Anda di halaman 1dari 2

3 TIPS DALAM MENDEPANI MUSIBAH

1. UCAPKAN ‫ِإ َّنا ِل ّٰل ِه َو ِإ َّنٓا ِإ َل ْي ِه رٰ ج ُِع ْو َن‬


Firman Allah SWT:

‫َا َّل ِذ ْي َن ِإ َذٓا َأ َصا َب ْت ُه ْم ُّم ِص ْي َب ٌة ۗ َقا ُل ْٓوا ِإ َّنا ِل ّٰل ِه َو ِإ َّنٓا ِإ َل ْي ِه رٰ ج ُِع ْو َن‬
Maksudnya: Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi
wa inna ilaihi raji‘un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali).
(Surah al-Baqarah 2: 156)

Apabila sesuatu musibah itu terasa amat berat untuk ditanggung, kadang kita hilang
pertimbangan sehingga ada yang menyalahkan takdir serta mempersoalkan qada’ dan
qadar. Maka ucapkanlah kalimah Tarji’ ini supaya kita sedar bahawa segalanya datang
daripada Allah dan akan kembali juga kepada Allah.

2. BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH SWT


Sahabat, lihatlah musibah dengan pandangan hikmah, agar kita nampak keindahan ujian
dalam menyedarkan kita akan hakikat abdi (hamba) kepada Ilahi. InsyaAllah, hati akan
lebih lapang dan tenang.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman di
dalam sebuah hadis Qudsi:

‫َأ َنا ِع ْن َد َظ ِّن َع ْب ِدي ِبي ِإ ْن َظ َّن ِبي خَ ْي ًرا َف َل ُه َو ِإ ْن َظ َّن َش ًّرا َف َل ُه‬
Maksudnya: Sesungguhnya Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Jika dia
bersangka baik, maka dia akan mendapat kebaikan dan jika dia bersangka buruk, maka dia
akan mendapat keburukan.
(HR Ahmad, hadis sahih)
3. MUHASABAH DAN PERBAIKI DIRI
Boleh jadi sesuatu musibah itu hadir disebabkan dosa maksiat yang kita pernah lakukan
sama ada secara terbuka atau tersembunyi. Oleh itu, muhasabah ini sangat baik dalam
membantu kita perbaiki diri menjadi lebih baik di masa akan datang, InsyaAllah.
Firman Allah SWT:

‫ٰٓي َا ُّي َها ا َّل ِذ ْي َن ٰا َم ُنوا ا َّتقُ وا ال ّٰل َه َو ْل َت ْن ُظ ْر َن ْف ٌس َّما َق َّد َم ْت ِل َغ ۚ ٍد َوا َّتقُ وا ال ّٰل َه ۗ ِا َّن ال ّٰل َه خَ ِب ْي ٌر ۢ ِب َما َت ْع َم ُل ْو َن‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah
setiap orang perhatikan apa yang telah dibuatnya untuk hari esok (akhirat), dan
bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Hasyr 59: 18)
Antara doa yang boleh kita amalkan ketika ditimpa musibah ialah:

‫ال َّل ُه َّم ْأ ُج ْر ِني ِفي ُم ِصي َب ِتي َوَأ ْخ ِل ْف ِلي خَ ْي ًرا ِم ْن َها‬
Maksudnya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya
Allah, berilah kami pahala kerana musibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik
daripadanya.
(HR Muslim, hadis sahih)

‫ َو َش َما َت ِة اَأل ْع َد ِاء‬،‫وء القَ َض ِاء‬ َّ ‫ َو َد َر ِك‬،‫ال َّل ُه َّم ِإ ِّني َأ ُع ْوذُ ِب َك ِم ْن َج ْه ِد ال َبال َِء‬
ِ ‫ َو ُس‬،‫الشقَ ِاء‬
Maksudnya: Wahai Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada ujian yang berat, hinanya
kesengsaraan, buruknya takdir dan kegembiraan para musuh (atas bala, ujian dan
kesengsaraan yang menimpa).
(HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)

Anda mungkin juga menyukai