Anda di halaman 1dari 2

3.1.

3 KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN

Pengiklanan
- Didefinisikan sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi dan
ditujukan kepada kumpulan sasaran.

Tujuan pengiklanan
- Untuk mempromosi dan memperkenalkan produk atau perkhidamatan.
- Meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk, perkhidmatan ataupun idea oleh
penaja yang tertentu.

3.1.3. KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN

a) Matlamat produk
- Produk yang diiklankan memfokuskan hanya kepada matlamat produk tersebut.
- Contoh, iklan polident dihasilkan dengan matlamat membantu pengguna gigi palsu mengekalkan
kebersihangigi masing-masing setelah digunakan.

b) Penyampaian Fakta
• Menyampaikan fakta secara tepat kepada pengguna.
• Teknik ini biasanya untuk produk yang memerlukan bantuan teknikal dari segi penggunaan dan
pengendalian produk.

Contoh :-
Iklan-iklan Smart shop
menyiarkan fakta dan cara
penggunaan barangannya.

c) Demonstrasi
• Menunjukkan ciri-ciri tertentu sesuatu produk.
• Demontrasi ini boleh ditunjukkan dalam dua keadaan iaitu:-
i) Keadaan sebenar - menunjukkan kefungsian sebenar produk.
Contoh :- Lampin pakai buang dicurahkan dengan air pada kuantiti tertentu. Selepas itu, sebiji gelas
diambil dan digolekkan pada permukaan lampin tersebut untuk membuktikan kadar serapan air yang
baik pada produk tersebut.

ii) Keadaan simulasi - Membuat demonstrasi dalam keadaan seolah - olah berada dalam situasi
sebenar.
Contohnya, iklan kemalangan jalan raya menggunakan patung bagi menggantikan manusia untuk
menunjukkan impak yang diterima oleh tubuh manusia yang terlibat dalam kemalangan sekiranya
tidak menggunakan tali pinggang keselamatan semasa memandu.

d) Perbandingan Keluaran
1 Membuat perbandingan antara produk yang ingin dipasarkan dengan produk pesaing.
2 Contoh :- Iklan lampin pakai buang.

e) Kiasan / Ibarat
1 Mengambil contoh lain yang lebih kreatif untuk menunjukkan kesan yang dialami oleh pengguna
apabila menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
2 Contohnya, iklan oleh syarikat Shell yang mempamerkan pengalaman pemanduan kereta biasa sama
seperti kereta Ferrari F1 setelah menggunakan petrol terbaharu keluarannya.

f) Kenyataan Merangsang
1 Iklan dimulakan dengan soalan yang merangsang pemikiran pengguna. Kaedah ini biasanya
digunakan pada iklan media cetak.
2 Contoh :- Tajuk-tajuk akhbar biasanya akan memaparkan tajuk-tajuk sensasi yang akan menarik
perhatian pengguna untuk mengetahui dengan lebih lanjut isi kandungannya.

g) Gambar Pegun
1 Produk / sesuatu keluaran akan menjadi fokus atau tumpuan dalam sesuatu iklan terutamanya
untuk iklan media cetak.
2 Contohnya, memfokuskan hanya kepada bahagian dalaman kereta untuk menunjukkan kelebihan
terhadap sesebuah kereta keluaran terbaharu.

Anda mungkin juga menyukai