Anda di halaman 1dari 52

Sketsa Dunia Hiking Sdkn

(Part 1)

P mana tu B

Haiking bah..

Aii sejak bila plak kamu join haiking ni?

Baru terjoin jer syiok pula layan view dan moment kat ioi peak .. lepas tu sambung yg dekat sundang.

Wau banyak tempat dah kamu naik ni.

Nda bah .. mau try yg agak jauh sikit jalannya.

Kalu gitu p jak sepilok sana..

Mana tu? RDC kah

Bukanlah..Hutan Kabili terus p Sepilok Laut Reception Center (SLRC). masuk dulu RDC bayr MYR12.00
sorang .. p balik jungle trekking dlm 20km jak .. anggaran masa masuk dalm 3 jam dan 3 jam keluar.. kalu
santai jalan jak..

Ye ker mau try ni..

Tapi kalu mau yg free pun banyak tempat cuma mesti mau tau jalan/ trail di situ macam sundang p mt
walker/ lmd p mt walker/ hutan leila xtrail/ kebun cina p mt walker..
mau makan masa yg lama 5-6 jam baru habis ikut trail/ jungle trekking tu.

Nais info B. mau try tu tapi sapa yg mo bawa jadi guide ..

Ramai ba atur jak dgn Dini Segara Zico dewa 19/ Pendaki Kental danny/ eoy/ Roy Tayo / mashi
Muhamad Samsiah / ejat tokey belacan Muhd Hijrat Welhelmus / ajak / Simah BLur'z / Elfiqhrey
Norlansya / nizam Nizam Ahmad ... ramai lagi tu.

Nda kenal durang B..

Joinlah grup sandakan hikers ..


https://chat.whatsapp.com/L6xYSD3h05A9H0zRHnJKbd
ramai yg boleh jadi guide.. jgn masuk sendiri2 atau trep jago tapi sesat di dalam tu. ramai yg sesat dan
minta bantuan bomba..

Ya kah sesat di mana tu?

Nanti story .. ada job ni. kbai

...... bersambung ke part 2 (LOST)

1
Sketsa Dunia Hiking
(Part 2 LOST)

B ada mau tanya ni?

pa tu?

kemarin kamu bilang ada yg sesat masa durang hiking di bukit/ hutan d Sandakan .. betul kah tu B?

hmm . betul bah tanya tu abam bomba durang yg rescue malam2 ada yg sampai pagi baru kejumpaan.

camne boleh sesat B?

manalah sa tau. mau tanya org yg sesatlah camne boleh tersesat dlm hutan ...

ala citer lah B .. mana tau boleh jadi panduan masa haiking nanti utk elak sesat..

yelah nais jugak tu. ko buka nota hikers sandakan tu ada panduan ringkas dan kronologi kejadian sesat
yg berlaku di Sdkn..

mana tu B?

atas meja study la buku warna hitam ada logo Sdkn Hikers.. jumpa kah?
pelan2 kamu baca ya. MEMBACA AMALAN MULIA

__________
Sesat/ Lost

Definisi
Hilang arah / tak jumpa trail /route jungle trekking jalan yg sepatutnya diambil utk masuk dan keluar
kembali dgn selamat

Punca
1. Keliru dgn simpang/ cabang yg banyak di trail lokasi haiking.
2. Tiada signboard/ tanda arah trail/ route jungle trekking
3. Tersalah masuk cabang/ route trail
4. Perubahan cuaca terutama siang mau masuk malam (remang2 senja) cuaca gelap mendung/
hari hujan dll
5. Tidak tahu jalan/ trail/ route jungle trekking main radu atau langgar masuk je.

Solusi
1. Duduk diam dan tenangkan fikiran ingat balik laluan trail yg telah dilalui.
2. Patah balik ikut jalan masuk.
3. Perhatikan persekitaran mana tau ada tanda di pokok/ signboard atau sawar2 (pita merah
putih) / ikatan riben dll

2
4. Jika ada talian komunikasi hubungi pihak bomba/ kengkawan yg di luar utk minta bantuan
diambil keluar. (share location utk memudahkan team sar search & rescue bagi bantuan)
5. Jangan bergerak/ berpindah2 tempat tunggu sehingga bantuan sampai.

Peristiwa benar yg telah berlaku di Sdkn


lokasi yg selalu mendapat laporan sesat di Sdkn ialah
 Hutan Leila (ada kes kematian)
 Kebun Cina (Sandakan Rainforest Park) - paling banyak sesat terutama yg masuk hutan.
 Bukit Seguntor (IOI Peak)
 Bukit Mawar
 Bukit Sundang
 Mt Walker

Kajian ringkas yg dibuat :


1. Biasanya peserta /pengunjung masuk waktu petang dan suasana gelap menyebabkan sukar
melihat trail/ route jungle trekking.
2. Selain itu mereka pertama kali masuk dan terus mencuba jungle trekking atau pernah masuk
tapi kurang yakin dgn pilihan trail/route yg diambil.
3. Tanpa membawa lampu suluh/ headlamp hanya berbekalkan hp sahaja.
4. Nasib baik boleh menelefon org tersayang dan pihak bomba minta bantuan.

Akhir kata
 Ikutlah SOP jika mau masuk hutan
 Pastikan ada persiapan lengkap kerana tragedi adalah perkara yg akan berlaku tanpa kita sangka
dan diduga

Terima kasih pihak bomba dan para outdoorian hikers yg sanggup bantu dan luangkan masa utk misi
menyelamat dan membawa keluar mangsa sesat di dalam hutan di Sdkn.
_______________

ooo begitu ceritanya B. moga aktiviti haiking ni berkembang maju d Sdkn dan mereka mau tambah ilmu
dan kemahiran utk beraktiviti terutama haiking ni kan .. bukan main redah masuk ja tanpa persediaan
dan juga kelengkapan asas. sudahlah trail dlm hutan pun belum mahir dan hafal. boleh menyusahkan
org lain terutama abam bomba kan.

nda pa kita fikirkan yg positif jak dan sedia bantu durang utk masuk hutan dan layan bukit di Sdkn. kita
mesti berkawan dgn durang sambil kongsi cerita dan idea utk kembangkan lagi aktiviti haiking ni.

penat membaca B. yuk kita pekena lamb chop 69 grill tempat c rahimah lama tak p sana kan.

jomlah lapar nih..


esok sambung story lagi dunia hiking.

... sambung lagi.

3
Sketsa Dunia Hiking Sdkn

Part 3 (SOP Hiking)

salam B! ada mana ?

kat umahlah. napa ?

jom breakfirst ..

kat ner?

hmmm . Kepci bandar pasaraya mau makan nasik atuk ..

orite jumpa sana...

..... wau sedap jugak ni kan nasik atuk. mengidam kemarin dulu bilang yg cashier teda nasik lemak. heran
juga rupanya salah mention nasik atuk .. hmmm atukoi.

apa story pagi ni B?

apa kamu mau tahu. tanya jak. kan org dulu2 bilang "malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh hanyut"

anu bah ... SOP tu apa ya???

tu je ker?

jawablah dulu .. tabak dgn tulang ayam kepci baru tau.

aikkk marahhh ka?

mana ada .. geram je.

SOP = standard operational procedure.. ikut peraturan yg telah ditetapkan.. memangkan kita masih lagi
PKPB sampai 31 Disember 2020 kenalah ikut SOP yg terkini.. kalu aktiviti rekreasi riadah tak lebih 25 org
penyertaan dalam satu masa dan ikut SOP KKM iaitu ada penjarakan fizikal, tiada berkumpul beramai2,
tiada sentuhan fizikal, sentiasa gunakan hand sanitizer, pelitup muka kalu tidak beraktiviti, periksa suhu
dan juga check in tempat riadah tu kalu ada MySejahtera.

ini sa tau .. yg SOP haiking lah..

jap check dulu dlm note .. nanti share baca sama2 dan patuh..

lama juga mencarik note B.. terdelate kut.

dah jumpa .. baca tu. dah share personal..

4
_________________
Sekadar perkongsian

SOP HIKING

1. Pakaian dan kasut yg sesuai serta rain coat/payung (kan musim hujan)
2. Air mineral secukupnya dan makanan ringan bertenaga spt coklat, candy, keropok dsb.
3. Kit perubatan peribadi (ORS/ spray cramped dll)
4. Lampu suluh (head lamp/LED light)
5. Ada peralatan taktikal spt radio/ walkie talkie/pisau/ parang/ tali paracod/ wisel dsb
6. Patuh arahan ketua.
7. Memastikan bilangan ahli yg hiking cukup sepanjang masa.
8. Jgn bergerak terlalu laju sehingga ada ahli yg tertinggal.
9. Maklumkan ketua jika ada yg tercedera atau tertinggal di belakang.
10. Buat regangan urat dan otot sebelum dan selepas mulakan aktiviti
11. Dilarang mengambil/ memungut/ merosakkan/ mematahkan daun/ pokok/ batu dsb.
12. Sentiasa berhati-hati semasa pergerakan kumpulan dan jaga keselamatan diri.
13. Bagi yg bawah umur 18 tahun MESTI dapat kebenaran daripada ibu bapa/ penjaga utk join
aktiviti.

KESELAMATAN ADALAH KEUTAMAAN


HIKERS ADALAH BERSAUDARA

Sekian.
Terima kasih kerana memberikan kerjasama untuk kelancaran program dan aktiviti.

__________

dapat kah??

ya.. tapi panjang amat SOP nya tu. nantilah membaca B. jom kite naik kejap d IOI Peak .. lama tak p sana
kan.

jomlah.. santai jak . nda mau tapau kah kepci ni?

boleh juga .. stay lama kan di atas nanti. di pondok payung tu. bawak hammock juga B.

orite.

... bersambung episod akan datang.

5
Sketsa Dunia Hiking Sdkn

Part 4 (Petua Masuk Hutan siri 1)

B napa ada hiker/ runner simpan daun dalam poket seluar / ada yg lekat di topi/ selit celah telinga
durang..

petua org dulu2 dipakai tu utk elak sesat dan jumpa jalan masuk dan keluar dgn selamat...
banyak lagi tu antaranya mesti ada bawa besi - parang / pisau lah.
yg penting ada hormat trail dan hutan serta penghuninya tak kiralah yg nampak dgn mata seperti flora
dan fauna atau yg tak nampak spt makhluk halus jin/ syaitan dll.
tapi bagi org Islam ada cara tersendiri utk masuk hutan tu.
try baca artikel kat bawah ni..

Doa Masuk Hutan

1. Dimulakan dengan surah Al-Fatihah serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW sebelum
masuk hutan:
‫الحمد هلل رب العالمين الحمن الرحيم مالك يوم الدين‬..

2. Selepas itu diikuti dengan bacaan Ayat ini:


ِ ‫اىء فِي األ ا ْر‬
َّ ‫ض اول ا فِي ال‬
‫س اماءِ اوه اُو السَّمِ ْي ُع الع ا ِل ْي ُم‬ ْ ‫للا ال ِ ِّذي لا ياضُر ام اع اسْمِ ِه ش‬
ِ ‫بِس ِْم‬
bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi)
bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

3. Baca ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 langkah dan
dibacakan pada setiap langkah :

‫لى نُ ْوح فِي العاالامِ يْنا‬


‫ع ا‬‫سالام ا‬
‫ا‬
salamun ‘ala nuhin fil ‘alamiin
“sejahtera ke atas Nabi Nuh di seluruh alam”
(untuk menghindarkan binatang buas dan berbisa, dengan izin Allah SWT)

‫سلا ْي امانا فِى ْالعاالامِ ْي ان‬


ُ ‫علاى‬
‫س االم ا‬
‫ا‬
salamun 'ala sulaimana fil 'alamiin
"sejahtera ke atas Nabi Sulaiman di seluruh alam"
(untuk menghindarkan gangguan jin, dengan izin Allah SWT)

kemudian diakhiri dengan:


‫ِإنَّكا احمِ يْد ام ِجيْد‬
innaka hamiidun majiid
"sesungguhnya Engkau (Allah SWT) Maha Terpuji lagi Maha Mulia"

__

banyak info dapat B. tqvm.

6
esok kita sambung yg pantang larang kalu masuk hutan tu. banyak tu mau ingat.

yelah. B sape kawan yg pandai bikin cendol tu.. ala yg kita haiking malam tu kalu tak silap di Hutan Leila..
dia bawak cendol hand made. kepingin plak makan cendol ..

oo si anu bah ni cip sharul sibuk diye keje tu .. mau set masa utk sama2 makan cendolnya. tak gitu rose
founder permata hikers.

... sambung esoklah lagi

7
Sketsa Dunia Hiking Sdkn

Part 5 (Petua Masuk Hutan siri 2)

Terima kasih B banyak kongsi petua dan panduan menjadi hiker yg berilmu pengetahuan dan ada
kemahiran.

Cari dan berkawan dgn org yg pandai dan banyak pengalaman ikut durang .. kadang2 kita dapat belajar
sesuatu dengan melihat apa yg org lain buat. macam kemarin dulu kan ada tanya kenapa selit daun
celah topi atau dilipat dan simpan dlm poket seluar. kita tanyalah durang apa tujuannya buat gitu .. dari
jawapan duranglah kita dapat belajar banyak ilmu.

Perghhh mantap B. memang otai lah kan .

Belum lagi sampai tahap tu, banyak lagi mau belajr.. nah baca ni artikel pasal pantang larang dlm hutan,
jadikan panduan jer. kita doa drp AlLah dijauhkan bala dan ujian yg dahsyat masa kita dlm hutan atau
mendaki bukit/ gunung dan merentasi anak sungai / air terjun dll.

MEMBACA AMALAN MULIA

PANTANG LARANG KETIKA DI DALAM HUTAN

1. PERCAKAPAN & TINGKAH LAKU

Ini merupakan perkara paling basic apabila kita hendak masuk ke hutan. Umpama masuk kerumah orang
kenalah dijaga tingkah laku, kalau di rumah, jika buruk tingkahlaku, biadap tuturcara nya, mungkin
dihalau oleh tuan rumah. Bezanya di hutan, mungkin situasi tersesat, disorok bunian akan berlaku.
Apabila di hutan, kurangkan bercakap kerana takut kita berkata atau melakukan sesuatu yang tidak
betul tanpa kita sedar. Kita harus sedar setiap langkah gerak geri kita diperhatikan, cuma kita tidak
nampak.

2. TELUR & DAGING

Selalunya apabila berkhemah di dalam hutan, dua benda ini jarang dibawa kerana pada dasarnya ia
adalah makanan makhluk bunian. Pernah terjadi sekumpulan pendaki yang mendaki membawa sepapan
telur untuk digoreng apabila tiba di atas puncak. Pabila malam untuk sesi makan malam, mereka
terkejut kerana semua telur yang masih elok, apabila dipecahkan didapati isinya kosong. Kata orang asli,
ia umpama "cukai" yang dikenakan.

Daging pula merupakan penarik untuk haiwan-haiwan datang kerana baunya yang kuat, lagi-lagi apabila
dipanggang. Kalau hendak dibawa juga tiada masalah tetapi risikonya ditanggung sendiri.

8
3. RUMPUT MATI & KAWASAN LAPANG

Apabila melalui sesuatu kawasan, haruslah kita peka dengan keadaan sekeliling. Jika kita melalui sesuatu
kawasan yang menghijau rumputnya tetapi terdapat sekelompok kawasan yang rumputnya sudah mati,
elakkan melalui kawasan tersebut. Kebiasaannya, kawasan tersebut merupakan tempat untuk orang asli
membuang bisa. Bisa hutan ini bermacam, tidak kira yang nampak atau tidak nampak.

Jika kita melalui kawasan lapang pula yang seakan dibersihkan, jangan melalui kawasan tersebut
ataupun mengotorkan tempat itu. Nanti ada pula yang disumpit atau parang terbang. Kebiasaannya ia
adalah tempat orang asli untuk bercucuk tanam. Cara yang terbaik adalah cuba cari jalan lain atapun lalu
di tepi tempat tersebut.

4. AKAR BERJUNTAI

Orang tua selalu berpesan, "Jangan digayut akar berjuntai, nanti ada teman mengintai". Nampak
menarik bila kita ternampak akar pokok yang berjuntai seperti dalam filem Tarzan tu. Tetapi harus
diingat, kebiasaannya ia adalah tempat orang bunian untuk bergayut / berbuai. Salah satu tempat
bermain dan bergayut bagi orang bunian adalah akar yang berjuntai. Apa jadi apabila tempat permainan
kita diganggu orang luar?. Pasti akan timbul rasa tidak puas hati. Sama juga orang bunian, peluang anda
untuk disorok adalah tinggi.

5. MEMAKAI WANGIAN

Ingatlah, hutan bukanlah tempat untuk kita membeli belah atau bergaya. Hutan adalah tempat dimana
penghuninya mempunyai seribu ragam. Setakat deodorant untuk mengelakkan ketiak masam mungkin
tidak menjadi masalah. Andai disembur wangian mahal yang di beli di Harbour Mall mungkin
mendatangkan bermacam masalah.

Ada haiwan yang alah pada wangian, ada juga yang tertarik pada wangian. Deria bau yang ada pada
haiwan sangatlah hebat. Bukan seperti manusia, hanya mampu mengesan bau beberapa meter sahaja.
Kebanyakan haiwan mampu mengesan bau berkilometer jauhnya. Andai wangian tersebut menarik
haiwan yang tidak berbahaya, anda bernasib baik. Andai pak belang ataupun babi hutan (bakas / boar)
yang timbul, lari tidak jejak tanah nanti.

6. TAPAK KAKI RUSA/ PAYAU

Harus diingat, pemangsa utama rusa adalah harimau. Selalunya apabila ada rusa, dibelakangnya
harimau mengikut. Apabila ternampak kaki rusa atau kelibatnya, jangan berasa seronok dapat melihat
rusa sebesar kereta kancil. Kemungkinan besar sang belang menanti di belakang. Silap-silap rusa
ditinggalkan, anda yang dia tunggu.

7. PANGGILAN NAMA

Sepanjang berada di dalam hutan, kurangkan menyebut nama haiwan secara terus. Contohnya harimau,
boleh dipanggil Maybank, gajah boleh panggil nenek. Seperti ketika zaman sekolah, ada panggilan
tertentu kepada rakan-rakan yang hendak dikutuk tanpa dia tahu. Sama juga apabila berada di dalam
hutan.

9
Jika berjalan secara berkumpulan, jangan suka menjerit ataupun memanggil nama kawan. Takut-takut
ada benda lain yang menyahut. Benda ini banyak kali terjadi pada pendaki ataupun kaki pancing.

8. BERKHEMAH

Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum kita mendirikan khemah untuk bermalam. Jika
berkhemah di kawasan aliran sungai / air terjun, jangan dirikan khemah terlalu hampir di kawasan
tersebut. Lebih molek andai jauh sedikit dari kawasan tersebut dan kawasan perkhemahan agak tinggi
kerana apabila hujan, kawasan yang rendah akan ditenggelami air apabila datangnya KEPALA AIR. Jika
ada batu besar berhampiran aliran air, tandakan batu tersebut sebagai penunjuk paras air.

Elakkan berkhemah di bawah pohon buluh. Rimbunan buluh dan daun yang sudah mati kebiasaannya
dihuni oleh makhluk berbisa seperti ular. Andai tiada tempat, bersihkan dulu kawasan tersebut dan
pastikan kawasan sekeliling ditabur dengan belerang untuk tujuan keselamatan. Pohon buluh juga amat
sinonim dengan makhluk halus yang menjadikan pohon tersebut sebagai tempat tinggal.

Tidak digalakkan berkhemah di bawah pokok yang mempunyai ranting yang reput kerana kemungkinan
khemah anda akan dihempap dahan patah terutama ketika musim hujan. Periksa dahulu pokok yang
ingin dijadikan kawasan teduhan sebelum dijadikan tempat tidur.

9. MAKANAN

Setelah penat mendaki, pasti anda lapar. Apabila memasak, pastikan kuantitinya sesuai dengan
kehendak perut anda. Jangan ada sisa makanan yang ditinggalkan ataupun lebihan makanan yang tidak
dimakan. Kebanyakan haiwan amat peka pada bau makanan. Umpamanya, apabila terbiasa dengan nasi
bujang tetapi tiba-tiba disajikan dengan nasi beriani kambing Supreme, nafsu makan anda pasti
mencanak tinggi. Sama juga bagi haiwan seperti beruang, harimau dan lain-lain. Jangan terkejut ketika
tidur, khemah anda diselongkar beruang ataupun gajah.

10. UNGGUN API

Kebanyakan orang melihat unggun api digunakan untuk memasak, memanaskan air dan sebagai
pencahayaan. Seeloknya, sediakan kayu api yang mencukupi untuk sepanjang malam dan jangan biarkan
unggun api terpadam sehingga terbitnya fajar. Andai terdapat ahli kumpulan seramai 5 orang, pastikan
terdapat lima batang kayu yang berbara. Ia boleh dijadikan sebagai senjata andai pak belang, beruang
atau gajah datang melawat, melainkan anda merupakan seorang komando ataupun orang asli.

11. BUNYI BISING

Kadangkala ada rakan mengeluh kerana bunyi cengkerik dan berbagai lagi yang didengari ketika mereka
tidur di khemah. Itu adalah normal. Yang tidak normalnya apabila keadaan sekeliling menjadi sunyi
sehingga dengkuran tidur rakan anda yang menyakitkan telinga. Menurut orang asli, apabila keadaan
menjadi sunyi secara tiba-tiba, itu menandakan terdapat haiwan yang besar sedang memerhatikan kita.
Andai ada bahan letupan seperti mercun, bakarlah mercun tersebut. Sekurang-kurangnya ia dapat
menghalang haiwan liar daripada mendekati kita. Tetapi janganlah membakar mercun seperti sambutan
hari raya, kelak akan dimaki rakan-rakan.

10
12. SULUH TIDAK TENTU ARAH

Apabila malam, jangan suka menyuluh di kawasan yang tidak penting. Takut tersuluh "secret admire"
bermata merah pula nanti. Petua juga mengatakan kurangkan menyuluh muka rakan-rakan terutama
ketika tidur.

________
cukuplah utk hari ni esok kita sambung lagi .

11
Sketsa Dunia Hiking Sdkn

part 6 (camping & hiking siri 1 - lokasi yg popular)

B jom kita p camping ...


cari tempat yg best di Sdkn..

banyak pilihan tempat lokasi utk kemping d Sdkn .. ada yg berbayar dan ada yg free (tanpa bayaran
dikenakan) mau yg hutan belantara atau pantai?

mana2 lah yg best utk rakam nice moment foto & video

ok kita mulakan dulu tempat yg berbayar


1. Scout Nature Park (SNP) ada bayaran masuk perkepala/ bayaran kemping / bayaran utk
kemudahan di sana spt dewan terbuka/ bilik kuliah ada juga chalet n tapak perkhemahan
disediakan.
2. Sepilok Laut Reception Center (SLRC) paling syiok coz ada campsite sana .. ada 2 pilihan masuk
sana darat atau laut .. kalu darat just masuk ikut RDC bayar MYR12.00 dan MYR5.00 seorang utk
camping.. kalu ikut jalan laut p jeti d Batu Sapi dgn bayaran satu bot MYR250.00 terus direct p
SLRC ada bayaran camping MYR5.00 seorang.
3. area Sepilok banyak resort dan chalet yg menawarkan tapak perkhemahan just google jak macm
Sepilok Jungle Resort, B&B Sepilok dll.
4. Langkayan Island (pulau persendirian yg osem terutama aktiviti diving/ snorkelling)
5. Pulau Penyu (Selingan / Bakungan Kecil) mau urus dgn Taman2 Sabah atau agensi travel.. boleh
bermalam dgn aktiviti melihat penyu/ mandi lumpur/ snorkelling dll
6. Pulau Libaran ada resort dgn aktiviti lihat penyu/ mandi manda dll

yg free ada ka B. jimat kan / bajet nda cukup

lagi banyak tu
1. Bukit Sim Sim
2. Bukit Sundang
3. IOI Peak (Bukit Seguntor)
4. Mt Walker
5. Hutan Leila (Campsite tepi anak sungai, checkpoint ayunan & tower station)
6. Bukit Konoha
7. Bukit Nenas
8. Pantai Pasir Putih
9. Pantai Dandulit (maklumkan ketua kg dan macik yg dekat pantai tu)
10. Tg Pisau (ada juga homestay sana) aktiviti memancing, mandi pantai, melihat burung enggang
makan kepayas dll

perghh best plak kan B .. jadi kita mau camping di mana yer minggu ni?

minggu ni kita masuk Sundang Campsite jer.


boleh hiking malam ..

12
esoknya kita hantam jungle trekking Sundang - Mt Walker - LMD Peak - Sundang (xtrail yg panjang la
selain masuk Hutan Kabili - SLRC hampir 20km pergi balik)

apa persiapan utk camping dan hiking ni?

esoklah sambung cerita plak .. lapar ni .. macam mau makan coto la.

kat ne tuh

kita p gerai flet MPS Karamunting sana tu top dgn bakso mps.

jomlah gerak jangan kasih lama B

....bersambung yer stori mori.

13
Sketsa Dunia Hiking Sdkn

Part 7 (Camping & Hiking siri 2 - Asas Pemilihan Tempat Camping dan Hiking)

B apa persiapan utk camping dan hiking ni?

Ada beberapa perkara yg perlu diambil berat utk aktiviti camping dan hiking.. antaranya tempat
camping
1 telah disediakan tapak perkhemahan atau
2 pemilihan tapak perkhemahan di hutan/ tepi sungai / air terjun dll
...seterusnya peralatan asas yg penting spt khemah, hammock, flysheet, groundsheet, kanvas, tali,
peralatan memasak dll.
... di bawah ni ada satu artikel menarik berkaitan asas pemilihan tapak perkhemahan yg terbaik utk
aktiviti camping dan hiking.
... selamat membaca

Asas perkhemahan bagi pemilihan kawasan dan tapak perkhemahan:

1. Pilih tanah atau tapak yang rata. Ini memudahkan pemasangan khemah yang selesa sebagai
tempat tidur atau berehat dan akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung semasa
hujan.

2. Berhampiran dengan punca air. Air yang bersih penting digunakan untuk memasak,
membersihkan diri dan sebagainya. Punca air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya
supaya tidak berlaku sakit perut, cirit birit atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air
yang tidak bersih.

3. Jauh daripada dahan kayu mati. Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau
hujan, pokok atau ranting serta dahan mati tersebut tidak menimpa khemah dan orang yang
berada ditapak perkhemahan tersebut.

4. Pemilihan tapak yang lebih tinggi dari punca air. Ini adalah penting untuk mengelakkan daripada
dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai.

5. Kawasan yang mudah untuk mendapatkan bantuan. Ini penting jika berlaku sebarang
kecemasan, pilih tapak perkhemahan yang berhampiran kawasan kampung, laluan orang serta
mudah dihubungi.

6. Makluman kepada pihak berwajib. Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan
kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan yang berhampiran agar bantuan
dan maklumat kecemasan akan dapat dimaklumkan secepat mungkin.

7. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar. Bahan bakar perlu untuk memasak jika memasak
menggunakan unggun api.

14
8. Keselamatan kawasan perkhemahan. Pastikan kawasan tersebut terselamat dari binatang buas
atau penceroboh yang tidak diingini.

Kesimpulannya, asas perkhemahan di hutan ini memerlukan persiapan rapi yang haruslah dititik-
beratkan dari pelbagai aspek. Pengetahuan asas perkhemahan dimulakan dengan asas pemilihan tempat
perkhemahan yang akan melibatkan kelancaran perjalanan program dan aktiviti perkhemahan yang
baik.

_____________________________________

esok kita sambung peralatan yg diperlukan dlm aktiviti camping dan hiking.

yelah B ..banyak kongsi ilmu outdoor ni.

15
Sketsa Dunia Hiking Sdkn

Part 8 (Camping & Hiking siri 3 - Peralatan Asas utk Camping dan Hiking)

kemarin dulu kita dah bincang bagaimana utk memilih tapak perkhemahan yg sesuai.. hari ni kita
bincang berkaitan peralatan asas dlm aktiviti camping dan hiking.

ni yg ditunggu B. tak sabar mau tau jugak .

perkara utama yg difikirkan setelah melihat tapak perkhemahan .. apa yg sesuai digunakan sama ada
khemah atau hammock?
- kalu tanah agak rata dan luas lebih sesuai gunakan khemah
- jika tanah tak rata dan banyak pula pokok eloklah gunakan hammock sahaja.
... kita share dulu yg gunakan khemah. terdapat beberapa jenis khemah di pasaran yg siap digunapakai
atau menggunakan kanvas sahaja.
1. khemah jenis iglo sama ada utk seorang/ 2 org atau 6-8 org. Agak mudah dipasang ..hanya
sambungkan 2 batang besi dan fiber utk mendirikan khemah.
2. khemah jenis pasang siap..hanya buka dari pembungkusnya dan bentangkan .. akan berdiri
khemah berbentuk bulat utk 1-2 org je.
3. khemah jenis payung.. hanya tarik utk ketatkan dan kunci bagi mendirikan khemah. biasanya 2-4
org.
4. mendirikan khemah dgn kanvas. perlukan 2 batang kayu sebagai tiang ditengah berbentuk V
terbalik dan ikat tali dipancang yg dicacak/ ditanam di atas tanah.
5. kanvas boleh digunakan sebagai lapik/ lapisan di bawah khemah utk halang tembus/ meresap
air di bahagian bawah khemah terutama yg bukan jenis waterproof.

... tapi generasi sekarang lebih suka gunakan hammock. ikat dan gantung di pokok atau tiang dsb. lepas
tu pasang flysheet di atasnya utk lindung drp panas hujan.
... yg penting jika gunakan kanvas sebagai khemah mesti tau asas simpulan dan ikatan tali supaya
khemah lebih kukuh dan tidak mudah roboh.. begitu juga utk memasang flysheet.
oo ya kalu mau selesa sikit masa tidur bawalah sleeping bag tilam angin bantal angin.. tapi mau bawak
agak sengsara la..
mau gunakan beg yg sesuai utk heavy duty simpan barang.. boleh juga sediakan emergency blankat coz
waktu pagi cuaca sejuk kalu teda sleeping bag atau baju sejuk terpaksalah berdiang d unggun api.

16
Sketsa Dunia Hiking Sdkn

Part 9 (Camping & Hiking - Nostalgia terobek 3H2M)

Hari 1
masuk campsite selepas asr. bawak bekalan makanan minuman peralatan memasak khemah kanvas
hammock dll.

mencari kayu api utk aktiviti unggun api.


penyediaan makan malam.. solat berjemaah..

aktiviti pertama mestilah suaikenal antara peserta program.. biasanya format suaikenal nma penuh /
glamour/ penglibatan dlm dunia outdoor.

pastu sesi kongsi ilmu utk refresh balik attitude hikers/ sop hiking / proses buat program hiking ..
tempat2 yg perlukan permit masuk drp pejabat perhutanan dll.
tidurlah penat ..

Hari 2
bangun pagi persiapan diri solat subuh
persiapan sarapan utk gerakan hiking
taklimat ringkas perjalanan yg jauh dlm 6km je
.. membawa sawar2 utk tanda arah memudahkan hikers runners ikut trail yg betul dan tidak sesat
tersasar jauh ..
cuaca mendung dan hujan gerimis sepanjang perjalanan di laluan neraka / azab terutama jika cuaca
panas.. sediakanlah payung dan pakai krim sunblock sebelum aktiviti bermula.
balik campsite kepenatan dan kelaparan.

seterusnya mencari lagi kayu api.


persiapan diri, solat dan makan ...
acara kongsi ilmu dgn beberapa senior dlm dunia hking (otai masih berbisa)
perghh memang best dan berbaloi join aktiviti ni..
penat kan berehat ada yg masak maggi terus tido.
ada juga berjaga malam sampai subuh

Hari 3
bangun persiapan diri solat subuh
buat sarapan alas perut utk aktiviti xtrail dlm 10km++
paling best dapat jumpa lagi air terjun yg bersih memang nais utk aktiviti camping & hiking seterusnya
kepenatan coz kurang membawa bekalan air dan tidak makan tengahari hanya maggie sebagai alas
perut je..
mau ada makan nasi juga kan baru ada banyak tenaga ... powenjes.

kemas barang dan campsite


jam 5.00 ptg gerak pulang ke destinasi msing2..
... jumpa lagi episode akan datang dgn aktiviti yg lebih osem dan mencabar mental / emosi.

17
Sketsa Dunia Hiking Sdkn

Part 11 (LOST - siri 2)

sedap ka sup tulang ni?

hmmm bolehlah. yg penting ada nasik putih.

aikk takkan selama dlm hutan tak makan nasi? pelik lah habis tu makan apa yer

makan maggie je n power bar.. nasib hari tu bagi 4 paket bubur segera kalu tak memang tak jumpa
nasik lah..

habis kengkawan tu tak bawak nasi juga kah..

bikin berat jak tu..

bawalah ketupat .. rebus tak habis makan boleh makan esok harinya..

mana ada yg bawak ketupat semua mau yg ringan je.. makanan ringan keropok/ biskut/ serbuk oat koko.

B tak takut sesat kah time masuk hutan tu.

memanglah bikin seram tapi kan kita dah berusaha dgn berdoa & amalkan adab2 petua masuk hutan..
lain plak tu macam mau org sesat dlm hutan..

taklah B .. ada baca durang yg sesat ada yg dapat pulang macm pn sarah di trail gunung tahan 19 hari tu,
ada lagi budak yg sesat d Broga dapat keluar tapi ada yg tak jumpa langsung atau jumpa dah meninggal
dunia macam kes acap tiada khabar berita dan kes askar yg latihan di Sepilok dijumpai meninggal dunia
setelah beberapa lama.

yakin je ada pertolongan AlLah dan paling penting pandai hormat alam.. sebab bukan kita je yg hidup di
dunia ni.. bacalah artikel kat bawah ni..

Tip Panduan Ketika Sesat Dalam Hutan

Apa pun yang berlaku pada kita dan rakan-rakan di dalam hutan benda yang utama kita perlu lalukan
adalah JANGAN CEMAS. Jika sesat dalam hutan langkah-langkah yang patut di ambil.

1. Berdoa
Apa yang paling utama adalah berdoa kepada Allah SWT. Bergantung sepenuhnya kepadaNya. Doa,
usaha dan tawakal.

18
2. Patah Balik
Selalunya bila sesat dalam hutan, bila kita sedar harapan yang paling besar adalah berpatah balik laluan
yang kita lalu sehinggga jumpa trail anda semula. Tip ini adalah paling mujarab. Insyaa Allah.

3. Cari tempat rehat


Jika anda telah menemuhi jalan buntu, benda pertama yang perlu adalah bertenang dan cari tempah
rehat yang selamat dan bersesuaian. Jika anda perlu bermalam pastikan kawasan tempat rehat anda
adalah selamat.

4. Tinggalkan Tanda
Jika sesat anda perlu tinggalkan beberapa tanda di trek laluan anda dan tidak pergi jauh dari trek laluan,
yang paling sesuai adalah anda berhenti dan tunggu di trek laluan anda ini bagi memudahkan pihak
penyelamat mengesan anda.

5. Sumber Air
Jika bekalan air anda kehabisan, anda wajib mencari sumber air seperti sungai, akar-akar kayu dan lopak
air yang bersih. Air penting untuk bekalan tenaga.

6. Tentukan arah Barat dan Timur


Jika tiada kompas dan matahari untuk tentukan arah barat dan timur. Anda boleh melihat tumbuhan di
mana tumbuhan akan menghalakan pucuknya ke arah matahari terbit iaitu arah timur. Barat dan timur
juga penting dalam menentukan arah kiblat iaitu matahari tenggelam arah barat.

7. Anak sungai
Kebiasanya jika orang sesat di hutan, mereka akan mencari anak sungai, bukan sahaja sebagai sumber
air tetapi satu tip yang paling berguna, anak sungai akan mengalir ke muara dan mesti ada
perkampungan di muara. Dan orang-orang kampung kebiasannya akan mengunakan sungai sebagai
sumber air utama mereka.

8. Prinsip S.T.O.P
STOP adalah singkatan dari bahasa english yang membawa maksud S-sit down T-think O-observe P-
prepare. Jika anda sedar anda telah sesat di dalam hutan, guna prinsip STOP, duduk ( sit down )
tenangkan diri, fikirkan (think) apa yang perlu anda lakukan, perhatikan (observe) keadaan sekeliling dan
siapkan (prepare) diri untuk terus bertahan.

Moga bermanfaat perkongsian ini buat kita semua.

19
Sketsa Dunia Hiking Sdkn

Part 10 (Tempat Menarik Aktiviti Outdoor d Sdkn)

hello B ada kat mana dah keluar hutan???

yup baru balik ni tu yg senyap je beberapa hari .. kepenatan lah habis diperas tenaga sakit2 urat ni..

p lah recovery nanti sakit teruk..

nda pa .. ok juga tu mau rehat yg panjang .. sleeping beauty lah.

jom pekena sup tulang kat tempat ceng lama tak p tempatnya cepatlah siap B nanti diambil ..

hmmmm yelah mandi duluk kasih wangi2 baru jenjalan.. sakit kaki nih.

tulah sape suruh masuk hutan mau dekat seminggu tu..

dahlah tu membebel .. mau p mandi nih.

______
...bacalah satu artikel ringkas berkaitan tempat aktiviti outrec yg selalu menambat hati peminat /
penggemar dan penggiat outrec di Sdkn.

Selamat membaca.

Tempat hiking yg sangat menarik di Sandakan

1. Bukit Sim Sim (Elopura Recreation Park)✔


2. Bukit Mawar✔
3. Bukit Trig✔
4. Hutan Leila (gua batu kapur/ gua kelawar/ tembok batu kapur/ bukit ketam, bukit leila, bukit bendera,
bukit trig, bukit indah)✔
5. Hutan Ulu Sibuga POIC✔
6. Hutan Kabili - Sepilok Laut Reception Center (SLRC) (MYR12.00)✔
7. RDC (jungle trekking, canopy bridge, giant tree..) (MYR7.00)
7. Kebun Cina (Sandakan Rainforest Park) ✔
8. Mount Walker ✔
9. Bukit Melanta✔
10. Bukit Sundang✔
11. Bukit Lupak Meluas Darat (LMD Peak). Ada puncak helang✔
12. Puncak IOI (Bukit Seguntor) ✔
13. Tanjung Pisau ✔ (mau naik skaw di jeti Kg Lalasun) .. best utk camping & hiking

20
14. Pantai Dandulit bt 12 Rancangan Sg Manila.✔ best utk camping

Pulau yg menambat hati para hikers


1. Pulau Berhala (Permit masuk drp Pejabat Perhutanan Sdkn MYR5.00 seorang & MYR8.00-12.00 utk
tambang pergi balik = kapal atau bot laju)✔
2. Pulau Jambongan (5 bukit & pantai)❌
3. Pulau Timbang (bukit & air terjun)❌
4. Pulau Libaran❌(pusat pemeliharaan penyu)
5. Pulau Selingan✔(pusat pemeliharaan penyu)
6. Pulau Nunuyan✔

Pencinta selaman/ diving


1. Pulau Bakungan Kecil ✔(pusat pemeliharaan penyu)
2. Pulau Langkayan❌

Kawasan air terjun


1. Tinggi 2. Ada kolam

1. Kg Gas (1)✔
2. Kg Botol / Jln Maktab (1 & 2)✔
3. Bukit Mawar (2)✔
4. Hutan Leila (2) ✔
5. Makiau jln Cecily (1 & 2)✔
6. Ulu Sibuga (2)✔
7. Sepilok Laut (2)✔
8. Mount Walker (1 & 2)✔
9. Pulau Berhala (1)✔

nota.
✔ Team Hikers Sandakan sudah terokai dan masuk lokasi
❌belum diterokai coz bukan semua ada lesen diving & melibatkan kos tinggi (pulau jambongan)

21
Sketsa Dunia Hiking Sdkn

Part 12 (Azam Baharu Tahun 2021)

B selebret mana countdown tahun baru nanti..

mana ada sambutan countdown kali ni. ketua polis sabah pun dah bagi amaran jangan mandi pantai
sambut tahun baru. BAHAYA.

ala kita2 je lah kalu gitu .. buat bakar2 kambeng perap hasbullah pun ok juga. dgn ubi manis bakar/
jagung bakar.. pergh sedap tu ..
layan kopi panas. panggil kengkawan kita wat d tembok sandakan. pa macam.

hmmm janganlah nanti kena ambush nda pasal tidur dalam ...

tapi kan durang biasa situ jadi port memancing..

mungkin sebelum limpas jam 12.00 malam ok kut .. kalu countdown limpas jam 12.00 malam.

ye kan .. buat di rumah je la kalu gini..

yup selamat sikit tu..

apa azam baru tahun 2021.

teda juga teruskan azam yg lama banyak yg belum tercapai.

pa tu?

projek murut / mulu / s2k repeat balik coz sudah pasang tangga2 yg kaingaran ..

ikut B

mau atur dgn de nanak gora m saidin antara best aturan durang.

on jer. tapi kan pandemik covid-19 ni pun nda ketentuan.. asyik sambung je pkpb.

satu dunia tu bukan tempat kita je..

membacalah kamu artikel tulisan tuan Azizul Azli Ahmad

BUANG SIFAT INI SEBELUM 2021

22
1. Berhentilah berharap KEJAYAAN DATANG MENGETUK pintu rumah kita. Bukalah pintu dan keluarlah
berlari mengejar impian. Dengan hanya menonton tv, hadap sosial media, tidak mengubah apa apa.
Tahun 2021 adalah tahun bergerak pantas dan berlari. Kita tidak menunggu sesiapa lagi.

2. Berhenti berusaha SENANGKAN SEMUA ORANG. Akan ada keputusan dan tulisan yang menguris hati
orang kerana tidak bersetuju dengan semua pandangan. Selagi kita yakin ia benar dan tepat, tulis dan
lakukan. Jangan hanya berdiam. Tegaslah, akan ada yang berubah dan akan ada yang kekal menghina
dalam diam.

3. Jangan fikir hidup ini penuh dengan PENDERITAAN dan tiada KEBAHAGIAAN. Kita boleh cipta bahagia
kita sendiri, buang jauh jauh derita itu dan cipta bahagia sendiri tahun baru ini. Bahagia itu kita yang
cipta, bukan perlunya pengiktirafan orang baru kita rasa bahagia.

4. Jangan jadi PENAKUT. Semua keputusan ada risikonya, dengan diam dan tunggu orang lain akan
bergerak dan tinggalkan kita. Ketakutan paling besar adalah apa yang kita ciptakan dalam diri kita
sendiri.

5. Jangan hentikan hujan. Jangan kawal benda yang kita tidak mampu buat, ia akan buat kita tertekan.
Belajar ikhlaskan setiap apa yang berlaku. Semua perkara ada jalan keluarnya, cari penyelesaian.
Ikhlaskan apa saja yang kita tak boleh kawal. Jangan buang tenaga kita kawan.

6. Jangan fikir negatif tentang diri sendiri, biar orang lain berfikir demikian. Belajar cipta rasa cukup. Kita
hidup di bumi yang perlu bergerak pantas tanpa perlu memikirkan buruknya diri ini. Bersyukurlah apa
yang kita ada.

Raikan 2021 dengan kebaikkan dan menjadi lebih baik. Semoga Berjaya dan jadi Terbaik.

Azizul Azli Ahmad


_____

moga bermanfaat dan membawa perubahan diri.

23
Sketsa Dunia Hiking Sdkn
Part 13 (LOST siri 3)

Artikel yg simple ketika dalm keadaan sedar sudah tersesat atau salah jalan semasa jungle trekking/
hiking
_________________
Apa Yang Perlu Di ingat Apabila Sesat

Rumusan Perkara Yang Perlu Anda Ingat Apabila Sesat Didalam Hutan!

Jadi sebagai merumuskan apa yang anda baca melalui posting posting beberapa hari yang lalu,
berikut adalah apa yang anda perlu ingat ketika anda menjalani latihan, amalan atau ketika anda sesat
didalam hutan Malaysia.

1. 3 Prinsip Ikhtiar Hidup, iaitu :

Mental- jangan mudah goyah, kuatkan semangat, hadapi dugaan.


Panjang Akal - fikir alternatif. Tingkatkan kreativiti.
Persediaan yang merangkumi pengetahuan dan peralatan.

2. S.T.O.P. iaitu:
Sit = Duduk
Think = Fikir
Observe = Pemerhatian
Plan = Perancangan.

3. A.P.A. iaitu:
Api
Perlindungan
Air

4. Hukum 4 angka 3 (Rule of Four 3's) iaitu:


1.Tidak boleh hidup 3 minit tanpa udara.
2.Tidak boleh hidup 3 jam dalam keadaan beku.
3.Tidak boleh hidup 3 hari tanpa air.
4.Tidak boleh hidup 3 minggu tanpa makanan.

Tekan link berikut utk bacaan lanjut


https://tokwansurvivor.blogspot.com/2019/01/apa-yang-perlu-diingat-apabila-sesat.html?m=1

24
Sketsa Dunia Hiking Sdkn
Part 14 (Pacat)

B ada mo tanya ni blei kah?

pa tuh?

anu tu pacat... kalu d Sdkn ada pacat kah??

teda lah pacat napa plak bagus tu dia tolong bekam darah free jak nda mau kah??

eeee.. serius owank tanya ni...

teda ba pacat tu.... tapi bo'ong..

na kan suka main2 tipu owank..

kalu d sdkn macam d area Sepilok jak ada kejumpaan pacat maksudnya d RDC atau Hutan Kabili
ada juga area Bambangan coz bersambung hutannya dengan Sepilok

begitulah kalu owank tanya jawab serius dgn fakta bukan main2... nasib nda kenak tikam.

yelah jgn marah nanti cepat tua kerepot nda laku2 d pasaran...

hmmmm

kalu mau tau yg di Hutan Kabili yg jenis atas tanah je .. tapi kalu yg d TBT (Table) Tawau / Batu Punggul
Nabawan ada yg dipanggil tiger leech jenis boleh melentik badannya utk p lompat kpd mangsa biasanya
di daun2 atau pokok la sebab tu jangan sentuh pokok terutama yg daunnya p trail laluan .. kalu mau tau
syurga pacat di 3 gadis Tawau / Nungkok/ Minudtuhan dll..
di Sabah ni gunung yg teda pacat d G Kinabalu jak
____
baca artikel berkaitan pacat dan beberapa petua atau kaedah yg biasa digunakan utk menjauhinya dan
juga merawatnya jika sudah digigit.

moga mendapat info dan maklumat yg berguna sebagai persediaan nanti

Petua Menjauhkan Diri dari Gigitan Lintah dan Pacat

Kebiasaannya ramai orang yang mahu dirinya supaya dijauhi dari lintah atau pacat, ada beberapa petua
atau kaedah untuk mengelakkan daripada digigit lintah ini antaranya..

1. Menyapukan sabun pada kulit dan dibiarkan kering ataupun

2. Menyapukan minyak kayu putih pada kulit

25
3. Ada juga kawan yang mensyorkan sebelum masuk ke dalam hutan atau ladang, siramkan pada kaki
dan kasut dengan air tembakau pacat atau lintah InsyaAllah takkan gigit atau naik pada kaki kita.

4. Sebelum masuk hutan, pastikan anda memakai stokin sebaik-baiknya jenis cotton supaya pacat tidak
boleh masuk. Kalau stokin biasa yang jenis stretchable tu, pacat memang senang-senang masuk. Kalau
tidak pun, lumurkan kaki dengan sebarang losyen atau minyak angin pada seluruh kaki dan tangan
(kadang-kadang pacat jatuh dari daun), pasti pacat tak lekat punya.

Sebagai langkah tambahan, pada jungle boot anda semburkan bygon. bygon ?! " mati hidup balik pun
pacat tak naik balik..." kata kawan aku tu lagi...

Ada Cara Elakkan Gigitan Pacat?

Tiada jaminan untuk mengelakkan ’serangan’ pacat sekiranya anda berada di ‘lubuk’ pacat. Semburan
‘insect repellent ‘pada kasut juga kadangkala berkesan untuk elak daripada dipanjat pacat.

Kaedah yang paling ‘reliable’ ialah dengan menutup kulit daripada terdedah. Namun, pacat boleh
menerobosi lubang-lubang kasut dan lubang-lubang fabrik yang bertenun kasar.

Penggunaan ‘leech socks’ juga dapat mengelakkan ‘direct contact’ dengan pacat.

Jika sudah kena gigit pacat atau lintah.. bagaimana nak buang?

Sekiranya anda digigit pacat atau lintah dan harus membuangnya sebelum ia ‘kenyang’ ( lintah atau
pacat selalunya akan jatuh dengan sendiri setelah ‘kenyang’) elok ikut langkah-langkah berikut:

1. Kenal pasti bahagian anterior (mulut) pacat, biasanya di bahagian hujung yang lebih kecil.

2. Letak jari anda ‘adjacent’ dengan mulutnya.

3. ‘Slide’ jari dengan kemas ke arah luka tempat pacat ‘menyedut darah’.

4. Umpil dengan kuku. Apabila sudah tercabut bahagian mulut, kalih bahagian posterior pula dengan
segera.

tapi ada juga yang mencadangkan...


Titiskan air tembakau pada lintah
Taburkan garam di atas lintah
Titiskan perahan jus limau atau oren pada lintah
Taburkan abu rokok di atas lintah
Tuang sedikit minyak angin atau minyak cap kapak lepas tu pasti lintah tu jatuh berguling-
gulingankan.. hehe..

Tapi ada juga yang tidak menggalakkan sebab...

NOTA: Lebih baik elakkan daripada menggunakan tembakau, ‘mosquito repellent’, syampu atau garam
untuk mebuang pacat yang sedang menghisap darah. Elakkan juga menarik pacat yang sedang

26
menghisap darah. Ini kerana pacat tersebut akan ‘muntah’ ke dalam luka dan menyebabkan jangkitan
kuman yang teruk, lebih teruk daripada gigitan pacat itu sendiri.

Rawatan Selanjutnya?

 Pastikan bahagian luka sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman. Cuci dengan air,
sabun dan ‘bandage’ ia.

 Pendarahan mungkin berterusan untuk beberapa lama disebabkan oleh ‘anti-clotting’ enzyme’
yang dihasilkan oleh pacat tersebut.

 Selalunya bekas gigitan pacat akan gatal dalam tempoh yang agak lama sewaktu dalam proses
untuk sembuh. Elakkan menggaru di situ kerana akan menyebabkan jangkitan kuman yang lebih
teruk.

 Letak ais sekiranya bengkak.

 Sekiranya kesan gigitan itu agak teruk atau mengalami jangkitan kuman yang serius, segera
dapatkan rawatan doktor.

 Tapi kalau anda berani serta tahan geli ketika sedang ‘dinikmati’ oleh pacat. Biarkan sahaja ia
‘hisap darah’ hingga kenyang dan jatuh dengan sendiri. Kalau seekor sahaja. Bukan kalau lima
belas ekor ye..

Semoga bermanfaat

27
Sketsa Dunia Hiking Sdkn
Part 15 (Proses Menjadi Hiker Berilmu dan Berkemahiran)

bacalah dulu artikel ni, dibawahnya baru diulas berdasarkan pengalaman sebenar bukan dengar cakap
tanpa mengalami dan merasainya.

________________
6 Fakta Penting Perlu Tahu Sebelum ‘Hiking’

Apa yang kita lakukan perlu ada ilmu dan amat penting.

Hiking atau mendaki ini merupakan satu aktiviti rekreasi luar yang semakin popular pada masa ini.
Ramai di antara anak muda sekarang mengambil hiking ini sebagai salah satu hobi.

Hiking ini memang seronok, selain menyihatkan tubuh badan, ia juga boleh mengeratkan hubungan
silaturahim antara kawan-kawan. Tapi kadang-kadang kita leka dengan keselamatan diri apabila terlalu
seronok.

1. Gas akan menjadi kurang aktif didalam cuaca sejuk serta ditempat-tempat yang mempunyai tekanan
tinggi. Memasak ditempat-tempat sejuk seperti di puncak gunung api, gas akan menjadi lebih kecil dari
kebiasaannya. Masa memasak akan mengambil masa yang lama (2-3x ganda dari kebiasaan). Jadi
bungkus tabung gas anda dengan towel atau simpan di dalam sleeping bag.

2. Minyak masak biasa (palm oil) akan mudah beku khususnya di puncak gunung. Apabila ia telah beku
amat susah nak dikeluarkan. Disyorkan guna minyak jagung (Corn Oil) atau minyak biji bunga matahari
(sun-flower oil) yang anti-frozen.

3. Air adalah “Good Conductor” bagi tenaga elektrik. Jadi jangan bersandar atau duduk di dalam khemah
yang basah sewaktu dipuncak. Kebiasaannya kilat akan strike pada objek-objek yang tinggi. Tent anda
adalah objek yg paling tinggi semasa berada di puncak.

4. Lipan dan kala jengking suka menyorok ditempat-tempat yang lembab seperti di bawah-bawah batu
dan kayu yang reput. Jadi berhati-hati bila mendirikan tent.

5. Harimau adalah diantara binatang-binatang yang mempunyai balikan/pantulan cahaya di kedua-dua


mata berwarna “MERAH” apabila disuluh. Jadi kena hati-hati ketika menyuluh diwaktu malam.

6. Semua jenis haiwan yg berkaki 4 akan turun ke sungai diwaktu pagi untuk minum. Jadi elakkan
mengambil air diwaktu pagi bagi tujuan memasak, dikuatiri tercemar.

Note: Hanya pada anak-anak sungai yang kecil saja (creek) manakala bagi sungai-sungai yang besar tiada
masalah.

#MaaFKaNHamBa
#sayangdirisendiri

28
__________________________
Yg nomor 1, setakat ni teda masalah, boleh digunakan dgn baik.

Nomor 2 memang betul terjadi minyak masak yg dibawa menjadi macam majerin .. beku .. masa trip S2K
(G Sinsing & G Kaingaran) perghh terpaksa masak lama la baru boleh guna utk goreng/ tumis.

Nomor 4, lipan banyak didapati d campsite sundang/ pondok 1 bukit sim sim. Ada semut besar hitam
biasanya aktif malan hari d Campsite Sundang, Campsite Sim Sim, IOI Peak .. binatang berbisa lain spt
ular kapak didapati d trail mt walker/ hutan leila/ mt maria/ bukit mawar/ pulau berhala dll

so hati2 jak dan pastikan ada 1st aide sentiasa dibawa utk beraktiviti.

29
Sketsa Dunia Hiking Sdkn
Part 16 (Proses Menjadi Hiker Berilmu dan Berkemahiran - Asas Persiapan Pendaki) Siri 1

"Persediaan persiapan, ilmu pengetahuan dan pengalaman dapat meneruskan kelangsungan hidup kita"
Rachel Kelsey

B lama tak kabar p mana tu?

ada snie gak tapi tempat p tu teda line tenet la.. kalu ada pun nda kuat E jer tapi kebanyakan masa
langsung teda G.. hmmm

ooo patutlah senyap sepi agak lama hampir seminggu tu.. tapi tau jugak kah kita dah pkp

tau kan ada juga radio dapat dengar juga walaupun kadang2 nda clear sangat

apa la buat dlm tu

ada keje sikit la kumpul data flora dan fauna yg langka jarang jumpa

apa tu?

ada satu cendawan yg macam berkelambu ada warna pink.. setakat ni kalu di Sdkn ada kejumpaan di
Bukit Mawar, Mt Walker, Hutan Leila.. ada juga jumpa masa d trail Hot Spring TBT.

waa menarik tu tapi apa stori kali ni

kita mula balik perkara asas yg perlu ada bagi setiap pendaki kali kita kita ulas buku Kitab Pendaki
Gunung. Topik perbincangan Asas Persiapan Pendaki

PERSIAPAN IALAH KUNCI KEPADA KEJAYAAN DAN KESELAMATAN EKSPEDISI

Persiapan pendaki melibatkan 3 persiapan asas iaitu


1 persiapan asas diri
2 persiapan asas alatan
3 persiapan asas pengetahuan

1 Persiapan Asas Diri


1 Kenal pasti tahap fizikal.
Mesti ada latihan fizikal di trail (atas tanah) bukan dlm gymnasium spt guna trackmill utk kuatkan
stamina.

2 Kenal pasti keupayaan jantung.

30
BERHENTI APABILA DADA ANDA SAKIT. Degupan jantung yg kencang amat berbahaya kerana bekerja
lebih drp biasa terutama apabila mendaki dan berada di altitude yg tinggi .. berhenti dan berehat
sehinggalah degupan jantung normal dan tidak kencang.

3 Bergerak mengikut 'CC' enjin anda.


Ikutlah rentak langkah dan pace sendiri kerana setiap pendaki tidak sama kelajuan dan pace.. tapi jgn
terlalu perlahan sehingga tertinggal jauh di belakang 1-3km. Mendaki bukan utk berlumba atau
mencipta rekod rekod atau membuktikan bahawa anda hero dan yg pertama sampai di puncak. Jika
anda mau tunjukkan kehebatan masuklah pertandingan TMBT dll.

4 Mental lawan Fizikal


Listen to your body. Kita sendiri yg tahu masa utk berehat sekejap dan masa utk minum air. Mendaki
gunung ni bikin penat. Biarlah mendaki secara perlahan tetapi langkah dikekalkan dan kurang berhenti
sampai juga akhirnya di campsite dan puncak.

Rujukan penulisan Kitab Pendaki Gunung hasil karya Brig Jen Dato' Dr Mohd Radzi Bin Hj Abdul Hamid.
Bab 6 Asas Persiapan Pendaki (halaman 96 - 103)

31
Sketsa Dunia Hiking Sdkn
Part 17 (Proses Menjadi Hiker Berilmu dan Berkemahiran - Asas Persiapan Pendaki) Siri 2

langsung aja sambung topik kemarin.. sambil tunggu COD mee tauhu dan air lai chi kang sampai ni

wa dap nyer B .. lama tak pekena mee tauhu kan sama lai chi kang

beginilah kalu dah pkp agak terhad aktiviti kita.. mana boleh p hiking .. kalu baca sop utk aktiviti rekreasi
riadah semua tidak dibenarkan kecuali jogging dlm kaw perumahan tidak lebih 2 org satu rumah dan
berbasikal jer dlm lingkungan yg terbatas (macam putar2 jak taman perumahan)

sabarlah B ikut je lah arahan coz kita tolong bantu redakan dan putuskan rantaian jangkitan pandemik
kobit ni.

ye butul tu.. jgnlah pentingkan diri. banyak masa utk latihan sendiri kat rumah tu. sayang membayar 1k
gara2 nda ikut SOP MKN/KKM.

boleh beli emas kan tu 1k B gelang ka atau rantai leher.

alaaa .. hmmm

2. Persiapan Asas Alatan

1. Alatan Asas
Antara yg paling penting ialah sepasang kasut yg sesuai utk mendaki, sebuah beg galas kecil, bekas air
(water bladder), lampu kecil (head lamp/ torch light dll), tuala kecil, baju hujan, minyak panas, sebilah
pisau kecil (kalu ada pisau taktikal lagi bagus / atau multipurpose tools) dan sarung tangan.

2. Pengetahuan Penggunaan
Terdapat alatan mendaki yg berbahaya dan sangat taktikal spt gas memasak, lantern, kompas, peta dll.
Kesilapan menggunakan gas memasak akan menyebabkan kebakaran atau kemalangan terhidu gas.
Salah mengguna atau membaca peta atau kompas akan menyebabkan anda sesat di gunung / hutan.

Rujukan penulisan Kitab Pendaki Gunung hasil karya Brig Jen Dato' Dr Mohd Radzi Bin Hj Abdul Hamid.
Bab 6 Asas Persiapan Pendaki (halaman 96 - 103)

______
jangan lupa amalkan
3W : (Wash/ cuci, Wear/pakai, Warn/amaran)
Elak 3S/3C (Sesak/Crowded places, Sempit dan tertutup/Confined Spaces, Sembang dekat2/Close
Conversation)

Patuhlah kepeda S.O.P. sebagai norma baharu.

32
Sketsa Dunia Hiking Sdkn
Part 18 (Proses Menjadi Hiker Berilmu dan Berkemahiran - Asas Persiapan Pendaki) Siri 3

Sdkn banjir kah? macm mau dekat 2 minggu ni hujan jak siang malam.

ye B, hari tu banjir kilat selepas hujan lebat semalaman di Fajar Perdana tenggelam mcm kolam renang
sudah tapi belum masuk kedai airnya di area Genting Mas, DIY dll. kalu yg jln sim sim ada tanah runtuh
sampai p jalan raya terpaksa ditutup jalan utk dibaiki, yg kuburan jln aman pun terbongkar dan ada
pokok tumbang...

perghhh dahsyat jugak kan..

tu lah ba, org yg tinggal di perkampungan atas air pun berjaga2 coz angin kuat, air pasang dalam, di
Tinosa 2 ada jambatan simen roboh..

inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.. berat dugaan penempatan yg siring pantai dekat laut kan

kita pun membantu setakat yg termampu lagipun banyak sjr ni nda boleh lepas sesuka hati mesti ada
surat majikan atau pelepasan baru dibenarkan melepasi sjr tu utk p tempat kejadian

mampu berDOA dan bank in jer kalu durang bagi no akaunnya.

B ada kawan bagi tau air terjun yg d mt walker tu deras .. kuat dan banyak air macam d air terjun tawai
kunun..

yup ada nampak durang share momeng dlm fesbuk... untunglah yg dapat masuk sana.. mau taktikal sikit
p sana ... sayang duit kompound kalu kedapatan, boleh pakai utk trip g kinabalu 2 kali naik tau

nda mau naik g kinabalu, mau emas juga B

hmmmm ...
zzzzzz

2. Persiapan Asas Pengetahuan

1. Mengenali keadaan tanah


Mesti tau jenis tanah berturap, batu kerikil, tanah merah, pasir, selut atau becak. Mesti tahu utk
persiapan mental dan persediaan lalu kawasan tersebut. Umpamanya kawsan rimbunan bambu/ buluh
atau kayu reput menjadi habitat yg didiami binatang berbisa spt lipan, kala jengking, ular dll.
Begitu juga maklumat jaluran anak sungai/ sungai atau kawasan berair perlu sediakan sandal bertali atau
siap berjalan dlm keadaan basah becah..

Hutan Kabili jika hujan lebat akan becak dan berlumpur terutama selepas pondok Bukit Jalil dgn
menuruni ratusan anak tangga utk sampai ke Tapak Perkhemahan sebelum SLRC, jalan tanah berlumpur,
becak dan licin... belum lagi pacat yg sentiasa menanti kehadiran pendaki yg lintas laluan tersebut.

33
Lipan/ semut hitam besar ada didapati di pondok 1 dan campsite di Bukit Sim Sim, pondok d campsite
Bukit Sundang dll tempat yg banyak kayu reput / pokok tumbang. Oleh itu hati2 dan sentiasa waspada
dgn keadaan persekitaran dan tempat rehat berhenti.. jgn duduk sembarangan jer tanpa fikirkan aspek
keselamatan dan bahaya yg bakal dihadapi.

2. Mengenali denai dan masa


Mengenali denai/trail bermaksud kita ada mempunyai maklumat dan info laluan yg akan diambil, lokasi
checkpoint /tempat rehat / persimpangan yg perlu dipilih sama ada ke kiri atau ke kanan dan anak
sungai/ sungai yg perlu diseberangi.
Pendaki mesti tahu jumlah masa yg diperlukan bagi sampai ke puncak dan jumlah masa antara setiap
checkpoint/ campsite. Tujuannnya sebagai panduan denai/ trail yg diambil betul atau kita sudah tersasar
(sesat).

Cth IOI Peak dlm 1.5km bagi pelari hanya dlm 10 minit jer sampai puncak padahal agak pacak .. jika
pendaki biasa jalan santai ambil masa dalam 30-50 minit.

Jalan yg berliku dan paling banyak simpang di Sdkn ialah di Bukit Mawar, Hutan Leila, Mt Walker, Bukit
Sim Sim dll. Setiap pendaki yg masuk lokasi tersebut mesti tau mau p mana dan peruntukan masa utk
pendakian. Cth di Hutan Leila jika mau p gua batu kapur, Bukit Ketam, Tower Station, Bukit Makarah
(Bukit Trig), Ayunan/ buaian dan keluar makan masa dlm 4-5 jam dgn jarak dlm 6-7km.

Lagi syiok layan trail panjang bermula dari Sundang - LMD - Mt Walker - Sundang dlm 10km makan masa
dlm 5-7 jam..

Jika pernah join Hutan Kabili - SLRC dlm 20km pergi balik makan masa dlm 6 - 8 jam masuk dan pulang
balik (3 jam masuk dan 3 jam keluar)
rekod terbaik keluar masuk Hutan Kabili dlm 3 jam (dgn sedikit rehat sahaja)

Rujukan penulisan di ats daripada Kitab Pendaki Gunung hasil karya Brig Jen Dato' Dr Mohd Radzi Bin Hj
Abdul Hamid.
Bab 6 Asas Persiapan Pendaki (halaman 96 - 103)

______

jangan lupa amalkan


3W : (Wash/ cuci, Wear/pakai, Warn/amaran)
Elak 3S/3C (Sesak/Crowded places, Sempit dan tertutup/Confined Spaces, Sembang dekat2/Close
Conversation)

Patuhlah kepeda S.O.P. sebagai norma baharu.

34
Sketsa Dunia Hiking Sdkn
Part 19 (Proses Menjadi Hiker Berilmu dan Berkemahiran - Pendaki Wanita) Siri 1

napa tu senyum2 B.. pelik ni.

tengok ni foto & video yg durang share dlm grup ..hmmm bila tengok yg pompuan macam mau p mall
plak gaya durang ni. bermake up, tudung plak bermanik2 pastu bawak beg yg jenjalan p mall

biarlah B .. mungkin 1st time join haiking kut atau durang ingat trailnya macam p mall, tu yg santai jak
gaya durang.

baru jumpa ni artikel yg bagus utk pompuan yg sukakan aktiviti outdoor. Asas Panduan Pendaki Wanita..
bace dulu pastu sharelah dlm grup.. moga ada yg membaca dan jadi panduan utk akan datang bila join
aktiviti haiking

yelah B. nanti habis bace baru kongsi yer..

1. Asas Panduan
1. Khemah
Tujuannya utk memudahkan menukar pakaian dgn selesa, menyimpan alat2 eksklusif wanita dan utk
tidur ... pastikan ada alas tidur selain drp selimut.

2. Fobia serangga
Bawalah alat penghalau serangga pastu spray je .. janganlah terjerit2 atau berteriak dlm hutan terutama
tempat yg banyak pacat .. kalu di Hutan Kabili di atas tanah je sama ada trail atau di pondok 1, pondok 2
dan pondok Bukit Jalil..
jgn mengasi malu kumpulan yer. Cuba atasi nya dgn keberanian ..

3. Bekalan air yg mencukupi


Pastikan cukup sebab bukan utk minum sahaja tetapi utk basuh muka, gosok gigi dan cuci anggota lain
terutama selepas qadha hajat.

4. Tisu lembap
Alternatif selain air utk lap2 badan, peluh yg melekit dll. Carilah yg bersaiz kecil mudah dibawa dan
berbau wangi.

5. Tuala kecil dan Tuala Wanita


Tuala kecil utk lap peluh malah digunakan utk tutup kepala dan muka lindung drp panas mentari. 'Trail
neraka' p LMD drp Sundang.
Cuci tuala wanita setelah digunakan, jika tidak akan menghadirkan makhluk halus yg sukakan benda
kotor dan najis. Boleh juga diletakkan dlm kasut sebagai span tambahan utk keselesaan semasa jalan.

6. Alat Make-up
Bawalah yg ringkas sahaja dan gunakan bekas kecil utk muat dlm ruang bagpack dan tidak
memberatkan.

35
7. Pakaian Mandi
Sekadar kain batik sarung jer. Boleh juga dibuat penghadang khusus utk kawasan wanita mandi .. yg
pendaki lelaki tu jgnlah menyubuk plak atau kalu menemankan durang mandi jgnlah tengok pendaki
wanita mandi, eloklah membelakang sambil perhati sekeliling takut ada bahaya mengundang spt
binatang mau minum atau dahan ranting reput menanti jatuh gugur.

8. Telekung nipis dan sejadah kecil


Solat wajib ditunaikan biarpun dlm trail. Ambil wudhu boleh guna spray jer utk anggota yg wajib sahaja.

9. Buddy
Pastikan sentiasa ada kawan dan jangan bersendirian .. mau p mana2 mandi, qadha hajat dll.

10. Tuala Labuh


Lagi bagus jenis microfiber yg nipis senang kering, senang lipat dan tidak makan ruang dlm bagpack.

11. Tudung Ringkas


Jenis yg ringkas tidak perlukan banyak guna pin dll hanya tinggal sarung je. Bukan mau p tempat
perkahwinan pun atau Mall.

12. Bebaskan tangan


Janganlah memegang benda yg kurang perlu spt kipas angin atau botol air dll. Tujuan memudahkan kita
berpaut semasa pendakian atau memegang tangan kawan yg membantu kita semasa mendaki atau
menuruni bukit

... ada sambungannya lagi tu

Rujukan penulisan di ats daripada Kitab Pendaki Gunung hasil karya Brig Jen Dato' Dr Mohd Radzi Bin Hj
Abdul Hamid.
Bab 7 Pendaki Wanita (halaman 104 - 111)

______

jangan lupa amalkan


3W : (Wash/ cuci, Wear/pakai, Warn/amaran)
Elak 3S/3C (Sesak/Crowded places, Sempit dan tertutup/Confined Spaces, Sembang dekat2/Close
Conversation)

Patuhlah kepeda S.O.P. sebagai norma baharu.

36
Sketsa Dunia Hiking Sdkn
Part 20 (Proses Menjadi Hiker Berilmu dan Berkemahiran - Pendaki Wanita) Siri 2

Ada beberapa kisah pendaki wanita Malaysia yg boleh menjadi inspirasi kita.

1. LK1 Kom Siti Hanisah Sharuddin merupakan wanita Islam pertama tawan Gunung Everest pada Mei
2013.

2. Nur Umai Sarah Sameaun, sesat 19 hari dlm ekspedisi ke puncak Gunung Tahan pada Februari 2008
mampu bertahan dan tanpa makanan sehinggalah dijumpai. Pada masa itu merupakan mahasiswa
UiTM.

3. Sara Sofea Muhammad Illaham tawan Gunung Elbrus, Russia (5642 meter) pada 2019. Pelajar
tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.

____

2 Kesilapan Pendaki Wanita

1. Jangan bawa beg peralatan make up ke dlm hutan

2. Tingkah laku yg keterlaluan atau mengada2 - gedik la tu

3. Pendaki wanita yg terlalu mengharapkan pasangannya - baru bercewek kut lainlah kalu suaminya

4. Takut mandi di sungai kerana rasa diintai Etika hikers tidak boleh lihat pendaki wanita yg sedang
mandi.

5. Pendaki wanita harus kental dan berhati waja. Tabah teruskan pendakian hingga ke puncak dan
pulang dgn selamat.

6. Jangan memakai pakaian yg keterlaluan menjolok mata

7. Jangan malas ke dapur

8. Jangan membawa terlalu banyak gajet

9. Membawa novel tebal Boleh bawa buku yg nipis kerana tiada banyak masa utk membaca buku.

10. Bawa beg dompet besar Tidak perlu bawa cuku muat utk bawa dokumen utama dan sedikit wang.

11.Jika uzur (period) bawalah tuala wanita siap2. Cuci bersih sebelum ditanam.

Rujukan penulisan di ats daripada Kitab Pendaki Gunung hasil karya Brig Jen Dato' Dr Mohd Radzi Bin Hj
Abdul Hamid.
Bab 7 Pendaki Wanita (halaman 104 - 111)

37
Sketsa Dunia Hiking Sdkn
Part 21 (Proses Menjadi Hiker Berilmu dan Berkemahiran - Pendaki Wanita) Siri 3

lama betul nda munculkan diri mencoret kisah hiking ni kan.

ya kan p mana la tu kunun

nda ke mana2 juga. kan masih PKP ni esok lusa baru tau apa keputusan selepas 4 Februari.

tapi kan napa senyap jak B? baca news dlm 2-3 hari dah 5 ribu kes positif kan ...

tu la duduk jak di rumah. BDR jak sambil membaca buku mencari info dan maklumat yg mau kongsi
bersama nanti.

B macm di Serawak dan Johor ada tempat yg dah kena PKPD tu.. makin teruk nampaknya kan agaknya
nanti lepas PKP ni kompom terus PKPB ..

janganlah minta begitu nanti ketat lagi penguatkuasaan payah mau gerakan, banyak sjr, kena BDR dll.
bagus kita doa dan bantu kerajaan dgn duduk d rumah sahaja, kalu mau keluar rumah mesti ada
keperluan dan kewajipan spt membeli barang keperluan harian, kerja d pejabat dll.

ya betul tu B. jadi apa topik kali ni, ada kah?

masih lagi sambung yg pasal hikers wanita. makin ramai yg suka join hiking dan aktiviti luar. kita kongsi
jak satu penulisan yg menarik dlm instagram.. bacalah dan hadamkan.

_______
TIPS WANITA HIKING

Zaman sekarang ni ramai wanita diluar sana yang lebih gemar buat aktiviti outdoor trutama hiking,
berikut 16 tips buat anda kaum hawa semasa dihutan.
.
1. Pendaki wanita perlu menjaga diri dari segi pergaulan yang bercampur
Apabila tidur bawah fly, pastikan tidur rapat-rapat bersama kaum hawa yang lain dan pastikan ada
separation dengan kaum lelaki.
.
2. Baca surah Al-Fatihah dan 3 Qul sebagai pendinding diri sebelum mula trekking. Ini disebabkan
makhluk halus dari alam lain lebih tertarik kepada kaum hawa, lebih-lebih lagi di dalam hutan. Ingat,
hutan adalah tempat mereka, bukan tempat kita.
.
3. Wanita yang datang bulan, tolong jaga tuala wanita sebaik mungkin kerana makhluk dari alam lain
juga turut sukakan benda kotor. Jadi, pastikan cuci tuala wanita sehingga bersih kemudian bungkus dan
asingkan.
.
4. Di tempat yang tak ada air, kaum hawa yang datang bulan boleh gunakan kaedah bungkus dengan
surat khabar

38
Selepas itu, masukkan ke dalam plastik dan balut bungkusan surat khabar ulang perkara yang sama 2x,
kemudian simpan di tempat tersorok. Salah satu tempat yang sesuai ialah di bahagian water
bladder/H20 di dalam beg.

Pada waktu malam, pastikan tidur dengan beg dijadikan sebagai bantal. Barang peribadi sebegini perlu
dijaga seelok-eloknya bagi mengelak daripada diganggu.
.
5. Minta maklumkan salah seorang kawan perempuan bila mahu ke sungai tengah malam atau nak
buang air
PENTING: Jangan pergi ke mana-mana pada waktu malam berseorangan, baik perempuan mahupun
lelaki. Begitu juga pada waktu siang. Sentiasa pastikan anda berteman.
.
6. Sila simpan tisu/wet tissue yang digunakan dan masukkan ke dalam plastik kecil berbungkus.
Walaupun hanya tisu, anda tidak sama sekali digalakkan untuk membuang atau menanam tisu kotor di
dalam hutan. Wet tissue boleh dicuci bersih-bersih di sungai. Jika perlu, bawa sabun mandi lebih sikit.
.
7. Sebelum masuk hutan, anggota badan perlulah bersih dan suci daripada segala hadas. Pesanan
PENTING untuk lelaki dan perempuan: Mana-mana pendaki sekali pun mesti kena mandi wajib dulu
sebelum masuk hutan. Makhlus halus lebih cenderung untuk mengganggu manusia yang tidak suci
tubuh badan.
.
8. Macam mana kalau diserang period pain ketika di dalam hutan?
Saat kesakitan pinggang yang teramat sangat, minta buatkan air panas. Air panas/suam sangat mujarab
dalam melegakan kesakitan.

Minta juga bantuan kaum adam untuk membawa sedikit ration/makanan untuk meringankan beban
beg. Period pain ni memang sakit sangat. Jadi kaum lelaki minta beri kerjasama ya.
.
9. Jangan lupa bawa kain batik atau kain pelikat
Kain batik boleh dijadikan tuala mandi. Dengan ada kain juga, urusan tukar baju akan jadi lebih mudah
buat kaum wanita ketika emergency.
.
10. Parut adalah musuh kaum wanita selepas terkena gigitan, and sunburn too!
Boleh sapukan bio oil atau virgin oil untuk hilangkan parut. Kulit yang terkena sunburn juga boleh
dikurangkan dengan bio oil dan Aloe Vera. Selamat mencuba!
.
11. Terus JERIT jika diganggu oleh lelaki gatal/miang yang cuba mengambil kesempatan
Mana-mana kaum hawa yang diganggu oleh lelaki yang cuba mengambil kesempatan, terus jerit atau
mengadu pada gogo/guide dan minta asingkan diri.

Jangan rasa takut dan biarkan keadaan begitu berterusan. Anda ada hak. Fight! Go girls!
.
12. Kawal emosi di dalam hutan dan jangan mudah menangis
Dalam keadaan yang lemah dan vulnerable, makhluk halus akan lebih mudah mengganggu diri kita.
Rehatkan diri, take 5 and chill, kemudian teruskan melangkah dengan semangat yang positif.
.
13. Fakta: Wanita lebih mudah terkena hypothermia (kesejukan melampau)

39
Pakai stokin berlapis dan tutup ubun kepala sewaktu tidur malam. Untuk panaskan badan, minum air
panas sebelum tidur.
.
14. Kaum hawa yang tak reti masak, apa yang perlu anda buat?
Lumrah menjadi hikers wanita untuk membantu di dapur semasa orang memasak, tidak kira sama ada
anda reti masak atau tidak. Yang mana tak reti tu, rajin-rajinlah bertanya dan jangan takut untuk
mencuba.
.
15. Bila kaum lelaki suruh kaum wanita mandi dulu, janganlah ambil masa terlalu lama seperti mandi di
rumah
Itu tanda hormat kaum lelaki kepada kaum wanita. Masing-masing akan rasa melekit dan busuk. Jadi,
gunakanlah masa itu sebaiknya. Kesian kaum lelaki.
.
16. Bagi yang suci, jagalah Hubungan kita dengan Allah S. W. T solat jangan Tinggal walaupun dihutan
barulah berkat perjalanan tu, Islam ni permudahkan boleh je jamak kalau kena dengan syarat.. tiada
alasan untuk tidak solat kecuali keuzuran.. sekadar renungan. 😊

Yang penting, perlulah give and take, and respect each other. Barulah pengalaman hiking jadi seronok!
Selamat mencuba.

Boleh follow I. G saya : Terima kasih 😊https://www.instagram.com/suesyai

#wanitasederhana #wanitadangunung ♡sue♡

40
Sketsa Dunia Hiking Sdkn
Part 22 (Aktiviti outdoor luar Sdkn) siri 1

B lama dah mau tanya ni tapi teda kesempatan plak.

apa tu?

jangan marah ya .. mungkin agak peribadi sikitlah soalannya.

nda pa bah! tanya jak .. kalu boleh jawab nanti dibagi tau juga jawapannya.

anu bah.... bila start join dlm dunia outdoor ni maksudnya hiking lah.. marah kah??

hmmm nda lah. ni ke soalan yg peribadi tu?

yup.. tanye jer tak boleh ker????

macam dari skuL jugak pastu sambung belajar d U terlibat dgn beberapa persatuan anak negeri join yg
eksplorasi masuk hutan dan ada kursus bina jati diri d kem janda baik.. mungkinlah yg membina minat
sukan hutan dan aktiviti rekreasi luar.

tahun 1998 mula naik G Kinabalu pastu layan masuk Lembah Danum d Lahad Datu bermalam di hutan
dara panjat pokok lebih 100 meter ketinggiannya. memang bikin gayat, nasib baik tangganya ada besi
keliling utk keselamatan pendaki, sampai atas ada pelantar utk santai rehat sambil tengok keliling hutan
360 darjah..

2013 sekali lagi naik G Kinabalu tapi ikut trail mesilau.. memang snie tambah beberapa kilometer dan
bertemu di satu simpang pertemuan antara trail timpohon/ ranau dan mesilau utk terus naik panalaban.
untung sape yg dapat naik ikut trail mesilau coz dapat 2 sijil yg penting berwarna maksudnya dapat naik
sampai puncak..

syiok plak kan durang cerita ikut trail mesilau..

yup tinggal kenangan coz tahun 2015 yg tanah runtuh gempa bumi telah merosakkan trail mesilau,
malah ada satu batu besar macam tersangkut betul2 atas panalaban (kalu tergolek ke bawah.. tak nak
kata apa lah memang berisiko tu hostel di bawah).. dari anak sungai trail p G Tambuyukon pun kita
boleh lihat impak gempa bumi yg telah berlaku. ramai yg terkorban terutama warga Singapura. sejak
kejadian tulah kita ada mosar (mountain search and rescue) terdiri drp malim gunung yg telah
berkursus dgn pasukan bomba dan penyelamat dan layak memakai uniform bomba, iaitu mosar. inisiatif
utk beberapa tempat berkumpul zon selamat dan tempat mendarat helikopter utk bantuan kecemasan.

aik panjang plak story B, tapi kan belum jawab soalan ni.

yg mana la kunun??

hmmm bila mula join yg gerakan luar??

41
oo ya kan .. macam tahun 2016 join 3 bukit satu hari anjuran Sabah Edu Team yg diterajui Adi Lingka..
disitulah mula kenalan dgn idol runners/ hikers Sabahan ehsah seri wiwie cabel dll lupa lah. lepas tu
layan COS (center of Sabah) d Tongod. tapi masa ni belum ada pintu gerbang papan tanda kayu yg besar
tu. papan tanda masuk pun kecil jak sampai terlajak d kawasan kem/ kilang maxland.. hmmm jauh
tersasar. tapi dapat jugalah naik COS.
tapi kan yg best bila dapat join keluarga besar Hantu Bukit (sekarang durang pakai nama Hantu Bukit
Outdoor HBO) dan team PHLD jamali jamal.. bermula snielah makin aktif main luar Sdkn .. ada trip naik
Gunung atau layan bukak trail bukit baharu utk aktiviti hiking. kalu dgn Hantu Bukit join utk trip yg
makan masa agak lama 3H2M/ 4H3M macam G Trusmadi via Sinua, G Tambuyukon, Eksplorasi 3 Gadis
Tawau (G Lucia, G Magdalena & G Maria), Batu Punggul & Gua Tinahas Nabasan, Bukit Madai & Tisop,
Mantapok Sting, G Kinabalu, Panchang Xtrail, air terjun dan Bukit Tawai, S2K (G Sinsing & Kaingaran) dll.
kebersamaan dgn team PHLD banyak eksplorasi bukak trail baru macam bukit klasik, bukit seruling, bukit
mashi (terusan), tabahbatu, hijobilu, camping & hiking SCCA, Bagahak 1 & 2, Tabin Wildlife Reserve dll.
ada juga terjoin anjuran team Sweet Hikers naik G Trusmadi via Apin2 & air terjun dan Bukit Tawai serta
Panchang Xtrail (Bukit 38, B Lipan, B Panchang dan B Akar)

pergh gilak B. banyak tempat dah p kan.

banyak lagi yg belum naik tu. tapi bikin penat layan trail banyak pakai duit..

berbaloi juga kan join durang.. dapat kenalan dan pengalaman trail. bagus tulis travellog tiap satu yg
pernah ikut. boleh buat rujukan atau panduan org yg mau naik nanti. kalu omputih durang ada nota
harian tarikh / masa / tempat / laporan cuaca semasa keadaan tempat tu / peristiwa / kejadian yg telah
berlaku dan aktiviti yg telah dibuat..

nda buat begitu lah .. memang silap lah kan. tu la sekarang ni try refresh balik tempat yg dah p masuk
dan rasain. palan2 buat catatan memori yg makin hilang.

laparlah B .. jom kita makan.

eiii mana boleh makan d restoran .. tapau jak / take away jer kan masih pkp. malah dilanjutkan hingga
18 Februari 2021.
kita orderlah kan kepci mau kah makan nasi atuk jer..

yelah.. 3 tapau yer..

napa 3 plak ???

utk tambah la .. lapar betul ni

...bersambung lagi

42
Sketsa Dunia Hiking Sdkn
Part 23 (Aktiviti Outdoor Luar Sdkn) Siri 2

dah try kah kambeng perap yg c Kath jualan B

belum napa la kunun.

sedap tau kemarin beli 4 bungkus.. tinggal grille jer kalu malas sangat boleh jugak stimkan dia..next time
kita bawak p haiking & camping B

hmmm dah lah makan nda membawa pastu citer plak kesedapannya makan sorang2..

mana ada makan sorang.. sembarang jak cakap .. kemarin bilang mau sambung yg jalan2 travel outdoor
luar Sdkn..

yaaa penatlah kalu p main luar tu..


kalu program mula pagi sabtu, hari Jumaat kena ambil cuti sehari coz mau gerak p lokasi bukan dekat..
kalu sebelah KK atau Tawau..
makan masa tu mau 6 - 7 jam juga .. ada rehat singgah makan solat
selalunya sebelah petanglah lepas solat Jumaat terus gerak..
barang-barang (pakaian/ peralatan memasak/ bahan makanan minuman / peralatan taktikal dll) kena
packing awal .. ready dan sentiasa standby

perghhh.. apa la yg selalu dibawa tu B kalu ikut trip luar

barang taktikal spt pisau / lampu suluh / head lamp/ tongkat / sleeping bag / emergency blanket/ dll
barang perubatan spt minyak batu/ spray atau krim utk cramp/ dll
barang peribadi spt sabun mandi/syampu - simpan dlm botol kecil (banyak jual d DIY/ OneStop) berus
gigi/ ubat gigi/ dll
pakaian bagus simpan dlm beg plastik zip lock asinglah utk siang dan malam maksudnya kalu siang
kompom basah oleh peluh atau harung anak sungai/ air terjun dll ..cuci sikitlah di campsite atau tempat
rehat esoknya boleh pakai.. yg malam tu pakaian keringlah utk selesa tidur sebelum sambung perjalanan
esok pagi.
bahan makanan & minuman bagus ada water bladder 2 liter, pastu ready jak dlm 2 botol besar air
mineral, makanan tenaga macm power bar/ coklat/ nasi makanan tin. kalu pakej yg kita ikut ada
disediakan makanan ringan sikit bawak barang. kalu tiada kompom mampus pewai habis tu..

banyaklah yg mo dibawa tu kan B.. berapa beratlah beg?

biasanya kalu loading semua barang tu dlm 15 - 20kg je. perjalanan utk sampai campsite nda tentu .. ada
yg dlm 10-12 km je ada yg lebih juga tu.

kompom penat kan B ..

43
layan je trail jalan terus jgn berhenti lama .. langkah pendek2 jer terutama bila naik bukit mendaki. itulah
pentingnya kita training bawa beban .. mulakan dulu bawak beras yg 5kg pastu kalu dah biasa bawa plak
yg 10kg.. nanti bila main trip luar ndalah terasa sangat coz dah biasa bawa beban ...
sambung esoklah la mau p delivery parcel org ni.

kbai..

.... sambung lagi ker (lone ranger hiker)

44
Sketsa Hikers Sandakan part 24
(Aktiviti Outdoor Luar Sdkn) siri 2

G Tambuyukon atau Tamboyukon terletak di pantai barat daerah Sabah. Ia merupakan ke-4 tertinggi
dlm negeri dgn ketinggian pada aras 2579 m, sebelah utara G Kinabalu. Jarak drp Stesen Monggis sampai
ke puncak dlm 14km je. Tapi trip ni paling giler lah coz :
1. kompress trip
2. 22 jam je utk habiskan trip..
hmmmmm (tulah sape suruh join team HBO)

Trip ni memerlukan mental dan fizikal yg kuat (fit dan ada stamina) sebab sepanjang perjalanan kita
akan melalui pelbagai bentuk muka bumi yg ada di Sabah berkumpul di sini cth.. trail hutan, berakar,
batuan, harung/ jurang, permatang, mossy (berlumut) - pokok/ batuan, anak sungai , air terjun, batuan
(dikatakan batu laut - mesti heran kan gunung tapi batu laut (?) .. kawasan yg dipanggil rock garden,
puncak teda view cuma papan tanda jak.. macam yg di puncak Kaingaran atau Magdalena dan Maria..
jika mau lihat pemandangan yg menarik turun bawah sikit akan dapat latar belakang Aki jika tidak
berawan tebal/ kabus2 la.

Pastu bawak resen makanan minuman, barang taktikal spt khemah/ sleeping bag/ lapik tidur/
emergency blanket/ pakaian kering .. jgn lupa jacket kalis sajuukkkkk. bagus kamurang ready jak spray
pacat .
Kalu mau join trip ni biasanya terhad kpd 9 org maksimum .. kalu nda larat pikul barang sendiri ada jugak
porter .. yaa bagi durang duit bah cari makan..

Berikut adalah Shelter & Camp yg ada sepanjang trail Tambuyukon..


1. Starting point Sub Stesen Monggis, Kinabalu Park juga.
2. Kulat Shelter km2.2
3. Kera Shelter km4
4. Wuluh Camp km6 (834m)
5. Kepuakan Camp km8 (1005m)
6. Musang Camp km10.8 (1524m)
7. General Camp km12.6 (2134m)
8. Rajah Camp km13 (2347m)
9. Puncak G Tambuyukon km14 (2579m)

Pilihan utk berehat ialah di Kem Kepuakan... pasang khemah dan masak2 sana utk makan malam ..
makan tengahari di anak sungai sebelum Kem Kepuakan. ada sambal bilis AT Perantau dan trade
marknya epal eijo. Ntah trail mana tu terserempak dgn segerombolan babi hutan limpas.. naseb teda
kengkawan yg disondol babi. fuhhhh kus semangat.

Gerakan malam ada tu sleeping beauty kat Kem Jeneral kalu tak silap ingatn la.. pelbagai aksi snie.. tido
duduk lah ada yg tak peduli cuaca yg sejuk dan penuh pacat baring lena hampir 1 jam tu..

Pastu gerak pantas naik p puncak.. sunrise attack kunun la.. paling ngeri d Rock Garden .. sampai ada yg
macam dah give up tak mau teruskan kepenatan dan sakit kaki tuuu.. tapi racun team HBO ni bikin

45
terbakar semangat macam citer Tamil org mati pun boleh hidup balik dan berlwan dgn musuhnya..
perghhhh kemonnn sikit lagi sampai puncak .. 5 minit lagi bang.

dah sampai puncak .. yahoooo.. akhirnya nda sia2 bayar mahal2 trip (lagi mahal naik Aki tau) training
loading beban .. yup PUAS HATI .. say : "AL-HAMDULILLAH" diberi kesempatan menikmatinya.

pastu turun laju.. (berlari2 kunun) macm area di laluan Jeneral Camp ka dikejar tabuan / penyengat (?) ..
kena suntikan naseb satu je ..berlarian tersandung kayu disiku dgn kawan, tu yg jatuh terlentang
distulah disuntik tabuan.. adoii. Sweeper Kacak hilang satu glove ..dijumpai oleh Battak Lallo team yg
dbawa oleh Hafiz .. berjumpa dgn durang d Kera Shelter kalu tak silap la.. betoi ka Adam Nasri
Kenangan kenak suntik ni ada kawan 7 suntikan, guide pun kenak suntik di kepalanya padahal pakai cap.
Paling lucu kwan yg jaln pingkak (sakit kaki punya pasal tidak boleh jalan biasa) boleh berlari lurus tanpa
terhincut2.. memang ajaib kejadian .. satu lagi boleh berlari coz tiada bawak beban ..hanya bekalan air
jak / camera la utk gambar2 view (padahal guna henpon jer)

sampai Kem Kepuakan, bersiap mandi siram kawan yg sambut harijadi .. aiiikkl betoi ka tu Sufian Mohd
Ali.. packing barang gerak p Stesen Monggis.. sempat singgah d air terjun.. yaa foto2 mandi2 kasi basah
badan.. ada satu tempat kuat line tenet benti kejap la post2 apa yg patut (update status la tu.. hmmmm)

paling best kalu dibelakang ni ada guide.. sembang kencang pengalaman trail/ pengurusan dll. respect
durang guide (malim gunung) dan porter (tukang bawak barang/ beg peserta). malah dah nampak
Stesen Monggis pun benti kejap coz banyak story belum habis. Kengkawan lain berlarian .. sebab ada yg
mau cepat balik Tawau.

Kita main trip luar ni utk kenal terokai dan alami sendiri tempat tu, kenalan dgn guide/ porter sambil
kongsi cerita. Antara kisah 7.00 malam - 7.00 pagi (team guide jak ni.. try fitness / uji trail.. jln malam)
ada jugak boleh kejumpaan daun palas dlm hutannya sebelum simpang yg p Nambuyukon (trail ni
ditutup - kalu mau naik G Nambuyukong 1603m, starting point d Stesen Serinsim Kota Marudu...
nantilah kita story sana k)
Pesertanya memang fit dan kuat berlari walaupun loading barang 15 - 20kg no hal punya.. butul ba
bukan dunia tipu2.. ada satu trail yg batuannya berlumut macam yg kat area mt walker dekat air terjun
tu, so mau jadi cerita trylah berlari2 kunun tetiba ada yg follow dibelakang berlari jugak jarak 50sen jer
mcm lumba kereta plak.. terus bagi laluan hmmm c piyan tu..

... penat ni.. mana tu musangking kering (mahal ni produk - satu kotak MYR20.00 baru berapa jak tu.
Durian yg keringkan macam yg nangka madu kering la.. makanan rare ni)

Pemburu Khazanah Alam


ma lam yazuq lam yadri
Sandakan Hikers
no one left behind
Hantu Bukit Outdoor
you will never understand if you are not one of us

46
Sketsa Hikers Sandakan
(Marathon hiking camping hiking)

B ada mana??? Jom sarapan dulu kon lo mee udang di Restoran Tokyo.

Ha ngamlah tu, jumpa sana jap lagi..

Snielah tempat mo cari tart telur yg panas2.. sebab tulah dah viral sebelum ni dlm medsos.

P mana hari ni B??

mau masuk tu xtrail POIC la. Mau check kawasan yg durang tanda dan tulis namanya. Lagipun lama tak
lawat pacik Arka .

Ada mo kirim dgn pacik Arka blei kah

Apa tu? Blei bah kalo ko mau kirim barang..

Anu bah .. pakaian hiking baju dan seluar. Sian tengok dia pakai yg baju biru Sdk Hiker jak kalu bawak
team hiking naik sana. Jgn lupa tanya saiz kasutnya mana tau ada bandel mur2..

Ooo yelah nanti diatur .. manalah tau ada sponsor kan cigu hisam tokey bandel tu.

B mau tapau kah tart telur ni buat makan2 nanti..

Boleh jugak.. tapaukan juga utk pacik Arka.

Camne story sejarah Bukit POIC tu B.

Jumpa pun nda sengaja la. Masa tu mau carik air terjun yg nampak dari jalan raya di Ulu Sibuga sebab
ada kawan bagi tau durang ada nampak. Masuk dgn dini segara dan ajul. Tahun 2017 kalu tak silaplah.
Masa ni cuma terjumpa kolam air ikut laluan sebelah kiri rumah tinggal tu...

Next projek dgn beberapa kawan cuba masuk radu sana dgn bantuan pacik Arka.. masa tu bikin
jambatan kayu .. tak gitu apeng abdul rasis abdul wahab sambil marking dgn cat kuning dan merah di
pokok.

Sebenarnya laluan sudah ada dibuat oleh pendaki lain terutama trail yg dari area Jabatan Air ..ramai yg
suka naik trail ni masih kekal hutan walaupun melimpas pokok2 kelapa sawit yg banyak sebelum masuk
hutan.

Apa yg menarik dan daya tarikan utama di sini ialah


1. lumut karpet selepas puncak 1 (dijenamakan semula sebagai peak 3 sebab ada ditulis di selotep
kuning) ia juga terdapat di permatang yg dinamakan sebagai peak 1 (ditulis di selotep kuning)
2. Pokok2 renek yg terdapat di kawasan pergunungan spt G Kinabalu juga terdapat di sini. (Di Sdkn
pokok jenis ini boleh didapati di Bukit Sim Sim, Bukit Pulau Berhala, Mt Walker dll)

47
3. Aliran anak sungai yg menghasilkan jeram dan air terjun.
4. Beberapa gua yg agak dalam dan sempit utk masuk lebih dalam. Apabila disuluh nampak
berterbangan kelalawar (?) burung layang2 (?)
5. Ada juga sumber mata air secara semulajadi kerana air tersebut memancut keluar dari tanah.

Saban minggu ada sahaja aktiviti hiking masuk sana .. biasanya loops trail peak 1 & terus peak 2.
(panggilan lama sebelum dijenamakan semula baru2 ni)

Malah aktiviti hiking malam juga sering adakan di sini .. cuma aktiviti perkhemahan belum pernah
diadakan lagi setakat ni.

Habis aktiviti hiking d POIC tu sambung lagi dgn aktiviti perkhemahan d Hutan Leila

Memang la di Hutan Leila banyak pilihan utk aktiviti perkhemahan ikut pilihan masing2 sama ada mau yg
jarak dekat atau jauh atau dekat dgn sumber air.

Bawak bekalan makanan minuman peralatan kanvas hammock flysheet peralatan memasak dll.
syiok kongsi ilmu dan pengalaman dlm dunia outdoor.

Pastu misi disambung lagi dgn masuk p air terjun leila yg dijenamakan sebagai air terjun bukit trig. Boleh
juga masuk ikut jalanan di atas stesen petronas atau laluan biasa masuk dari trail depan futsal sdkn.

Memang syiok kawasan air terjun ni utk mandi manda di bahagian bawah sebab ada kolamnya dan ada
lagi di tingkat atas ada masuk gua laluan air mengalir...

... sambung nanti lagi yee story.

48
Sketsa Dunia Hikers Sdkn
(Tunaikan kewajipan kpd ILahi dimana jua)

Apabila kita melakukan sebarang aktiviti outrec dan harian jgn lupa kewajipan solat. Solat boleh
dikerjakan/ dibuat semasa dlm perjalanan atau semasa singgah d checkpoint atau sudah sampai
basecamp/ hostel atau camp site tempat aktiviti kita sebelum meneruskan perjalanan aktiviti mengikut
masa yg ditentukan.

Syarat Wajib Solat Fardu


1 Islam
2 Baligh
3 Berakal
4 Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat Sah Solat


1 Menutup aurat
2 Yakin masuk waktu
3 Menghadap kiblat
4 Suci daripada hadas kecil dan besar
5 Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat

Penentuan arah kiblat dalam hutan


1. Gunakan kompas / gps.
Tahu arah benar utara, kemudian tentukan arah barat dan barat laut (kedudukannya antara barat dan
utara) setelah itu tandakan arah barat barat laut itulah arah kiblat. Atau gunakan gps cari arah 292.9•
inilah arah kiblat bagi Malaysia.

2. Lihat kedudukan bintang orion.


Dikenali juga bintang 3 beradik iaitu bintang mintaka, al-nitak dan al-nilam). Ia berada di posisi satu baris
lurus yang menghala ke arah kiblat.

3. Berpandukan lumut pokok.


Lumut di batang pokok biasanya tumbuh/ melekap pada batang pokok di sebelah barat kerana
terlindung daripada pancaran cahaya matahari. Separuh ke kiri dari arah lumut melekap adalah arah
kiblat.

Wuduk/Tayammum
1. Ambil wuduk sebelum beraktiviti dan pastikan TIDAK BATAL WUDUK. Boleh terus solat tanpa ambil
wuduk lagi.

49
2. Gunakan spray air ke atas anggota wajib wuduk, iaitu muka, kedua belah tangan, kepala dan kaki.
Spray air dan sapu ratakan sehingga semua anggota wuduk kena air.

3. Gunakan air mineral botol kecil dan berwuduk seperti biasa dgn sekali wuduk sahaja.

4. Jika tiada air langsung, boleh bertayammum. Iaitu dgn debu tanah sapu sekali di muka dan sapuan
debu tanah yg baharu utk kedua belah tangan.

Cara solat dlm hutan/ semasa aktiviti outrec.


1. Solat seperti biasa, iaitu bilangan rakaat yg sempurna maksudnya zohor 4 rakaat, asar 4 rakaat dll. Ini
dilakukan jika aktiviti dlm kawasan setempat sahaja dan tidak melebihi 2 marhalah (90km) perjalanan/
kembara safar.

2. Solat Jamak jika perjalanan utk aktiviti melebihi 2 marhalah. Solat jamak ialah himpunkan solat 2
waktu solat, iaitu solat zohor dan asar atau solat maghrib dan isha. Ia boleh dilakukan/ dikerjakan di
waktu pertama dinamakan solat jamak taqdim contoh solat zohor dan asr dibuat dlm waktu zohor /
solat maghrib dan isha dibuat dlm waktu zohor. ATAU dibuat dlm waktu kedua dinamakan solat jamak
takhir contoh solat zohor dan asr dibuat dlm waktu asr / solat maghrib dan isha dibuat dlm waktu isha.

3. Solat Qasar. Iaitu memendekkan solat yg 4 rakaat spt zohor, asr dan isha menjadi 2 rakaat sahaja.

4. Solat Jamak dan Qasar. Solat ini hanya boleh dibuat dlm situasi safar/ kembara jalan jauh melebihi
90km. Iaitu menggabungkan kaedah jamak dan qasar sama ada jamak taqdim atau jamak takhir.

Semoga bermanfaat buat kita semua dan menambah ilmu pengetahuan.


Tunaikan kewajipan kepada AlLah TANPA GAGAL dimana jua.

50
Sketsa Hikers Sandakan
Hikers berilmu pengetahuan dan berjiwa besar.

Assalamualaikum B ..ada mana lama tak kabar?

Bertapa dok dlm gua lah

oo patutlah teda update story morie..

yelah ambil masa utk refleksi dan jalan solusi terbaik upgrade diri dgn ilmu iman dan amal.

alhamdulilLah gitulah yg sepatutnya kita praktiskan kan ada nabi saw cakap "tuntutlah ilmu sejak lahir (
minalmahdi) hingga kematian ( ilallahdi)"

yup ngamlah tu. itulah namanya yg orang sekarang sebut pembelajaran sepanjang hayat.

jadi apa yg B buat masa dlm gua tu.

ala mo kasih tau kah ?? hmmm

mestilah supaya org lain pun tau dan perbaiki diri tambah nilai dlm jiwa dan diri.

ala nantilah kita kongsi pengkisahan yg dlm gua tu .. tapi kali ni ada satu komentar dari otai lama MK
Rahman yg boleh kita kongsi dan ambil iktibar .. terutama bagi kita semua hikers Sdkn khususnya dan
seluruh dunia amnya serta mereka yg mau giat aktif dlam dunia hiking. Perkongsian tuan MK Rahman
adalah berdasarkan situasi dan lokaliti yg telah berlaku di Semenanjung Malaysia tapi kita boleh pelajari
dan adapte di Sdkn juga.

Selamat membaca kerana MEMBACA AMALAN MULIA

_______
Sedikit Pesanan kepada yang baru berjinak2 dengan hiking
Mengurangkan Risiko Tersasar Trek Dalam Hutan

Dah boleh hiking balik so elok kita ulang kaji sedikit peringatan. Pasal nak elak tersasar dari trek ni
semua orang dalam satu tim, individu, rakan dan guide, kena mainkan peranan, kena bertanggung
jawab. Saya bukan expert sangat tapi saya share sedikit sebanyak apa yg saya tahu dan kita bincangkan.
Yg baik jadikan pedoman, yg salah abaikan.

1. Tanggung jawab kepada diri sendiri.


Selain persiapan biasa untuk hiking, setiap individu perlu siapkan diri dengan ilmu. Kena tahu baca trek.
Tahu nak bezakan mana denai binatang dan mana rentis maanusia dan mana laluan air. Rentis manusia
pun ada main trail, ada trail untuk tengok view dan ada trek untuk gi uh uh. Sekolah tak ajar tapi masa
hiking selalulah bertanya dan perhati. Kalau denai binatang selalunya banyak ranting dan daun atas dari
paras pinggang melainkan laluan gajah la. Nak kena bezakan mana dahan jatuh atas trail dan yg mana
dahan digunakan untuk blok trail supaya jangan lalu.

51
Beri perhatian semasa hiking. Cuba ingat trek atau kalau tak boleh pun cuba ingat landmark, macam
pokok besar ke, pokok durian ke, puncak kecik dan lurah, cross sungai, bunyi air, dan macam2 lagi. Buat
peta landmark dalam kepala kalau boleh atau snap gambar ngan handphone. Ini boleh bantu masa kita
hike turun. Ada juga orang yang dah 10 kali pergi pun masih tak kenal trek. Jangan jadi macam tu.
Harapkan laki dia jer. Pecahkan trek kepada beberapa stage dan ingat masa yg dipakai, lebih kurang, di
setiap stage. Akan berguna untuk masa balik. Selalunya masa pergi elok jer satu group, masa balik
berpecah.

2. Tanggungjawab kepada rakan.


Amalkan buddy system. Kalau ada yg nampak nak gi sorang kedepan, remind dia atau minta dia
temankan kita. Kalau nampak ada yang tercicir tunggu dia. Selalu juga orang cakap “tak per, you pergi
dulu”. Jawab kat dia yg kita akan hike bersama. Hike satu kumpulan ni kalau ada masaalah, senang sikit
nak selesaikan. Binatang pun tak berapa berani nak rapat. Selamat sikit. Kalau apa jadi pun orang tahu.
Kalau off trek untuk kada hajat, tak lah ditinggalkan oleh sweeper sebab kawan ada tunggu.
Dan kalau buat silap pun ada audit. Dua kepala memang lagi baik dari satu. Kalau tiga apatah lagi. Saya
pun selalu orang belakang saya tegur “betul ke trek tu MK?”. Nasib baik dia tegur, kalau tak saya entah
kemana. Manusia tak lari dari kesilapan.

3. Tanggungjawab sebagai guide.


Tak kiralah guide professional atau just bawa kawan2 trekking. Itu pun guide juga, hanya tak berbayar.
Sebelum start buat briefing. Ada guide yang saja tak nak cerita pasal trail takut perserta takut ngan bukit
mencanak tapi bagi saya elok dicerita dengan sejelas mungkin setiap stage trail yg akan dilalui. Macam
kat Irau, beritahu pasal kena ikut boundary stone dan kalau jumpa trek tak berlumpur, patah balik. Tu
trek orang gi kencing. Beritahu kat mana ada simpang yg boleh tersasar supaya berhati2. Beritahu kat
mana nak kena regroup. Kalau buat short hike jer, beritahu kat mana tujuan hiking hari tu dan yg depan
jangan pergi jauh dari itu. Tandakan trek terutama masa cross sungai. Kat sungai kompius sikit. Tapak
kaki pon tak nampak kalau atas batu.
Amalkan system sweeper. Kalau group besar, buat pacing kumpulan depan supaya yg belakang tak
tertinggal jauh. Mana yg laju tu bengang sikit kalau buat ni tapi kalau kita bawak, hari tu dia kena lah
dengar cakap kita. Buat head count setiap satu atau dua jam.

4. Banyak lagi tapi orang lain lah tambah pulak

Artikel oleh MK Rahman

52

Anda mungkin juga menyukai