Anda di halaman 1dari 2

Huraikan etika peperangan dalam islam.

Pendahuluan

§ Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tidak dapat dielakkan seandainya agama,
negara dan maruah diri diancamoleh musuh. Hal ini bersesuaian dengan sifat agama islam yang
mementingkan kesejahteraan dan keamanan.

§ Walau bagaimanapun, ketika menghadapi musuh di medan perang, tentera Islam dikehendaki
mematuhi etika peperangan yang ditetapkan sama ada situasi sebelum, semasa atau selepas
peperangan.

Isi-isi penting

1. Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Islam hnaya membenarkan
umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat
terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera Islam hanya menunggu serangan musuh yang
menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.

2. Membayar cukai jizyah. Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di
bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki membayar cukai jizyah. Ia sebagai simbol balasan kerajaan
Islam melindungi harta dan nyawa mereka.

3. Mentaati arahan pemimpin atau ketua. Merupakan salah satu etika yang amat penting tatkala
peperangan berlaku. Hal ini bertujuan memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif.
Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud pada tahun 3 H akibat
daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan posisi yang
ditetapkan)

4. Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya. Dalam
ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi
atau pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini tidak
dikenakan jizyah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan
negara Islam.
5. Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dadrurat. Ini
menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat
seluruhnya. Ini terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta’if, harta-harta musuh Islam
langsung tidak diusik.

6. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati oleh setiap individu muslim yang terlibat
dalam peperangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Contoh yang paling ketara adalah
kesetiaan umat Islam terhadap gencatan senjanta yang diputuskan dalam perjanjian hudaibiyah.

7. Tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ini merupakan salah satu kaedah berdakwah yang
diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w kecuali bagi musuh yang benar-benar berbahaya.

Penutup:

§ Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan tentera Islam mempunyai
disiplin yang tinggi malah ia merupakan strategi dakwah secara halus yang dijalankan oleh para tentera
di medan perang.

Anda mungkin juga menyukai