Anda di halaman 1dari 9

Kod Pelajaran: SCA4163 SCK_AN

PRODUKSI SINEMA ANIMASI

2D animated short film and pre-production

Nama: MUHAMAD NAIMAN BIN MOHD NAIM


No. Matrik: C20A1076

Nama Pensyarah: Dr. Ahmad Azaini Abdul Manaf


TITLE: TAKDIR
THEME: FANTASI

LOGLINES:
Seorang manusia yang terdampar dilautan seorang diri dan dewa maut datang untuk mengambil
nyawa tetapi pemuda itu selamat dari kematian kerana takdir berkata sebaliknya.
TREATMENT:
Pada hari yang cerah di tengah lautan terdapat seorang manusia yang terdampar diatas rakit kayu
seorang diri yang hanyut dibawa air laut. Dia tersesat dan kelemahan tidak dapat bergerak hanya
baring menunggu bantuan tiba.
Secara tiba-tiba muncul sosok tubuh berbaju hitam sambil membawa sabit dan rupanya ia
seorang mailakat maut yang datang menjemput pemuda tersebut kerana dia hampir mati. Pemuda
itu mata yang lesu menghulur tangan untuk mendapatkan bantuan tanpa sedar. Pemuda
menguatkan diri untuk melihat sosok hitam dan mendapati ia adalah seorang malaikat maut. Dia
cepat menghidari bantuan tersebut kerana dia tidak mahu mati lagi kerana dia ingin menikmati
harta karun yang ada disebelahnya.
Malaikat maut tidak dapat memaksa pemuda itu mati dan ia tunggu disamping pemuda tersebut
sehingga dia menghebuskan nafas terakhirnya. Sambil menunngu ia mati malaikat maut tersebut
duduk diatas sebuah harta karun tersebut dan bermain lontar duit emas satu-persatu kedalam
maut untuk menghilangkan kebosanan. Pemuda tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana
dirinya lemah.
Malaikat maut mendapat idea dengan memancing ikan raksasa dengan menggunakan duit syiling
emas tersebut. Pemuda tersebut memegang peti harta karun agar malaikat maut tersebut tidak
mengambil hartanya. Malaikat maut mendapat ikan raksasa dan ikan tersebut menarik dia
dengan kuat sehingga rakit itu bergerak.
Pemuda tersebut berpegang harta karun dengan kuat dan berpaut pada tiang rakitnya agar tidak
jatuh kerana tarikan ikan tersebut membuat rakit tersebut bergerak dengan laju. Kerana rakit
bergerak sungguh laju, tiba-tiba malaikat maut melihat sebuah pulau berpenghuni penduduk.
Malaikat maut coba melepaskan tali yang pegangnya tetapi pemuda tersebut melihat sebuah
harapan tetapi dia perlu melepaskan harta karun tersebut .
Antara hidup dan harta perlu dipillih agar takdir berubah dari kematian. Tanpa berfikir panjang
pemuda tersebut melompat dan menangkap tali yang dilepaskan oleh malaikat tersebut. Malaikat
tersebut terkejut dan coba memutuskan tali tersebut dengan sabit. Tetapi pemuda menendang
malaikat sehingga jatuh dengan peti harta karun tersebut.
Pemuda tersebut selamat tiba ke pulau berpenghuni tersebut dan merangkak untuk membeli air
dan makanan dengan satu syiling emas dan terakhir dia memiliki. Untuk mengubah takdir
pemuda tersebut perlu mengorbankan sesuatu berharga agar dapat terus hidup. Pemuda tersebut
berehat dibawah pokok sambil minum dan makan. Pemuda tersebut menangis dan gembira
kerana dapat bertahan hidup.
WATAK
Kamal
- Seorang lanun yang membawa harta karunnya berlayar di lautan
- Sorang yang sabar
- Kuat hati
- Pantang menyerah

Malaikat Maut
- Sombong
- Suka melihat orang lain tersesak
- Seorang yang tidak focus sambil lewa
- Tidak mengambil berat

Ikan Raksasa
- Ganas dan agresif
- Setiasa kelaparan

LATAR TEMPAT

- Rakit
- Laut
- Sebuah pulau
1

PENULIS SKRIP: MUHAMAD NAIMAN BIN MOHD NAIM(C20A1076)


TAJUK: TAKDIR

FADE IN:

EXT. DIATAS RAKIT, TENGAG LAUT- PAGI

Pada tengahari yang panas dan matahari berada diatas memancarkan


cahaya yang panas. terdapat seorang pemuda yang sedang berehat
dalam keadaan lemah diatas rakit. Pemuda tersebut tersesat
ditengah laut dan hanya mampu berbaring menunggu bantuan untuk
diselamatkan.

KAMAL
Aku tak tahan, tolong aku, aku
perlukan air dan makanan.
FADE OUT:

FADE IN:
EXT. DIATAS RAKIT, TENGAH LAUT-PAGI

Pemuda tersebut melihat kotak disebelahnya yang penuh berisi


duit syiling emas dan memeluk kotak harta karun tersebut sambil
mata menutup perlahan-lahan. Apabila pemuda itu terbuka mata
perlahan-lahan dia melihat sosok tubuh berbaju hitam
menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan.

KAMAL
Si… sia siapa itu? Tolong aku, berikan
aku air dan makanan. Tolong aku
merayu.
2

MALAIKAT MAUT
Hai KAMAL hulurkan tangan mu, akan aku
tolong kamu. Hahahahahha!

KAMAL cuba untuk membuka mata lebih besar dan melihat siapa
sosok tubuh tersebut. kamal tiba-tiba terkejut, yang sebenarnya
itu adalah malaikat maut yang cuba mengambil nyawanya.

KAMAL
Cis!! kau jangan cuba mendekat. Aku
tak ingin mati lagi

MALAIKAT MAUT
Hahahahahaha! Cepatlah hulur tangan
mu. Aku akan bawa kamu ke syurga yang
indah atau...ke neraka, hahahahahaha!

KAMAL berbalikkan badan menghadap peti harta karunnya dan


menyandang disitu.

FADE OUT:

FADE IN:
EXT. DISEBELAH KOTAK, DIATAS RAKIT - PAGI

Semasa KAMAL sedang menyandang dikotak harta karun tersebut.


malaikat maut melihat tangannya untuk melihat beberapa sisa
hayat waktu kamal yang ada.
MALAIKAT MAUT
Yaaa!! Sebentar lagi. Hiihihihhi!

Mailakat mengangkat KAMAL ke sebelah hujung rakit dan duduk


diatas kotak tersebut dan kamal hanya mampu melihat dari
kejauhan. Sambil menunggu KAMAL mati, malaikat maut mengambil
3

duit syiling emas tersebut dan bermain lontar syiling emas


kedalam laut untuk menghilangkan bosan.
MALAIKAT MAUT
Haaaih bosannya! Ehhh ada syiling?
Boleh aku main lontar.

Malaikat tiba-tiba mendapat idea baru memancing ikan dengan


menggunakan duit syiling tersebut. KAMAL hanya mampu melihat dan
marah terhadap perbuatan mailakat maut tersebut.
MALAIKAT MAUT
Ahhh! Aku dapat idea lagi bernas,
boleh aku pancing ikan. Harap-harap
dapat ikan besar. Mantap mat!

KAMAL
Kau kenapa main duit aku. Bodoh betul
kau ni. Ahhhhh!!

FADE OUT:
FADE IN:
EXT. RAKIT, DITENGAH LAUT - PAGI

Malaikat maut memancing ikan dengan sabarnya dihujung rakit


sambil melihat KAMAL yang geram akan tindakannya. KAMAL hanya
mampu memegang kotak harta karun dengan sebelah tangannya
sehaja. Tiba-tiba pancing malaikat maut tertarik dengan kuatnya.
MALAIKAT MAUT
Ehhhh! Dapat ikan. Hahahaha ikan besar
ini.

Tiba-tiba ikan tersebut melompat ke permukaan air dan malaikat


maut terkejut melihat ikan raksasa tersebut. Disebabkan kuatnya
ikan itu menarik sampai rakit tersebut bergerak kehadapan dan
meluncur dengan laju.
IKAN RAKSASA
Rawrrrrrr!!
4

Mailakat maut
Ikan raksasa!! Mati la nak. Ehhh!
Jangan kuat sangat tarik. Ahhhh!

FADE OUT:
FADE IN:
EXT. RAKIT, DITENGAH LAUT - PAGI
Rakit tersebut bergerak dengan laju kehadapan. KAMAL hampir
sahaja terjatuh dan berpaut pada tiang layar rakitnya sambil
memegang kotak harta karun tersebut.
KAMAL
Duit emas aku!

Tanpa sedar malaikat maut melihat dihadapan terdapat sebuah


pulau yang berpenghuni.mailakat maut cuba melepaskan tali yang
menarik dia dan rakit itu. Kamal cuba menggapai tali tersebut
tetapi dia perlu melepaskan kotak tersebut untuk selamat ke
daratan.
MALAIKAT MAUT
Ehhh pulau, aku kena lepaskan tali ini
sekarang.

KAMAL
Haaa! Daratan aku perlu lepaskan kotak
ini. Aku perlu pegang tali tu! Bye-bye
kotak emas.

KAMAL memegang tali itu dan mailakat maut melihat KAMAL.


Malaikat maut mengambil sabitnya untuk menebas tali tersebut
tetapi KAMAL melihat itu dan cuba mengelak mailakat tersebut
menebas.
MALAIKAT MAUT
biar aku tebas. yahhhhh!!

KAMAL
Tidak! Aku tak akan biarkan menebasnya.

KAMAL menendang malaikat itu sehingga dia terjatuh bersama kotak


emas dan rakit itu ke dalam dasar laut.
5

KAMAL
Ambil ini, tendangan super cr7 aku.
Yahhhhh!!

MALAIKAT MAUT
Nani(apa)!! ahhhhhhhh tak guna kau.

KAMAL dibawa oleh IKAN RAKSASA tersebut ke pinggiran pantai


pulau dan kamal melepaskan tali itu. Kamal berenang dengan
tenaga yang ada untuk sampai ke pulau tersebut. Akhirnya kamal
selamat sampai.
KAMAL
Sampai akhinya.(gembira)

FADE OUT:
FADE IN:
EXT. PANTAI, PULAU BERPENGHUNI - PAGI

KAMAL merangkak ke kedai yang berhampiran pantai tersebut sambil


memegang sekeping duit syiling emas dalam gengaman tangannya.
Kamal berfikir dan memilih harta atau minuman dan makananan
untuk tetap selamat dari kelaparan.
KAMAL
Aku tak ada pilihan, aku makan dan
minum. Aku lapar sangat ni. Tapi ini
duit emas aku terakhir, ahhhh! Janji
aku selamat sudah.

KAMAL pun memesan makanan dan dia makan laju dan gelojohnya
sambil menangis kerana dapat bertahan hidup
KAMAL
Nasi goreng dan the ais limau satu
bang. Sedapnya!!
(menangis)
FADE OUT:
EXT.

Anda mungkin juga menyukai