Anda di halaman 1dari 67

POLITEKNIK KOTA KINABALU

LERYNA KITCHEN TABLE

LINDA BNTI RUSLI

(07DBK20F2006)

NURSAHRINAWATI BINTI SABRANG


(07DBK20F2016)

CYSTERRYNNA BINTI MAJUIS

(07DBK20F2017)

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

SESI II 2022/2023
POLITEKNIK KOTA KINABALU

LERYNA KITCHEN TABLE

LINDA BNTI RUSLI (07DBK20F2006)

NURSAHRINAWATI BINTI SABRANG (07DBK20F2016)

CYSTERRYNNA BINTI MAJUIS (07DBK20F2017)

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam


sebagai memenuhi syarat penganugerahan Diploma Teknologi
Berasaskan Kayu

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

SESI II 2022/2023
AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

LERYNA KITCHEN TABLE

1. Kami, Linda Binti Rusli (NO.KP: 020206-12-0234), Cysterrynna Binti


Majuis (NO.KP 020731-12-0478) dan Nursahrinawati Binti Sabrang
(NO.KP 011027-12-1640)) adalah pelajar Diploma Teknologi Berasaskan
Kayu, Politeknik Kota Kinabalu Sabah, yang beralamat di No. 4, Jalan
Politeknik, KKIP Barat, Kota Kinabalu Industrial Park, Politeknik Kota
Kinabalu, 88460 Kota Kinabalu, Sabah.

2. Kami mengakui bahawa ‘Leryna Kitchen Table’ dan harta intelek yang ada di
dalamnya adalah hasil karya / reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru
mana-mana harta intelek daripada pihak-pihak lain.

3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Leryna Kitchen Table’


kepada ‘Politeknik Kota Kinabalu, Sabah’ bagi memenuhi keperluan untuk
penganugerahan Diploma Teknologi Berasaskan Kayu kepada kami.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut;

LINDA BINTI RUSLI ……………………….

(No. Kad Pengenalan: 020206-12-0234) LINDA BINTI RUSLI

ii
CYSTERRYNNA BINTI MAJUIS …………………………………..

(No. Kad Pengenalan: 020731-12-0478) CYSTERRYNNA BINTI MAJUIS

NURSAHRINAWATI BINTI SABRANG ………………………………

(No. Kad Pengenalan: 011027-12-1640) NURSAHRINAWATI BINTI

SABRANG

Di hadapan saya,

MOHD AZIZAN BIN AG NORDIN …………………………….

Sebagai Penyelia Projek pada Tarikh: 26/06/2023 MOHD AZIZAN BIN AG

NORDIN

iii
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan alhamdulilah, syukur kepada Allah


SWT di atas limpah kurnia dan izin kami dapat menyiapkan projek akhir kami dan
berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang menjalankan projek akhir
kami dari awal sehingga selesai.

Penghargaan yang tidak terhingga dan ribuan terima kasih diucapkan kepada
penyelia projek kami iaitu Encik Mohd Azizan Bin Ag Nordin di atas sokongan,
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau sepanjang projek ini
dilaksanakan. Seribu satu jasa yang dicurahkan kepada kami amat kami hargai. Ribuan
terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang menyokong serta memberi
dorongan yang kuat untuk melaksanakan projek ini dan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah yang telah menjadi ahli panel kami kerana memberikan tunjuk ajar dan idea
untuk penambahbaikan sepanjang projek akhir kami dilaksanakan.

Akhir kata, semoga projek yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari
Allah. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan
dan sokongan semua projek ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

iv
ABSTRAK

Produk adalah sesuatu yang boleh ditawarkan untuk pengguna bagi memenuhi
kehendak dan keperluan pengguna. Produk ini direka bentuk dengan mempunyai ciri
keselamatan yang tinggi. Dengan adanya keselamatan pada laci meja ia dapat
melindungi pengguna seperti kanak-kanak agar kurang terdedah daripada benda yang
tajam seperti pisau. Objektif projek ini adalah untuk mereka bentuk Leryna Kitchen
Table menggunakan aplikasi AutoCad dan menghasilkan produk Leryna Kitchen Table.
Produk ini direka mengikut carta alir penghasilan Leryna Kitchen Table. Produk direka
menggunakan perisian Autocad 2023, dengan rangkaan tiga dimensi dan perisian
Rendering. la membolehkan pengukuran yang tepat dan dapat menyatakan produk
secara animasi. Bahan utama yang digunakan dalam pembinaan produk adalah kayu
papan lapis dan blockboard. Alat yang digunakan untuk membina produk ini termasuk
Radial Arm Saw, Table Saw, mesin Router and sebagainya. Kerja pertukangan dilakukan
di Bengkel Permesinan Kayu, Politeknik Kota Kinabalu dan Jong Furniture and
Steelwork, Kiulu. Dapatan kajian yang diperolehi daripada penghasilan produk iniialah produk
ini telah diubahsuai dengan menambahkan konsep keselamatan pada laci meja. Kesimpulannya,
Leryna Kitchen Table mempunyai ciri-ciri keselamatan yang diperlukan oleh pengguna untuk
mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

v
ABSTRACT

A product is something that can be offered to consumers to meet the wants and
needs of consumers. This product is designed with high safety features. With
safety on the desk drawer, it can protect users such as children from being less
exposed to sharp objects such as knives. The objective of this project is to
design Leryna Kitchen Table using AutoCad application and produce Leryna
Kitchen Table products. This product is designed according to the Leryna
Kitchen Table production flow chart. The product is designed using Autocad
2023 software, with three-dimensional drawing and Rendering software. It
allows accurate measurements and can animate the product. The main
materials used in the construction of the product are plywood and blockboard.
The tools used to build this product include Radial Arm Saw, Table Saw,
Router machine and so on. Carpentry work is done at the Wood Machinery
Workshop, Kota Kinabalu Polytechnic and Jong Furniture and Steelwork,
Kiulu. The research findings obtained from the production of this product are
that this product has been modified by adding the concept of safety to the desk
drawer. In conclusion, Leryna Kitchen Table has the necessary security
features for users to prevent unwanted events.

vi
SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA


SURAT

AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK ii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1
1.2 Penyata Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 2
1.4 Skop Kajian 2
1.5 Rumusan 3

2 KAJIAN LITERATUR
4
2.1 Pengenalan Bab
2.2 Reka Bentuk 4

2.3 Meja Dapur 5

2.4 Blockboard 6

2.5 Kayu papan lapis 7


2.6 Internet Of Things (IOT) 8
2.7 Keselamatan 9

vii
2.8 Fingerprint Lock 9
2.9 Perabot Mudah Alih

2.10 Rumusan 11
12
3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan Bab 13

3.2 Lakaran Kasar 14

3.3 Reka Bentuk (AUTOCAD) 18

3.3.1 Cutiing List 19

3.4 Penyediaan Bahan 22

3.4.1 Kos Bahan 27

3.5 Proses Penghasilan Leryna Kitchen Table 28

3.5.1 Pengukuran Bahan 28

3.5.2 Proses Pemotongan 29

3.5.3 Kerja Pemasangan 32

3.5.4 Kerja Kemasiapan 35

3.6 Rumusan 37

4 ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Reka Bentuk 39

4.2.1 3D Model Dan Autocad Design 40

4.3 Penghasilan Leryna Kitchen Table 42

4.4 Rumusan 45

viii
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 46

5.2 Perbincangan 46

5.3 Kesimpulan 47

5.4 Cadangan 48

RUJUKAN 50

LAMPIRAN
51
i. Carta gantt
ii. Kos projek 52

iii. Spesifikasi, senarai bahan dan peralatan 53

iv. Carta alir 53

ix
SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA


SURAT

3.1 Cutting list produk Leryna Kitchen Table 19

3.2 Jenis Bahan 26

3.3 Senarai Kos Bahan 27

3.4 Mesin Pemotongan 30

4.1 Kelemahan Dan Penambahbaikan Bagi Produk Leryna 45


Kitchen Table

6.1 Jadual Kos Perbelanjaan 55

x
SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA


SURAT

2.1 Meja Dapur. 5

2.2 Kitchen Island. 6

2.3 Blockboard. 7

2.4 Kayu Papan Lapis. 8

2.5 Fingerprint Lock. 10

2.6 Perabot Mudah Alih. 11

3.1 Carta Alir Proses Penghasilan Produk. 13

3.2 Lakaran Pertama. 14

3.3 Lakaran Kedua. 15

3.4 Lakaran Ketiga. 16

3.5 Lakaran Akhir. 17

3.6 Exploded View 18

3.7 Front Ortografic View 20

3.8 Top Ortografic View 20

3.9 Right Ortografic View 21

xi
3.10 Left Ortografic View 21

3.11 Proses Pengukuran Dan Penandaan Papan Lapis 28


Menggunakan Pita Pengukur Dan Sesiku L.

3.12 Proses Pemotongan Papan Lapis Menggunakan Table Saw. 30

3.13 Proses Pemotongan Papan Lapis Menggunakan Radial Arm 31


Saw.

3.14 Proses Pemotongan Laminate Menggunakan Table Saw. 31

3.15 Proses Pemotongan Tepi Laminated Menggunakan Laminate 32


Cutter
3.16 Proses Pemasangan Komponen Produk Menggunakan Gam 33
Kayu.
3.17 Proses Pemasangan Komponen Produk Menggunakan Nail 33
Gun.

3.18 Mengilap Permukaan Top Meja Yang Telah Di Laminate 34

3.19 Proses Pemasangan Bracket Folding Menggunakan Drill 34


Driver.

3.20 Permukaan Papan Lapis Dihaluskan Menggunakan Kertas 35


Pasir.

3.21 Permukaan Papan Lapis Dibersihkan Menggunakan Fabrik. 36

3.22 Tepi Papan Lapis Yang Telah Di Laminate Dihaluskan 36


Menggunakan Kertas Pasir.

3.23 Proses Permukaan Papan Lapis Dihaluskan Menggunakan 37


Sander

3.24 Proses Permukaan Papan Lapis Di Cat Menggunakan Cat 37


Warna Pearl White.

4.1 Front Rendered View 40

xii
4.2 Left Rendered View 41

4.3 Random Rendered View 41

4.4 Random Rendered View 42

4.5 Pandangan hadapan Leryna Kitchen Table tertutup 43

4.6 Pandangan hadapan Leryna Kitchen Table 43

4.7 Pandangan atas Leryna Kitchen Table 44

4.8 Pandangan sisi Leryna Kitchen Table 44

6.1 Carta Alir Proses Penghasilan Produk 53

xiii
BAB 1
PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Kajian mendapati perabot sudah digunakan manusia lebih daripada 2,000 tahun
lalu. Ketika itu, perabot diperbuat daripada batu batan dan kayu yang diukir serta
simbol kekuasaan, kemewahan, keagamaan dan alam sekitar. Perkembangan pesatnya
dipercayai bermula sejak zaman Renaissance. Disebabkan corak dan gaya kehidupan
manusia berubah, maka pada abad pertengahan, reka bentuk perabot adalah kasar,
mempunyai sedikit ukiran dan berfungsi sangat dititikberatkan. Namun, menjelang
abad ke-20, reka bentuk perabot tidak lagi tradisional tetapi menjurus kepada bahan
seni untuk dihargai. Suatu ketika dulu, pereka perabot berkarya hanya untuk
kepentingan golongan Raja, bangsawan, pemilik tanah dan pedagang kaya sahaja.
Namun, bermula zaman Renaissance hingga awal abad ke-19, wujud pembuat perabot
kreatif dan berseni. Ketika itu, ciri praktikal tidak dipentingkan sebaliknya keindahan
ukiran diambil kira kerana melambangkan status dan taraf hidup seseorang (Bali,
2021).

Perabot tradisional semakin di telan zaman menjelang abad ke-20 berikutan


bermulanya era pergerakan moden. Zaman ini menyaksikan kebangkitan mesin, maka
rekaan perabot dipastikan sesuai dengan kapasiti mesin itu. Pada 1919, arkitek Walter
Gropius menubuhkan Bauhuz School di Weimer dengan objektif memperbaiki
pengeluaran perabot membabitkan kerjasama artis, tukang perabot dan pengeluar
perabot. Melaluinya, konsep rekaan berfungsi dan bertahan hingga kini. Ketika itu,
material baru membuat perabot ditemui. Pada 1925, pereka Jerman terkenal Marcel
Breuer menghasilkan kerusi keluli tebular pertama sebelum beberapa rekaan meja,
kerusi dan bangku dicipta menggunakan gabungan keluli dan fabrik serta kayu dan
kaca. Selanjutnya, abad ke-21 menyaksikan kebangkitan perabot berkonsep simplicity.
Gaya ringkas mendorong penghasilan perabot menjimat ruang dengan besi dan gelas

1
sebagai material tunjang. Ia dipercayai sangat sesuai dengan gaya hidup ringkas
penduduk kota metropolitan. (Bali, 2021)

Meja dapur telah menjadi pilihan reka bentuk yang popular selama bertahun-
tahun sejak kebelakangan ini. Ia berguna, praktikal dan menyenangkan secara estetik.
Meja dapur yang dirancang dengan baik akan mengubah dapur menjadi ruang yang
cekap dan berfungsi (Asta Mandiri, 2017).

1.2 PENYATAAN MASALAH

Kebanyakan produk di pasaran tidak mempunyai konsep keselamatan.


Keselamatan merupakan konsep utama bagi produk ini iaitu Leryna Kitchen Table.
Produk ini telah diubahsuai dengan menambahkan konsep Internet Of Things (IOT)
di dalamnya iaitu fingerprint lock. Dengan adanya keselamatan pada laci meja ia dapat
melindungi pengguna seperti kanak-kanak agar kurang terdedah kepada benda yang
tajam seperti pisau.

1.3 OBJEKTIF

Objektif projek ini adalah :

i. Mereka bentuk Leryna Kitchen Table menggunakan aplikasi AutoCad.


ii. Menghasilkan Leryna Kitchen Table .

1.4 SKOP KAJIAN

Idea dan tujuan bagi penghasilan produk ini adalah untuk menitikberatkan isu
keselamatan terutamanya bagi kanak-kanak semasa berada di dapur. Bahan utama
yang digunakan untuk penghasilan produk ini ialah Blockboard untuk bahagian top
dan plywood untuk bahagian kerangka keseluruhan produk. Proses mereka bentuk
dilakukan dengan menggunakan AutoCAD 2023. Manakala untuk bahan bagi

2
kerja pemasangan menggunakan paku, skru dan gam kayu. Untuk bahagian
aksesori produk disertakan fingerprint lock, cabinet handle, heavy duty wheels,
drawer slide, engsel dan bracket folding. Manakala bagi penghasilan produk
dilakukan di bengkel permesinan kayu Politeknik Kota Kinabalu dan Jong
Furniture and Steelwork, Kiulu. Anggaran tempoh bagi penghasilan produk
bersamaan dengan 4 bulan.

1.5 RUMUSAN

Meja dapur telah menjadi pilihan reka bentuk yang popular selama bertahun-
tahun. Keselamatan merupakan konsep utama bagi produk ini. Produk ini telah
diubahsuai dengan menambahkan konsep Internet Of Things (IOT) iaitu fingerprint
lock. Idea dan tujuan bagi penghasilan produk ini adalah untuk menitikberatkan isu
keselamatan terutamanya bagi kanak-kanak semasa berada di dapur.

3
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Leryna Kitchen Table merupakan produk yang disasarkan kepada pengguna


yang berkeluarga. Produk ini, sesuai diletakkan di dapur sebagai meja dapur pada
umumnya. Leryna Kitchen Table ini juga dapat membantu menjaga keselamatan
pengguna terutamanya pada kanak-kanak bawah umur. Selain itu, Leryna Kitchen
Table juga dapat menjimatkan ruang di dalam dapur. Dengan konsep fingerprint lock
pada produk ini, ia dapat memberi impak positif kepada pengguna terutamanya dalam
menjaga keselamatan kanak-kanak daripada bahaya benda tajam yang mudah dicapai
seperti pisau dan gunting. Seterusnya, kos produk yang tidak terlalu tinggi mampu
dimiliki oleh semua individu terutamanya yang telah berkeluarga.

2.2 REKA BENTUK

Reka bentuk sebagai susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan


sesuatu produk atau impak reka bentuk yang baik akan menjadikan persekitaran lebih
menarik serta kehidupan lebih mudah dan selesa (Mira Auni, 2014). Rekabentuk juga
boleh diterjemah sebagai satu bidang di mana pengalaman, kebolehan, kemahiran dan
ilmu seni reka seseorang individu.

4
2.3 MEJA DAPUR

Meja dapur menjadi salah satu perabot yang wajib dimiliki oleh setiap rumah.
Meja dapur boleh menjadi tempat untuk mengatur bahan makanan dan
mempermudahkan proses memasak. Setiap bahan meja dapur memiliki
karakteristik yang berbeza, bahkan mempunyai kelebihan dan kekurangannya
masing-masing (Amelia Riskita, 2022).

Rajah 2.1: Meja Dapur

5
Salah satu meja dapur yang telah diinovasikan ialah Kitchen Island .
Kabinet ini mengabungkan reka bentuk yang sedia ada menjadi suatu produk
yang baharu. Kitchen Island boleh digunakan oleh semua pihak kerana ia
memberikan banyak tempat ruangan tempat penyimpanan.

Rajah 2.2 : Kitchen Island.

2.4 BLOCKBOARD

Blockboard adalah sejenis papan lapis yang direka dengan cara khas. Ia
ditekan sedemikian rupa sehingga jalur kayu lembut dijumpai di antara dua lapisan
venir kayu di inti lembaran. Ini menyumbang kepada kestabilan dimensi papan.
Kehadiran jalur kayu lembut memastikan bahawa papan dapat menahan paku dan skru

6
lebih baik daripada papan reka yang lain. Walaupun lebih ringan daripada papan lapis,
ia tidak berpecah atau pecah semasa memotong kerana adanya kayu lunak di intinya.
(Team McCoy Mart, 2022).

Rajah 2.3 : Blockboard.

2.5 KAYU PAPAN LAPIS

Disebut dengan plywood atau kayu lapis karena material ini terdiri dari
gabungan lapisan serat kayu dan kulit kayu (veneer), yang disusun dengan lapisan
permukaan luar yang lebih kuat daripada lapisan tengah. Tujuannya supaya mampu
mereduksi pemuaian dan tekanan tekuk.

7
Kemudian, lapisan ini disusun dan direkatkan dengan saling bersilangan
membentuk sudut 90° antara lapisan yang berdekatan. Biasanya, lapisan ditumpuk
dalam jumlah yang ganjil untuk menciptakan konstruksi yang seimbang sekaligus
mencegah terjadinya pembelokan. (Pinhome, n.d).

Rajah 2.4 : Kayu Papan lapis.

2.6 INTERNET OF THINGS (IOT)

Internet of Things (IoT) ialah nama untuk koleksi agregat peranti yang
didayakan rangkaian, tidak termasuk komputer tradisional seperti komputer riba dan
pelayan. Jenis sambungan rangkaian boleh termasuk sambungan Wi-Fi, sambungan
Bluetooth dan komunikasi medan dekat (NFC). IoT termasuk peranti seperti peralatan
"pintar", seperti peti sejuk dan termostat, sistem keselamatan rumah, peranti komputer,

8
seperti kamera web dan pencetak, teknologi boleh pakai, seperti Apple Watches dan
Fitbits, penghala, dan peranti pembesar suara pintar, seperti Amazon Echo dan Google
Home (Will Kenton, 2022).

2.7 KESELAMATAN

Keselamatan dapat digambarkan sebagai suatu keadaan di mana manusia,


hidupan lain dan harta benda terlindung daripada bahaya hasil daripada aktiviti-aktiviti
pekerjaan manusia. Keselamatan industri pula dapat ditafsirkan sebagai aktiviti, kerja
yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan dan mengawal kerugian akibat
daripada kemalangan. Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau
keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal,
sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-
perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga
termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu bahaya atau kejadian yang
berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi. Daripada maksud-maksud dan tafsiran yang
telah diberikan, keselamatan merupakan aspek utama yang perlu dipatuhi bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan seseorang itu terjamin. Oleh itu, keselamatan
merupakan elemen yang penting dan perlu sentiasa dititikberatkan supaya tiada
sebarang masalah yang akan berlaku. (Parida, n.d.).

2.8 FINGERPRINT LOCK

Fingerprint lock ialah alat untuk memenuhi keperluan data pantas. Sebelum
penderia cap jari ditemui, data pertama telah menggunakan kata laluan atau ID,
sesetengahnya menggunakan corak untuk keselamatan data. Dahulu, fingerprint lock
hanya digunakan pada peralatan elektronik seperti untuk keselamatan pintu dan untuk
kehadiran pekerja. Namun, dengan perkembangan zaman, kini fingerprint lock telah
digunakan untuk keselamatan data pada telefon pintar setiap pengguna. Secara
umumnya, fungsi fingerprint lock hanya satu iaitu untuk keselamatan dan sebagai
media pengesahan, sama seperti kata laluan dan corak, hanya medium pengesahan
9
yang digunakan dalam fingerprint lock adalah satu bentuk fingerprint lock manusia,
itulah yang akan digunakan sebagai medium untuk ID Kunci Utama. Cara penderia
fingerprint lock berfungsi ialah dengan merakam data fingerprint lock buat kali
pertama digunakan sebagai rujukan. Data fingerprint lock akan disimpan dalam
pangkalan data. Kemudian data fingerprint lock hasil imbasan semula akan
dipadankan dengan data fingerprint lock yang telah disimpan dalam pangkalan data.
Jika data adalah sama, maka akses akan dibuka. Manakala, jika data berbeza daripada
data dalam pangkalan data, maka capaian akan kekal tertutup (Kios, 2019).

Rajah 2.5 : Fingerprint Lock.

10
2.9 PERABOT MUDAH ALIH

Pengertian mudah alih ialah bukan sekadar boleh diangkat atau didorong agar
dapat berpindah tempat tetapi lebih dari itu, secara khusus direkabentuk agar lebih
mudah dipindahkan berbanding produk konvensional lain. Ianya menjadikan semua
elemen dalaman selesa dan membolehkan untuk pelbagai fungsi. Penyelesaian ini
membantu bukan sahaja untuk menjimatkan ruang, tetapi juga untuk menjadikan
individu merasa selesa dan eksklusif. Dengan ini, ianya cara untuk meningkatkan
ruang hidup kecil dengan cara kardinal. Tetapi boleh mengubah susun atur dan
menjadikan perumahan selesa dan pelbagai fungsi (Utusan, 2020).

Rajah 2.6 : Perabot mudah alih.

11
2.10 RUMUSAN

Leryna Kitchen Table merupakan produk yang disasarkan kepada pengguna


yang berkeluarga. Produk ini sesuai diletakkan di dapur sebagai meja dapur pada
umumnya. Reka bentuk sebagai susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan
sesuatu produk atau impak reka bentuk yang baik akan menjadikan persekitaran lebih
menarik serta kehidupan lebih mudah dan selesa.

12
BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN BAB

Dalam bab ini membincangkan metodologi yang digunakan untuk


menghasilkan Leryna Kitchen Table. Setiap data yang diperolehi perlu di analisis
untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Carta alir penghasilan Leryna Kitchen Table adalah seperti berikut ;

Rajah 3.1 : Carta alir proses penghasilan produk.

13
3.2 LAKARAN KASAR

Terdapat beberapa lakaran yang telah dihasilkan untuk pemilihan rekabentuk


bagi penghasilan Leryna Kitchen Table. Selepas memilih lakaran yang terbaik,
dimensi produk ditetapkan mengikut kesesuaian ergonomik. Lakaran ini berkonsepkan
industrial. Dalam lakaran ini, meja dan laci digabungkan berserta elemen dan eksesori
lain. Lakaran awal yang telah dihasilkan dalam merekabentuk produk sehingga
terhasilnya Leryna Kitchen Table.

Lakaran pertama ini direka oleh cik Linda binti Rusli . Produk ini direka
bentuk dengan mempunyai tempat penyusunan atau penyimpanan yang bertingkat
untuk bahan mahu pun alatan dapur. Selain itu, mempunyai meja sisi yang boleh
dilipat bagi memudahkan proses kerja di dapur.

Rajah 3.2 : Lakaran Pertama.

14
Lakaran kedua ini direka oleh cik Cysterrynna binti Majuis. Meja ini
mempunyai tempat permukaan yang luas untuk melakukan kerja pemotongan. Selain
itu, terdapat tempat penyimpanan barang terbuka pada bahagian bawah meja dan juga
meja ini dilengkapi dengan roda besi. Tujuan roda besi di letak pada bahagian bawah
meja, agar memudahkan pengguna bagi memindahkan meja itu ke suatu tempat.

Rajah 3.3 : Lakaran Kedua.

Lakaran ketiga ini direka oleh cik Nursahrinawati binti Sabrang. Meja ini
mempunyai banyak penyimpanan termasuk laci , kabinet bawah serta tempat tong
sampah. Laci tersebut untuk penyimpanan pisau dan alat tajam yang lainnya. Kabinet
bawah boleh dapat menyimpan bekas-bekas seperti tupperware. Tempat tong sampah
tersebut di buat untuk memudahkan kerja pembuangan jarak dekat. Selain daripada itu,
meja ini juga mmpunyai permukaan yang luas untuk membuat kerja-kerja pemotongan
seperti memotong sayur, memotong ikan dan daging.

15
Rajah 3.4 : Lakaran Ketiga.

Lakaran akhir ini menggabungkan idea-idea dari 3 rekaan. Hasil rekaan akhir
kami ini kami jadikan sebagai sebuah meja dapur. Meja dapur ini direka mempunyai
tempat penyimpan alatan tajam seperti pisau yang dilengkapi dengan fingerprint lock.
Tujuan fingerprint lock dilakukan agar dapat menjamin keselamatan semua pengguna.
Selain itu, pada permukaan meja boleh di tutup dan di buka sisi belakang meja untuk
kerja pemotongan. Terdapat bahagian sisi meja untuk meletakkan kain lap.
Seterusnya, mempunyai tempat pembuangan sampah pada bahagian depan meja dan
juga mempunyai tempat penyimpanan barang. Akhir sekali, produk ini dilengkapi
dengan adanya roda pada bahagian bawah meja untuk memudahkan pengguna
memindahkan meja tersebut.

16
Rajah 3.5 : Lakaran Akhir.

17
3.3 REKA BENTUK (AUTOCAD)

Setelah memilih lakaran kasar yang terbaik, lukisan tersebut dilukis


menggunakan perisian AutoCAD 2023. AutoCAD ialah singkatan bagi Automatic
Computer Aided Design untuk mendapatkan lakaran dua dan tiga dimensi. Perisian ini
akan membantu dari segi kekemasan, ketepatan ukuran dimensi, dan pelbagai.

Rajah di bawah menunjukkan tiga pandangan utama iaitu pelan pandangan


hadapan, pandangan atas dan pandangan sisi. Setiap lukisan disertakan dengan
dimensi.

Rajah 3.6 : Exploded view

18
3.3.1 Cutting list

Berdasarkan reka bentuk yang dihasilkan di dalam autocad, projek ini


dihasilkan mengikut ukuran sebenar yang telah ditetapkan didalam cutting list berikut
:

HURUF. BAHAGIAN SAIZ (CM) BILANGAN


A Pintu kiri 60 x 35 2
Pintu kanan 60 x 41
B Lantai tong sampah 38 x 40 1
C Kaki meja 11 x 10 x 5 2
D Lantai tengah meja 76 x 50 1
E Lantai meja 76 x 50 1
F Lantai tengah tempat 37.5 x 48.2 1
penyimpanan
G Meja atas 81.5 x 56 1
H Meja lipat 81.5 x 30 1
I Sisi meja kiri dan kanan 71 x 48.2 2
J Penghadang tengah 63 x 48.2 1
K Dinding belakang 76 x 71 1
L Laci depan 76 x 11.5 1
M Lantai laci 68 x 43 1
N Sisi laci kiri dan kanan 9 x 43 2
O Belakang laci 72.4 x 11.5 1
P Pemegang sisi kiri dan kanan 6.5 x 10 2
(radius 5)
Q Kayu pemegang 43.5 1
(Dowel wood ) (radius 2)

Jadual 3.1 : Cutting list produk Leryna Kitchen Table

19
Rajah 3.7 : Front ortografic view

Rajah 3.8 : Top ortografic view

20
Rajah 3.9 : Right ortografic view

Rajah 3.10 : Left ortografic view

21
3.4 PENYEDIAAN BAHAN

Dalam penghasilan produk ini, bahan-bahan yang diperlukan untuk


menghasilkan produk ini adalah seperti kayu Papan lapis, Engsel, Top Coat, Brachet
Folding, Sliding Drawer, Heavy Duty Break Wheels Trolley, Fingerprint Lock dan
Cabinet Handle. Selain itu, penggunaan paku dan gam kayu serta nail gun digunakan
bagi kerja penyambungan.

BAHAN GAMBAR BILANGAN


Blockboard 1 keping

18mm

Papan lapis 1 keping


18mm

22
Engsel 2

Cat 2 tin ( 1liter)

Paku 1 kotak

23
Skru 1 kotak

Bracket folding 2

Sliding Drawer 4

24
Heavy Duty 2
Break Wheels
Trolley

Fingerprint 1
Lock

Cabinet Handle 3

25
Gam Kayu 1

Laminate sheet 1 pcs


satvario cream

Jadual 3.2 : Jenis Bahan

26
3.4. 1 KOS BAHAN

BIL BAHAN KUANTITI HARGA HARGA


SEUNIT KESELURUHAN

1 Brachet Folding 2 Rm 11 Rm 22
2 Sliding Drawer 4 Rm 15 Rm 50
(14 inch)

3 Wheels Trolley 2 Rm 7 Rm 14

4 Fingerprint Lock 1 Rm 50 Rm 50
5 Cabinet handle 3 Rm 2 Rm 6
6 Papan lapis 1 Rm100 Rm100
(18mm)

7 Blockboard 1 Rm 125 Rm 125


( 18mm )

8 Cat 2 Rm 35 Rm 70
( 1 liter )

9 Laminated sheet 1 Rm125 Rm125


satvario

JUMLAH Rm 562

Jadual 3.3 : Senarai kos bahan.

27
3.5 PROSES PENGHASILAN LERYNA KITCHEN TABLE

3.5.1 Pengukuran Bahan

Proses pengukuran bahan merupakan pengiraan dan penandaan pada


kayu. Proses ini bertujuan untuk memudahkan proses pemotongan yang akan
dilakukan dengan menggunakan mesin Radial Arm Saw dan Table Saw agar
mendapatkan ukuran yang tepat.

Rajah 3.11 : Proses pengukuran dan penandaan papan lapis menggunakan pita
pengukur dan sesiku L.

28
3.5.2 Proses Pemotongan

Kayu papan lapis serta laminate akan dipotong melalui beberapa kaedah
menggunakan mesin pemotong yang sesuai mengikut ukuran yang ditetapkan. Proses
pemotongan papan lapis serta laminate berdasarkan penandaan yang telah dilakukan.
Pemotongan papan lapis dilakukan mengikut cutting list yang terdapat dalam setiap
komponen produk. Kerja pemotongan dilakukan dengan menggunakan Table saw dan
Radial arm saw serta untuk pemotongan laminated.

Bahan Alat/Mesin Pemotong

Kayu papan lapis dan Radial Arm Saw, Table Saw, Laminate Cutter
blockboard serta laminate

BIL MESIN PEMOTONG GAMBAR


1 Radial Arm Saw

2 Table Saw

29
3 Laminate cutter

Jadual 3.4 : Mesin Pemotong.

Rajah 3.12 : Proses pemotongan papan lapis menggunakan Table saw.

30
Rajah 3.13 : Proses pemotongan papan lapis menggunakan Radial arm saw.

Rajah 3.14 : Proses pemotongan laminate menggunakan Table saw.

31
Rajah 3.15 : Proses pemotongan tepi laminate menggunakan laminate cutter.

3.5.3 Kerja Pemasangan

Kerja pemasangan bagi setiap bahagian atau komponen produk ialah dengan
menggunakan paku, skru dan gam agar lebih kukuh dan kemas. Alatan yang
digunakan ialah tukul, drill, nail gun, sander machine dan berus.

32
Rajah 3.16 : Proses pemasangan komponen produk menggunakan gam
kayu.

Rajah 3.17 : Proses pemasangan komponen produk menggunakan nail


gun.

33
Rajah 3.18 : Mengilap permukaan top meja yang telah di laminate

Rajah 3.19 : Proses pemasangan bracket folding menggunakan drill driver.

34
3.5.4 Kerja Kemasiapan

Untuk kemasiapan produk ini, laminate digunakan pada bahagian top produk
bagi mengelakkan daripada terkena air, debu dan tahan lama. Manakala cat minyak
yang berwarna pearl white digunakan pada keseluruhan bahagian kerangka agar
kelihatan lebih menarik dan juga dapat melindungi permukaan kayu serta ianya cepat
meresap dan kering semasa proses penggunaan dilakukan.

Rajah 3.20 : Permukaan papan lapis dihaluskan menggunakan kertas pasir.

35
Rajah 3.21 : Permukaan papan lapis dibersihkan menggunakan fabrik.

Rajah 3.22 : Tepi papan lapis yang telah di laminate dihaluskan menggunakan kertas
pasir.

36
Rajah 3.23 : Proses permukaan papan lapis dihaluskan menggunakan sander.

Rajah 3.24 : Proses permukaan papan lapis di cat menggunakan cat warna
pearl white.

37
3.6 RUMUSAN

Peringkat penghasilan produk ini mengikut carta alir yang telah ditetapkan.
Melalui proses lakaran, mereka bentuk, penyediaan bahan, mengukur bahan, kerja
pemotongan, kerja pemasangan, proses kemasiapan dan akhir sekali produk siap.
Terdapat 3 jenis lakaran secara kasar yang telah dihasilkan dalam pemilihan
rekabentuk bagi menghasilkan kitchen table. Lukisan tersebut dilukis menggunakan
perisian AutoCAD 2023.

38
BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan mengenai penambahbaikan kitchen table yang


terdapat di pasaran. Leryna Kitchen Table ini merupakan produk yang direka khas
bagi mewujudkan suatu kelainan dengan produk yang sedia ada di pasaran. Antara
utama fungsi yang terdapat pada Leryna Kitchen Table yang membuatkan ianya
berbeza dengan kitchen table lain adalah fingerprint lock yang bertujuan untuk
menitikberatkan isu keselamatan terutamanya bagi kanak-kanak semasa berada di
dapur. Selain itu, Leryna Kitchen Table juga dihadirkan dengan fungsi mudah untuk
dialihkan bagi para pengguna kerana ianya dilengkapi dengan roda untuk
memudahkan proses pergerakan, pengalihan dan pembersihan produk.

4.2 REKA BENTUK

Direkabentuk dengan mengikut saiz piawaian meja dapur untuk mencapai


matlamat 39ystem39r39 dengan mencipta ruang yang berfungsi, selesa dan selamat
untuk menyelesaikan dan melaksanakan tugas tertentu dengan cekap. Produk
dihasilkan daripada blockboard untuk bahagian top dan keseluruhan kerangka serta
laminate digunakan untuk kemasan bahagian top produk bagi mengelakkan daripada
terkena air, debu dan tahan lama. Dilengkapi dengan akses keselamatan (Internet of
Things IOT) iaitu fingerprint lock untuk menitikberatkan isu keselamatan terutamanya
bagi kanak-kanak semasa berada di dapur dan roda untuk memudahkan proses
pergerakan, pengalihan dan pembersihan produk. Terdapat 3 jenis lakaran secara kasar
yang telah dihasilkan dalam pemilihan rekabentuk bagi menghasilkan kitchen table.
Lakaran secara kasar ini menggunakan imaginasi dan idea yang telah dikenalpasti

39
semasa tinjauan dilakukan. Berfungsi sebagai tempat penyimpanan tambahan,
memberikan keluasan di dapur dan membuat dapur lebih menarik.

4.2.1 3D MODEL DAN AUTOCAD DESIGN

Rajah 4.1 di bawah merupakan 3D model Leryna Kitchen Table Proses


mereka bentuk dilakukan dengan menggunakan AutoCAD (Automatic Computer
Aided Design) 2023. Tujuan am dalam merekabentuk serta melakar dengan
berbantukan 40ystem40r dalam pembentukan model serta lakaran dua dan tiga
dimensi atau lebih dikenali sebagai “Computer-aided drafting and design program”
(CAD). Sistem perisian lukisan terbantu 40ystem40r ini akan membekalkan
kemudahan dalam penghasilan model yang tepat untuk memenuhi keperluan piawaian
di samping segala informasi di dalam lakaran boleh digunakan dalam bentuk laporan.
Dengan bantuan 40ystem ini dapat menghasilkan sesuatu kerja pada tahap kecekapan
dan yang tinggi ketepatan di samping menjimatkan masa dengan hanya perlu
mengikut beberapa arahan yang mudah.

Rajah 4.1 : Front Rendered View

40
Rajah 4.2 : Left Rendered View

Rajah 4.3: Random Rendered View

41
Rajah 4.4 : Random Rendered View

4.3 PENGHASILAN LERYNA KITCHEN TABLE

Penghasilan Leryna Kitchen Table dilaksnakan di bengkel permesinan kayu


Politeknik Kota Kinabalu dan Jong Furniture and Steelwork, Kiulu.

42
Rajah 4.5 : Pandangan hadapan Leryna Kitchen Table jika tertutup

Rajah 4.6 : Pandangan hadapan Leryna Kitchen Table

43
Rajah 4.7 : Pandangan atas Leryna Kitchen Table

Rajah 4.8: Pandangan sisi Leryna Kitchen Table

44
BIL. KELEMAHAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Menggunakan tayar trolley yang lebih besar


Berat produk pada bahagian bawah

2. Menambah ketinggian meja dapur mengikut


Ketinggian produk saiz standart meja dapur

3. Menggunakan kemasiapan yang sesuai untuk


Kemasiapan produk papan lapis agar menghasilkan tekstur yang
lebih halus

Jadual 4.1 : Kelemahan dan penambahbaikan bagi produk Leryna Kitchen Table

4.4 RUMUSAN

Leryna Kitchen Table ini merupakan produk yang direka khas bagi
mewujudkan suatu kelainan dengan produk yang sedia ada di pasaran, dengan konsep
keselamatan yang dipasang pada laci meja iaitu fingerprint lock. Direka bentuk
dengan mengikut saiz piawaian meja dapur untuk mencapai matlamat ergonomik
dengan mencipta ruang yang berfungsi, selesa dan selamat untuk menyelesaikan dan
melaksanakan tugas tertentu dengan cekap.

45
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Perbincangan dibuat bertujuan untuk mengemukakan soalan yang berkaitan


dengan projek sepanjang penghasilan projek. Hal ini bagi memastikan semua kaedah
kerja dapat dijalankan dan dilaporkan dalam buku laporan serta projek yang telah siap
beroperasi sepenuhnya. Perbincangan ini turut dijalankan semasa ke semasa bagi
memastikan objektif tercapai sepenuhnya. Tanpa perancangan yang betul,
berkemungkinan hasil kerja yang terhasil adalah ditahap yang sederhana dan kurang
memuaskan. Setelah perbincangan dan kajian dilakukan, maka terhasil sebuah projek
iaitu Leryna Kitchen Table. Proses dalam mereka bentuk projek ini merangkumi
beberapa peringkat. Antara perkara dan isu yang perlu dibincangkan adalah dari segi
modal, kualiti projek, kaji selidik terhadap penggunaan dan cara yang berkesan bagi
melaksanakan pembuatannya. Selain itu, tugas harian diatur untuk dilakukan setiap
bulan bagi memastikan penghasilan projek berjalan dengan lancar.

5.2 PERBINCANGAN

Projek Leryna Kitchen Table ini telah berjaya mencapai objektif. Tujuan
projek ini dilakukan adalah untuk membantu menjaga keselamatan pengguna
terutamanya pada kanak-kanak bawah umur. Dari segi kos, projek ini bernilai
RM562.00 . Dari segi kualiti dan mutu, projek ini mencapai tahap yang memuaskan
kerana pembuatannya daripada kayu blockboard dan dilapisi dengan laminate pada
permukaan atas dan badan projek telah dicat menggunakan cat minyak.

46
Semasa proses pembuatan projek Leryna Kitchen Table ini, terdapat beberapa
isu dan permasalahan yang dihadapi iaitu permukaan yang dicat menggunakan cat
minyak bergelembung dan permukaan terlihat tidak halus . Bagi menangani masalah
ini, kami menggunakan sander untuk menghaluskan permukaan dan meratakan
gelembung yang ada pada badan projek serta mencat kembali sebanyak 3 lapis.

5.3 KESIMPULAN

Kesimpulannya sepanjang penghasilan produk ini, bermula dengan lakaran


kasar iaitu pengumpulan idea-idea dari setiap ahli kumpulan dan pemilihan reka
bentuk produk. Seterusnya mereka bentuk produk dengan menggunakan aplikasi
AutoCad. Diikuti dengan penyediaan bahan, mengukur bahan, kerja pemotongan,
kerja pemasangan dan kerja kemasiapan sehingga terhasilnya Leryna Kitchen Table.
Kelemahan bagi produk ini ialah reka bentuk, ianya suatu reka bentuk yang biasa
terlihat dan terdapat di pasaran. Selain itu juga, berat produk. Manakala kelebihan
bagi produk ini ialah fingerprint lock yang bertujuan untuk menitikberatkan isu
keselamatan terutamanya bagi kanak-kanak semasa berada di dapur. Selain itu juga,
roda untuk memudahkan proses pergerakan, pengahlian dan pembersihan produk. Ini
jelas menunjukkan penghasilan bagi produk ini telah mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Begitu juga dengan penyata masalah yang komponen utama dalam
penghasilan produk ini, iaitu keselamatan merupakan konsep utama bagi produk ini
iaitu Leryna Kitchen Table. Produk ini telah diubahsuai dengan menambahkan
konsep Internet Of Things ( IOT) iaitu fingerprint lock. Dengan adanya keselamatan
pada laci meja ia dapat melindungi pengguna seperti kanak-kanak agar kurang
terdedah kepada alatan yang tajam seperti pisau. Projek sebegini sememangnya
memerlukan jangka masa yang lama untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Dengan adanya kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli pasukan yang dibimbing
oleh penyelia projek, projek ini dapat disiapkan dengan jayanya. Secara
keseluruhannya, projek ini telah memenuhi kriteria atau objektif projek kerana dapat
mereka bentuk Leryna Kitchen Table menggunakan aplikasi AutoCad dan
menghasilkan Leryna Kitchen Table.

47
5.4 CADANGAN

Dengan adanya projek ini di pasaran, diharapkan produk Leryna Kitchen Table
dapat memenuhi dan dapat memuaskan hati para pengguna kerana Leryna Kitchen
Table mempunyai aspek keselamatan. Oleh sebab itu, diharapkan projek ini akan
diperluaskan lagi. Sehubungan dengan itu, dengan terciptanya inovasi ini dapat
menarik lebih banyak minat dan sesiapa yang ingin mencipta produk mengikut
kreativiti sendiri. Inovasi ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan kita bahkan
dapat meringankan beban. Dengan ini, ianya bukan sahaja dapat membantu pengguna
bahkan dapat mengelakkan diri daripada sebarang kecederaan. Diharapakan pada
masa akan datang projek tersebut dapat memberi manfaat kepada masyarakat
setempat.

48
RUJUKAN

Amelia Riskita. (2022). Jenis-Jenis Meja Dapur. Retrieved From


https://Www.Orami.Co.Id/Magazine/Meja-Dapur. On the 2nd May, 2022.

Kios. (2019). Pengertian Fingerprint Beserta Fungsi Dan Cara Kerjanya. Retrieved
From https://Www.Kiosbarcode.Com/Blog/Pengertian-Fingerprint-Dan-
Fungsinya/. On the 15th February, 2022.

Lindsay Stevens. (2020). What Is Laminated Wood Used For. Retrieved From
https://Www.Quora.Com/What-Is-Laminated-Wood-Used-For. On the 16th
February, 2022.

Will Kenton. (2022). What Is the Internet of Things (IOT)? How It Works and
Benefits. Retrieved From https://www.investopedia.com/terms/i/internet-
things.asp On the 15th February, 2022.

Mira Auni. (2014). Apa Itu Asas Rekabentuk Produk. Retrieved From
https://Www.Academia.Edu/32640622/Apa_Itu_Asas_Rekabentuk_Produk

Paridah, N.D. (2021). Penerangan Dan Maksud Keselamatan. Retrieved From


https://Www.Scribd.Com/Document/406770526/Penerangan-Dan-Maksud-
Keselamatan-Docx. On the 15th February, 2022.

Pinhome. (n.d). Apa Itu Plywood? - Pinhome. Retrieved From

https://www.pinhome.id/kamus-istilah-properti/plywood/.On the 23th


March,2023.

49
Team McCoy Mart. (2022). What is Block Board - It’s Types and Uses.

Retrieved From https://mccoymart.com/post/what-is-block-board-its-types-


and-uses/. On the 23th March, 2023.

Utusan. (2020). Meja Portable Pengertian Jenis Sampai Cara Cara Membuatnya.
Retrieved From https://Www.Lemkayu.Net/Meja-Portable-Pengertian-Jenis-
Sampai-Cara-Membuatnya-. On the 2nd May, 2022.

Utusan Sarawak. (2020). Perabot Boleh Ubah Untuk Ruang Kecil. Retrieved From
https://Www.Utusansarawak.Com.My/?P=2720. On the 2nd May, 2022.

50
LAMPIRAN

i. CARTA GANTT

PERKARA PROJEK AKHIR SESI II 2022/2023


JAN FEB MAR APR MAY
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Penyediaan
bahan
produk
Pengukuran
dan
pemotongan
produk
Pemasangan
produk
Kemasiapan
produk
Produk
akhir keluar
Pengujian
produk

51
i. KOS PROJEK

BIL BAHAN KUANTITI HARGA HARGA


SEUNIT KESELURUHAN

1 Brachet Folding 2 Rm 11 Rm 22
2 Sliding Drawer 4 Rm 15 Rm 50
(14 inch)

3 Wheels Trolley 2 Rm 7 Rm 14

4 Fingerprint Lock 1 Rm 50 Rm 50
5 Cabinet handle 3 Rm 2 Rm 6
6 Papan lapis 1 Rm100 Rm100
(18mm)

7 Blockboard 1 Rm 125 Rm 125


( 18mm )

8 Cat 2 Rm 35 Rm 70
( 1 liter )

9 Laminated sheet 1 Rm125 Rm125


satvario

JUMLAH Rm 562

Jadual 6.1: Jadual kos perbelanjaan

52
ii. SPESIKASI SENARAI BAHAN DAN PERALATAN

Power Tools

a. Table Saw – Untuk memotong papan yang bersaiz besar.


b. Radial Arm Saw – Untuk memotong bahagian-bahagian papan yang
bersaiz kecil.
c. Laminate Cutter – Untuk memotong lebihan laminate.

iii. CARTA ALIR

Rajah 6.1: Carta alir proses penghasilan produk

53

Anda mungkin juga menyukai