Anda di halaman 1dari 14

Etika dan Strategi

peperangan dalam Islam.


01.Etika

peperangan dalam Islam


1. Tawaran kepada pihak musuh sebelum berperang.

a. Tentera Islam menawarkan kepada musuh sama ada


memeluk Islam atau membayar Jizyah sebagai simbol
kepatuhan terhadap pemerintahan Kerajaan Islam.

b. Peperangan akan berlaku seandainya musuh masih


berkeras dan memulakan serangan ke atas tentera Islam.
2.Larangan Memerangi Golongan lemah.

a. Tentera Islam dilarang bertindak atau memerangi


golongan kafir yang lemah, antaranya wanita, kanak-
kanak, orang tua, paderi dan pendeta.

b. Namun, seandainya golongan ini memainkan peranan


penting seperti penggerak atau pencetus perang,
tindakan keras sewajarnya boleh dilakukan.
3. Larangan merosakkan harta benda awam.

a. Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda penduduk


dan kemudahan awam kecuali dalam keadaan darurat.

b. Perbuatan memusnahkan harta benda musuh termasuk


membakar rumah penduduk, rumah ibadat dan kebun-kebun
tidak dibenarkan kerana ia bukan sahaja melibatkan kepentingan
awam, malah menyebabkan pembaziran, menjejaskan matlamat
perang dan sebagainya.
4. Mengutamakan perdamaian dan mematuhi perjanjian
damai.

a. Peperangan hendaklah dihentikan seandainya musuh


memohon perdamaian.

b. Contohnya, ketika Nabi Muhammad dan tentera Islam


berhasrat melancarkan serangan ke atas kota Makkah,
pihak musuh memohon perdamaian sehingga termeterai
Perjanjian Hudaibiyah.
5. Akur dan patuh kepada arahan ketua.

a. Tentera Islam diwajibkan akur dengan arahan ketua


demi mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak
dijangkakan.

b. Tentera Islam tidak boleh lari atau meninggalkan medan


perang melainkan dengan keizinan ketua.

c. Contohnya, kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud


berpunca daripada kesilapan tentera pemanah Islam
yang tidak mematuhi arahan Nabi Muhammad.
02.Strategi

Peperangan dalam Islam.


1. Menguasai Tempat Strategik
- Tentera Islam akan menguasai Kawasan punca Air. ( Musuh akan terputus bekalan air )
- Kaedah ini telah memberikan kemenangan kepada tentera Islam dalam Perang Badar
dengan Quraisy Makkah, walaupun tentera Islam hanya 313 orang sahaja berbanding
tentera Quraisy Makkah berjumlah 1000 orang.

2. Taktik Menunggu
- Tentera Islam akan menunggu kehadiran pihak musuh di medan peperangan.
- Apabila musuh datang, tentera Islam akan menyerang secara spontan.
- Taktik ini digunakan dalam Perang Badar.
3. Taktik Bertahan
-Taktik ini dilakukan apabila Salman al-Farisi mencadangkan sebuah parit digali bagi melindungi Kota
Madinah.
-Nabi Muhammad SAW menggunakan taktik ini semasa perang al-Ahzab (Khandak) iaitu tnetera Islam hanya
1000 orang dan tentera musuh seramai 10 000 orang.
-Parit digali untuk menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah.
-Pihak musuh yang tidak pernah menghadapi taktik ini menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru
hara serta ribut telah memecahbelahkan tentera musuh.
4. Taktik Mengepung
-Digunakan semasa tentera Islam menyerang Kota Taif. Kota Taif dikepung untuk sementara waktu bagi
memutuskan bekalan makanan.
-Tentera musuh yang dikepung akan diserang bertalu-talu sehingga mereka tidak mampu bertindak balas.
5. Taktik Tipu Muslihat
-Dalam Perang Khandak, Nabi Muhammad SAW menghantar Na’im bin Mas’ud
untuk melaga-lagakan golongan Quraisy dan Yahudi.

-Na’im Berjaya memainkan peranannya kerana beliau baru memeluk Islam tanpa
diketahui oleh musuh-musuh Islam.
6. Taktik Tidak Mengejar Musuh 7. Perang satu lawan satu
yang lari dari Medan Pertempuran - Kaedah ini digunakan sebelum
- Taktik ini dilaksanakan oleh berlakunya perang secara besar-
Nabi Muhammad SAW dan besaran.
diikuti oleh Khulafa’ ar- - Taktik ini menyemarakkan lagi
Rasyidin. semangat pejuang lain seperti
- Ini menunjukkan bahawa tentera dalam Perang Badar.
Islam tidak agresif di samping - Dalam Perang Badar, Pahlawan
bimbang diperangkap oleh pihak Muslim iaitu Ubaidan bin al-
musuh. ( Perang Tabuk) Harith, Hamzah bin Abdul
- Tindakan mengejar musuh juga Mutalib dan Ali Bin Abi Talib
akan menjejaskan benteng menjadi wakil pasukan tentera
pertahanan di bahagian Islam melawan panglima
belakang. musyrikin Quraisy. Ketiga-tiga
panglima tersebut Berjaya
dibunuh.
9. Taktik Al-Saf
- Taktik ini merupakan strategi yang penting
untuk mencapai kejayaan dalam peperangan.
- Nabi Menyusun tentera berasaskan system al-
Saf di mana satu saf (barisan) mengandungi 10
hingga 100 orang tentera. (Perang Badar)
- Berdasarkan sistem ini, tentera Islam
dibahagikan kepada 2 Barisan. Barisan pertama
terdiri daripada pejalan kaki dan penunggang
kuda yang bersenjata dan diikuti oleh barisak
kedua iaitu, tentera memanah.
- Barisan pertama akan menentang musuh dan
barisan kedua memberi perlindungan kepada
tentera pejalan kaki dan membuat serangan.
Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai