangan di kalangan masyarakat Islam di Malaysia,
antaranya:
 Perbelanjaan pengurusan jenazah
 Penentuan harta pusaka
 Bidang kuasa Mahkamah Syariah
 Pentadbiran harta pusaka
 Pewarisan mu’allaf
 Wasiat melebihi 1/3 harta & wasiat kpd waris
 Tuntutan harta sepencarian slps kematian
 Perkahwinan yg tak didaftarkan
 Wasiat wajibah
 Kematian serentak/tak diketahui
 Hibah semasa marad al-mawt
www.mypusaka.info
PERBELANJAAN PENGURUSAN JENAZAH
 Segala perbelanjaan yg wajib dlm pengurusan jenazah
hendaklah menggunakan harta si mati
 Contohnya, pembelian peralatan kapan, keranda, upah
memandikan jenazah, upah gali kubur, upah bawa mayat
ke kubur dll
 Perbelanjaan hendaklah secara berhemah iaitu dgn
melihat kpd uruf & status si mati
 Perbelanjaan selain drpd perbelanjaan yg wajib bagi
pengurusan jenazah tak blh menggunakan harta si mati
 Bagi mereka yg ditanggung nafkahnya semasa hidup olh
org lain spt isteri & kanak-kanak maka segala perbelanjaan
pengurusan jenazahnya hendaklah menggunakan harta org
yg menanggung nafkahnya bukan harta si mati

www.mypusaka.info
PENENTUAN HARTA PUSAKA
 Kini terdapat banyak bentuk harta yg dimiliki semasa hidup
@ slps kematian seseorg, antaranya:
 KWSP
 Wang derma/sumbangan org ramai yg diberikan slps
mati
 Khairat kematian
 Imbuhan, pampasan & saguhati
 Pencen/pencen terbitan
 Gantian cuti rehat
 Ganjaran/ganjaran terbitan
 Wang PERKESO & SOCSO
 Harta penama seperti insuran/takaful
 Saham syarikat, dll
www.mypusaka.info
Setelah meninggal dunia Harta menjadi PUSAKA

Pusaka Bukan Pusaka


1. Harta HALAL 1. Harta HARAM
2. SEWA belum terima 2. PENCEN
3. HUTANG belum terima 3. Harta yang diHIBAH
4. DIVIDEN terbitan dari 4. Harta AMANAH
harta 5. Harta PINJAM
5. ROYALTY dari usaha 6. KHAIRAT kematian
6. Akaun berPENAMA 7. SEDEKAH orang ramai
8. PAMPASAN majikan
9. Pampasan PERKESO

www.mypusaka.info
KWSP
 Wang berkenaan adalah harta pusaka
 Ia dicarumkan olh si mati/pekerja semasa hidup
 Olh itu, ia hendaklah dibahagikan kpd waris-waris si mati mengikut
hukum faraid
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 pd 19 September 2000
memutuskan:
 Wang KWSP & wang simpanan adalah harta pusaka yg
mesti dibahagi mengikut hukum faraid
 Penama KWSP adalah wasi/pentadbir harta
 Penama hendaklah membahagikan wang KWSP
(peninggalan si mati) mengikut hukum faraid

www.mypusaka.info
 Hukum pembayaran KWSP bagi ahli yg memeluk Islam - Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-61 pd 27 Januari 2004 memutuskan:
 Mengikut hukum syarak, org bukan Islam tidak berhak
mewarisi harta org Islam & begitulah sebaliknya;
 Jika seseorg bukan Islam memeluk Islam & mempunyai
simpanan KWSP & tlh menamakan penama org bukan
Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kpd
org Islam. Jika tiada penama org Islam & tiada waris
Islam yg berhak ke atas harta tersebut stlh beliau mati
maka harta itu tidak menjadi hak kpd penama yg bukan
Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kpd Baitumal;
dan
 Org Islam blh membuat wasiat kpd org bukan Islam
tidak melebihi 1/3 drpd hartanya

www.mypusaka.info
 Hukum menjadikan caruman KWSP sbg harta
sepencarian -Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-67 pd 22 Februari 2005 tlh memutuskan bhw wang
caruman KWSP tidak blh dianggap sbg harta
sepencarian & menetapkan wang tersebut sbg harta
pusaka yg perlu dibahagikan mengikut hukum faraid

www.mypusaka.info
Wang derma/sumbangan org ramai yg diberikan slps
mati
 Org ramai yg datang melawat kematian selalunya
menghulurkan wang kpd keluarga si mati sbg derma
 Sumbangan wang juga diberikan kpd keluarga si mati olh
majikannya
 Tujuan sumbangan/derma ini bagi meringankan beban
keluarga si mati
 Sumbangan/derma ini tak dianggap sbg harta pusaka
 Ia menjadi hak milik keluarga si mati & tak perlu
dibahagikan mengikut hukum faraid
 Waris-waris blh gunakannya utk keperluan yg difikirkan
patut & blh dibahagikan di kalangan mereka mengikut
persetujuan
www.mypusaka.info
Khairat kematian
 Mempunyai ciri yg hampir sama dgn derma/sumbangan
 Konsep/matlamatnya sama iaitu bagi meringankan
beban keluarga utk menguruskan jenazah
 Ada juga khairat kematian yg dibayar oleh agensi
tertentu spt ASB
 Oleh kerana khairat kematian diberikan kpd keluarga si
mati maka ia bukan harta pusaka
 Yuran yg dibayar drpd ahli dianggap sbg sumbangan &
bukan simpanan

www.mypusaka.info
Imbuhan, pampasan & saguhati
 Selalunya diberikan olh majikan kpd keluarga
pekerjanya yg tlh mati
 Penerimanya spt balu, anak, ibu bapa @ adik beradik si
mati
 Wang ini dibayar semata-mata ihsan drpd majikan kpd
keluarga pekerjanya
 Olh itu, ia bukan harta pusaka
 Fatwa Mufti Terengganu – bukan harta pusaka
 Fatwa Mufti Johor – harta pusaka
 Fatwa Selangor – bukan harta pusaka

www.mypusaka.info
Pencen/pencen terbitan
 Pencen dibayar kpd pesara semasa hayatnya adalah kepunyaannya
 Formula: 1/600 x tempoh perkhidmatan (bulan) x gaji akhir
 Pencen si mati yg belum sempat dikeluarkan semasa hayatnya
adalah harta pusaka
 Pencen terbitan dibayar kpd org tanggungan pesara yg tlh mati
(balu/duda & anak bawah 21 tahun yg belum berkahwin)
 Pencen terbitan tidak dianggap sbg harta pusaka & ia tertakluk kpd
Akta Pencen 1980 (Akta 227) & (Akta 239)
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 pd 12 September 1988
memutuskan bhw ganjaran terbitan & pencen terbitan tidak
termasuk sbg harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak
tertakluk kpd kaedah pembahagian harta pusaka

www.mypusaka.info
Gantian cuti rehat
 Cuti rehat yg tidak dapat dihabiskan dlm satu-satu tahun bekerja &
dikumpulkan sehingga maksimum 150 hari & diganti dgn wang tunai
 Formula: 1/30 x (gaji akhir + imbuhan tetap) x jumlah cuti terkumpul
 Biasanya bayaran gantian cuti rehat dibayar dgn wang bersekali dgn
ganjaran persaraan
 Perkara 5.1(b) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 1993 – bagi
pegawai yg mati dlm perkhidmatan, bayaran kpd tanggungan
pegawai
 Amalan yg ada menunjukkan ia bukan harta pusaka
 Namun krn perkiraannya berdasarkan kpd formula yg tlh ditetapkan
maka amalan tersebut perlu dikaji semula

www.mypusaka.info
Sambungan…
Ganjaran/ganjaran terbitan
 Ganjaran ialah pemberian kerajaan/majikan kpd kakitangannya yg tlh
bersara/dikehendaki bersara & diberi sekaligus
 Formula: 7.5/100 x tempoh perkhidmatan (bulan) x gaji akhir
 Ganjaran terbitan dibayar kpd org tanggungan kakitangan yg tlh mati
– balu/duda, anak bawah 21 tahun yg belum berkahwin & ibu
 Tertakluk kpd Akta Pencen 1980 (Akta 227) & (Akta 239)
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 pd 12 September 1988
memutuskan bhw ganjaran terbitan & pencen terbitan tidak
termasuk sbg harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak
tertakluk kpd kaedah pembahagian harta pusaka
 Namun ia perlu diteliti semula sama ada ia harta pusaka/tidak

www.mypusaka.info
Perbincangan mengenai pampasan & ganjaran terbitan
 Skim Ex-Gratia Bencana Kerja adalah skim yg memberi pampasan kpd
Anggota Perkhidmatan Awam yg ditimpa bencana kerja semasa
menjalankan tugas rasmi hingga menyebabkan hilang upaya kekal @
kematian termasuk yg teraniaya disebabkan perbuatan balas dendam
akibat drpd tindakan semasa menjalankan tugas rasmi (Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2001)
 Bagi pekerja yg telah mati, ex-gratia terbitan akan dibayar kpd org
tanggungan
 Bagi si mati yg tiada balu/duda @ anak – pemberian ex-gratia
terbitan sekaligus kpd ibu/bapa (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17
Tahun 2008)
 Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan (11/2/2011)
memutuskan bhw ex-gratia terbitan adalah harta pusaka

www.mypusaka.info
Wang PERKESO & SOCSO
 Bayaran dibuat kpd org tanggungan seseorg pekerja yg
mati akibat bencana kerja
 Tertakluk kpd Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
 Pemberian tersebut bermaksud meringankan beban
waris-waris
 Ia bukan harta pusaka
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Islam
Malaysia Kali ke-49 pd 19 September 2000 telah
memutuskan bhw wang SOCSO & PERKESO bukan
termasuk dlm pembahagian harta pusaka

www.mypusaka.info
Harta penama seperti insuran/takaful
 Penama ialah org yg diberi kuasa utk mengeluarkan
wang si mati tanpa perlu melalui proses pembahagian
mengikut undang-undang
 Penama yg ditulis di dlm skim-skim wang simpanan spt
Takaful/ KWSP/Tabung Haji dan sebagainya tidak dgn
sendirinya menjadi hak milik kpd penama tersebut
 Wang yg dikeluarkan bukan milik penama
 Penama hanyalah sbg wasi/wakil/pentadbir
 Wang tersebut hendaklah dibahagikan kpd waris-waris
mengikut hukum faraid

www.mypusaka.info
 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah
Persekutuan yg diwartakan pd 18 Januari 2001
memutuskan bhw org Islam yg dinamakan sbg penama
olh si mati dlm apa-apa skim simpanan wang dlm mana-
mana Kumpulan Wang Simpanan, Insurans, Tabung,
Lembaga, Syarikat Kerjasama, Koperasi @ institusi
kewangan ialah wasi kpd si mati & hendaklah
membahagikan harta peninggalan kpd waris yg berhak
mengikut pembahagian faraid

www.mypusaka.info
Insuran/takaful
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 pd 20-22 April 2011 telah
membincangkan status pampasan polisi insurans konvensional slps
kematian pembeli polisi
 Muzakarah tlh memutuskan spt berikut:
 Insurans konvensional adalah suatu muamalah yg tidak
patuh syariah krn mempunyai elemen-elemen yg
bercanggah dgn prinsip teras Islam
 Pampasan polisi insurans konvensional dikira sbg harta
tidak patuh syariah
 Jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat shj
dikategorikan sbg harta peninggalan si mati yg perlu
diagihkan secara sistem faraid

www.mypusaka.info
 Baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak blh
diwarisi olh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan
dgn diserahkan sama ada kpd pihak Baitulmal Majlis Agama Islam
Negeri-Negeri @ didermakan utk tujuan kebajikan termasuklah kpd
golongan fakir & miskin
 Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri @ anak-anak
pembeli polisi dikategorikan sbg golongan fakir & miskin, maka
hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut utk mengambil
wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dgn jumlah
sekadar keperluan sbg fakir & miskin stlh disahkan oleh pihak
berkuasa @ Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan
 Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut
cara yg tlh dinyatakan di atas

www.mypusaka.info
KELEWATAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
 Faktor:
 Salah tanggapan
 Terlalu bersopan
 Tiada pengetahuan
 Sikap tak prihatin
 Sikap bergantung harap pd pihak-pihak tertentu
 Pertelingkahan di kalangan waris-waris
 Sikap tamak & pentingkan diri sendiri
 Tiada perancangan harta semasa hidup

www.mypusaka.info
PEWARISAN MU’ALLAF
 Salah satu syarat yg melayakkan seseorg itu mendapat
harta pusaka ialah kesemua pihak yg terlibat iaitu waris
& pewaris ialah beragama Islam
 Olh itu, berlainan agama akan menghalang seseorg
waris itu drpd menerima harta pusaka
 Ini bermakna seseorg Islam tidak blh mewarisi pusaka
bukan Islam & begitu jugalah sebaliknya
 Sekiranya saudara baru tidak mempunyai waris yg
beragama Islam yg layak mendapat harta pusakanya,
maka Baitulmal akan mewarisi harta pusaka tersebut

www.mypusaka.info
WASIAT MELEBIHI 1/3 HARTA & WASIAT KPD WARIS
 Wasiat kpd bukan waris tak boleh lebih 1/3 harta pusaka
si mati
 Perkiraan 1/3 harta dibuat slps selesai perbelanjaan
pengurusan jenazah & pelunasan hutang
 Jika harta yg diwasiat itu lebih 1/3 maka lebihan itu tidak
sah & ia dikira sbg harta pusaka kecuali waris-waris setuju
 Wasiat kpd waris sama ada sedikit @ banyak adalah tidak
sah kecuali waris-waris lain setuju
 Persetujuan hendaklah dilakukan slps kematian
 Bercanggah dgn Seksyen 26(2) Enakmen Wasiat Orang
Islam Selangor 1999, Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri
Sembilan 2004 & Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka
2005
www.mypusaka.info
TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN SLPS KEMATIAN
 Tiada peruntukan yg jelas dlm Undang-undang Keluarga Islam
mengenai tuntutan harta sepencarian slps kematian
 Namun JKSM telah mengeluarkan Arahan Amalan No. 5 Tahun 2003
menyatakan bhw masa dibolehkan membuat tuntutan harta
sepencarian iaitu sama ada semasa tuntutan perceraian/slps
perceraian/slps kematian mana-mana pihak
 Fatwa Selangor yg diwartakan pd 23/6/2005 menyatakan:
 Harta sepencarian slps kematian salah satu pihak dlm
perkahwinan blh dibahagikan kpd suami/isteri sblm
difaraidkan termasuk stlh dilepaskan tanggungan si mati
 Pembahagian ikut takat sumbangan sama ada
langsung/tak langsung
 Persetujuan pembahagian dibuat melalui perintah
mahkamah

www.mypusaka.info
PERKAHWINAN YG TAK DIDAFTARKAN
 Setiap perkahwinan perlu didaftarkan mengikut
undang-undang keluarga Islam negeri-negeri
 Jika tak didaftarkan, maka pihak-pihak dlm perkahwinan
itu tak akan mendapat hak perlindungan & jaminan di
bwh undang-undang keluarga Islam
 Utk menentukan seseorg suami/isteri layak @ tidak
mendapat harta pusaka pasangannya yg mati, maka
perlu dipastikan perkahwinan tersebut sah/tidak
 Penentuan sah/tidak perkahwinan tersebut perlu
diputuskan olh Mahkamah Syariah
 Jika sah maka dapat harta pusaka & jika tak sah maka
tak dapat harta pusaka

www.mypusaka.info
WASIAT WAJIBAH

 Telah difatwakan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa


Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-83 pd 22 - 24 Oktober 2008
memutuskan bhw wasiat wajibah adalah harus
 Selangor telah mewartakan fatwa ini pd 6/1/2011
 Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam & Adat
Istiadat Melayu Kelantan pd 14/12/2008 – bersetuju
mengenai pelaksanaan wasiat wajibah
 Ramai masyarakat tidak tahu mengenai wasiat wajibah

www.mypusaka.info
KEMATIAN SERENTAK/TAK DIKETAHUI
 Syarat utk mewarisi harta pusaka antaranya ialah hidup waris
semasa kematian pewaris walaupun seketika
 Olh itu, jika dapat dipastikan seseorg waris itu hidup semasa
kematian pewarisnya maka ia layak dapat harta pusaka
 Bagaimana kedudukan pembahagian pusaka mereka yg mati
serentak @ tidak diketahui spt kemalangan, lemas, kebakaran,
bencana alam dll?
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 pd 22-24 Oktober 2008 tlh
memutuskan bhw mana-mana ahli keluarga yg mati secara serentak
dlm kejadian yg sama @ sebaliknya & tidak dapat ditentukan siapa
yg mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka
mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain

www.mypusaka.info
HIBAH SEMASA MARAD AL-MAWT
 Marad al-mawt – sakit yg membawa kematian
 Hibah pd masa marad al-mawt melibatkan 2 jenis
undang-undang iaitu hibah & wasiat
 Jika pemberi hibah mati slps hibah dilakukan maka ia
tertakluk kpd hukum wasiat
 Jika pemberi hibah hidup selepas pemberian/mati
disebabkan perkara lain maka ia tertakluk kpd hukum
hibah

www.mypusaka.info
KESIMPULAN
 Terdapat banyak isu-isu semasa yg masih menghantui masyarakat
Islam dalam soal pembahagian harta pusaka (faraid)
 Perbincangan sblm ini merupakan sebahagian drpd isu semasa &
mungkin terdapat beberapa lagi isu semasa yg lain yg tak sempat
dibincangkan
 Kebanyakan isu-isu ini telahpun diselesaikan oleh fatwa @
keputusan Mahkamah
 Namun ia masih juga diperdebatkan mungkin disebabkan
kekurangan maklumat
 Secara umumnya, kefahaman tentang ilmu faraid & perundangan di
Malaysia blh membantu ke arah menyelesaikan isu-isu berkenaan
 Justeru, fahamilah ilmu faraid sebaik mungkin supaya ia dapat
membantu kita dlm menangani sebarang permaslahan yg timbul

www.mypusaka.info
SEKIAN
TERIMA KASIH

www.mypusaka.info
TAHNIAH

ANDA TELAH MENGETAHUI


ISU-ISU BERKAITAN PUSAKA

JOM AMBIL
TAHU FARAID

www.mypusaka.info

Anda mungkin juga menyukai