Anda di halaman 1dari 2

1.

Konsep pertahanan dan peperangan

Ketahanan adalah berkaitan tahan atau keupayaan menanggung deriata terhadap


sesuatu. Selain tu, ketahanan juga dikatakan keadaan yang tetap walaupun mengalami
pelbagai keadaan, sanggup menahan sesuatu, dan teguh hati. Dalam pada itu, ketahanan
terbahagi kepada dua iaitu ketahanan fizikal dan ketahanan spiritual. Ketahanan fizikal
merangkumi aspek-aspek lahiriah seperti kekuatan ketenteraan, manakala ketahanan
spiritual melibatkan ketahaan dalaman yang meliputi aspek agama dan moral.
Selanjutnya, pertahanan pula adalah berkaitan mempertahankan, membela, dan menjaga
keamanan dan keselamatan. Pertahanan juga merujuk kepada persediaan kelengkapan,
persenjataan, dan ketenteraan untuk mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman
dari dalam dan luar negeri.

2. Faktor-faktor berlakunya peperangan pada zaman Rasulullah

Faktor berlakunya peperangan pada zaman Rasulullah SAW ialah demi menjaga
keselamatan negara islam. Hal ini dikatakan demikian kerana tentera islam digerakkan
atau dibentuk sebaik sahaja ada ancaamn. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda
sendiri terpaksa membentuk tentera tatkala menghadapai ancaman Quraisy yang
mencetuskan Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Ahzab.

Faktor seterusya ialah menjaga maruah umat islam. Pada zaman Nabi
Muhammad SAW apabila maruah seorang wanita Islam dihina oleh Yahudi Bani Qainuqa’,
tentera Islam dihantar dan bertindak mengepung perkampungan mereka seterusnya
menyebabkan Yahudi berkenaan diusur dari bumi Madinah.

Faktor selanjutnya ialah mempertahankan diri dan meneguhkan kedudukan. Bagi


mempertahankan diri dari sebarang serangan atau ancaman musuh, maka orang Islam
dan Nabi Muhammad sendiri terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan diri.
Sebagai contoh, pencabulan orang Yahudi seperti Bani Qunaiqa’, Bani Nadir, dan Bani
Quraizah terhadap perlembagaan Madinah. Mereka sentiasa mengancam masyarakat
Islam Madinah.
Lantaran itu, peperangan pada zaman Rasulullah juga untuk mencari keamanan,
keadilan dan melindungi hak asasi kehidupan. Tujuan peperangan dalam Islam adalah
untuk menyebarkan keamanan dalam kehidupan manusia. Justeru , Islam hanya akan
memerangi golongan yang melakukan kezaliman dan enggan berdamai dengan umat
Islam. Dengan menghapuskan golongan ini, kehidupan akan kembali aman, keadilan
akan tertegak dan hak asasi kehidupan seperti harta benda, maruah dan nyawa akan
terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai